HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, June 21, 2012


 
3..Sambungan...

"Wahai Tamlikha, mengapa anda kelihatan risau?"
"Hati saya di risaukan oleh sesuatu yang membuat saya tidak mahu makan ,minum dan tidak boleh tidur", jawab Tamlikha

"Apakah yang merisaukan anda?" teman-temannya kehairanan

"Sudah lama aku memikirkan soal langit" ujar Tamlikha

"Aku sering bertanya kepada diriku sendiri, siapakah yang mengangkatnya ke atas tanpa tiang  yang menahannya dari bawah?" Siapakah yang menjalankan menjalankan matahari dan bulan di langit?", siapakah yang menghiaskan langit itu dengan bintang-bintang bertaburan?".Kemudian aku fikirkan juga bumi ini, siapakah yang membentangkan dan menghamparkannya di cakerawala?" Siapakah yang menahan gunung-ganang yang tinggi supaya tidak runtuh"? Aku juga sering memikirkan diri ku sendiri, siapakah yang mengeluarkan aku sebagai bayi dari perut ibuku?" Siapakah yang memelihara kehidupan aku dan memberi aku makan?" Semuanya ini pasti ada pencipta dan sudah tentu bukan raja Diqyanius".
 Teman-teman Tamlikha berlutut depannya sambil berkata:

"Wahai Tamlikha! hati kami juga berfikiran seperti anda. Oleh itu tunjukkanlah jalan keluar bagi kami semua.

"Saudaraku semua!, Marilah kita lari dan meninggalkan raja yang zalim itu dan menuju Tuhan pencipta langit dan bumi", seru Tamlikha.

"Kami setuju dengan pendapat mu", sahut teman-temannya.

Tamlikha berdiri lalu pergi untuk menjual beberapa buah kurmadan akhirnya beliau memperolehi wang sebanyak 3 dirham dan berangkat menunggang kuda bersama-sama temannya.Setelah berjalan agak jauh dari kota,

Tamlikha berkata kepada teman-temannya:
 "Saudaraku!kita sekarang sudah terlepas dari raja yang zalim. Sekarang turunlah anda semua dari kuda dan marilah kita semua berjalan kaki. Mudah-mudahan ALLAH memudahkan urusan kita dan memberikan jalan keluar."

Mereka turun dari kuda masing-masing lalu berjalan sejauh 7 farsakh   sehingga kaki mereka bengkak dan berdarah kerana jauhnya berjalan. Tiba-tiba datanglah seorang pengembala kambing yang berada di situ. Kepada pengembala tersebut, mereka bertanya:
"Adakah anda mempunyai air minum atau susu?"

"Aku mempunyai apa yang anda semua inginkan" sahut pengembala tersebut

"Tapi aku melihat wajah kamu anda semua seperti kaum bangsawan. Aku menduga anda semua pasti melarikan diri. Alangkah baiknya jika anda menceritakan perjalanan anda semua." sambung pengemabala itu lagi

Akhirnya Tamlikha dan teman-temannya menceritakan semua yang terjadi pada diri mereka sendiri. .Mendengar cerita mereka pengembala tersebut berlutut sambil berkata:
"Aku juga berpendapat seperti anda  semua. Anda berehat sajalah di sini dahulu kerana aku ingin memulangkan kambing-kambing ini kepada tuannya. Nanti aku akan kembali semuala"pinta pengembala

Tamlikha serta teman-temannya berehat sebentar, sementara pengembala itu mengembalikan kambing-kambing kepada tuannya. Tidak lama kemudian , dia datang bersama seekor anjing miliknya.

Waktu cerita Sayyidina Ali sampai di situ, Pendeta Yahudi tadi bertanya, "Wahai Ali jika anda benar-benar tahu , sila sebutkan apakah warna anjing tersebut dan apakah namanya?"

"Wahai  Pendeta Yahudi! Jawab Sayyidina Ali dan meneruskan
"Kekasihku Muhammad Rasulullah meneritakan kepadaku bahawa anjing tersebut berwarna kehitam-hitamn dan bernama Qithmir. Ketika enam orang pelarian tersebut melihat anjing, masing-masing saling berkata kepada temannya, "kita khuatir kalau-kalau anjing itu akan membongkarkan rahsia kita.". Mereka meminta supaya  anjing tersebut di halau dari situ. Anjing tersebut lalu melihat kepada Tamlikha dan teman-temannya seraya duduk ke atas dua kaki belakang, memgeliat dan mengucapkan kata-kata yang jelas sekali, 
"Wahai saudara sekelian! mengapa anda ingin mengusir ku!. Padahal aku ini bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan biarkan aku menjaga sekelian dari musuh kerana dengan demikain aku dapat mendekati diri daripada ALLAH". Anjing tersebut ,akhirnya di benarkan mengikut mereka menaiki sebuah gungung dan mendekati sebuah gua."

Sampai di situ Pendeta Yahudi tadi bangkit dan bertanya:

"Apakah nama gunung dan gua tersebut"? Sayyidina Ali menjelaskan:
"Gunung tersebut bernama Naglus dan gua tersebut bernama Washid atau di sebut juga dengan nama Kheram. Setelah merea memasuki gua tersebut tiba-tiba terhidang pelbagai pokok buah-buahan yang enak serta terpancut air lalu mereka makan sehingga kenyang. Setelah tiba waktu malam, mereka pun berlindung di gua tersebut manakala anjing mereka duduk melunjurkan kaki hadapan bagi menghalang pintu gua. Kemudian ALLAH memerintahkan Malaikat Maut mencabut nyawa mereka dan dua Malaikat di tugaskan untuk membalikka-balikkan tubuh mereka(Supaya tidak reput) .

Suatu ketka , sewaktu Raja Diqyanius selesai meraikan satu majlis, tiba-tiba beliau bertanyakan tentang hal enam pembantunya. Beliau mendapat jawapan bahawa mereka telah melarikan diri. Raja Diqyanius sangat marah dan beliau bersama 80 000 tentera berkuda berangkat menjejaki enam pembantunya yang telah melarikan diri.  Mereka menaiki gunung dan mendekati gua tempat mereka bersembunyi. Raja Diqyanius melihat mereka sedang tidur nyenyak. Beliau  pun berkata kepada rakyatnya:"Jika beta mahu menghukum mereka, tidak akan beta jatuhkan hukuman yang lebih berat dari perbuatan mereka yang telah menyeksa diri mereka sendiri. Dari itu panggilkah tukang batu ke sini."
Setelah tukang batu di panggil, mereka di arahkan supaya menyimen pintu gua dengan batu-batu yang kukuh. Setelah selesai mereka menjalankan tugas, Raja Diqyanius bertitah kepada rakyatnya, "jika benar mereka tidak berdusta minta, tolonglah kepada Tuhan mereka supaya mereka di keluarkan dari tempat ini".

Dalam gua yang tertutup rapat itu, merka tinggal selama 309 tahun. Setelah masa yang amat panjang, ALLAH telah meghidupkan mereka. Ketika matahari mula terbit, mereka rasakan seolah-olah baru bangun tidur. Salah seorang dari mereka berkata :"Malam tadi kita terlupa beribadah kepada ALLAH.  Marilah kita pergi ke mata air."

Setelah mereka berada di luar gua tiba-tiba mata air tersebut sudah kering dan pokok yang ada di situ sudah mati. ALLAH telah membuat mereka lapar. Mereka saling bertanya, "siapakah di antara kita yang sanggup ke kota membawa wang dan membeli malanan.?". Tamlikha kemudian berkata, "saya akan ke kota untuk membeli makanan .Wahai pengembala,tolong berikan baju mu kepada ku dan ambillah baju ku ini".

Setelah memakai baju pengembala ,dia pun pergi kekota. Sepanjang perjalanan dia melalui tempat yang belum pernah di kenali. Jalan-jalan yang belum pernah di ketahui. Setibanya di pintu gerbang kota, dia melihat bendera berkibar di angkasa, tertulis "Tiada Tuhan selain ALLAH dan Isa itu adalah Ruh ALLAH . Tamlikha berhenti sejenak melihat bendera itu, sambil mengusap-usap mata dan berkata dalam hati, "aku rasa aku masih tidur!". Setelah agak lama memandang dan mengamati bendera tersebut, dia meneruskan perjalan memasukki kota. Dia melihat ramai orang sedang membaca kitab Injil. Setibanya  di sebuah pasar, di bertanya kepada seorang penjual roti, 
"apakah nama kota ini?"
"Aphesus" sahut penjual roti
"Siapa nama raja anda?"
:AbdulRahman" sambungnya lagi
"Jika apa yang kata itu benar, tetapi sungguh aneh bagi saya. Ambillah wang ini dan berikan saya makanan."
Melihat wang yang di beri itu , penjual roti kehairanan kerana wang tersebut adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Pendeta Yahudi bertanya tadi, berdiri lalu bertanya kepada Sayyiina Ali "Jika anda mengetahuisila terangkan berapa nilai dengan wang baru?"

Sayyidina Ali menerangkan :
Kekasiku Muhammad telah menceritakan kepada ku bahawa wang yang di bawa Tamlikha ialah setiap dirham lama sama dengan sepuloh dan dua pertiga wang baru.

Sayyidina melanjutkan :
Penjual roti lalu berkata kepada Tamlikha, "Alangkah beruntung nya aku . Rupanya anda baru menemui hatra karun,. Berikan wang anda kepada ku ! jika tidak aku akan laporkan kepada raja."

Aku tidak menemui harta karun" sangkal Tamlikah

" Wang ini saya dapat tiga hari yang lalu dari hasil penjualan buah kurma dengan tiga dirham.Saya kemudian tinggalkan kota kerana rakyat jelata menyembah Diqyanius."

Penjual roti tersebut menjadi marah lalu berkata:" apakah setelah anda menemui harta karu, anda tidak mahu menyerahkan kepada ku?" Lagi pun anda telah menyebut -nyebut nama seorang raja yang derhaka yang telah mengaku dirinya Tuhan. Padahal raja tersebut telah meninggal dunia 300 tahun yang lalu . Apakah anda ingin memperolok-olokan aku?" 
Tidak lama kemudia Tamlikha pun di tangkap , di bawa menghadap raja . Raja ketika itu adalah seorang yang adil dan bijaksana. Baginda bertanya kepada orang yang  membawa Tamlikha, "Bagaimana cerita orang ini?"

Bersambung...

No comments: