HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, April 28, 2011

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT NEGERI MELAKA PADA 1 MEI 2011

Gambar Muktamar DMPNM tahun 2010
insyaALLAH, seramai 8 perwakilan dari  DMPBK akan menghadirkan diri di dalam Muktamar DMPNM yang akan di adakan pada 1 Mei 2011, bertempat di Maahad Ar Rahmah, Ayer Molek, Melaka. 

Masturah ,Fatimah, Sharilla, Norhafizan, Ropisah. Siti, Rogayah serta Sabariah telah di pertanggungjawabkan bagi mewakili DMPKB. 
Setiausaha telah di amanahkan  sebagai wakil dari Muslimat Bukit katil untuk memberikan ucapan penangguhan dalam memperkatakan tentang "Pemerkasaan Parti".



Gambar Muktamar 2010
SELAMAT BERMUKTAMAR
..meneruskan tanggungjawab yang di amanahkan...

Sunday, April 24, 2011

TAHNIAH PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Para perwakilan DMPKBK

Pengerusi Tetap bersama TYDP, Tn Hj Ali Sebaik tamat program
Pengerusi Tetap bersama saudara Sofi Wahab yang masih lagi dapat mengekalkan jawatan yang di sandang nya .Dan akan menyandangnya bagi sesi 2011-2013

Barisan kepimpinan DMPKBK 2011-2013
TAHNIAH di ucapkan kepada PAS Kawasan Bukit Katil di atas kelancaran mesyuarat Agung yang di jalankan buat kali ke 8 bertempat di Hotel King, ayer Keroh pada 24 April 2011, bermula jam 9 pagi.

Saudara Sofi Wahab berjaya mengekalkan jawatan YDP , Tn Hj Ali Syarif juga berjaya mengekalkan jawatan TYDP, manakala Naib YDP di sandang oleh Tuan Hj Yasim Musa.

Dr Hatta Ramli telah di jemput merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kawasan B.Katil buat kali ke 8 ini.

Para perwakilan dari cawangan2.
 Kalau di tinjau kembali sejarah , tumpasnya Jalut, seorang raja yang amat zalim di tangan seorang budak yang ikhlas untuk memperjuangkan kebenaran. Walaupun pada mulanya seramai 80,000 tentera yang telah berjanji untuk mengikut Tholut, yang hanya merupakan seorang petani saja, yang telah di lantik oleh ALLAH untuk memimpin berkat dari  doa Nabi Samuel (selepas wafatnya Nabi Musa)  untuk bersama-sama menegakkan kebenaran dari pemerintahan yang zalim tapi akhirnya cuma tinggal 313 orang saja yang berani berhadapan dengan kezaliman 
kerajaan Jalut. Ramai yang futur di sepanjang perjalanan yang jauh.
Budak yang cuma bersenjatakan 2 ketul batu saja lalu dapat membunuh Raja Jalut yang zalim itu dengan pedang Raja jalut itu sendiri.
Batu pertama di baling lalu terkena lutut Raja Jalut.  Jalut menjerit kesakitan manakala batu kedua di baling ke kepala Jalut. Jalut terus tumbang. 
Begitulah apabila ALLAH mengkehendakki, tiada siapa yang dapat menghalangnya sekalipun kekuatan musuh jauh lebih hebat.






Friday, April 22, 2011

SELAMAT MEMILIH KEPIMPINAN BARU

gambar hiasan
insyaALLAH, Seramai 15 perwakilan dari DMPKBK akan menghadiri Mesyuarat Agong Kawasan    yang akan di adakan pad 24 April 2011. Dmpkbk  sudah cukup matang  untuk memilih pimpinan Kawasan B.Katil  yang mampu menerajui  ke arah  masa hadapan yang lebih cemerlang. KEPIMPINAN bukanlah  suatu yang boleh di anggap mudah. Ianya memerlukan keikhlasan dan komitmen yang tinggi. Kepimpinan yang di perlukan adalah kepimpinan yang mampu menerajui manusia berjaya di dunia dan di akhirat.
Selamat mengundi.

Monday, April 11, 2011

SAYANG SARAWAK, SUNGAINYA SEMPIT

 Kami pernah belajar  di bawah satu bumbung. Memang S seorang gadis yang cantik ketika itu. , secantik adiknya. S, orangnya peramah , lincah serta bijak. Tak hairanlah bila ramai pemuda yang tertarik hati padanya di atas  kurniaan kecantikkan nya.
  
Adiknya seorang penyanyi terkenal di tanah air sehingga kini , juga turut bersekolah di tempat yang sama dengan kami , cuma adiknya  muda setahun dari kami. Adiknya yang memang terkenal comel loteh saja orangnya sejak di bangku sekolah lagi dan sehingga masih mampu mengekalkan kecantikan nya meskipun usianya sudah menjangkau 47 tahun dan  kini nama adiknya telah menjadi titipan di bibir setiap peminatnya.

Selepas SPM  tahun 1980,  kami mengikut haluan masing-masing . Kami tak pernah bertemu lagi dan rasanya memang sukar untuk bertemu lagi .   

Cuma setiap kali menatap gambar adiknya di dada akhbar, pasti fikiran aku  akan melayang teringatkan S. Aku teringatkan  kisah cintanya yang bermula dari bangku sekolah lagi. Aku pernah melihat  kekasihnya yang aku kenal dengan nama M, sewaktu sekolah kami mengadakan sukan tahunan di sekolah kekasih S. Victoria Instution sudah memang di kenali ramai dengan anak-anak orang berada. Sekolah kami yang tiada kemudahan padang terpaksa menumpang di sekolah lain apabila setiap kali akan di adakan sukan tahunan.  Itulah  di antara peluang yang terbaik yang di ambil oleh S untuk bertemu kekasihnya. Memang M juga seorang anak muda yang kacak kerana berdarah kacukan.

 Namun itu semua hanyalah kisah lama.. Kisah suka duka di alam persekolahan. Kisah yang telah berlalu 30 tahun yang lepas. Waktu itu berlalu sudah terlalu jauh dan pastinya S pun sudah tidak bisa mengingati aku lagi. Itu hanyalah  kehidupan di alam ambang remaja yang penuh cabaran. Dan kini aku tinggalkan zaman jahiliyah itu dengan penuh kesyukuran.

Sejak itu aku pun sudah tidak ambil tahu tentang perkembangan S lagi sehinggalah pada tahun 92 aku terbaca di  sebuah majalah tanahair yang terkenal, tentang perkahwinanya. S kelihatan sungguh cantik lagi menarik. Aku turut gembira kerana akhirnya percintaanya yang di bajai dari bangku sekolah berakhir ke jinjang pelamin.    S sungguh menawan sekali  dengan gaun labuhnya .Dan aku kira S dan M adalah pasangan yang paling ideal ketika itu.

 Aku sekadar tumpang  gembira dan berharap S agar berbahagia  di sepanjang hidupnya kerana suaminya memanglah dari kalangan orang berada. Aku tahu S mampu di saluti dengan intan permata selagi dia mahu.

Namun akhirnya setelah 19 tahun dari perkahwinannya, bagaikan satu kejutan bagi aku , apabila  aku terpandang wajah S  di akhbar Mac 2011 . S menuntut harta sepencarian RM 400 juta dari suaminya. Aku tergaman seketika. Berkali-kali aku membaca namanya. Memang sah itu gambarnya. dan itulah wajah S .  S mendakwa  bahawa dia di dera . Dia pernah di tumbuk di muka, di kepala, di mata , pernah di terajang dan pernah di cekik oleh suaminya.. Aku terkedu seketika, turut bersimpati dengan kawan yang pernah aku kenali.  Rupa-rupanya segala kemewahan termasuk saham-saham serta segala aset yang di milki selama ini tidak dapat menjamin kebahagiian dirinya. 
Kini S sedang mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM 300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta . Sukar untuk aku membayangkan nilaian RM 400 juta itu apatah lagi untuk membayangkan  aset-aset yang sebenarnya yang di milikki oleh Ketua Menteri Sarawak.
 Cuma sekarang apa yang aku mampu bayangkan betapa penduduk di Sarawak yang sedang hidup di dalam kesempitan dan penderitaan.Mereka adalah rakyat yang perlukan pembelaan. Penindasan terhadap mereka sudah terlalu lama. Aset-aset mereka perlu di kembalikan. 

Buat kawan aku ,yang bernama S. Aku hanya ingin berbicara seketika. Buat nasihat  sesama kawan...Dunia ini semakin di kejar , semakin dia lari. Maka berhentilah seketika untuk mencari matlamat hakikat diri sendiri..pasti akan di temui.


,

MESYUARAT AGUNG DMPKBK 2011 BERJALAN LANCAR

Ucapan Ketua Muslimat Dr Khatijah
Perasmian.Tn Hj Ali Shariff

Para perwakilan
Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH yang dengan keizinanNYA  maka Mesyuarat Agung Muslimat Kawasan Bukit Katil,  buat kali ke 7, telah berjalan dengan lancar. 

Bermula dari jam 3 petang, pada 09 April ,bertempat di PASTI Bukit Katil, maka pemilihan bagi perlantikan ahlijawatankuasa bagi sesi 2011-2013 telah berjalan lancar.

Para perwakilan masih lagi mengekalkan DR khatijah  sebagai Ketua Muslimat , Pn Mahani Osman Basir sebagai Timbalan manakala  Puan Maizarah Abu Bakar sebagai Naib.

Mesyuarat Agung DMPKBK kali ke 7, telah di rasmikan oleh Timbalan YDP Kawasan Bukit Katil , Tuan Hj Ali Shariff.Manakala Penyelaras pemilihan oleh Tn Hj Yasim Musa


Puan Kintan Man serta Puan Aziah Md Saad mewakili pemerhati dari Muslimat Negeri Melaka.
Dan semuga DMPKBK akan bekerja dengan lebih gigih lagi bagi memastikan kemenangan Melaka dalam PRU ke 13 yang kan datang. insyaALLAH

Monday, April 4, 2011

MESYUARAT AGUNG DMPKBK 2011

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil akan mengadakan mesyuarat Agung nya buat kali ke tujuh. Pada 9 April 2011. jam 2 petang. Bertempat di PASTI JAYA INSAN BUKIT KATIL.  Di harapkan muslimat Kawasan Bukit Katil dapat hadir beramai-ramai demi menjalankan tanggungjawab . Mungkinkah tempat ini adalah buat kali terakhir kita bermesyuarat Agung memandangkan PASTI ini akan tersembam ke bumi. . .Di harapkan para-para suami dapat menberikan kerjasama kepada para-para isteri bagi menjayakan Mesyuarat Agung DMPKBK buat kali ke tujuh ini. Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Dan pastinya ALLAH akan memberikan ganjaran bagi mereka lelaki dan perempuan yang berkorban berjihad di jalan ALLAH. insyaALLAH