HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, June 29, 2011

RAKYAT DAH TAK BOLEH DI BULI LAGI

Sekali  rakyat sudah terluka
Ugutan sudah tidak berguna
Buatlah apa saja
Rakyat  sudah bersedia

Semakin rakyat ditekan
Semakin   membuar perasaan
Semakin rakyat di tindas 
Semakin semangat  menderas


Kuasa rakyat , kuasa keramat
Tangan rakyat,tangan berkat
Rakyat terus   semakin bertekad
Tetap berazam kuat semangat

Tuntutan Rakyat bukannya payah
 8 perkara aja ,amatlah mudah
Tetapi kenapa banyak sangat helah
Sehingga rakyat ,dah nak termuntah..



Akhirnya pemimpin gelabah  tak tentu arah
Tangkap sana-sini alasan tak munasabah
Habis semuanya di redah
Rakyat tambah-tambah menyampah



Namun malang sekali
Rakyat  sudah tak peduli..
Rakyat dah tak boleh di buli lagi
9 Julai 2011 /7 Syaaban 1432 ..pastikan menjadi saksi
Sejuta rakyat bangkit..mendesak tuntutan di perolehi.



    .

    Monday, June 27, 2011

    PROGRAM BERJALAN LANCAR

    Adik Aisyah Hedzir sedang membaca Surah Saba'
    Bergambar bersama ustazah
    Alhamdulillah, Cenderahati  Program untuk anak-anak cemerlang telah berjalan dengn lancar petang tadi.


    Para hadirin Muslimat B.Katil


    Ustazah menyampaikan ceramah di sebelah malam

    menerima cenderaharti

    sesi bergambar

    Ustazah serta mantan SU pusat

    Puan Aminah terharu dengan cenderahati yang di beri
    sedikit jamuan ringan .Dari kiri SU, Ketua muslmat, ustazah, Naib Muslimat , Ketua Penerangan.DMPBK

    SEPETANG BERSAMA USTAZAH NURIDAH

    Ustazah Nuridah
    DMPBK mengucapkan Tahniah  kepada UPU Bukit Katil dengan kerjasama cawangan Bukit katil  dan Cawangan Bukit Katil  kerana julung-julung kalinya akan mengadakan program Sumbangan Kejayaan Pelajar Arus Perdana 2011 pada 25 Rejab 1432/27 Jun 2011 bertempat di Pasti Jaya Insan  jam 5 petang , yang akan di rasmikan oleh Ustazah Nuridah Salleh ,AJK PAS Pusat

    Dengan di ketuai oleh En Maarof b Hashim selaku Ketua UPU Bukit Katil , seramai 12 pelajar cemerlang akan menerima sumbangan dari UPU Bukit Katil mengikut kategori masing-masing.. 

    Juga turut meraikan salah seorang ajk cawangan , Saudara Salleh Ahmad serta zaujanya, Aminah Hamid yang akan berpindah ke tanah tumpahnya , di Paya Keladi Masjid, Kepala Batas dalam masa yang terdekat ini, 29 Jun 2011.
    Puan Aminah yang duduk diatas kerusi roda


    Turut serta  yang akan memberikan ucapan aluan dari Dr Khatijah selaku Ketua Muslimat B.Katil


    Manakala pada sebelah malam pula , jam 9 malam akan di adakan ceramah di perkarangan Pasti Jaya Insan.

    Penceramah terdiri dari  Ustazah Nuridah Salleh dan juga  wakil wanita dari DAP dan KEADILAN.

    Hadirlah beramai-ramai. 
    'YA ALLAH  BERKATI LAH KAMI'

    Friday, June 24, 2011

    BANTAHAN DI TERUSKAN DI BUKIT KATIL 24 Jun/22 Rejab



    UTUSAN SUDAH MELAMPAU...
    UMNO /BN JANGAN CUBA PERBODOHKAN KAMI...
    KAMI SAYANG ISLAM...

    Satu perhimpunan bantahan secara aman terhadap akhbar utusan yang semakin lama semakin hanyut lagi larut dalam fitnah serta mempersendakan agama.
    "Utusan dengan sengaja mempermainkan hukum Islam ." kata Ustaz Kamaruddin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

    Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar mengingatkan betapa besarnya kemurkaan ALLAH pada yang pembawa fitnah serta mempersendakan agama,

    "Muslimat juga tidak ketinggalan dalam demo yang membantah tentang sikap biadap Akhbar  Utusan .

    Turut berucap pada demonstrasi tersebut ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Musa Mohammad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Jauhar Md Dawi.

    Perhimpunan ini berjalan secara aman tanpa halangan dari pehak polis .Walaubagaimana polis sampai beberapa minit setelah perhimpuanna bersurai..

    Thursday, June 23, 2011

    TERUS BERGERAK

    Alhamdulillah, sekali lagi DMPKBK di beri kesempatan untuk meneruskan usaha yang kecil  , dalam cubaan merealisasikan Negara Berkebajikan dalam mengikut erti kata yang sebenar. Oleh itu dmpkbk menyahut seruan itu , mengikut kemampuan yang ada.

    Ketua Kebajikan dmpkbk sedang memberikan sedikit sumbangan


    Ketika kami sampai Hj Mat sedang termenung jauh, mungkin terkenangkan isterinya yang sedang di tahan wad hospital, Melaka

    Hj Mat sukar untuk berjalan akibat dari kemalangan yang di alaminya beberapa tahun yang lalu.Kemalangan yang berlaku di simpang rumahnya di Bukit Beruang, telah memberikan kesan yang mendalam buat dirinya. yang  merupakan pesara Posmen.

    Dia kini di temani oleh cicitnya. 
    Isteri Hj mat, macik Maya juga sudah semakin uzur dan kini di tahan di wad.
    Bendahari serta ajk muslimat sedang berbual.
    insyaALLAH, kami juga akan turut menziarahi isterinya di hospital buat masa yang terdekat ini.

    Semuga Hj mat tabah dengan segala ujian yang di berikan.









    Wednesday, June 22, 2011

    BERSIH OH BERSIH



    MARI...MARI
    MARI KITA SAPU BERSIH..
    APA-APA YANG TAK BERSIH
    SUPAYA ALAM KITA JADI BERSIH
     HATI  PUN SENANG  BILA SEMUA  DAH JADI BERSIH


     TAPI MALANGNYA MALAYSIA ADA PELIK SIKIT..
    KERANA ADA JUGA JENIS MANUSIA  YANG TAK SUKA    BERSIH???

    YANG   MEMANG JENIS DULU, KINI DAN SELAMANYA JADI MANUSIA TAK BERSIH


    BUKAN SETAKAT DIA TAK BERSIH
    MALAH TAK KASI ORANG LAIN PULAK JADI BERSIH


    YEK..EIYEK... JIJIKNYA....GELINYA..
    .ORANG YANG TAK BERSIH

    INGAT! TUGAS KITA NAK KASI MEREKA BERSIH.

    JANGAN LUPA ..GUNA PENYAPU BARU.. .

    BIAR CEPAT SIKIT ALAM BERSIH..

    LAGI RAMAI MENYAPU..LAGI CEPAT BERSIH...


    9 JULAI 2011

    Mas 22 jun

    Ziarah sahabat lama

    Alhamdulillah, DMPBK masih di beri kesempatan untuk meneruskan agenda mengikut jadual seperti yang telah di putuskan dalam mesyuarat.

    Meneruskan ziarah terutama berjumpa sahabat-sahabat lama yang sudah lama  tidak mendengar perkhabaran dari mereka. Mungkin kesibukan serta kesuntukan masa menyebabkan ukhwah sudah agak longgar.

    Namun walau apapun alasan yang di beri, tanggungjawab sebagai seorang muslimat tidak boleh di abaikan. 

    Alhamdulillah, sempat juga kami berjumpa ukhti Rohani yang sedang sebuk sedang menyiapkan tempahan langsir di rumahnya di Paya Ikan.Malah beliau juga memiliki sebuah kedai runcit yang di kendalikan oleh suaminya.

    Kali terakhir kami menemuinya,hampir 2 tahun yang lepas , di hari kematian anak lelakinya  yang berusia 22 tahun. Dan semalam ibunya pula meninggal dunia di usia 68 tahun. 

    Ukhti Rohani ceria sekali menunjukkan paten -paten langsir yang di jahitnya. Memang cantik dan kemas.

    Sebelum pulang, kami cuba mengambil gambarnya bersama langsir-langsir yang telah di jahitnya tapi nampaknya Rohani segan  lalu berselindung di belakang langsir sambil ketawa.



    Sampai bila nak menipu..nak memperbodohkan rakyat..

    "Sebahagian manusia boleh di tipu di sebahagian masa, Sebahagian manusia boleh di tipu di sepanjang masa tapi INGAT, tidak semua manusia boleh di tipu di sepanjang masa." ..itu di antara kata-kata yang di hamburkan oleh oleh YB Dr Mujahid ketika mengadakan ceramahnya  di Balai Islam , Bukit Beruang malam tadi ,21 Jun / 19 Rejab, di iringi dengan nada yang geram , kesal dengan keangkuhan UMNO yang  terus menerus masih mahu memperbodohkan rakyat. Terlalu banyak  kerosakkan yang telah di lakukan oleh UMNO terutama RASUAH  menyebabkan negara Malaysia telah menjadi haru-biru.


    Dengan meletakkan harapan yang tinggi untuk PAS mengantikan UMNO dan menawan Putrajaya dalam PRU 13 telah sempat di terjemahkan melalui pantun 4 keratnya semalam.

    "Dah rasa pemedih mata? ..dah kena sembur air asid"?..Jom ..Kita turun ramai-ramai ke perhimpunan BERSIH 2.0  pada 9 Julai".. di antara harapan Dr Mujahid kepada rakyat Melaka sebelum mengakhiri ceramahnya ,  yang sesekali terganggu dengan ceramah UMNO  yang memang berniat jahat untuk menganggu ceramahnya.

    Tuesday, June 14, 2011

    JOM !!!TURUN PADANG LAGI/16 Rejab-18 Jun

    insyaALLAH ,Sekali kali program turun padang, anjuran Muslimat Negeri Melaka akan diadakan pada 16 Rejab  /18 Jun , pada jam 9 pagi berkumpul di Serkam/Pulai.

    Dengan berbesar harapan agar muslimat-muslimat kawasan terutama Kaw Bukit Katil, dapat  turun beramai-ramai bagi program bersama rakyat ini.

    menyantuni ibu2 tunggal
    bergotong royong

    menyantuni anak2 yatim


    Di harapkankan para-para suami bukan saja dapat memberikan kerjasama malah menggalakkan kepada para-para isteri untuk  turun padang bagi merealisasikan 'Negara BerKebajikan.

    Semuga ALLAH memberkati dan merahmati usaha-usaha yang kecil ini, tapi mempunyai impak yang terlalu besar.

    Monday, June 13, 2011

    TAMBAH REZEKI LAGI....SELAMAT KEMBALI


    "Siapa nama anak kali ini"? itu diantara soalan yang sempat di tanya di dalam  ziarah singkat kali pertama, sebaik saja 3 hari Mahani  pulang ke rumah setelah melahirkan anak teruna berturut-turut buat kali ke enam melalui pembedahan.


    "Ntahlah..Tak tahu lagi ..kalau nama perempuan , saya dah siapkan sejak dari kelahiran anak yang no dua lagi"..ucapan Mahani  selamba.Kami tersenyum.
    ...
    "Dah letak nama dah"? pertanyaan mula-mula , sebaik saja kami sampai pada hari ke 19 kelahiran putera ke 6 Mahani Osman Basir, Timbalan Ketua DMPBK serta saudara Sofi Wahab YDP Bukit Katil..
    " Dah...Ariq Amsyar ...bapanya yang letakkan nama..saya dah tak tahu nak letak nama apa" , Mahani turut mengeja nama putera ke 6 nya.
    " Alhamdulillah...tak palah.. ada sahabat yang tinggal di KL, ada 11 anak lelaki. Semua anaknya lelaki..Tak ada anak perempuan pun" sempat juga untuk kami bercerita dalam ziarah buat kali kedua.


    "Ya ke kak!.. semuanya lelaki, 11 orang...tak ada anak perempuan...em...macammana ya"....Mahani memeluk anaknya erat.
    Kami tersenyum.  

    TAHNIAH!!!!Setiap yang berlaku, punyai hikmah tersendiri. insyaALLAH.

    Anak amanah yang di beri
    Perlu di didik dengan acuan ILLAHI
    Agar dewasanya ia mengenali
    Apa tujuan hidup ini..






    Ukhti Maizarah,.Duduk



    Di doakan juga, buat ukhti Maizarah , Naib DMPBK serta suaminya, Ustaz Hassan yang sedang menunaikan  Umrah, menziarahi Baitullah Al Haram.
    Semuga selamat kembali pada Isnin, 18 Rejab 1432/20 Jun 21. Semuga di berkati dan di rahmati.insyaALLAH.
    SELAMAT KEMBALI.




    TAHNIAH...

    DMPBK mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan Pesuruhjaya PAS negeri  Melaka yang baru di lantik.juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Adly Zahari sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka yang baru menggantikan Ustaz Ghani.

    Sdr Adly Zahari antara Pesuruhjaya negeri yang masih muda.
    Berlatar belakang bidang kejuruteraan, sdr. Adly Zahari sebelum ini adalah YDP PAS Alor Gajah dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka. ...TAHNIAH...

    Melaka pernah mencatit sejarah
    Bandaraya Islam yang terkemuka
    Namun kini, kesannya di temui tiada
    Akibat penjajahan terlalu lama..

    Berpuluh tahun UMNO berkuasa
    Hanya meneruskan tradisi yang ada
    Islam sepi, rakyat tak terbela
    Akibat maruah yang tercela 

    Ayuh!!! anak muda kita bangkitkan semula
    Sejarah kegemilangan yang telah hilang lama
    Kebatilan tidak akan kekal sentiasa
    Pastinya..Kebenaran yang akan berkuasa jua
    Meskipun . perubahan itu mengambil masa yang lama..












    Tuesday, June 7, 2011

    TAHNIAH DMPP

    KETUA DMPP..Senator Siti Zailah Mohd Yusoff
    YB Dr Siti Mariah Mahmud
    Senator Mumtaz Md Rawi
    Alhamdulillah, masih belum terlambat bagi DMPBK mengucapkan tahniah buat pimpinan Muslimat Pusat , yang telah terlantik bagi sesi 2011-2013. Semuga di rahmati dan di berkati. Ikhlas serta istiqamah dan sanggup berkorban.

    Saudari Aiman Athirah Al Jundi
    DR Halimah (AJK)

    DR Rosni Adam (AJK) 
    Chekgu Normala Sudirman



    Dr Hasiah Ali
    Senator Wan Ubaidah Omar
    YB Ustazah Aisyah
    Puan Azizah Khatib (AJK)
    Puan Masturah Muhammad (AJK)
    Puan Aida (AJK)
    Puan Kartini (AJK)