HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, July 29, 2012

PROGRAM 
SUTERA KASIH TAUTAN HATI, ANAK YATIM DI RAI
16 RAMADHAN 1433H/ 5 OGOS 2012
PARIT PUTAT,SUNGAI RAMBAI, JASIN
BERSAMA AMANAT: YB SITI ZAILAH BT MOHD YUSOH
ANJURAN:DMPNM
Ibnu Abil Hadid, Syiah atau Sunni Muktazilah?
Seorang pembantu Kadi Ibnu Abi daud yang bermama Zarqan meriwayatkan:

Suatu hari Kadi Ibnu Abi Daud pulang ke rumah dalam keadaan marah dan bermasam muka. Lalu  dia bertanya :  Mengapa dia kelihatan begitu marah sekali?". Kadi ibnu Daud berkata; "Hari ini aku telah di malukan oleh Imam Muhammad Jawad di khalayak ramai."

"Apa yang telah berlaku?" tanyaku .

 Dia menjawab;"Ketika kami berada dalam majlis Khalifah al-Mu'tashim , seorang pencuri telah di tangkap dan ingin di jatuhkan hukuman potong tangan. Khalifah Mu'tashim memanggil para ulama dan para kadi untuk meminta pendapat bagaimana cara untuk memotomg tangan pencuri tersebut. Aku menjawab, "potonglah di pergelangan tangannya". 

Khalifah al-Mu'tashim berkata : Ini adalah pandangan yang tidak munasabah. Apakah dalilnya?". 

Aku menjawab : Berdasarkan dalil ayat Tayamum di dalam Al-Quran yang bermaksud: maka basuhlah muka dan kedua-dua tangan kamu." Begitu juga sebahagian ulama lain yang bersetuju dengan pandangan ku. Setengah ulama yang berada di situ pula berpendapat wajib di potong hingga ke siku. Mereka berdasarkan dengan ayat wudhuk yang bermaksud : "Dan basuhlah kedua-dua tangan kamu hingga ke siku." 
Khalifah al-Mu'tashim tahu bahwa Imam Muhammad Jawad berada di situ lalu beliau meminta pandangannya.
"Para ulama telah memberi berbagai pandangan dan anda juga mendengar pandangan mereka."Jawab Imam Muhammad Jawad.

Khalifah al -Mu'tashim berkata: "Saya tidak masuk campur dengan pandangan mereka. Jika anda lebih arif silalah berikan pandangan ." 
Imam Jawad berkata: Sebenarnya pandangan para ulama tersebut tidak begitu tepat. Sepatutnya hanya di potong empat jari sahaja. Manakala tapak tanganya di biarkan. 

Khalifah al Mutashim berkata : "Adakah anda mempunyai dalil?"

Imam Muhammad Jawad menjawab: 'Rasulullah pernah bersabda bahaw ketika seseorang itu sujud di dalam solat, wajib meletakkan tujuh anggota sujud (dahi, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua ibu jari kaki ) di atas tanah. Jika pergelangan tangan atau sikunya di potong , bagaimana dia hendak menyempurnakan solatnya?". Kerana sesungguhnya tempat-tempat sujud adalah milik ALLAH sebagaimana firma ALLAH yang bermaksud: "Dan seseungguhnya tempat-tempat sujud itu adalah milik ALLAH".

Khalifah al-Muta'shim menerima pandangan Iman Muhammam Jawad dan hukuman hudud pun di jalankan.

Sampai di sini Kadi Ibnu Daud mengatakan:

"Inilah yang menyebabkan aku menjadi sedih dan rasanya mati lebih baik daripada terus hidup dalam keadaan malu yang amat sangat."

Zarqan meriwayatkan lagi bahawa setelah tiga hari, Kadi Ibnu Daud menghadap Khalfah al-Mu'tashim dan menyuarakan kebenciannya tehadap Imam Muhammad Jawad. Dia memberttahu Khalfah al-Muta'shim bahawa berita tentang Khalifah menolak pandangan ulama ynag terkenal di zaman itu, dan hanya menerima pandangan Imam Muhammad Jawad telah tersebar luas. Sehingga masyarakat berpendapat bahawa hanya Imam Muhammad jawad yang layak menjadi pemimpin.Dan mereka menyangka Khalifah al-Muta'shim telah merampas haknya. 
Mendengar penjelasan Kadi Ibnu Abi daud, Khalifah al-Mu'tashim menjadi marah lalu pada hari berikutnya dia telah mengutuskan untuk memanggil Imam Muhammad Jawad ke istana dan Khalifah Mu'tashim juga berhasrat untuk meracun beliau. 
Pada mulanya Imam Muhammad Jawad menolak untuk undangan istana, namun setelah di beritahu bahawa akan di adakan jamuan makanan yang akan di hadiri para Ulama adan Pembesar Negeri, akhirnya beliau bersetuju. Ketika menghadiri majlis jamuan istana tersebut Imam Muhammad Jawad telah di racun. 

Bertepatan 29 Zulkaedah 220 H. Imam Jawad telah kembali ke rahmatullah . Beliau telah di makamkan di permakaman datuknya, Imam Musa Kazim di sebuah Bandar bernama Kazimin di pinggir Kota Baghdad. Mereka telah mendirikan sebuah masjid di permakaman Kazimin untuk mengenang jasa besar pemimpin mereka. Sehingga kini makam beliau masih merupakan monumen yang megah di Kota Kazimin yang sentiasa di kunjungi oleh oramg ramai yang bersimpati dan mencintai Ahlul Bait keluarga Rasulullah.

"Barang siapa yang berpegang teguh kepada ALLAH akan selalu berbahagia. Yang bertawakkal kepada ALLAH akan mersa cukup.Percaya dan berpegang teguh kepada ALLAH adalah benteng yang tidak berlindung di dalamnya kecuali seorang mukmin yang jujur. Berserah diri kepada ALLAH merupakan keselamatan dari segala kejahatan dan benteng daripada musuh. Agama adalah kemuliaan dan ilmu itu adalah kekayaan. Diam adalah cahaya dan puncak dari zuhud adalah warak. Tidak ada penghancur agama yang melebihi perbuatan bidaah serta tidak ada perosak bagi seseorang yang melebihi sifat kerakusannya. Seorang pemimpin harus boleh mententeramkan rakyatnya manakala doa adalah penagkal dari segala musibah"
"Imam Muhammad Jawad"



Sunday, July 22, 2012

YA ..BULAN RAMADHAN



 "Pengalaman saya sendiri, yang teramat nakal di zaman remaja sehingga ramai ibu bapa yang melarang anak-anak yang berkawan dengan saya yang memang nakal, memang terkanal di kampung tapi Alhamdulillah, ibu saya bangun setiap malam, terutama di bulan Puasa, menangis dan merintih , berdoa dan terus berdoa khas untuk saya ,  agar anak nya menjadi anak yang soleh" curahan hati seorang ustaz yang di datangi khas sempena sambutan Awal Ramdhan Al Mubarak di pejabat Semabok pada 1 Raamdhan 1433 anjuarn DMPNM


"Muslimat perlu lebih bersedia untuk mengajak, mendekati wanita-wanita di luar sana lebih-lebih lagi wanita UMNO, kerana kebanyakkan daropada mereka sebenarnya jahil tentang Islam itu sendiri", harapan dari seorang ustaz yang banyak berpengalaman berdakwah dengan wanita-wanita di luar terutama wanita Umno.



 "Orang-orang jahil menjadi musuh kepada dirinya sendiri. Bantulah orang yang zalim dan yang di zalimi dengan apa cara sekali pun" sekali lagi ustaz menaruh harapan agar muslimat Melaka melibatkan diri dengan masyarakat kerana itulah pengalaman yang mengajar diri nya selama mana dia di dalam kejahilan sebelum ini.Dan kini ustaz bertekad  berusaha untuk terus bangkit berdakwah sehingga tertegak nya Daulah Islamiah.

Apakah bisa untuk kita memperkatakan bahawa IBU adalah tempat segala-galanya bermula sebagaimana kita bisa mengatakan air adalah segala-galanya?


"KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM"
[Muhammad jawad]

Saturday, July 14, 2012

DIMANA BERKATNYA CINCIN ROSMAH?



Mengikut Jabir bin Abdullah Al-Anshari, Pada suatu hari setelah menunaikan solat , Rasululaah s.a.w duduk menghadap kiblat dan para sahabat duduk di sekelilingnya, maka datanglah seorang Badwi yang sudah sangat lanjut usia dan nampak sangat lemah badannya. Dia hanya memakai jubah yang lusuh. Rasulullah s.a.w  bertanya kepadanya.  Dengan bibir yang gementar orang tua itu menjawab: "Ya Rasulullah , aku sangat lapar. Tolonglah berikan aku makanan. Aku hampir telanjang, tidak mempunyai pakaian selain yang sedang aku pakai ini. Tolonglah , berikan aku pakaian seadanya."

"Malangnya aku tidak mempunyai apa-apa tetapi orang yang menunjukkan kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukan.

"Cubalah engkau pergi kepada orang yang di cintai ALLAH dan Rasulnya. Dia lebih mengutamakan ALLAH dari dirinya sendiri. Dia adalah Fatimah r.a , puteriku. Rumahnya dekat sekali dengan rumahku". Jawab Rasulullah s.a.w sambil berkata baginda meminta kepada Bilal bin Rabbah r.a agar menghantar orang tua itu kerumah Fatimah r.a.

Sebaik sahaja tiba di rumah Fatimah r.a, dengan suara serak orang tua itu memanggil , "Wahai Ahlul Bait Nubuwwah, Wahai keluarga nabi, wahai tempat yang sering di datangi malaikat , tempat Jibrail a.s turun membawa wahyu!"

Apabila mendengar suara parau begitu, Fatimah r.a segera keluar. Setelah mengucapkan salam  dia bertanya ,"Tuan ini siapa?"

"Aku seorang Badwi yang telah tua. Aku datang dari tempat yang jauh, baru sebentar tadi aku berjumpa dengan ayahmu, wahai puteri nabi. Aku sangat lapar dan tidak mempunyai pakaian. Tolonglah aku, semuga ALLAH s.w.t melimpahkan rahmatNYA ke atasmu", katanya dengan penuh mengharap.

Melihat orang tua itu memandang wajahnya terus menerus, Fatimah r.a menjadi serba salah. Dia binggung memikirkan apa yang dapat di berikan. Dia sendiri bersama suaminya sudah tiga hari berpuasa kerana tidak mepunyai bekalan makanan.
Dia hairan kenapa ayahandanya menyuruh orang tua itu datang kerumahnya, padahal Baginda tahu betapa susahnya kehidupan yang di alaminya sehari-hari. Tetapi apabila melihat orang tua itu yang sangat menagih belas kasihan, Fatimah r.a tidak mebiarkannya. Dia mencari sesuatu yang mungkin dapat di berikan .Akhirnya diambilnya sehelai kulit kambing atas tidur putranya, kemudian di berikan kepada orang tua itu.

Orang tua merasa hairan menerima sehelai kulit kambing, padahal yang di minta adalah makanan untuk menghilangkan lapar dan pakaian untuk menutup aurat.

Dengan nada menyesal dia berkata, "Wahai Puteri Muhammad, aku datang kepadamu kerana aku lapar dan hampir telanjang, tetapi engkau berikan kepadaku sehelai kulit kambing, apa yang boleh aku buat dengan kulit kambimg ini.?"

Dalam keadaan malu, sedih dan bingung, Fatimah r.a teringat, dia masih mempunyai benda berharga , seutas rantai yang di hadiahkan oleh ibu saudaranya, iaitu puteri Hamzah bin Abdul Mutalib, yang juga bernama Fatimah.

Tanpa berfikir panjang lagi  rantai  lehernya di buka lalu di serahkan  kepada kepada orang tua itu sambil berkata dengan nada yang ramah dan penuh keikhlasan, "Ambillah ini, mudah-mudahan ALLAH s.w.t akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"

Dengan muka cerah dan berseri-seri, orang tua itu menbawa rantai itu ke masjid, tempat Rasulullah s.a.w dengan para sahabatnya. Orang tua itu telah memberitahu bahawa Fatimah r.a telah memberikannya di sertai ucapan "Mudah-mudahan ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"

Mendengar itu, Rasulullah s.a.w tidak mendapat menahan perasaanya sehingga mengeluarkan air mata.

Ammar bin Yasir r.a salah seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa yang sangat mengharukan itu. Dia bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w , boleh aku mebeli rantai itu?

Sambil menyapu air mata di pipi, Baginda menjawab "Belilah ,jika kamu mahu, wahai Ammar"

"Berapa engkau akan jual rantai ini"? tanya Ammar kepada orang tua yang menerima rantai tersebut dari Fatimah r.a.

"Sama nilai dengan beberapa keping roti dan daging yang dapat menghilangkan rasa laparku, sehelai kain sebagai penutup aurat agar aku dapat menunaikan solat menghadap Tuhan dan wang satu dinar untuk bekal perjalanan pulang", jawab orang tua itu.

"Baiklah , rantai mu aka aku  beli dengan harga 20 dinar dan 100 dirham serta akan aku berikan roti dan daging untuk menghilangkan laparmu." kata Ammar. Selain itu engkau juga aku beri akan pakaian serta seekor unta untuk pulang kepada keluargamu."

"Alangkah baiknya hati mu" kata orang tua itu.  Sinar matanya memancar perasaan gembira yang luar biasa menerima tawaran Ammar. Kemudian Ammar membawa pulang orang tua itu untuk menerima semua yang dijanjikan.

Setelah semua urusan selesai , dia kembali menghadap Rasulullah dengan perut kenyang dan pakaian rapi serta mengenderai unta. Baginda segera bertanya sambil tersenyum, "Bagaimana keadaan mu sekarang"?Sudahkah engkau kenyang dan cukup pakaian"?

"Ya Wahai Rasulullah, aku rasa lebih dari itu, bahkan sekarang aku merasakan sudah kaya." katanya dengan gembira.

"Jika begitu, balaslah kebajikan Fatimah r.a terhadap dirimu"

Lalu orang itu memandang  ke langit sambil mengangkat tangan  "Ya ALLAH, tiada ku sembah selain Engkau  , berilah Fatimah r.a sesuatu yang tidak pernah di lihat oleh mata dan di dengar oleh telinga.

Mendengar doa orang tua itu,  Rasulullah s.a.w menoleh kepada para sahabat yang ada di sekeliling sambil berkata ,"Sesungguhnya di dunia ini ALLAH telah meberi Fatimah r.a apa yang di pohonkan oeh orang tua itu. Dia mempunyai ayah seperti aku, seorang utusan ALLAH kepada umat manusia dan alam semesta. Dia di beri suami , iaitu Ali bin Abi Talib r.a yang tiada lelaki yang setanding dengannya sebagai suami dan ALLAH s.w.t telah mengurniakan kepadanya dua orang anak lelaki  iaitu Hasan r.a dan Husain r.a. Tidak ada anak lain yang menyamai mereka berdua. Kedua-duanya adalah cucu seorang nabi dan akan menjadi pemuda ahli syurga". 
Setelah berhenti sekejap , Baginda berkata lagi, "Apakah kalian masih ingin mendengar tentang kebesaran puteriku, Fatimah ?"

Para sahabat menyahut serentak, "Benar , Ya Rasulullah.
Kemudian Baginda meneruskan kata-katanya, "Telah datang pada ku roh suci (Jibrail a.s).Ketika meninggal dunia , di dalam kuburnya, Fatimah r.a akan di datangi oleh malaikat dan akan di tanya , "Siapa Tuhanmu"? Fatimah r.a akan menjawab "ALLAH Tuhanku. "Siapa nabi mu"? Dia akan menjawab " Ayahku nabiku"
Kata Rasulullah sambil menambah bahawa ALLAH s.w.t telah memerintahkan malaikat supaya melindungi Fatimah r.a dan sentiasa menyertai hidupnya sehingga datang ajalnya.
Seutas rantai yang di beli oleh Ammar bin Yasir r.a daripada orang Badwi ,segera di bungkus dengan kain di sertai dengan  wangian.
Dia memerintahkan hambanya yang bernama Saham supaya menyerahkan bungkusan itu kepada Rasulullah dengan pesan ' Berikan bungkusan ini kepada Rasulullah s.a.w dan sekali gus engkau aku serahkan kepada Baginda."

Rasulullah sangat terkejut apabila di dalam nya terdapat seutas rantai dan pesanan itu ,lalu baginda berkata kepada Saham"  Pergilah kepada Fatimah r.a dan serahkan bungkusan yang berisi rantai ini kepadanya. Engkau juga ku serahkan kepadanya."

Tanpa bertanya lagi, pergilah Saham menenui Fatimah r.a kerumahnya dan menyerahkan bungkusan tersebut kepadanya. Fatimah r.a menerima bungkusan tersebut dengan perasaan syukur kepada ALLAH s.w.t. 

Mengenai diri Saham , Puteri Rasulullah berkata " dan engkau wahai Saham, mulai saat ini, aku merdekakan.

Betapa gembiranya Saham apabila mendengar kata-kata Fatimah r.a.  Dia ketawa kerana itulah hadiah yang paling berharga sepanjang hidupnya. Fatimah r.a bertanya " Mengapa engkau ketawa?"

Aku ketawa kerana merasakan berapa besarnya berkat seutas rantai. "Dia telah mengenyangkan perut seorang yang telah kebuluran, , menutup aurat orang yang hampir telanjang, membuat orang miskin merasa kaya dan sekarang rantai tersebut memerdekakan seorang hamba seperti ku', jawab Saham sambil mengucapkan terma kasih dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t



"Mendidik orang yang bodoh dan menghentikan orang yang sudah terbiasa dengan (perangai tertentu) dari suatu pekerjaan adalah kerja yang berat".

Thursday, July 12, 2012

Monday, July 9, 2012


Ceramah itu dengar sampai kat rumah lah" tiba-tiba seorang anak memberitahu ibunya , sebaik saja ibunya sampai di rumah pada jam 12.30 malam 

"Dengar!  ..kan rumah kita ini jauh..tak kan lah dengar, bukannya Bukit Katil..kan sini Duyong." si ibu kurang mempercayai kata-kata anaknya itu

"Betul dengar tapi tak jelas sangat" si anak cuba memberikan keyakinan pada ibunya yang masih terpinga.

"Apa yang kamu dengar" si ibu menguji anaknya
"Betulkan ..Pengerusi sebut "Kita tutup majlis ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al Asr" nampaknya si anak bersungguh- sungguh 

"Ya betul"si ibu tersenyum memandang tepat ke wajah anakmya,  yang  berusia 13 tahun itu. Rupa-rupanya  anaknya masih belum tidur lagi sedangkan si anak perlu ke sekolah pada esok harinya.Mungkin itu ingatan terakhir yang dapat si anak sampaikan


Lega rasanya malam  tadii, taktala si ibu mendengar ceramah PAS. Malam tadi tiada gangguan seperti yang sering dilakukan oleh pehak UMNO. Selalunya setiap kali di adakan ceramah di PASTI Bukit Katil, maka setiap kali itulah UMNO akan turut berceramah di rumah sebelah pagar PASTI Bukit Katil dengan tujuan untuk menganggu ceramah PAS.

Jenuh bercampur muak  penceramah PAS dengan sikap kebudak-budakan UMNO , memang penceramah PAS tidak pernah mahu melayan dengan kerenah kebudakan UMNO itu, tapi ada kalanya geram pun ada.
"Melayan orang gila , bermakna kita pun gila" jadi lebih baik biarkan mereka dengan kegilaan mereka , yang penting dapat menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan .

Kini puaslah hati mereka kerana PASTI JAYA INSAN, Bukit Katil telah di robohkan dan rumah di sebalik pagar juga telah di robohkan. Kedua-duanya sudah tiada. Ceramah di adakan di surau  yang pernah juga ura-ura ingin di robohkan bersama dengan PASTI tapi ALHAMDULILLAH, dengan bantahan keras dari dari ahli PAS, maka surau masih dapat di pertahankan dari sama-sama tersembam di bumi ALLAH ini. 

Walau apa pun  yang pastinya, kini ceramah yang di adakan di situ sudah boleh didengari oleh ramai orang meskipun mereka berbesar hati berada di rumah masing-masing. Kalau di Duyong yang agak jauh sudah boleh didengari, apatah lagi kawasan-kawasan yang di penuhi dengam perumahan-perumahan serta kampung -kampung berdekatan. pastilah lebih jelas lagi .

Selama ini UMNO cuba menghalang ceramah PAS daripada di dengari oleh orang ramai terutama di Bukit Katil, bermacam-macam cara di buatnya..tak cukup dengan ceramah berunsur fitnah, di pasangnya slide dengan suara yang kuat serta  berdengung semata-mata untuk menganggu ceramah PAS. Namun manusia merancang , ALLAH juga merancang  dan rancangan ALLAH lah yang sebaik-baiknya.

"Pakcik  itu kata, malam tadi dia dapat dengar ceramah kat rumah " si bapa pula beritahu sebaik saja pulang dari solat jemaah di surau berhampiran rumahnya di Duyong pada keesokan harinya.

"Ya, anak awak pun dapat dengar di rumah bermakna dia tidur lewat malam tadi" si ibu pun turut mengiyakan. 

"Alhamdulillah, suara itu dapat berkumandang di langit dan semuga masuk ke hati para-para pendengar , biar lah mereka menilai sendiri dengan menggunakan akal yang waras untuk berfikir dan membuat perubahan untuk menyelamatkan negara yang tercinta daripada rakusan -rakusan pemimpin yang tidak pernah puas " 

"Barang siapa yang memaafkan tindakan seorang yang zalim maka ALLAH akan menjadikan orang yang menzaliminya menguasai atas dirinya. Jika dia berdoa, tidak akan di perkenankan dan ALLAH tidak akan melindunginya dari kezaliman yang menimpanya"