HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, October 22, 2008

MAHATHIR OH MAHATHIR

Bila Tun bertanya..KENAPA HALANG SAYA?( Sinar bil:733 ..22 Syawal 1429)
Lalu sukacita untuk aku menjawab .

Aku sekadar ingatkan agar Tun tak lupa .
SEBABNYA???

A.Tun HALANG para pendakwah bebas berceramah dimasjid dan disurau juga diradio dan ditv..

Siapa??

1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
2. Sahibus Samahah Dato'Sheikh Azmi ( bekas Mufti Pulau Pinang)
3. Sahibus Samahah Dato'Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
4. Prof.Dato' Dr Haron Din ( Majlis Fatwa Perlis/bekas pensyarah UKM)
5. Ustaz Dr Abdul Aziz Hanafi ( bekas pensyarah Universiti Brunei Darussalam)
6. Ustaz Badrul Amin ( bekas pensyarah UIA)
7. Ustaz Dato' Ismail Kamus(pendakwah bebas)
8. Ustaz Taib Azamudin ( bekas imam Besar Masjid Negera)
9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Shah Alam)
10.Ustaz Mohammad Mustapha (ulama' muda yang masyur dari Kelantan)
11.Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man ( bekas pensyarah ITM/ahli panel Forum Perdana)
12.Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)...

INSYAALLAH...ini baru 1 sebab bila Tun menyekat ULAMA' menyampaikan ilmu...
ada lagi beribu sebab yang menanti...(sekadar mengingatkan)..Mintalah maaf pada mereka semua sebelum terlambat..Masih ada masa


Tuesday, October 21, 2008

TAZKIRAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda " Kegembiraan orang mukmin terlihat dalam wajah, sedang kesedihannya ada dalam hati"

Janganlah kamu mengkehendakki kepada seseorang! Jika kamu mengadu sesuatu dari ALLAH AZZA WAJALLA maka hilanglah kamu dari pandanganNYA.

Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu berkata " Ya Rasulullah , aku mencintaimu"
Kemudian Rasulullah menjawab " Persiapkanlah untuk merahsiakan kefakiranmu"
Seorang yang lain juga datang kepada baginda , lalu berkata: " aku cinta kepada ALLAH S.W.T", lalu nabi S.A.W memperingatinya: "Janganlah kau perlihatkan bahawa duka nestapa menimpamu"

Cinta kepada ALLAH dan RasulNYa ...diiringi dengan kefakiran dan duka nestapa.

Seorang soleh berkata:
" Pertolongan selalu didahulu dengan penderitaan. Andaikata tidak demikian , tentulah semua orang akan mengatakan, bahawa dirinya cinta kepada ALLAH AZZA WAJALLA. Oleh sebab itu,tabah dalam menghadapi , nestapa dan kefakiran adalah ukuran mahabah tersebut.

"Ya tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari api neraka"

AIRMATA PURA2 KOT!!!

Semalam aku pelik dengan lanun International yang bertaraf Profesional...tapi hari ini..lagi aku double pelik. Aku lihat pengerusi badan perhubungan umno Negeri Sembilan , datuk Seri Muhammad sebak dan menangis..Kononnya sedih ada pemimpin yang tidak pedulikan orang melayu. Yang aku pelik..bukan apa..Dia tak sedarkah yang selama ini yang memerintah 50 tahun Malaysia yang tercinta ini adalah umno..Bukan orang lain.. Mengapa baru sekarang nak menangis? Kalau orang-orang melayu yang sering dilemparkan dengan aktiviti2 yang tidak sihat..kenapa baru sekarang nak perasan..dulu masa pemimpin umno hapuskan bantuan sekolah2 agama.kenapa diam?..Media yang terlalu mendedahkan bentuk hiburan sehingga merosakkan anak bangsa ...kenapa tak bersuara?..apa dia buat..Tiba-tiba bila Pakatan Rakyat baru gertak nak ambil alih pemerintahan negara...Dah mula mengelabah...Dah nak salahkan bangsa lain..padahal yang selama ini yang menindas bangsa melayu pun..pemimpin umno yang berbangsa melayu.Yang penuh dengan rasuah...yang mencabul undang2 negara..yang kononnya buat program Islam tapi sekadar melepaskan batuk ditangga saja...Yang sumbat orang masuk penjara dengan tak dibicara...UMNOLAH!!! ..Kenapa tiba2 buat-buat terkejut..konon2 sebak.... Jangan takut Datok.... Tidak ada kaum yang akan hilang didunia ini melainkan kaum yang dilaknat ALLAH seperti kaum Nabi Nuh..Kaum Ad ..Kaum Thamud..Kaum nabi Ibrahim..penduduk negeri Madyan kerana mereka mendustakan tuhan lalu tuhan membinasakan mereka. Takkan Melayu hilang didunia"..masakan nak hilang kalau ramai lagi Melayu dalam Pakatan Rakyat sanggup berkorban demi menegakkan syariat ALLAH. ALLAH tidak sekejam itu untuk menghapuskan sesuatu bangsa sedangkan didalam ALQURAN sendiri ..dah nyata dan jelas ALLAH menyatakan bahawa memang DIA sengaja menjadikan manusia berbagai2 bangsa untuk kenal mengenali diantara satu sama lain. Kalau umno memerintah mengikut apa yang dikehendakki ALLAH. ..tak perlu bimbang..umno akan memerintah 100 tahun lagi...tapi malangnya.. sayang seribu X sayang. Tak lama lagi umno akan dimuatkan dalam muzium. Hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Silap sendiri juga..Dah tak mahu hidup dengan syariat ISLAM...maka ALLAH kata ..DIA akan ganti dengan kaum yamg lebih baik..(Ada yang nak tentang?) .INSYAALLAH dengan kaum yang hari ini memerintah ..esok ISA akan dimansuhkan..Yang hari ini memerintah..Esok matematik dan sains dalam bahasa inggeris dihapuskan...Yang hari ini memerintah ..besok tol akan dihapuskan...Yang hari ini memerintah..esok harga minyak diturunkan kepada harga yang sewajarnya, yang tidak MEMBEBANKAN RAKYAT. .umno tak perlu nafikan lagi.Walau apa pun rancangan umno...Rancangan ALLAH maha hebat..Malaysia akan menuju kearah negara Berkebajikan dengan Keadilan bagi semua..tak kira apa bangsa..Yang penting ISLAM akan tertegak dengan Rahmat ALLAH S.W.T... SO HAPUSKAN AIR MATAMU (Tapi kalau airmata kerana dah tahu BN nak jadi lipatan sejarah..proceed aja)..

Yakinkah aku @ sekadar percaya pada janjiMU

Sekiranya aku yakin pada janji MU
Tentu sudah lama aku mengejar Mu
Sekiranya aku yakin pada janji Mu
Tentu sudah lama aku berlari pada MU
Sekiranya aku yakin pada janji Mu
Tentu sudah lama aku berjalan kearah Mu

Namun,
Aku masih disini
Tercegat berdiri..duduk berteleku
Tanpa reaksi @ sekadar menunggu
Diiringi alasan beribu
Gembira..gelak ketawa..suka..riang ria
Tanpa peka..yang penting...
suamiku...isteriku..anak-anakku...kerjayaku..hartabendaku..wang ringgitku

Aku masih punyai masa
untuk bergurau senda
menonton tv..bergelak ketawa
punyai banyak masa
untuk memikirkan hal dunia

Tak peduli aku
dengan umat ini
murtadkah...bunuh orangkah..bom orangkah..Rampokkah..mencurikah..berzinakah..menzalimikah..dan entah apa lagi kemaksiatan ...

Ya ALLAh
Yakinkah aku @ sekadar percaya
tentang syurgaMU
bagi yang BERJUANG dijalanMu

Monday, October 20, 2008

KERAJAAN ISLAM MELAKA

Ada sebuah berita menyatakan bahawa pada tahun 1276M ( abad ke13, ertinya bersamaan dengan masa hidupnya, sultan Pasai yang Pertama (Al Malikus Salleh, ) sudah ada sultan yang pertama dinegeri Melaka iaitu Sultan Muhammad shah. Tersebut dalam berita itu bahawa baginda memerintah tidak lama.Dan sesudah baginda wafat, barulah datang Sidi Abda Aziz, ulama dari Jeddah membawa agama Islam.

Sunday, October 19, 2008

Bila Lanun solat berjemaah...

Pelik! Setahu aku lanun memang jahat(gangster) .Perompak,Penyamun..menganggu,mengacau..dengan mata yang tutup sebelah..tapi bila aku terbaca dalam siasah, lanun pun boleh solat berjemaah dengan anak-anak Kapal Melati 5.Anak-anak kapal yang ditawan dibenarkan berpuasa dan solat dalam keadaan yang selesa.Dan juga dibenarkan tidur dengan selesa.Rupa-rupanya meskipun dalam melakukan rompakan masih ingatkan ALLAH. Jadi kalau ingatkan Allah, mengapa nak jadi lanun?. Seorang lanun memberitahu, tujuan mereka merompak kapal-kapal yang melalui kawasan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menyara hidup kumpulan mereka.Nampaknya lanun ini kaya raya. Setakat dengan MISC saja , mereka telah mendapat RM 6.4 juta. Itu baru 1 kapal.Belum dikira lagi 68 kapal yang telah diserang dan 26 kapal telah berjaya dirampas.Entah-entah lanun itu merompak untuk membantu orang-orang yang kebuluran ditempat mereka(Aku agak aja.maaf ..kalau salah). "Matlamat tidak menghalalkan cara"..Yang salah tetap salah. Walau apa kebaikan yang ingin dilakukan, mesti dengan cara yang dibenarkan oleh ISLAM. Tidak ada istilah "ISA"..Menangkap orang "Ikut suka Aku"..Walaupun kononnya demi keselamatan dalam Negari..namun buktikan kesalahan bagi yang disyakki dimahkamah. Lanun pun boleh beri orang-orang tawanan untuk berpuasa dan bersolat..berjemaah lagi.. tapi bagaimana dengan tahanan ISA? mudahkan mereka nak bersolat..apa lagi berjemaah dalam solat.Diberitahu pula ..makanan yang diberi seperti makanan anjing ..Nampaknya lanun-lanun International pun masih ada perasaan untuk menghormati orang tawanan berbanding dengan orang yang berkuasa didalam penahanan ISA diMalaysia..

Saturday, October 18, 2008

HAKIKAT PENGABDIAN

Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Nabi Muhammad S.A.W lalu berkata: " Ya Rasulullah..aku mencintaimu"
Kemudian Nabi S.A.W menjawab: Persiapkanlah untuk merahsiakan kefakiranmu"

Seorang yang lain juga datang kepada baginda, lalu berkata: " Aku cinta kepada ALLAH s.w.t". Lalu nabi S.A.W memperingatinya: " Janganlah kau perlihatkan bahawa duka nestapa menimpamu'