HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Saturday, June 23, 2012

ISA..IITU SSSANGAT AAANGKUH


Nampaknya isu ISA tidak akan selesai selagi UMNO memerintah Malaysia. 53 tahun telah berlalu,  1 Ogos 2009 walaupun satu demonstarsi besar-besaran telah di adakan bagi Memansuhkan ISA   namun ketamadunan rimba masih ini masih di kekalkan di Negara yang tercinta ini. Meskipun kerajaan zalim yang ada pada hari ini, berkali-kali mengatakan bahawa 'hendak mansuhkan ISA' namun sampai sekarang tiada tindakan apa-apa sebaliknya ,sekali lagi kita di kejutkan dengan penyeksaan ala Guantanamo.

Buku tulisan bekas tahanan ISA, yang telah di cetak bermula tahun November 2001 oleh YB  Saari Sungib atau lebih di kenali dengan nama Abu Urwah dan lebih terkenal dengan nama Pak Abu setelah dua kali di kenakan di bawah tahanan ISA.,telah menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku  apabila di tahan di bawah ISA.

Buku tulsan nya,  'Suara dari Kamunting 1' sehingga buku Suara dari Kemunting 8' dan beberapa buku lagi , telah mendedahkan tentang soal-siasat polis cawangan Khas Malaysia ,bagaimana Polis cawangan Khas tidak profesinal menjalankan tugas, bagaimana berhadapan dengan leteran demi leteran serta kata-kata lucah pegawai penyiasat yang amat membosankan yang bertujuan untuk brainwash tahanan. Berlakunya kekasaran fizikal dalam tempoh soal siasat, di pukul , di tendang , di sepak , di terajang, di tumbuk ,di belasah. Tidak memberi tahanan selipar, selimut, tilam , bantal, meemakaikan cermin mata gelap krtika keluar masuk sel, di barkan berjalan dalam hujan lebat atau jalan waktu panas terik matahari, mental torture, soal-siasat terus menerus sehingga waktu malam, mengejutkan tahanan pukul 3.30 pagi, di biarkan di gigit nyamuk, mengisi sel dengan asap rokok dan menafikan hak mengetahui masa .

Sudah semesti para -para isteri serta anak-anak lah yang paling menderita dalam penangkapan yang tidak bersalah ini . 
Buku berjudul "DAIRI PERJUANGAN , pembelaan Isteri terhadap Penahanan Tidak Sah Suami di Bawah ISA." serta buku MANSUHKAN ISA, HAPUSKAN KEZALIMAN, tulisan Aliza Jaafar,terbitan Oktober 2002,  isteri kepada Saari Sungib juga telah menjelaskan bahawa ratusan para-para isteri dan anak-anak  adalah mangsa ISA  yang telah melalui pengalaman pahit yang sukar untuk di lupakan.

Ianya merupakan UNDANG-UNDANG HARAM yang wajib di mansuhkan. Undang-undang yang membolehkan penahanan tanpa bicara..ISA.. Sah.. Ia  Satu Aniaya.

Tidak keterlaluan apabila di tegaskan bahawa ISA adalah instrumen yang di gunakan oleh pemerintah untuk menakutkan -nakutkan aktivis-aktivis sosial, pengkritik dan ahli-ahli politik pembangkang. dan juga di lihat sebagai instrumen dan perkakas yang di gunakan oleh pehak berkuasa untuk menindas dan menyeksa penentang-penentang dasar-daar kerajaan.

Apakah pendirian Majlis fatwa Kebanggsaan dalam hal ISA ini? 

Bila di baca buku "Sejarah Umat Islam' lalu  di teliti dan di amati  dengan jelas, sejarah yang berlaku adalah pengulangan demi pengulangan . Kebatilan serta kebenaran sentiasa bertentangan.

Terlalu banyak penganiayaan yang berlaku terhadap hamba-hamba yang ingin menegakkan kebenaran , walau di mana zaman kehidupannya . Kebatilan dan kebenaran seiringan. 
Terlalu banyak sejarah yang mencatitkan tentang raja-raja yang tenggelam dengan kemewahan , wanita dan makanan yang lazat-lazat. Istana-istana yang di hiasi dengan segala kemewahan , keborosan serta menyalah gunakan kuasa dan harta kerajaan ,namun tetap ada Insan yang mahu kepada kebenaran Islam, lalu berlakulah pertembungan 
Sejarah juga mencatitkan apabila kezaliman sudah berada di kemucaknya maka rakyat akan memberontak lalu pada tahun 96 Hijrah pemerintahan jatuh ke tangan Khalifah Umar Abdul Aziz yang banyak cuba mengembalikan kepada agama Islam  yakni sebuah  Pemerintahan yang berwibawa dan berakhlak. mulia.

Hisyam bin Muaz berkata: 
"Suatu hari aku bersama Khalifah Umar bin Abdul Aziz pergi ke Majlis yang di adakan untuk meraikannya ketika di menziarahi Madinah al Munawarah. Kemudian dia menyuruh petugasnya mengumumkan bahawa sesiapa yang mempunyai tuntutan terhadap penguasa atau berasa di zalimi di gesa supaya menemui Khalifah Umar bin Abdul aziz. Tidak lama kemudian Imam Muhammad Baqir pun mengadap dan ketika beliau sampai di istana , Khalifh Umar bin Abdul Aziz,  beliau melihat Khalifah sedang mengesat air matanya, Imam Muhammad Baqir kehairanan dan berkata:
"Apa yang menyebabkan anda menangis wahai Khalifah?" Kemudian Hisyam bin Muaz yang berada di situ pun menjawab bagi pihak Khalifah Umar bin Abd Aziz:
"Dia menangis kerana mengenangkan kezaliman dan penghinaan yang di lakukan ke atasmu oleh pemerintah yang terdahulu, wahai waris Rasulullah!" maka Imam Muhammad Baqir menjawab:
"Wahai Khalifah! Dunia ini memang tidak ubah seperti sebuah pasar. Darinya terdapat orang yang keluar membawa barang-barang yang bermanfaat dan ada pula yang membawa barang-barang memudaratkan.  Ramai yang terpedaya oleh perkara yang selama ini kita lihat hinggalah maut menjemput mereka. 
Mereka melakukan sesuka hati mereka bila memerlukan sesuatu lalu keluar dengan cara hina sehingga tidak membawa bekal untuk menjadi saksi ke akhirat kelak. Takutlah kepada ALLAH wahai Khalifah! Bukalah pintu istana  supaya mudah orang ramai menghadap Tuan dan mengemukakan masalah. Bantulah orang yang di zalimi . Pulangkan harta mereka yang di rampas" 
Akhirnya Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi insaf .
Sayangnya pemerintah Khalifah Umar Abduk Aziz ini, hanya dapat bertahan selama 2 tahun sahaja akibat di racun oleh keluraganya sendiri.

Nampaknya perjuangan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran tetap akan berterusan . Beruntunglah kita yang tergolong di dalam kebenaran itu .

LAWAN TETAP LAWAN






No comments: