HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, January 31, 2011

GELOMBANG MUNAJAT MUSLIMAT

Memang dari segi logik akalnya ,agak sukar untuk kita membebaskan  negara kita dari tangan -tangan para kolonialisme, apatah lagi untuk menjatuhkan rejim mereka-mereka yang rakus.  Walaubagaimana pun  kita tetap  yakin bahawa kita mampu menghancurkan  tongak-tongak pengkianatan dan berhala-berhala manusia serta para -para penzalim ini dengan adanya satu kesatuan hati-hati yang jitu dari para -para muslimat yang sudah terlalu lama
rindukan  kedamaian serta  kemakmuran di muka bumi ini.
Muslimat memainkan peranan yang besar di tengah masyarakat. Muslimat merupakan fenomena dari manifestasi harapan-harapan manusia.
Oleh itu marilah , kita bersama-sama menghadirkan diri dalam "Gelombang Munajat Muslimat" dalam usaha memantapkan persiapan rohani untuk mencapai kemenangan yang di redhai oleh ALLAH SWT.
Marilah kita bersama-sama menitipkan  kemenangan kepada hambanya yang memohon kepadaNya setelah berada di medan lapangan.
Marilah sama-sama kita memastikan agar amalan zikrullah dan doa menjadi amalan harian kita.



Tarikh jadual Dewan Muslimat Bukit Katil pada 27 Feb 2011.

"Ketaatan kepada kita adalah sistem keberagamaan dan kepemimpinan kita adalah keamanan dari perpecahan"
(di sebut oleh Fatimah Az zahra)

Wednesday, January 12, 2011

MANTAP SIRI KE 2

Alhamdulillah, seperti  yang telah di jadualkan, DMPNM akan meneruskan  Program MANTAP siri ke 2 yang akan diadakan di Bukit Katil pada 14 Jan 2011, kemudian  di ikuti dengan program bertemu rakyat pada keesokan harinya.
















Semuga ramai muslimat-muslimat Melaka dapat menghadirkan diri bagi sama-sama menjayakan program yang mulia ini.insyaALLAH

PRK DUN TENANG

Sekali lagi prk kecil akan di adakan. Kali ini di DUN Tenang, Johor. Dewan Muslimat PAS Bukit Katil  juga tidak ketinggalan di kehendakki bertugas bagi memenangkan Dun Tenang. Bermula dari 17 -30 Jan. Semuga ALLAH memberi kita kekuatan serta kemudahan untuk bersama-sama dalam memastikan bahawa PR akan menang .insyaALLAH.

Tuesday, January 4, 2011

Bertambah-tambah  meluat dan bertambah-tambah benci
Bila harga Petrol 97 naik lagi malam ini
Naik pulak sembunyi-sembunyi 
Betul-betul macam pencuri...

Orang kata 'Gunalah Petrol 95' aja
Kononnya..murah...  jimat dan habis cerita
Malangnya.... bila di guna

Kereta  mula mengaum bagaikan harimau yang tak ada gigi 
Nampak betul...tak ada kualiti.

Saturday, January 1, 2011

FATIMAH BT MUHAMMAD

RASULULLAH SAW memberitahu puterinya Fatimah
Mahukah engkau menjadi pemimpin wanita di syurga? Satu hari Malaikat memberitahuku khabar gembira bahawa Fatimah akan menjadi pemimpin wanita di Syurga.

Riwayat Aishah:
Fatimah mirip Rasulullah, Gaya percakapan, duduk dan jalan, semuanya mirip Rasulullah.


Di lahirkan di Mekah beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasul.

Tidak seperti kebiasaanya, khadijah tidak menghantar Fatimah untuk di susukan oleh orang lain.


Fatimah menyertai perang Uhud dan merawat ayahandanya yang tercedera di medan perang.

Fatimah akan berdiri di depan Rasulullah sebagai perisai ketika menghadapi serangan Abu Jahal, Utbah dan Syaibah.



Ketika Rasulullah sedang sujud, Oqbah menghumban isi perut unta itu ke atas nabi sambil ketawa menghilai.Apabila berita ini sampai ke Fatimah, beliau dengan pantas menuju ke Masjidil Haram lalu membersihkan tubuh Rasulullah sambil memarahi golongan munafik itu.


 Ali seorang pemuda yang beriman lagi berani, di kahwinkan dengan dengan Fatimah.

Rasulullah menasihati Fatimah agar membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar  sebanyak  33 kali apabila fatimah meminta dari Rasulullah seorang pembantu .

Setiap kali ayahandanya datang menziarahinya, maka beliau akan mencium dahi Rasulullah sebagai tanda hormat. Mereka sangat rapat diantara satu sama lain sehinggakan Rasulullah akan gembira apabila Fatimah gembira dan Rasulullah akan bersedih sekiranya Fatimah bersedih.

Imam Ahmad di tanya mengenai kedudukan keluarga Ali dan beliau menjawab , tiada tolok bandingnya kerana ALLAH menyucikan mereka dari sebarang dosa. 

Fatimah  meninggal dunia setelah  6 bulan wafatnya Rasulullah SAW.

Fatimah meninggalkan cucu-cucu kesayangan Rasulullah, Hasan, Husain, Zainab dan Ummu Kulthoom yang mana puteranya AL Hasan wafat akibat di racun manakala Al Husain wafat akibat di penggal lehernya..


Fatimah telah di semadikan di sebelah malam di Jannatul Baqi' .


Ali, Abbas dan fadhal memasukkan jenazahnya ke liang lahat, maka bermulalah perjalanan Fatimah ke Syurga.