Suatu ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar,pernah beberapa pendeta Yahudi datang untuk bertanya kepadanya.
Salman al-Farasi memanggil Saiyidina Ali untuk menjawab beberapa soalan. Saiyiddina Ali bergegas ke rumah Khalifah Umar untuk menyelesaikan masalah.
Setelah berhadapan dengan pendeta Yahudi yang sedang menunggu jawapan .,
Saiyiddina berkata: "Silalah kemukakan soalan yang anda inginkan. Rasulullah sudah mengajarku seribu jenis ilmu dan tiap-tiap jenis dari ilmu -ilmu tersebut mempunyai seribu cabang ilmu.
Pendeta tersebut mengulangi pertanyaan mereka. Sebelum menjawab Saiyiddina Ali berkata:
"Daku ingin mengajukan satu syarat kepada anda semua iaitu jika daku boleh menjawab pertanyaan -pertanyaan tersebut dan sesuai dengan yang ada di dalam Taurat, adakah anda akan memeluk Agama Islam"?
"Ya, baiklah", jawab mereka.
"Sekarang tanyalah satu persatu" sambung Saiyyidina Ali.
Mereka pun mula bertanya." Apakah kunci yang menutup pintu langit"?
Saiyidina Ali menjawab: "Anak kunci itu ialah bersyahadah bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad adalah Rasulullah."
Para pendeta saling berpandangan membenarkan kata-kata Sayyidina Ali
"Terangkan kepada kami tentang adanya kubur yang berjalan bersama penghuninya"
"Kubur tersebut ialah ikan Yu yang menelan Nabi Yunus sehingga dia di bawa mengelilingu tujuh lautan".
Para pendeta bertanya lagi: "Jelaskan kepada kami tentang makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya tetapi dia bukan dari kalangan manusia mahupun jin.".
Sayyidina Ali menjawab; "Makhluk itu adalah semut nabi Sulaiman anak Nabi Daud; Semut tersebut berkata kepada kaumnya;" Wahai para semut! masuklah ke dalam sarang anda semuga tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dalam keadaan mereka tidak sedar".
Pendeta bertanya lagi; "beritahu kami tentang lima makhluk yang berjalan di atas muka bumi tetapi tidak satu pun antara makhluk-makhluk tersebut di lahirkan dari kandungan ibunya".
Saiyyidina Ali menjawab ;
"Lima makhluk tersebut ialah;
Pertama :Nabi Adam
Kedua: Siti Hawa, isteri Nabi Adam
Ketika: Unta Nabi Shaleh
Keempat: Kambing Nabi Ibrahim ketika menyembelih anaknya
kelima: Ular yang menjelma dari tongkat Nabi Musa
Dua di antara pendeta orang Pendeta tersebut merasa kagum mendengar jawapan serta penjelasan dari Saiyyidina Ali lalu berkata:"
"Kami bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah"
Tetapi seorang dari Pendeta Yahudi itu berdiri sambil berkata kepada Sayyidina Ali :
"Wahai Ali! Teman-temanku sedah membenarkan Agama Islam. Sekarang masih satu perkara yang ingin saya tanya".
"Tanyalah apa yang ingin anda tanyakan", pinta Saiyyidina Ali
Bersambung...
No comments:
Post a Comment