HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, May 30, 2010

MUSLIMAT JUGA TIDAK KETINGGALAN


"Seerah membentangkan muslimat sentiasa bersama Rasululllah dan kaum lelaki dalam Dakwah, Tarbiyah, Jihad, Peperangan dan Pemerintahan walaupun dalam bentuk agihan tugas dan peranan..tapi dalam entiti yang sama". itu adalah satu ungkapan yang di nyatakan oleh seorang ustaz apabila di tanya tentang peranan seorang muslimat terutama dalam wakeq yang ada sekarang.


Muslimat juga tidak ketinggalan dalam demo membantah "menghalalkan lesen judi bola 'yang diadakan di Masjid Al Azim Melaka pada 28 Mei 2010 se;epas menunaikan solat Jumaat.

Hjh Aziah Mt saad selaku Naib Hjh Safiah selaku Timbalan serta Hjh Kintan selaku setiausaha DMPNM yang mewakili muslimat negeri Melaka, juga tidak ketinggalan di hari tersebut. Cuma tak dapat mengambil gambar-gambar mereka, setelah mereka hilang di celahan orang ramai.



Rasulullah berdoa "Ya Allah, hilangkankah kesedihan yang ada dihatinya dan hiburlah mereka dari cobaan -cobaan yang menimpa dan jadikanlah mereka generasi-generasi yang terbaik"
Inilah Ummu Umarah Nasibah binti ka'ab ibnu Amr ibnu Auf, seorang sahabiyah yang mulia yang suka berjihad. Ia termasuk golongan Ansar dari suku Khazraj. Saudaranya, Abdul rahman termasuk ahlul-Buka'in.. Saudaranya Abdullah ibnu Ka'ab al Mazani termasuk ahlul Badr.
Ummu Umarah sendiri telah menyaksikan malam Aqabah dan perang Uhud, Hudaibiyah, Hunain dan Yamamah. Ia adalah propagandis, tangannya terpotong pada saat ia berjihad.

Ia mengikut perang Uhud bersama suaminya, Ghasiyah ibnu Amr dan kedua anaknya. Ia ikut perang bersama para muslimin , memberi minum kepada mereka yang haus dan membantu pasukan yang terluka. Ia pun turut berperang dan bertempur mati-matian.

Ia tidak pernah membiarkan bahaya mendekati Rasulullah saw sehingga ia selalu melindungi dan menghibur Rasulullah sehingga Rasulullah berkata " Aku tidak pernah memalingkan wajahku kekanan dan kekiri kecuali aku melihatnya ia di depanku.".




Saturday, May 29, 2010

KUNJUNGAN KERUMAH TMB.DMPKBK


Alhamdulillah, Buat pertama kalinya DMPKBK telah di beri kesempatan untuk mengunjung ke rumah Timbalan DMPBK , Puan Mahani Othman Basir juga merupakan zaujah kepada YDP Kawasan Bukit Katil, Saudara Sofi Wahab.yang terletak di Pengkalan Jaya, Bukit Katil. .

Rumah yang selesa serta ruang yang nampak besar, kerana tidak serabut dengan perabut-perabut seperti yang selalu di jumpai di rumah-rumah orang-orang yang berada...Biasalah rumah para dai...yang di temui di ruang tamunya adalah rak-rak yang di penuhi dengan buku-buku .
DMPBK juga telah mengambil sedikit kesempatan bagi membacakan Yasin serta sedikit Tazkirah yang di sampaikan oleh Ustazah Noraini selaku Ketua Lajnah Tarbiyah.

Bapa puan Mahani yang masih kelihatan letih, akibat dari penyakit yang di hadapinya sedang sibuk di layani oleh ibunya ketika kami sampai kerumahnya pada jam 5 petang, 28 Mei itu.

Puan Mahani baru saja berpindah kerumah 2 tingkat yang telah di beli yang sebelum ini Puan Mahani menetap di Taman Angkasanuri, Batu Berendam.

Terima Kasih diatas Laksa serta kuih muih yang disediakan untuk kami..em..em..insyaALLAH memang lazat. Ha..bukan setakat dapat makan yang di jamu malah dapat bawa bekal balik lagi..

Sebelum sampai ke destinasi masing-masing, sempat juga kami menziarahi ke rumah macik Salasiah, yang tergelincir ketika hendak menunaikan solat. Akibat dari itu yang cuba menahan dari badan tersemban maka tangan makcik Salasiah yang patah. Dan kini macik salasiah sedang menetap di rumah anaknya di bukit katil.
Walaupun telah berusia 74 tahun, namun makcik Salasiah tetap rajin untuk hadir ke kuliah -kuliah yang di adakan di Balai Islam, Bukit Katil.
Semuga macik Salasiah cepat sembuh dan dapat bersama-sama kami dalam setiap kuliah yang di adakan. .InsyaAllah.

Semuga ALLAH merahmati kita semua. insya ALLAH

Sunday, May 23, 2010

TAK SEMUA ORANG SENANG


"Ah Yaa.. kasi tolong sekali lagi" tiba-tiba wanita cina itu datang lagi kekedai aku. 4 Beg barangan dari Tesco di tangannya. Aku ketawa melihat nya kerana aku dah mengenalinya sejak aku hantar dia balik kerumahnya tempoh hari.

'Nyonya..beli barang lagi..hari itu baru beli barang..hari ini lagi beli barang" aku mengusiknya kerana dia memang kelihatan penat akibat terpaksa berjalan kaki dari JPJ ,Bukit Katil sehingga ke kedai aku yang aku anggarkan lebih kurang 1.5 km jaraknya.

"Apa baru beli....sudah dekat satu bulan, awak kata baru...sudah lama lah ..barang2 dapur sudah habis" dia menjelingkan matanya sambil ketawakan aku..
Aku terkesima seketika . Rasanya macam baru seminggu aku bertemu nya . Aku cuba buka diari aku, bilakah tarikh pertemuan yang lalu. Memang betul kata nyonya itu, tarikhnya 25 April dan kini dia datang sekali lagi pada 20 Mei cina , bermakna telah hampir sebulan . Cepatnya masa berlalu. Rugilah bagi orang-orang yang tidak merebut peluang untuk melakukan kebaikan sedangkan masa terus berlalu.

"Tolonglah buat repot, susahlah tak da bas dekat sini. Ramai sudah komplen..kita bukan orang kaya..kita pun susah..suami takda..anak sekolah..mana ada kereta. kena naik bas..bas pun tak da..manyak susah.." sungutnya lagi.

"Tak pa...nyonya jangan susah hati..saya sudah beritahu saya punya kawan. Nanti mereka akan tolong" aku berterus terang kepadanya. Memang aku telah beritahu kepada YDP Bukit Katil, setelah YDP yang bertanya sebaik saja membaca dalam blog DMPBK.

"Wah..betul kah ?..betulkah?...itu macam banyak baguslah. Saya boleh tunjuk awak ...itu orang-orang yang bising tak ada bas..Awak ada pangkat kah?..awak punya kawan pun ada pangkat kah.?.kerja atas-atas kah? , dia mula nampak keceriaannya sebaik saja aku beritahunya.

Aku ketawa kerana memang sebenarnya aku ada juga hantar beberapa orang ke JPJ ketika aku melihat mereka berjalan kaki di hadapan kedai aku. Walaupun cuma lebihkurang 1.5 km tapi bagi wanita yang berusia, penat juga.

"Saya tak da pangkat..saya ahli PAS. Kita orang boleh tolong buat repot ," aku cuba meyakinkan dia.

"PAS?..PAS ?...apa itu ?" dia kehairanan.
Aku tersenyum. Ha..rupa-rupanya dalam keghairahan nak mengundi dalam pilihanraya, masih ada lagi yang tak kenal PAS dan aku yakin masih ramai lagi yang tak mengenali PAS.

"Awak tahu DAP?, aku cuba mengujinya.

"Oh itu DAP aaa.....tak ada guna...bas tak lalu dekat sini pun..mereka tak peduli", nampak benar kemarahannya.

" Ai ya.nyonya..sini bukan PAS atau DAP jaga. Sini BN jaga", aku cuba menerangkan padanya.

"O...O.BN...itu Ali Rostam kah? saya tahu ...saya tahu...dia ada kasi zink dekat rumah kampung belakang sana....oh..oh..itu Ali Rostam ..tapi dia tak peduli bas tak lalu kat sini. Dia ingat sini semua kaya-kaya punya orang..manyak susah.." dia masih lagi bersungut.

"Tak pa nyonya. nanti saya ambil gambar nyonya...siapa nama nyonya?, aku mula terasa ada satu amanah di sana.

"O..nama saya Margaret Lee....eh..eh..jangan ambil gambar saya. saya tak cantik . sudah tua..nanti adik beradik saya tengok saya punya gambar dalam suratkhabar..manyak malulah..tak mau..awak boleh ambik gambar orang lain. Saya boleh kasi tunjuk", dia terus ketawa lagi.

Sekali lagi aku menghantar nyonya itu pulang. Aku masuk kerumahnya. Dia memberikan aku air tapisan.

"Jangan risau..saya bersih..Saya jaga kebersihan. Awak boleh tengok dapur saya. Cantik dan kemas...ai ya..saya puji diri saya sendiri", berdekah-dekah dia ketawa.

Memang rumahnya kemas. Tersusun dan bersih. Aku tak rasa janggal di rumahnya kerana seperti rumah orang melayu juga. Rupa-rupanya emak dan bapanya keturunan 'Baba Melaka'
Terpampang gambar emak dan ayahnya berpakaian Nyonya Baba .

"This is my husband", dia menunjukkan gambar perkahwinan nya yang di gantung di dinding.
"He's very nice husband", dia terkenangkn suaminya yang telah meninggal dunia 15 tahun yang lalu.

"Sangat baik, suka tolong saya. kalau dia free mesti tolong saya buat kerja dapur...kalau makan nasi, dia kasi kopek ikan sama saya .kasi saya makan ...selalu macam itu..banyak sayang sama saya... tapi sekarang dia sudah meninggal..tuhan lagi sayang sama dia.."kelihatan air matanya mula bergenang di matanya..
Aku tersenyum. Aku pernah berhadapan dengan sepasang suami isteri berbangsa cina yang duduk semeja dengan aku, ketika membuat paspot antarabangsa.di A.Keroh. Suami nya sibuk menyuapkan isteri nya yang sedang memangku anak kecil walaupun isterinya cuba mengelak kerana malu tapi suaminya bersungguh-sungguh menyuapkannya.

Banyak rintihan yang sempat di ceritakan pada aku. 2 dari 4 anaknya tidak menetap dengan nya. Mereka tinggal bersama ibu saudara yang masih bujang.

"Saya pun tak tahu , kenapa 2 anak saya itu tak nak duduk dengan saya. you see my house..very clean and tidy....tapi mereka tak nak juga balik..saya bukan ibu yang jahat...saya tak kahwin lagi..tapi dia tak nak duduk sini," dia mengeluarkan keluhan hatinya.

Petang itu aku menjadi pendengar yang baik dari keluhan hati seorang ibu tunggal yang berbangsa cina ,beragama Kristian.

Di setiap sudut dindingnya ada lambang salib . Dia mengadu setiap hari dia berdoa.

Sebelum pulang aku memberikan sedikit sumbangan makanan asas yang telah aku siapkan di dalam van. Memang niat aku nak di hantar kepada beberapa ibu tungal . Dia menolak kerana malu. Tapi akhirnya menerima juga sumbangan itu.

Bila aku nak ambil gambar dia, baru aku perasan bateri hs dah lemah. tak ada peluang nak ambil gambar Margaret Lee. Mungkin pertemuan yang ketika pula.

Dan perkara ini.. 'tiada pengangkutan awam yang di sediakan di sepanjang Bukit Katil dan Bukit Duyong' akan di ambil tindakan seterusnya oleh Ketua Penerangan Kawasan Bukit Katil, Tn Hj Yusop Wahab.






MUSLIMAT MENERUSKAN USAHA


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil meneruskan usaha bagi memastikan akan memenangi DUN B.Baru bagi prk 13 ini. Bersama keihlasan , diiringi kesungguhan disertai dengan perasaan yang benci terhadap keegoon UMNO yang sudah terang dan nyata menghina hukum ALLAH dengan meluluskan permit judi bola secara terbuka maka DMPBK terus berusaha dengan gigih bagi merapati masyarakat untuk memastikan bahawa wanita-wanita di luar sana bahawa jangan bersekongkol dengan UMNO yang kononnya mengaku melayu yang beragama Islam tapi dengan terang dan nyata telah mencabar ALLAH tanpa segan silu lagi.

Tidak di nafikan masih ada yang merasa takut-takut untuk menerima kedatangan kami bagi memastikan setiap mereka dan juga anak-anak mereka telah mendaftar sebagai pengundi, namun itu tidak menghalang kami untuk meneruskan usaha kami.

Kami datang tidak di bayar, kami datang bersama bantuan ALLAH. Kekuatan kami ada di sana Itu sudah bukan rahsia lagi.Dan kami pasti ALLAH akan membuka hati-hati mereka untuk terus bersama kami untuk memastikan bahawa syiar Islam akan tertegak di bumi ALLAH ini. InsyaALLAH




Friday, May 21, 2010

KEHIDUPAN BARU BERMULA


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan takziah kepada kelurga Puan Noraini yang menetap di Bukit Katil .yang telah kehilangan kakak buat selama-selamanya . Ketua Lujah Kebajikan Puan Hjh Jamilah,Timbalanya Puan Robiah , Bendahari, Pn sabariah serta Setiusaha, pn Masturah juga selaku Ketua Lujnah Kawasan Bukit katil telah sempat menziarahi serta memberikan sedikit sumbangan buat keluarga Puan Noraini.

Allahyarhamah Khadijah yang berusia 62 tahun , salah seorang ahli PAS meninggal dunia akibat dari di serang penyakit paru-paru yang sebelum itu, dia lumpuh seketika.

Allahyarhamah tidak di kurniakan sebarang anak setelah di ceraikan oleh suaminya ketika perkahwinan mereka baru menjangkau 9 bulan. Dan kini suaminya juga telah meninggal dunia.

Setelah bercerai dengan suaminya , Allaryarham menjaga ibunya . Ibunya juga telah meninggal dunia. Segala urusan kematianya di uruskan oleh adik beradiknya.

Semuga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah






Tuesday, May 18, 2010

MEREKA TUNJUK BELANG..KITA TUNJUK GARANG


Jom.. Ayuh kita turun ramai-ramai...
Bangkit..Bangun ..nyatakan bantahan...
Kita tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kemaksiatan..
MAAF..untuk berkompromi..ha..jauh sekali...

Ayuh..semua rakyat yang cintakan KEDAMAIAN

Marilah...
Sama-sama kita LAUNGKAN...

"ZINA...ARAK....JUDI....TETAP HARAM"
DULU...KINI...DAN...SAMPAI AKHIR ZAMAN...


Ayuh semua Mufti-Mufti Negeri
..

Masih mahu mendiamkan diri lagi ke???

Sepatutnya kalianlah yang menerajui kami..
Bukankah ilmu kalian tinggi..?

Bersama
Menentang pemerintah yang semakin tinggi diri
Bongkak semacam,hingga lupa diri
.
Sayang..Mufti-mufti
kalau setakat untuk periuk nasi sendiri...
Tak takutkah di akhirat nanti..???
Mampukah berhadapan dengan ALLAH di kemudian hari???

Wahai ..Mufti-mufti Negeri
Malulah sikit ..
Pada kami ini
Pada Insan yang terlalu kerdil ini
Namun berjiwa besar .. semangat kami tinggi..
Apatah lagi pada yang bukan Islam yang juga benci arak dan judi..

YA ALLAH ..YA TUHAN KAMI..
BANTULAH KAMI...
DALAM PERJUANGAN INI

MENCARI REDHA MU DI KEHIDUPAN YANG CUMA SEKALI
MENCEGAH KEMUNGKARAN SEKADAR KEMAMPUAN KAMI

BAGI MENYELAMATKAN BUMI INI
DARI RAKUSAN HATI MANUSIA YANG BERTUHANKAN IBLIS

Mas




Monday, May 17, 2010

MEREKA DATANG DAN PERGI DENGAN KEIKHLASAN DAN KESUNGGUHAN




Keputusan PKR SIBU telah pun di ketahui. Alhamdulillah, kemenangan telah di capai oleh Pakatan Rakyat meskipun terpaksa menempuh beribu rintangan. Maklumlah PR terpaksa berhadapan dengan segala jentera BN yang ada, malangnya kemenangan tidak berpehak kepada BN walaupun banyak perbelanjaan yang telah di keluarkan.

Syabas di ucapkan buat sahabat-sahabat Melaka yang telah seminggu menetap di sana. Bagi Melaka serta seluruh jentera PAS di semenanjung dan Sarawak berpengkalan di Markas Kg Ilir , Nangka.

Puan Hj Kintan Man , selaku Setiausaha Muslimat Negeri Melaka bertugas pembantu Dr St Mariah serta muslimat -muslimat seluruh negara telah berjaya menembusi kawasan yang tidak pernah dapat tembusi melainkan BN

Manakala saudara Bahiki selaku Setiausaha JPN Melaka, telah di amanahkan sebagai jawatankuasa bilik operasi serta mengurus PACA.

Kampung Ilir Nangka, merupakan Kawasan kampung melayu yang sukar untuk di tembusi oleh mana-mana orang asing .. Ianya merupakan satu Kawasan kampung yang terletak dipinggir bandar ,berhampiran Sungai Rejang, sungai yang terpanjang di Malaysia.

Ketika petugas PAS sampai ke Kampung tersebut, setiap rumah telah di pasangkan dengan bendera PBB(Parti Bumiputera Bersatu) dan BN , Bagi orang-orang di kampung di situ , pendedahan dunia luar agak kurang. Oleh itu pada mulanya agak sukar untuk berhadapan dengan orang-orang kampung di situ. Bagi mereka orang-orang luar adalah sesuatu yang terlalu asing. Bila diadakan ceramah , mereka takut untuk keluar tapi setiap dari mereka akan memasang telinga di celahan pintu atau tingkap.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan petugas-petugas PAS serta keikhlasan untuk datang dari jauh maka satu markas telah dapat di dirikan dengan pertolongan orang-orang muda di kampung tersebut. Ini merupakan satu kejayaan yang besar buat PAS sendiri di kampung tersebut.
Tahniah!!!PAS telah membuka cawangan di sini.

Calon pakatan rakyat sendiri amat terharu dengan cara kerja, keikhlasan serta kesungguhan petugas PAS bekerja.

Alhamdulillah, akhirnya majoriti bagi Pakatan Rakyat adalah 398 undi. Ianya merupakan satu nilaian yang amat berharga buat Pakatan Rakyat.

Dan yang paling amat mengharukan apabila terdapat orang-orang melayu di kampung itu yang menyatakan bahawa PAS terlewat tiba . Sepatutnya PAS datang awal untuk membantu mereka dan tidak kurang juga yang meminta bendera PAS untuk di pasangkan di rumah mereka. Setelah di hulurkan bendera PAS, mereka tanpa takut-takut memasangkan bendera PAS di rumah mereka. Ini merupakan satu kejayaan yang besar buat PAS. Mungkin selama ini mereka cuba di takut-takutkan dengan PAS tapi apabila berhadapan dengan petugas-petugas PAS, baru mereka dapat mengenali siapa sebenarnya PAS

Selamat pulang buat sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus di sana.

Apakah kemenangan ini adalah hasil dari Keikhlasan serta Kesungguhan kita atau kerana kebongkakkan BN yang begitu berani mencabar Tuhannya sendiri dengan secara terbuka mengistiharkan kelulusan permit judi bola yang sememangnya judi diharamkan. Apakah dengan mendabik dada mereka mengundang kemurkaan Tuhan. Bukankah ALLAH membenci manusia yang mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji zarah..

SELAMAT KEMBALI HARI INI.

Puan Hjh Kintan Man
Saudara Bahiki
Mejar Jasme
Hj Ismail
Ustaz Md Nor

Ustaz minghat serta Zaujahnya telah pulang 2 hari awal.







MUSLIMAT SEHAT,ISLAM MANTAP





















Ha...cemburu juga apabila melihat muslimat-muslimat Solok Gaung selalu mengadakan aktiviti main bola jaring pada sebelah petang.

"Jaga kesihatan, kurus sikit" itulah diantara celahan kata-kata mereka apabila di sapa ketika sedang menunggu muslimat-muslimat lain datang.

"Asyik buat kerja dapur aja, nak juga bersenam" menyampuk seorang lagi yang juga guru PASTI.

Begitulah cerianya muslimat -muslimat Solok Gaung, apabila mengadakan aktiviti rehlah sebelah petang sehingga mereka telah menubuhkan satu pasukan bola Jaring.

"Mas, boleh lah panggil kami, kalau muslimat kawasan-kawasan lain nak berlawan. bagus juga , bolehlah mengeratkan ukhuwah" becok mulut kak Habibah sebagai ketua kumpulan yang telah berjaya menubuhkan pasukan Bola jaring semasa mengadakan perlawanan anjuran NISA Bukit Katil, Melaka tempoh hari.

"InsyaALLAH, boleh.." aku jawab ceria sambil berfikir di benak , siapakah yang akan ditemui bagi menguruskan pertandingan ini, kerana ianya memerlukan tenaga yang boleh menguruskannya.

Alhamdulillah...
Tahniah buat pasukan bola Jaring ,solok Gaung.

'Tangan yang mendodoi buaian, boleh mengoncang dunia'

"Muslimat sehat, Islam Mantap"

BERCUCU LAGI


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil meneruskan programnya lagi.

Kali ini ke Kandang pula.Ketua Muslimat Kandang, Kak Jameah pula menerima cucu baru.

Susah juga nak bela orang yang bersalin. tapi bagi kak Jameah , itu tak jadi masalah asalkan cucunya sihat.

Selamat menerima cucu lagi, semuga akan menjadi mujahidah peneruskan perjuangan.

Biasalah, cucu akan mewarisi juga neneknya. InsyaALLAH

Wednesday, May 12, 2010

ENGKAU MENCABAR TUHAN




















Wahai pemimpin BN
Engkau semakin angkuh
Bermegah dengan kebendaan yang sementara...


Semua kemungkaran telah engkau lakukan
Terlalu banyak tak terbilang
Belum puas hati engkau
Dan kini engkau tambah lagi
Meluluskan LESEN JUDI BOLASEPAK cara terbuka
Bangga mendabik dada...
TOWKEH mana dapat habuanya?


Engkau sengaja cuba nak menyakiti hati kami
Hamba-hamba ALLAH yang punyai harga diri
Dengan keangkuhan engkau yang semakin tinggi.
Engkau semakin lupa diri
Kononnya engkau berkuasa di bumi ini
ikut lah sesuka hati....

Pemimpin BN ,
sebenarnya engkaulah manusia yang paling bodoh sekali
Lebih bodoh dari makhluk yang ada di bumi
Engkau sengaja bermain api
yang sedang membakar diri sendiri

Padahal ...
ENGKAU
SEDANG MENCABAR TUHANMU SENDIRI
BUKANNYA KAMI



Masturah








Monday, May 10, 2010

SELAMAT BERANGKAT!!HJH KINTAN


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan "Selamat berangkat dan semoga memperolehi kejayaan" kepada Hjh Kintan Man Setiausaha Muslimat Negeri Melaka, yang sedang dalam perjalanan ke Sibu, Sarawak pada hari ini.

Mungkin pilihan raya kecil Parlimen Sibu ini (P212) pada 16 Mei ini lebih sengit di bandingkan prk Parlimen Hulu Selangor.

(Gambar menunjukkan Hjh Kintan bersama salah seorang petugas Jabatan Pilihan Raya PAS, Melaka )

Pada 10 Mei, Ustaz Minghat dan zaujanya, telah pun tiba pada jam 8 pagi manakala jam 3 petang Saudara Bahiki, Mejar Jasme dan Ismail Ahmad telah pun tiba di sana. Alhamdulillah.

Selamat menjalankan tugas...


Adakah kebijaksanaan dan penilaian pengundi Melayu di Sibu dan di Hulu Selangor adalah sama?

Sama-sama , kita tunggu dan lihat..

ANTARA CUCU DAN PERJUANGAN


Tahniah kak Rubiah!!.Salah seorang ajk muslimat Kawasan Bukit Katil. Mendapat cucu yang ke 9...Ketika kami menziarahinya tempoh hari, kak Rubiah sibuk sekali sedang menuam perut cucunya yang baru berusia 5 hari.

'
Sekarang dah senang, guna seterika aja..zaman dulu..sibuk nak guna api, nak hidup api pun dah leceh.. nak panaskan daun..aaahhh..sekarang senang', k Rubiah ketawa sambil sebok mulutnya mengomel..

'Cepat-cepat ....pakaikan baju budak ini. Boleh ambil gambar",desak kak Rubiah pada anaknya.

Kami tersenyum dengan gelagat kak Rubiah. Nampaknya kak Rubiah yang lebih ceria ketika itu sedangakan ibu kepada si anak kecil hanya tersipu-sipu.

"Alhamdulillah, cucu yang ceria. terimalah sedikit sumbangan dari Kawasan Bukit Katil" sedikit cenderahati di hulurkan..

"
Ini dari Kebajikan PAS Kawasan Bukit Katil , bukan dari muslimat...tunggulah muslimat Lujnah Kebajikan dari kawasan pulak datang..kami berikan sedikit penjelasan"..Kak Rubiah tercengang seperti ada sesuatu yang dia fikirkan.

"A'..a'..ha...ya..ya..baru akak perasan..akak sendiri ajk Kebajikan Muslimat Kawasan..tak pa...nanti akak tunggu Mak Ji Jamilah pulak datang. Dia Pengerusi Kebajikan Muslimat Bukit Katil... Tapi awaklah kena beritahu dia, akak dah dapat cucu..Tak kan akak pulak yang sibuk-sibuk nak beritahu dia yang akak dah dapat cucu...malulah akak.. sambil kak Rubiah menyarungkan setokin cucunya.

Kami ketawa. Memang dah tugas kami beritahu sesama sahabat tentang setiap perkembangan ajk muslimat cuma kadang-kadang ada kekeliruan di situ diantara SU Muslimat Kawasan dan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Kawasan.

Kami tinggalkan kak Rubiah dengan cucunya yang ke 9 dengan satu kecerian. Kak Rubiah sendiri mempunyai 12 orang anak.

Masih terngiang-ngiang di telinga, bagaimana kak Rubiah agak marah kerana tidak dapat menyertai untuk berkempen ke PRK Hulu Selangor tempoh hari di sebabkan sedikit masalah teknikal. Kak Rubiah sentiasa bersemangat dan bersedia untuk kempen dari rumah ke rumah setiap kali adanya PRK walau di mana-mana sahaja meskipun usianya telah berusia 56 tahun. K Rubiah masih sanggup naik keretapi walaupun terpaksa bermalam di dalam keretapi semata-mata kerana ingin membantu PRK di Permatang Pasir.

Alhamdulillah. ALLAH pasti membalas segala kebaikan..InsyaALLAH





Tuesday, May 4, 2010

TAK PAYAH TUNGGU MUSLIMIN!!!


"Tak payah tunggu muslimin....muslimat sendiri boleh buat kerja itu..kalau setakat nak ceriakan pejabat atau Balai Islam..kerja-kerja yang mudah..nak cat..muslimat buat lah sendiri. Bukan susah pun..Saya pun buat sendiri..tak ada masalah pun.." begitulah diantara ucapan DR Lo Lo yang di datangi khas bagi merasmikan muktamar DMPNM kali ke 41 pada 1 Mei 2010 yang diadakan di Pejabat PAS Semabok




"Tak semestinya nak kena buat program yang besar-besar.. Yang penting muslimat mesti buat kerja. Muslimat mesti ziarah rumah ke rumah . Sentuh-sentuh hati orang yang berada di sekeliling kita."begitulah bersemangatnya ucapan yang di sampaikan oleh Dr lo Lo dalam harapan untuk melihat kemenangan di Melaka.Ucapan yang menguja muslimat-muslimat Melaka.

Yang pastinya ucapan yang datang dari hati pasti turun ke hati .





Muktamar ini juga turut di hadiri wakil dari Muslimat Pusat, wakil dari BPNM Mejar Jasmi, wakil DPPM serta Ketua Wanita JIM dan Ketua Wanita Keadilan.

Tahniah buat DMPNM di atas kelancaran majlis ini. Semuga di berkati serta di rahmati.