"Asalamualaikum, Su , MTD nak jemput Cikgu Normala Sudirman datang kat Bukit Baru pada 15 Apr ini .pukul 2 petang. Nak suruh sampaikan sumbangan kepada beberapa orang yang kita rasa mesti di bantu. Sebab itu nak mintak Muslimat sponsor sumbangan .Boleh tak, kalau muslimat tolong sponsor 5 hamper,? kami uruskan kemah dan jamuan.?" penyelia MTD B.baru menaruh harapan.
"Oh.kalau .macam itu , kena syura dulu dengan kepimpinan DMPBK,baru boleh beri keputusan" . Kebetulan mesyuarat DMPBK akan di adakan pada sebelah petangnya.
"Bagaimana dengan keputusan mesyuarat semalam"?penyelia MTD inginkan kepastian pada esok harinya
"insyaALLAH, muslimat bersetuju. Seramai 5 ajk kepimpinan akan hadir., muslimat Musai serta muslimat Bukit Baru akan hadir sama" Su memberikan sebuah kepastian
Seperti yang di janjikan , hampir jam 3 petang pada 15 Apr muslimat sampai dengan membawa 5 bakul yang di penuhi dengan barangan dapur.
Cikgu Normala Sudirman tidak dapat hadir di Bukit Baru di sebabkan ada urusan. Cikgu Normala cuma akan dapat hadir di Bukit Beruang pada jam 5 petang sempena program high-tea yang diadakan di Bukit Beruang pada hari yang sama. Sebelah malamnya akan di adakan ceramah di Bukit Beruang.
Kepimpinan DMPBKatil berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.
Agak amat menyedihkan di sebalik nama Bukit Baru yang di banggakan itu rupa-rupanya masih ramai yang miskin lagi melarat. Sukar untuk mempercayainya jika tidak melihat dengan mata sendiri.
Masih ramai rakyat yang susah , yang terpaksa mengutip barangan-barangan terpakai untuk di jual dan amat malang sekali apabila rumah mereka telah juga telah lama bergelap kerana tiada kemampuan untuk membayar bil elektrik.
Sesungguhnya kezaliman adalah perbuatan yang paling di haramkan oleh ALLAH SWT
"Janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahawa ALLAH lalai atas apa yang di perbuat orang-orang yang zalim, Sesungguhnya ALLAH menunda (siksa ) mereka hingga hari yang pada waktu itu semua mata mereka akan terbelalak.
(Surah Ibrahim :42)
1 comment:
Salam,kali pertama bertemu blog ini...
Salam Ukhuwwah & Salam Perjuangan
Post a Comment