HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Saturday, June 23, 2012

ISA..IITU SSSANGAT AAANGKUH


Nampaknya isu ISA tidak akan selesai selagi UMNO memerintah Malaysia. 53 tahun telah berlalu,  1 Ogos 2009 walaupun satu demonstarsi besar-besaran telah di adakan bagi Memansuhkan ISA   namun ketamadunan rimba masih ini masih di kekalkan di Negara yang tercinta ini. Meskipun kerajaan zalim yang ada pada hari ini, berkali-kali mengatakan bahawa 'hendak mansuhkan ISA' namun sampai sekarang tiada tindakan apa-apa sebaliknya ,sekali lagi kita di kejutkan dengan penyeksaan ala Guantanamo.

Buku tulisan bekas tahanan ISA, yang telah di cetak bermula tahun November 2001 oleh YB  Saari Sungib atau lebih di kenali dengan nama Abu Urwah dan lebih terkenal dengan nama Pak Abu setelah dua kali di kenakan di bawah tahanan ISA.,telah menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku  apabila di tahan di bawah ISA.

Buku tulsan nya,  'Suara dari Kamunting 1' sehingga buku Suara dari Kemunting 8' dan beberapa buku lagi , telah mendedahkan tentang soal-siasat polis cawangan Khas Malaysia ,bagaimana Polis cawangan Khas tidak profesinal menjalankan tugas, bagaimana berhadapan dengan leteran demi leteran serta kata-kata lucah pegawai penyiasat yang amat membosankan yang bertujuan untuk brainwash tahanan. Berlakunya kekasaran fizikal dalam tempoh soal siasat, di pukul , di tendang , di sepak , di terajang, di tumbuk ,di belasah. Tidak memberi tahanan selipar, selimut, tilam , bantal, meemakaikan cermin mata gelap krtika keluar masuk sel, di barkan berjalan dalam hujan lebat atau jalan waktu panas terik matahari, mental torture, soal-siasat terus menerus sehingga waktu malam, mengejutkan tahanan pukul 3.30 pagi, di biarkan di gigit nyamuk, mengisi sel dengan asap rokok dan menafikan hak mengetahui masa .

Sudah semesti para -para isteri serta anak-anak lah yang paling menderita dalam penangkapan yang tidak bersalah ini . 
Buku berjudul "DAIRI PERJUANGAN , pembelaan Isteri terhadap Penahanan Tidak Sah Suami di Bawah ISA." serta buku MANSUHKAN ISA, HAPUSKAN KEZALIMAN, tulisan Aliza Jaafar,terbitan Oktober 2002,  isteri kepada Saari Sungib juga telah menjelaskan bahawa ratusan para-para isteri dan anak-anak  adalah mangsa ISA  yang telah melalui pengalaman pahit yang sukar untuk di lupakan.

Ianya merupakan UNDANG-UNDANG HARAM yang wajib di mansuhkan. Undang-undang yang membolehkan penahanan tanpa bicara..ISA.. Sah.. Ia  Satu Aniaya.

Tidak keterlaluan apabila di tegaskan bahawa ISA adalah instrumen yang di gunakan oleh pemerintah untuk menakutkan -nakutkan aktivis-aktivis sosial, pengkritik dan ahli-ahli politik pembangkang. dan juga di lihat sebagai instrumen dan perkakas yang di gunakan oleh pehak berkuasa untuk menindas dan menyeksa penentang-penentang dasar-daar kerajaan.

Apakah pendirian Majlis fatwa Kebanggsaan dalam hal ISA ini? 

Bila di baca buku "Sejarah Umat Islam' lalu  di teliti dan di amati  dengan jelas, sejarah yang berlaku adalah pengulangan demi pengulangan . Kebatilan serta kebenaran sentiasa bertentangan.

Terlalu banyak penganiayaan yang berlaku terhadap hamba-hamba yang ingin menegakkan kebenaran , walau di mana zaman kehidupannya . Kebatilan dan kebenaran seiringan. 
Terlalu banyak sejarah yang mencatitkan tentang raja-raja yang tenggelam dengan kemewahan , wanita dan makanan yang lazat-lazat. Istana-istana yang di hiasi dengan segala kemewahan , keborosan serta menyalah gunakan kuasa dan harta kerajaan ,namun tetap ada Insan yang mahu kepada kebenaran Islam, lalu berlakulah pertembungan 
Sejarah juga mencatitkan apabila kezaliman sudah berada di kemucaknya maka rakyat akan memberontak lalu pada tahun 96 Hijrah pemerintahan jatuh ke tangan Khalifah Umar Abdul Aziz yang banyak cuba mengembalikan kepada agama Islam  yakni sebuah  Pemerintahan yang berwibawa dan berakhlak. mulia.

Hisyam bin Muaz berkata: 
"Suatu hari aku bersama Khalifah Umar bin Abdul Aziz pergi ke Majlis yang di adakan untuk meraikannya ketika di menziarahi Madinah al Munawarah. Kemudian dia menyuruh petugasnya mengumumkan bahawa sesiapa yang mempunyai tuntutan terhadap penguasa atau berasa di zalimi di gesa supaya menemui Khalifah Umar bin Abdul aziz. Tidak lama kemudian Imam Muhammad Baqir pun mengadap dan ketika beliau sampai di istana , Khalifh Umar bin Abdul Aziz,  beliau melihat Khalifah sedang mengesat air matanya, Imam Muhammad Baqir kehairanan dan berkata:
"Apa yang menyebabkan anda menangis wahai Khalifah?" Kemudian Hisyam bin Muaz yang berada di situ pun menjawab bagi pihak Khalifah Umar bin Abd Aziz:
"Dia menangis kerana mengenangkan kezaliman dan penghinaan yang di lakukan ke atasmu oleh pemerintah yang terdahulu, wahai waris Rasulullah!" maka Imam Muhammad Baqir menjawab:
"Wahai Khalifah! Dunia ini memang tidak ubah seperti sebuah pasar. Darinya terdapat orang yang keluar membawa barang-barang yang bermanfaat dan ada pula yang membawa barang-barang memudaratkan.  Ramai yang terpedaya oleh perkara yang selama ini kita lihat hinggalah maut menjemput mereka. 
Mereka melakukan sesuka hati mereka bila memerlukan sesuatu lalu keluar dengan cara hina sehingga tidak membawa bekal untuk menjadi saksi ke akhirat kelak. Takutlah kepada ALLAH wahai Khalifah! Bukalah pintu istana  supaya mudah orang ramai menghadap Tuan dan mengemukakan masalah. Bantulah orang yang di zalimi . Pulangkan harta mereka yang di rampas" 
Akhirnya Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi insaf .
Sayangnya pemerintah Khalifah Umar Abduk Aziz ini, hanya dapat bertahan selama 2 tahun sahaja akibat di racun oleh keluraganya sendiri.

Nampaknya perjuangan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran tetap akan berterusan . Beruntunglah kita yang tergolong di dalam kebenaran itu .

LAWAN TETAP LAWAN






Friday, June 22, 2012

4. Sambungan...Peygamber Efendimizin Dilinden İranlılar

Baginda bertanya kepada orang yang membawa Tamlikha
"Bagaimana cerita orang ini?"
"Dia telah menemui harta karun". jawab orang yang membawanya ke istana.

Raja bertitah: "anda tidak perlu rasa takut kerana Nabi Isa telah memerintahkan hanya memungut satu perlima saja dari harta karun tersebut. Serahkan satu perlima saja kepada beta dan anda akan selamat.".
Tamlikha menjwab :"  Saya sama sekali tidak menemui harta karun.Saya adalah penduduk kota ini".
Jika benar siapakah yang anda kenal ?"Tanya Raja.

Akhirnya Tamlikha menyebut 1000 nana yang di kenali . Raja kehairanan kerana nama yang di sebut itu, tidak di kenali.

Apakah anda mempunyai rumah di sini?"Tanya baginda inginkan kepastian.

"Ya Tuanku" Jawab Tamlikha.

 Raja kemudian meminta beberapa orang mengikuti Tamlikha,  Dia membawa orang tersebut ke sebuah rumah yang paling tibggi di kota tersebut.

Setibanya di sana ,Tamlikha berkata  "inilah rumahku"

.Kemudian pintu pun di ketuk, Maka keluarlah seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sepasang alis di bawah keningnya sudah menjadi putih dan mukanya sudah berkedut.

Orang itu terperanjat lau bertanya,"apa yang anda semua mahu?" 

Utusan raja menjawab :" orang tua ini mengaku  rumah ini adalah kepunyaannya.

Orang tua itu kehairanan dan berkata : "siapa namamu?"

Saya Tamlikha anak Filistin"

"Cuba ulang sekali lagi"? orang tua itu menyuruh Tamlikha mengulangi namanya.

 Tiba-tiba dia berlutut di depan Tamlikha sambil berucap, 
"Demi ALLAH dia adalah moyangku. Dia adalah salah seorang antara orang yang melarikan diri dari kezaliman Raja Diqyanius. Dia telah lari berlindng kepada ALLAH Yang Maha Esa..Nabi kita, Isa telah memberitahu kesah mereka kepada kita dan mengatakan mereka akan hidup kembali.".

Peristiiwa yang tejadi di rumah orang tua itu tersebut lalu di ceritakan kepada Sang Raja. Dengan menunggang kuda raja bersegera ke rumah orang tadi lalu menyambut Tamlikha manakala orang ramai berpusu-pusu menciumnya sambil bertanya, "

"Wahai Tamlikha! bagaimana keadaan teman-temanmu?"

Tamlikha memberitahu bahawa bahawa teman-temannya masih berada di gua.

Pada masa itu kota Aphesus di perintah oleh dua bangsawan istana. Seorang beragama Islam dan seorang beragama Nasrani. Dua orang tersebut membawa Tamlikha ke gua yang di maksudkan. Setibanya di gua Tamlikha berkata kepada kedua orang bangsawan tersebut,
 "Saya bimbang jika teman-teman saya mendengar suara kuda-kuda kalian, mereka menduga Raja Diqnayius datang, mereka bakal meninggal dunia semula . Oleh itu , kamu semua berhentilah di sini saja. Biarkan saya yang menemui mereka. mereka semua berhenti  menunggu manakala tamlikah masuk seorang diri ke dalam gua. 

Melihat Tamlikha datang,teman-temanya gembira kegirangan lalu berkata, 
"Puji dan syukur kepada ALLAH yang telah menyelamatkan diri mu dari cengkaman Diqnayius"

Tamlikha menjawab, "tahukah anda semua , berapa lama kita tinggal di gua ini"? 

Kita baru  tinggal sehari dua saja" jawab mereka.

"Tidak , sebenarnya kita telah tinggal di dalam gua ini selama 309 tahun .Diqnayius telah lam meninggal dunia. Generasi demi generasi telah silih berganti dan seluruh penduduk ini sudah beriman kepada ALLAH. Mereka sekarang datang untuk bertemu anda semua".

Teman-teman Tamlikha menyahut: "apakah anda ingin kita semua orang yang akan mengemparkan dunia?"

"Jadi apa yang anda inginkan?" Tanya Tamlikha

"Angkatlah tangan anda ke atas dan kami pun akan berbuat demikian juga" jawab mereka.

 Mereka bertujuh mengangkat tangan keaatas seraya berdoa: "Ya ALLAH, dengan kebenaran yang telah engkau lihatkan kepada kami dengan keanehan yang kami alami. Cabutlah kembali nyawa kami tanpa pengetahuan orang lain.

Maka ALLAH mengabulkan permintaan mereka lalu memerintahkan Malaikat Maut mencabut kembali nyawa mereka.kemudian ALLAH melenyapkan pintu gua tanpa bekas.

Dua orang bangsawan  yang agak lama menunggu lantas mendekati gua. Mereka berpusing-pusing selama tujuh hari untuk mencari pintu gua tersebut. Mereka tidak berhasil dan pada saat itu mereka yakin tentang betapa hebatnya kekuasaan ALLAH.

Memandangkan semua peristiewa yang di alami oleh para penghuni gua sebagai peringatan ynag di perlihatkan oleh ALLAH kepada mereka.
 Bangsawan yang bergama Islam itu berkata: " Mereka meninggal dunia di dalam memeluk agamaku, akan aku dirikan sebuah tempat ibadah di pintu gua ini"

. Dua orang bangsawan bertengkar dan setelah pertikaian senjata akhirnya bangsawan Nasrani kalah. 

Dengan terjadinya peristiwa tersebut maka ALLAH berfirman, 
"Orang yang telah memenangkan urusan mereka berkata "Kami hendak mendirikan sebuah rumah  peribadatan ke atas mereka"

Sampai di situ Sayyidina Ali berhenti menceritakan kesah penghuni gua..kemudian berkata kepada Pendeta Yahudi: "itulah apa yang tejadi di dalam kesah mereka. Demi ALLAH, sekarang aku ingin bertanya kepada muapakah yang daku ceritakan semua tadi sama seperti terkandung dalam kita taurat anda?"

Pendeta yahudi berkata?"

Wahai Ali, awak tidak menambah atau mengurangi  walau satu huruf pun. Seakarang aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu pesuruhnya. Daku pun bersaksi bahawa anda adalah orang yang paling berilmu di kalangan umat ini.

Thursday, June 21, 2012


 
3..Sambungan...

"Wahai Tamlikha, mengapa anda kelihatan risau?"
"Hati saya di risaukan oleh sesuatu yang membuat saya tidak mahu makan ,minum dan tidak boleh tidur", jawab Tamlikha

"Apakah yang merisaukan anda?" teman-temannya kehairanan

"Sudah lama aku memikirkan soal langit" ujar Tamlikha

"Aku sering bertanya kepada diriku sendiri, siapakah yang mengangkatnya ke atas tanpa tiang  yang menahannya dari bawah?" Siapakah yang menjalankan menjalankan matahari dan bulan di langit?", siapakah yang menghiaskan langit itu dengan bintang-bintang bertaburan?".Kemudian aku fikirkan juga bumi ini, siapakah yang membentangkan dan menghamparkannya di cakerawala?" Siapakah yang menahan gunung-ganang yang tinggi supaya tidak runtuh"? Aku juga sering memikirkan diri ku sendiri, siapakah yang mengeluarkan aku sebagai bayi dari perut ibuku?" Siapakah yang memelihara kehidupan aku dan memberi aku makan?" Semuanya ini pasti ada pencipta dan sudah tentu bukan raja Diqyanius".
 Teman-teman Tamlikha berlutut depannya sambil berkata:

"Wahai Tamlikha! hati kami juga berfikiran seperti anda. Oleh itu tunjukkanlah jalan keluar bagi kami semua.

"Saudaraku semua!, Marilah kita lari dan meninggalkan raja yang zalim itu dan menuju Tuhan pencipta langit dan bumi", seru Tamlikha.

"Kami setuju dengan pendapat mu", sahut teman-temannya.

Tamlikha berdiri lalu pergi untuk menjual beberapa buah kurmadan akhirnya beliau memperolehi wang sebanyak 3 dirham dan berangkat menunggang kuda bersama-sama temannya.Setelah berjalan agak jauh dari kota,

Tamlikha berkata kepada teman-temannya:
 "Saudaraku!kita sekarang sudah terlepas dari raja yang zalim. Sekarang turunlah anda semua dari kuda dan marilah kita semua berjalan kaki. Mudah-mudahan ALLAH memudahkan urusan kita dan memberikan jalan keluar."

Mereka turun dari kuda masing-masing lalu berjalan sejauh 7 farsakh   sehingga kaki mereka bengkak dan berdarah kerana jauhnya berjalan. Tiba-tiba datanglah seorang pengembala kambing yang berada di situ. Kepada pengembala tersebut, mereka bertanya:
"Adakah anda mempunyai air minum atau susu?"

"Aku mempunyai apa yang anda semua inginkan" sahut pengembala tersebut

"Tapi aku melihat wajah kamu anda semua seperti kaum bangsawan. Aku menduga anda semua pasti melarikan diri. Alangkah baiknya jika anda menceritakan perjalanan anda semua." sambung pengemabala itu lagi

Akhirnya Tamlikha dan teman-temannya menceritakan semua yang terjadi pada diri mereka sendiri. .Mendengar cerita mereka pengembala tersebut berlutut sambil berkata:
"Aku juga berpendapat seperti anda  semua. Anda berehat sajalah di sini dahulu kerana aku ingin memulangkan kambing-kambing ini kepada tuannya. Nanti aku akan kembali semuala"pinta pengembala

Tamlikha serta teman-temannya berehat sebentar, sementara pengembala itu mengembalikan kambing-kambing kepada tuannya. Tidak lama kemudian , dia datang bersama seekor anjing miliknya.

Waktu cerita Sayyidina Ali sampai di situ, Pendeta Yahudi tadi bertanya, "Wahai Ali jika anda benar-benar tahu , sila sebutkan apakah warna anjing tersebut dan apakah namanya?"

"Wahai  Pendeta Yahudi! Jawab Sayyidina Ali dan meneruskan
"Kekasihku Muhammad Rasulullah meneritakan kepadaku bahawa anjing tersebut berwarna kehitam-hitamn dan bernama Qithmir. Ketika enam orang pelarian tersebut melihat anjing, masing-masing saling berkata kepada temannya, "kita khuatir kalau-kalau anjing itu akan membongkarkan rahsia kita.". Mereka meminta supaya  anjing tersebut di halau dari situ. Anjing tersebut lalu melihat kepada Tamlikha dan teman-temannya seraya duduk ke atas dua kaki belakang, memgeliat dan mengucapkan kata-kata yang jelas sekali, 
"Wahai saudara sekelian! mengapa anda ingin mengusir ku!. Padahal aku ini bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan biarkan aku menjaga sekelian dari musuh kerana dengan demikain aku dapat mendekati diri daripada ALLAH". Anjing tersebut ,akhirnya di benarkan mengikut mereka menaiki sebuah gungung dan mendekati sebuah gua."

Sampai di situ Pendeta Yahudi tadi bangkit dan bertanya:

"Apakah nama gunung dan gua tersebut"? Sayyidina Ali menjelaskan:
"Gunung tersebut bernama Naglus dan gua tersebut bernama Washid atau di sebut juga dengan nama Kheram. Setelah merea memasuki gua tersebut tiba-tiba terhidang pelbagai pokok buah-buahan yang enak serta terpancut air lalu mereka makan sehingga kenyang. Setelah tiba waktu malam, mereka pun berlindung di gua tersebut manakala anjing mereka duduk melunjurkan kaki hadapan bagi menghalang pintu gua. Kemudian ALLAH memerintahkan Malaikat Maut mencabut nyawa mereka dan dua Malaikat di tugaskan untuk membalikka-balikkan tubuh mereka(Supaya tidak reput) .

Suatu ketka , sewaktu Raja Diqyanius selesai meraikan satu majlis, tiba-tiba beliau bertanyakan tentang hal enam pembantunya. Beliau mendapat jawapan bahawa mereka telah melarikan diri. Raja Diqyanius sangat marah dan beliau bersama 80 000 tentera berkuda berangkat menjejaki enam pembantunya yang telah melarikan diri.  Mereka menaiki gunung dan mendekati gua tempat mereka bersembunyi. Raja Diqyanius melihat mereka sedang tidur nyenyak. Beliau  pun berkata kepada rakyatnya:"Jika beta mahu menghukum mereka, tidak akan beta jatuhkan hukuman yang lebih berat dari perbuatan mereka yang telah menyeksa diri mereka sendiri. Dari itu panggilkah tukang batu ke sini."
Setelah tukang batu di panggil, mereka di arahkan supaya menyimen pintu gua dengan batu-batu yang kukuh. Setelah selesai mereka menjalankan tugas, Raja Diqyanius bertitah kepada rakyatnya, "jika benar mereka tidak berdusta minta, tolonglah kepada Tuhan mereka supaya mereka di keluarkan dari tempat ini".

Dalam gua yang tertutup rapat itu, merka tinggal selama 309 tahun. Setelah masa yang amat panjang, ALLAH telah meghidupkan mereka. Ketika matahari mula terbit, mereka rasakan seolah-olah baru bangun tidur. Salah seorang dari mereka berkata :"Malam tadi kita terlupa beribadah kepada ALLAH.  Marilah kita pergi ke mata air."

Setelah mereka berada di luar gua tiba-tiba mata air tersebut sudah kering dan pokok yang ada di situ sudah mati. ALLAH telah membuat mereka lapar. Mereka saling bertanya, "siapakah di antara kita yang sanggup ke kota membawa wang dan membeli malanan.?". Tamlikha kemudian berkata, "saya akan ke kota untuk membeli makanan .Wahai pengembala,tolong berikan baju mu kepada ku dan ambillah baju ku ini".

Setelah memakai baju pengembala ,dia pun pergi kekota. Sepanjang perjalanan dia melalui tempat yang belum pernah di kenali. Jalan-jalan yang belum pernah di ketahui. Setibanya di pintu gerbang kota, dia melihat bendera berkibar di angkasa, tertulis "Tiada Tuhan selain ALLAH dan Isa itu adalah Ruh ALLAH . Tamlikha berhenti sejenak melihat bendera itu, sambil mengusap-usap mata dan berkata dalam hati, "aku rasa aku masih tidur!". Setelah agak lama memandang dan mengamati bendera tersebut, dia meneruskan perjalan memasukki kota. Dia melihat ramai orang sedang membaca kitab Injil. Setibanya  di sebuah pasar, di bertanya kepada seorang penjual roti, 
"apakah nama kota ini?"
"Aphesus" sahut penjual roti
"Siapa nama raja anda?"
:AbdulRahman" sambungnya lagi
"Jika apa yang kata itu benar, tetapi sungguh aneh bagi saya. Ambillah wang ini dan berikan saya makanan."
Melihat wang yang di beri itu , penjual roti kehairanan kerana wang tersebut adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Pendeta Yahudi bertanya tadi, berdiri lalu bertanya kepada Sayyiina Ali "Jika anda mengetahuisila terangkan berapa nilai dengan wang baru?"

Sayyidina Ali menerangkan :
Kekasiku Muhammad telah menceritakan kepada ku bahawa wang yang di bawa Tamlikha ialah setiap dirham lama sama dengan sepuloh dan dua pertiga wang baru.

Sayyidina melanjutkan :
Penjual roti lalu berkata kepada Tamlikha, "Alangkah beruntung nya aku . Rupanya anda baru menemui hatra karun,. Berikan wang anda kepada ku ! jika tidak aku akan laporkan kepada raja."

Aku tidak menemui harta karun" sangkal Tamlikah

" Wang ini saya dapat tiga hari yang lalu dari hasil penjualan buah kurma dengan tiga dirham.Saya kemudian tinggalkan kota kerana rakyat jelata menyembah Diqyanius."

Penjual roti tersebut menjadi marah lalu berkata:" apakah setelah anda menemui harta karu, anda tidak mahu menyerahkan kepada ku?" Lagi pun anda telah menyebut -nyebut nama seorang raja yang derhaka yang telah mengaku dirinya Tuhan. Padahal raja tersebut telah meninggal dunia 300 tahun yang lalu . Apakah anda ingin memperolok-olokan aku?" 
Tidak lama kemudia Tamlikha pun di tangkap , di bawa menghadap raja . Raja ketika itu adalah seorang yang adil dan bijaksana. Baginda bertanya kepada orang yang  membawa Tamlikha, "Bagaimana cerita orang ini?"

Bersambung...

Tuesday, June 19, 2012


دعا بهترین وسیله رفع قضا و گرفتاری است

Sambungan...

"Sila terangkan kepada ku tentang sejumlah manusia pada zaman dahulu yang telah meninggal dunia selama 309 tahun, kemudian di hidupkan kembali oleh ALLAH. Bagaimana hikayat tentang mereka itu'? sambung Pendeta tadi.
 
Saiyiddina Ali menjawab:
"Wahai Pendeta, mereka itu ialah para penghuni gua. Hikayat tentang mereka itu sudah di kisahkan oleh ALLAH kepada Rasulnya. Jika mahu , akan daku bacakan kisah tersebut".
 
Pendeta itu menyahut: "Saya sering mendengar Al Quran anda itu. Jika anda memang benar-benar mengetahui , sila sebutkan nama-nama mereka, nama ayah-ayah mereka, nama kota mereka, nama raja mereka, nama anjing mereka,nama gunnung serta gua mereka dan semua kisah dari mula hingga akhir".
 
Saiyiddina Ali membetulkan duduknya lalu berkata: 
"Wahai Pendeta Yahudi, Muhammad Rasulullah kekasihku telah menceritakan kepadaku bahawa kisah itu terjadi di negeri Rome,di sebuah kota bernama Aphesus atau Tharsus. Ketika Islam datang , kota tersebut berubah nama menjadi Tharsus. (Sekarang terletak di dalam wilayah Turki). Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja tersebut meninggal , berita kematiannya di dengari oleh seorang raja Parsi  bernama Diqyanius. Dia seorang raja kafir yang sangat zalim. Dia telah menyerbu negeri tersebut dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berhasil menguasai kota Aphesus. Dia mendirikan sebuah istana yang besar"
 
Ketika sampai di situ , Pendeta Yahudi yang  bertanya tadi berdiri, lalu bertanya:
 
"Jika anda benar-benar mengetahui sila terangkan kepada ku bentuk istana tersebut dan bagaimana serambi serta ruangan-ruangannya".
 
Saiyidna Ali menerangkan :
 
"Wahai Pendeta Yahudi! Raja itu membena istana yang sangat megah yang di perbuat dari batu marmar .Panjangnya satu farsakh (8 km) dan lebarnya pun satu farsakh. Tiang-tiangnya berjumlah seribu tiang yang di perbuat dari emas. Lampu-lampunya berjumlah seribu buah juga di perbuat dari emas. Lampu-lampu tersebut di gantung pada rantai-rantai yang di buat dari perak.  Setiap malam apinya di nyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya.  Di sebelah timur serambi, di buat lubang-lubang cahaya sebanyak seratus buah , begitu juga di sebelah barat. Raja tersebut juga , membuat singgahsana dari emas. Panjangnya 80 hasta dan lebarnya 40 hasta. Di sebelah kanannya tersedia 80 buah kerusi yang semuanya di perbuat dari emas, guna untuk tempat duduk para pembesar manakala raja duduk di atas singgahsana dengan memakai mahkota di kepala"
 
Sampai di situ, Pendeta tadi berdiri lagi sambil berkata:
"Jika anda benar-benar mengetahui,sila terangkan kepadaku dari apakah mahkota itu di perbuat?"
 
Saiyyidina Ali menerangkan: 
"Wahai pendeta!, Mahkota tersebut di perbuat dari kepingan emas berkaki 9 dan setiap kakinya bertaburan  mutiara yang memantulkan cahaya laksana bintang-bintang menerangi kegelapan malam.  Raja itu juga mempunyai 50 orang pelayan terdiri dari anak-anak para hulubalang. Semuanya memakai selendang dan baju sutera berwarna hijau. Mereka di hiasi dengan gelang-gelang kaki yang sangat indah. Masing-masing di beri tongkat yang di perbuat dari emas. Mereka harus berdiri di belakang raja. Selain dari itu, raja juga melantik 6 orang terdiri dari anak-anak cendekiawan untuk di jadikan menteri atau pembantunya. Raja tidak mengambil satu keputusan apa pun juga tanpa berunding lebih dahulu dari mereka.Tiga orang pembantu itu selalu berada di kanan dan tiga lagi duduk di sebelah  kiri raja."
 
Pendeta Yahudi yang bertanya itu, berdiri lagi lalu berkata:
 
"Wahai Ali!, Jika yang anda katakan itu benar, sila sebutkan nama enam orang yang menjadi pembantu raja tersebut?"
 
Sayyidina Ali menjawab:
"Kekasihku Muhammad Rasulullah menceritakan kepadaku bahawa tiga orang yang berdiri di sebelah kanan raja ialah Tamlikha, Miksalmina dan Mikhaslimia manakala yang tiga orang yang duduk  di sebelah kiri raja ialah Martelius, Casitius dan Sidemius. Raja sering berunding dengan mereka mengenai segala urusan. Setiap hari setelah raja duduk di dalam serambi istana yang di kerumuni oleh semua hulubalang, masuklah tiga orang pelayan mengadap raja. Seorang antaranya pembawa piala emas berisi wangi-wangian. Seorang lagi membawa piala perak berisi air bunga-bungaan. 
Manakala seorang lagi membawa seekor burong dan dia mengelurkan suara isyarat lalu burong tersebut terbang di atas piala yang di isi air bunga-bungaan. Burung tersebut bermain di dalam air dan setelah itu mengibas-ngibas sayap sehingga air bunga-bungaan itu merecik keserata tempat.
Kemudian pembawa burong tadi mengeluarkan suara isyarat lalu burong itu terbang dan hinggap di atas mahkota raja sambil membentangkan kedua sayap yang harum semerbak itu. 
 
Demikanlah raja tersebut  memerintah selama 30 tahun. Selama berkuasa beliau tidak pernah di timpa penyakit sehingga raja tersebut merasa angkuh dan bongkak. Beliau mengaku dirinya sebagai Tuhan dan tidak mengaku adanya ALLAH yang Maha Esa. Raja tersebut kemudian memanggil beberapa orang terkemuka daripada rakyatnya. Barangsiapa yang patuh dan taat padanya, di berikan pakaian dan pelbagai hadiah lain. Sebaliknya sesiapa yang mengengkari akan di tangkap dan di bunuh.
 
Pada suatu hari ketika perayaan ulangtahunnya, Raja sedang duduk di atas singgahsana sambil mengenakan mahkota di atas kepalanya, tiba-tiba masukkah hulubalang membeitahu bahawa ada bala tentera asing  akan menyerbu kewilayah kekuasaannya. Raja terperanjat dan tiba-tiba mahkota yang di pakainya telah terjatuh dari kepalanya. Kemudian raja itu sendiri terjatuh dari singgahsananya. 
Salah seorang pembantu yang berdiri di sebelah kanan beliau bernama Tamlikha memerhati keadaan raja tersebut, beliau berfikir seketika lalu berkata di dalam hati,
"Kalau Diqyatus itu benar-benar tuhan sebagaimana menurut pengakuannya, tentu beliau tidak akan sedih, tidak tidur, tidak buang air esar dan kecil."
 
Maka enam orag pembatu raja itu mengadakan perbinacangan setiap hari. Pada satu hari tibalah giliran Tamlikha , menerima kunjungn lima orang temannya., sedang mereka berbincang tiba-tiba temannya bertanya.
 
"Wahai Tamlikha mengapa anda kelihata risau?"

....Bersambung....
 



Suatu ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar,pernah beberapa pendeta  Yahudi  datang untuk bertanya kepadanya.
Salman al-Farasi memanggil Saiyidina Ali untuk menjawab beberapa soalan. Saiyiddina Ali bergegas ke rumah Khalifah Umar untuk menyelesaikan masalah.
Setelah berhadapan dengan pendeta Yahudi yang sedang menunggu jawapan ., 

Saiyiddina berkata: "Silalah kemukakan soalan yang anda inginkan. Rasulullah sudah mengajarku seribu jenis ilmu dan tiap-tiap jenis dari  ilmu -ilmu tersebut mempunyai seribu cabang ilmu.

Pendeta tersebut mengulangi pertanyaan mereka. Sebelum menjawab Saiyiddina Ali berkata:
"Daku ingin mengajukan satu syarat kepada anda semua iaitu jika daku boleh menjawab pertanyaan -pertanyaan tersebut dan sesuai dengan yang ada di dalam Taurat, adakah anda akan memeluk Agama Islam"?

"Ya, baiklah", jawab mereka.

"Sekarang tanyalah satu persatu" sambung Saiyyidina Ali. 

Mereka pun mula bertanya." Apakah kunci yang menutup pintu langit"?

Saiyidina Ali menjawab: "Anak kunci itu ialah bersyahadah bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah Rasulullah."

Para pendeta saling berpandangan membenarkan kata-kata Sayyidina Ali

"Terangkan kepada kami tentang adanya kubur yang berjalan bersama penghuninya"
"Kubur tersebut ialah ikan Yu yang menelan Nabi Yunus sehingga dia di bawa mengelilingu tujuh lautan".

Para pendeta bertanya lagi: "Jelaskan kepada kami tentang makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya tetapi dia bukan dari kalangan manusia mahupun jin.".

Sayyidina Ali menjawab; "Makhluk itu adalah semut nabi Sulaiman anak Nabi Daud; Semut tersebut berkata kepada kaumnya;" Wahai para semut! masuklah ke dalam sarang anda semuga tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dalam keadaan mereka tidak sedar".

Pendeta bertanya lagi; "beritahu kami tentang lima makhluk yang berjalan di atas muka bumi tetapi tidak satu pun antara makhluk-makhluk tersebut di lahirkan dari kandungan ibunya".

Saiyyidina Ali menjawab ;
"Lima makhluk tersebut ialah;
Pertama :Nabi Adam
Kedua: Siti Hawa, isteri Nabi Adam
Ketika: Unta Nabi Shaleh
Keempat: Kambing Nabi Ibrahim ketika menyembelih anaknya
kelima: Ular yang menjelma dari tongkat Nabi Musa

Dua di antara pendeta orang Pendeta tersebut merasa kagum mendengar jawapan serta penjelasan dari Saiyyidina Ali lalu berkata:"
"Kami bersaksi bahawa tiada tuhan selain  Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah"

Tetapi seorang dari Pendeta Yahudi itu berdiri sambil berkata kepada Sayyidina Ali :

"Wahai Ali! Teman-temanku sedah membenarkan Agama Islam. Sekarang masih satu perkara yang ingin saya tanya".
"Tanyalah apa yang ingin anda tanyakan", pinta Saiyyidina Ali

Bersambung...

Monday, June 18, 2012


 Tahniah di ucapkan kepada DMPNM kerana berjaya meneruskan program MANTAP 15 & 16 /Jun 2012  pada Jumaat dan Sabtu bertempat di Parit Putat.
 M-MARDHATILLAH
A- AKIDAH
N-NILAI
T-TAQWA
A-AKHLAK
P-PERJUANGAN

" Ciri-ciri kemenangan Islam" merupakan tajuk pilihan bagi mengisi pengisian program pada sebelah malam bersama Ustaz.

Dengan meletakkan  'akidah yang jelas , ianya merupakan syarat pertama untuk memastikan kemenangan Islam.

Sentuhan hati untuk berdakwah sesama insan juga tidak kurang pentingnya untuk memastikan kemenangan Islam kerana tangan yang mengundi datangnya dari pilihan  hati.

 Bermesyuarat juga penting dalam memastikan kemenangan Islam, kerana bercambah fikiran itu lebih rahmatnya.


Berani berkorban dari segala sudut juga penting 


Berdoa dan berzikir kerana "sesungguhnya ALLAH berasa malu untuk menghampakan harapan hambanya yang menadah tangan , mengharap serta merayu kepadaNYA."


 Bersatu , menghilangkan segala kesumat hasad dengki. Buangkan segala masalah peribadi


Keikhlasan dalam perjuangan, 


Taat pada pemimpin yang benar.


Islam akan tetap menang.

Wednesday, June 13, 2012

ALHAMDULILLAH,  . DMPKBK mengucapkan tahniah diatas kelahiran adik Muhamad Khairul Affan, yang kini baru berusia 14 hari.
Anak ke lima dari pasangan Rosnah Hamid serta Ustaz khirul Salleh.
Semuga menjadi anak yang soleh serta meneruskan perjuangan menegakkan keadilan .


"Seorang yang bekerja keras demi menyara keluargannya laksana pejuang di jalan ALLAH"
(

Sunday, June 10, 2012


 "Kekuatan hati dan niat merupakan perkara yang paling-paling  penting dalam cubaan kita untuk menyampaikan sesuatu terutama dalam hal untuk menyampaikan ucapan kita kepada orang ramai" , pemulaan bicara dari Ustaz Muhammad Nor Omar selaku  instructor kepada bengkel  HALWA negeri Melaka yang di adakan semalam.
 Bukan mudah untuk memberi ucapan di depan penonton yang ramai. Meskipun kita bisa berbicara dengan ramai orang dalam satu masa,namun adakalanya kita gagal untk mengawal perasaan gugup serta gementar apabila berceramah secara rasmi.  Perasaan gugup serta gementar adalah lumrah bagi  lebih-lebih lagi  apabila penceramah tidak bersedia dalam membuat persiapan.

Para penonton  yang hadir ,inginkan maklumat yang yang jelas dari penceramah. Oleh itu para penceramah mestilah bersedia bagi menepati tujuan serta objektif program agar para penonton berpuas hati dengan penyampaian maklumat yang di sampaikan,baik dari pengisiannya, nada percakapannya mahupun dari bahasa badan si penceramah.

Suara penceramah mestilah jelas seperti sering di katakan bahawa" bercakaplah seolah-olah kita sedang bercakap dengan seorang tua yang pekak di barisan belakang sekali, pasti suara kamu akan di dengari oleh semua penonton".

Bercakap dengan nada yang  ori , ikhlas serta yakin apa yang sedang di perkatakan supaya dapat memberi kesan di hati kepada  para pendengar .Pengisian yang datang dari keikhlasan hati pasti akan jatuh juga ke hati.

"Selepas ini, setiap orang wajib  bercakap di hadapan, tidak terkecuali, seorang 3 minit saja.  tiba-tiba ustaz Md Nor memberi arahan

Sekonyong-konyong para muslimat yang hadir mula berdebar-debar, sebaik saja ustaz memberi arahan.
Sukar untuk bercakap di hadapan, sekiranya jarang bercakap di khalayak ramai apatah lagi yang tidak pernah bercakap di hadapan orang ramai..Adakalanya seorang guru pun gugup untuk bercakap di khalayak ramai.

Alhamdulillah, TAHNIAH!! pada para muslimat yang hadir termasuk dari DMPKBK. Memang mereka hebat-hebat belaka. Meskipun masa penyediaan yang di berikan amatlah pendek, namun hampir semua para mulimat  mampu menyampaikan dengan baik dalam latihan yang di berikan. dan sudah semestinya terdapat banyak perkara yang perlu di baiki.lagi. Namun dengan kerjasama di ikuti dengan semangat yang tinggi, semua muslimat berjaya melepasi batasan-batasan kegugupan serta kegementaran mereka. 

Manusia mampu bercakap dalam jangka 200 perkataan dalam satu minit tetapi manusia boleh berfikir dalam jangka 1300 dalam satu minit sebab fikiran manusia boleh bekerja jauh lebih laju dari percakapan.Dan ini boleh di terjemahkan melalui penyampaian. , zahir, mata, bahasa badan dan nada.



Tuesday, June 5, 2012

HIDUP..HIDUP ANAK MUDA


 Anak-anak muda itu masih terus-terusan berdiri di atas  padang meskipun hujan semakin lebat. Anak-anak muda itu tidak berganjak meskipun tiada tanda -tanda bahawa hujan akan berhenti dalam masa yang terdekat. Anak-anak muda terus melakukan tugas-tugas yang telah di amanahkan kepada mereka tanpa mempedulikan badan-badan yang semakin sejuk di timpa barisan titisan hujan yang semakin menebal.

Anak-anak muda itu, terus membarisi saf-saf solat di padang meskipun padang telah di genangi air.
 Mungkin itulah di antara anak-anak muda yang telah biasa dengan semburan-semburan air ketika berhadapan dengan trak-trak liar sewaktu demonstrasi. 
Mungkin itu lah juga di antara anak-anak muda yang telah biasa terhidu dengan semburan-semburan asap yang tidak mengenal mangsa ketika demonstrasi.
Untuk  berhadapan dengan air-air asid serta asap-asap semburan lantaran kerakusan dari kezaliman pemimpin pun, anak-anak muda itu tidak gentar, apatah lagi untuk berhadapan dengan titisan air hujan rahmat dari Raja sekelian alam ,amatlah mudah bagi anak-anak muda itu untuk sujud menyembah, memuji ,mengagungkan serta bersyukur kepada Penguasa yang maha Agung.
.
Begitulah di antara pemandangan yang dapat di lihat ketika himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman , Alor Setar, Kedah pada 11 Rejab 1433 bersamaan 1 Jun 2012.
Himpunan yang telah menghimpunkan melebihi 100 ribu ahli PAS hasil dari komitmen serta semangat yang begitu tinggi dari ahli-ahli PAS.

Dmpkbk juga tidak ketinggalan dalam bersama-sama bagi mengibarkan bendera di Stadium Aman, yang julung-julung kalinya kedengaran kesyahduan Azan yang mampu mengamit  hati-hati pendengar terutama di dalam Stadium yang telah terbina sejak 60 tahun lalu.
Anak kehilangan ayah, ibu  kehilangan anak, tandas ketandusan air, Stadium kekurangan tempat duduk, tuan kehilangan telepon namun isteri kehilangan suami yang benar-benar telah mengamatkan stadium .
Walau apa pun yang berlaku di hari yang menempah sejarah ini, namun yang pastinya anak-anak muda itulah juga yang akan mengetuai untuk meneruskan XPRESI HIJAU ke Putrajaya apabila sampai masa dan ketikanya kelak dengan pertolongan Penguasa Yang Maha Agung.
insyaALLAH









SU DMPBKatil