Kami pernah belajar di bawah satu bumbung. Memang S seorang gadis yang cantik ketika itu. , secantik adiknya. S, orangnya peramah , lincah serta bijak. Tak hairanlah bila ramai pemuda yang tertarik hati padanya di atas kurniaan kecantikkan nya.
Adiknya seorang penyanyi terkenal di tanah air sehingga kini , juga turut bersekolah di tempat yang sama dengan kami , cuma adiknya muda setahun dari kami. Adiknya yang memang terkenal comel loteh saja orangnya sejak di bangku sekolah lagi dan sehingga masih mampu mengekalkan kecantikan nya meskipun usianya sudah menjangkau 47 tahun dan kini nama adiknya telah menjadi titipan di bibir setiap peminatnya.
Selepas SPM tahun 1980, kami mengikut haluan masing-masing . Kami tak pernah bertemu lagi dan rasanya memang sukar untuk bertemu lagi .
Cuma setiap kali menatap gambar adiknya di dada akhbar, pasti fikiran aku akan melayang teringatkan S. Aku teringatkan kisah cintanya yang bermula dari bangku sekolah lagi. Aku pernah melihat kekasihnya yang aku kenal dengan nama M, sewaktu sekolah kami mengadakan sukan tahunan di sekolah kekasih S. Victoria Instution sudah memang di kenali ramai dengan anak-anak orang berada. Sekolah kami yang tiada kemudahan padang terpaksa menumpang di sekolah lain apabila setiap kali akan di adakan sukan tahunan. Itulah di antara peluang yang terbaik yang di ambil oleh S untuk bertemu kekasihnya. Memang M juga seorang anak muda yang kacak kerana berdarah kacukan.
Namun itu semua hanyalah kisah lama.. Kisah suka duka di alam persekolahan. Kisah yang telah berlalu 30 tahun yang lepas. Waktu itu berlalu sudah terlalu jauh dan pastinya S pun sudah tidak bisa mengingati aku lagi. Itu hanyalah kehidupan di alam ambang remaja yang penuh cabaran. Dan kini aku tinggalkan zaman jahiliyah itu dengan penuh kesyukuran.
Sejak itu aku pun sudah tidak ambil tahu tentang perkembangan S lagi sehinggalah pada tahun 92 aku terbaca di sebuah majalah tanahair yang terkenal, tentang perkahwinanya. S kelihatan sungguh cantik lagi menarik. Aku turut gembira kerana akhirnya percintaanya yang di bajai dari bangku sekolah berakhir ke jinjang pelamin. S sungguh menawan sekali dengan gaun labuhnya .Dan aku kira S dan M adalah pasangan yang paling ideal ketika itu.
Aku sekadar tumpang gembira dan berharap S agar berbahagia di sepanjang hidupnya kerana suaminya memanglah dari kalangan orang berada. Aku tahu S mampu di saluti dengan intan permata selagi dia mahu.
Namun akhirnya setelah 19 tahun dari perkahwinannya, bagaikan satu kejutan bagi aku , apabila aku terpandang wajah S di akhbar Mac 2011 . S menuntut harta sepencarian RM 400 juta dari suaminya. Aku tergaman seketika. Berkali-kali aku membaca namanya. Memang sah itu gambarnya. dan itulah wajah S . S mendakwa bahawa dia di dera . Dia pernah di tumbuk di muka, di kepala, di mata , pernah di terajang dan pernah di cekik oleh suaminya.. Aku terkedu seketika, turut bersimpati dengan kawan yang pernah aku kenali. Rupa-rupanya segala kemewahan termasuk saham-saham serta segala aset yang di milki selama ini tidak dapat menjamin kebahagiian dirinya.
Kini S sedang mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM 300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta . Sukar untuk aku membayangkan nilaian RM 400 juta itu apatah lagi untuk membayangkan aset-aset yang sebenarnya yang di milikki oleh Ketua Menteri Sarawak.
Cuma sekarang apa yang aku mampu bayangkan betapa penduduk di Sarawak yang sedang hidup di dalam kesempitan dan penderitaan.Mereka adalah rakyat yang perlukan pembelaan. Penindasan terhadap mereka sudah terlalu lama. Aset-aset mereka perlu di kembalikan.
Buat kawan aku ,yang bernama S. Aku hanya ingin berbicara seketika. Buat nasihat sesama kawan...Dunia ini semakin di kejar , semakin dia lari. Maka berhentilah seketika untuk mencari matlamat hakikat diri sendiri..pasti akan di temui.
Buat kawan aku ,yang bernama S. Aku hanya ingin berbicara seketika. Buat nasihat sesama kawan...Dunia ini semakin di kejar , semakin dia lari. Maka berhentilah seketika untuk mencari matlamat hakikat diri sendiri..pasti akan di temui.
,
No comments:
Post a Comment