Mengikut Jabir bin Abdullah Al-Anshari, Pada suatu hari setelah menunaikan solat , Rasululaah s.a.w duduk menghadap kiblat dan para sahabat duduk di sekelilingnya, maka datanglah seorang Badwi yang sudah sangat lanjut usia dan nampak sangat lemah badannya. Dia hanya memakai jubah yang lusuh. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya. Dengan bibir yang gementar orang tua itu menjawab: "Ya Rasulullah , aku sangat lapar. Tolonglah berikan aku makanan. Aku hampir telanjang, tidak mempunyai pakaian selain yang sedang aku pakai ini. Tolonglah , berikan aku pakaian seadanya."
"Malangnya aku tidak mempunyai apa-apa tetapi orang yang menunjukkan kebaikan adalah sama dengan orang yang melakukan.
"Cubalah engkau pergi kepada orang yang di cintai ALLAH dan Rasulnya. Dia lebih mengutamakan ALLAH dari dirinya sendiri. Dia adalah Fatimah r.a , puteriku. Rumahnya dekat sekali dengan rumahku". Jawab Rasulullah s.a.w sambil berkata baginda meminta kepada Bilal bin Rabbah r.a agar menghantar orang tua itu kerumah Fatimah r.a.
Sebaik sahaja tiba di rumah Fatimah r.a, dengan suara serak orang tua itu memanggil , "Wahai Ahlul Bait Nubuwwah, Wahai keluarga nabi, wahai tempat yang sering di datangi malaikat , tempat Jibrail a.s turun membawa wahyu!"
Apabila mendengar suara parau begitu, Fatimah r.a segera keluar. Setelah mengucapkan salam dia bertanya ,"Tuan ini siapa?"
"Aku seorang Badwi yang telah tua. Aku datang dari tempat yang jauh, baru sebentar tadi aku berjumpa dengan ayahmu, wahai puteri nabi. Aku sangat lapar dan tidak mempunyai pakaian. Tolonglah aku, semuga ALLAH s.w.t melimpahkan rahmatNYA ke atasmu", katanya dengan penuh mengharap.
Melihat orang tua itu memandang wajahnya terus menerus, Fatimah r.a menjadi serba salah. Dia binggung memikirkan apa yang dapat di berikan. Dia sendiri bersama suaminya sudah tiga hari berpuasa kerana tidak mepunyai bekalan makanan.
Dia hairan kenapa ayahandanya menyuruh orang tua itu datang kerumahnya, padahal Baginda tahu betapa susahnya kehidupan yang di alaminya sehari-hari. Tetapi apabila melihat orang tua itu yang sangat menagih belas kasihan, Fatimah r.a tidak mebiarkannya. Dia mencari sesuatu yang mungkin dapat di berikan .Akhirnya diambilnya sehelai kulit kambing atas tidur putranya, kemudian di berikan kepada orang tua itu.
Orang tua merasa hairan menerima sehelai kulit kambing, padahal yang di minta adalah makanan untuk menghilangkan lapar dan pakaian untuk menutup aurat.
Dengan nada menyesal dia berkata, "Wahai Puteri Muhammad, aku datang kepadamu kerana aku lapar dan hampir telanjang, tetapi engkau berikan kepadaku sehelai kulit kambing, apa yang boleh aku buat dengan kulit kambimg ini.?"
Dalam keadaan malu, sedih dan bingung, Fatimah r.a teringat, dia masih mempunyai benda berharga , seutas rantai yang di hadiahkan oleh ibu saudaranya, iaitu puteri Hamzah bin Abdul Mutalib, yang juga bernama Fatimah.
Tanpa berfikir panjang lagi rantai lehernya di buka lalu di serahkan kepada kepada orang tua itu sambil berkata dengan nada yang ramah dan penuh keikhlasan, "Ambillah ini, mudah-mudahan ALLAH s.w.t akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"
Dengan muka cerah dan berseri-seri, orang tua itu menbawa rantai itu ke masjid, tempat Rasulullah s.a.w dengan para sahabatnya. Orang tua itu telah memberitahu bahawa Fatimah r.a telah memberikannya di sertai ucapan "Mudah-mudahan ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik"
Mendengar itu, Rasulullah s.a.w tidak mendapat menahan perasaanya sehingga mengeluarkan air mata.
Ammar bin Yasir r.a salah seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa yang sangat mengharukan itu. Dia bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w , boleh aku mebeli rantai itu?
Sambil menyapu air mata di pipi, Baginda menjawab "Belilah ,jika kamu mahu, wahai Ammar"
"Berapa engkau akan jual rantai ini"? tanya Ammar kepada orang tua yang menerima rantai tersebut dari Fatimah r.a.
"Sama nilai dengan beberapa keping roti dan daging yang dapat menghilangkan rasa laparku, sehelai kain sebagai penutup aurat agar aku dapat menunaikan solat menghadap Tuhan dan wang satu dinar untuk bekal perjalanan pulang", jawab orang tua itu.
"Baiklah , rantai mu aka aku beli dengan harga 20 dinar dan 100 dirham serta akan aku berikan roti dan daging untuk menghilangkan laparmu." kata Ammar. Selain itu engkau juga aku beri akan pakaian serta seekor unta untuk pulang kepada keluargamu."
"Alangkah baiknya hati mu" kata orang tua itu. Sinar matanya memancar perasaan gembira yang luar biasa menerima tawaran Ammar. Kemudian Ammar membawa pulang orang tua itu untuk menerima semua yang dijanjikan.
Setelah semua urusan selesai , dia kembali menghadap Rasulullah dengan perut kenyang dan pakaian rapi serta mengenderai unta. Baginda segera bertanya sambil tersenyum, "Bagaimana keadaan mu sekarang"?Sudahkah engkau kenyang dan cukup pakaian"?
"Ya Wahai Rasulullah, aku rasa lebih dari itu, bahkan sekarang aku merasakan sudah kaya." katanya dengan gembira.
"Jika begitu, balaslah kebajikan Fatimah r.a terhadap dirimu"
Lalu orang itu memandang ke langit sambil mengangkat tangan "Ya ALLAH, tiada ku sembah selain Engkau , berilah Fatimah r.a sesuatu yang tidak pernah di lihat oleh mata dan di dengar oleh telinga.
Mendengar doa orang tua itu, Rasulullah s.a.w menoleh kepada para sahabat yang ada di sekeliling sambil berkata ,"Sesungguhnya di dunia ini ALLAH telah meberi Fatimah r.a apa yang di pohonkan oeh orang tua itu. Dia mempunyai ayah seperti aku, seorang utusan ALLAH kepada umat manusia dan alam semesta. Dia di beri suami , iaitu Ali bin Abi Talib r.a yang tiada lelaki yang setanding dengannya sebagai suami dan ALLAH s.w.t telah mengurniakan kepadanya dua orang anak lelaki iaitu Hasan r.a dan Husain r.a. Tidak ada anak lain yang menyamai mereka berdua. Kedua-duanya adalah cucu seorang nabi dan akan menjadi pemuda ahli syurga".
Setelah berhenti sekejap , Baginda berkata lagi, "Apakah kalian masih ingin mendengar tentang kebesaran puteriku, Fatimah ?"
Para sahabat menyahut serentak, "Benar , Ya Rasulullah.
Kemudian Baginda meneruskan kata-katanya, "Telah datang pada ku roh suci (Jibrail a.s).Ketika meninggal dunia , di dalam kuburnya, Fatimah r.a akan di datangi oleh malaikat dan akan di tanya , "Siapa Tuhanmu"? Fatimah r.a akan menjawab "ALLAH Tuhanku. "Siapa nabi mu"? Dia akan menjawab " Ayahku nabiku"
Kata Rasulullah sambil menambah bahawa ALLAH s.w.t telah memerintahkan malaikat supaya melindungi Fatimah r.a dan sentiasa menyertai hidupnya sehingga datang ajalnya.
Seutas rantai yang di beli oleh Ammar bin Yasir r.a daripada orang Badwi ,segera di bungkus dengan kain di sertai dengan wangian.
Dia memerintahkan hambanya yang bernama Saham supaya menyerahkan bungkusan itu kepada Rasulullah dengan pesan ' Berikan bungkusan ini kepada Rasulullah s.a.w dan sekali gus engkau aku serahkan kepada Baginda."
Rasulullah sangat terkejut apabila di dalam nya terdapat seutas rantai dan pesanan itu ,lalu baginda berkata kepada Saham" Pergilah kepada Fatimah r.a dan serahkan bungkusan yang berisi rantai ini kepadanya. Engkau juga ku serahkan kepadanya."
Tanpa bertanya lagi, pergilah Saham menenui Fatimah r.a kerumahnya dan menyerahkan bungkusan tersebut kepadanya. Fatimah r.a menerima bungkusan tersebut dengan perasaan syukur kepada ALLAH s.w.t.
Mengenai diri Saham , Puteri Rasulullah berkata " dan engkau wahai Saham, mulai saat ini, aku merdekakan.
Betapa gembiranya Saham apabila mendengar kata-kata Fatimah r.a. Dia ketawa kerana itulah hadiah yang paling berharga sepanjang hidupnya. Fatimah r.a bertanya " Mengapa engkau ketawa?"
Aku ketawa kerana merasakan berapa besarnya berkat seutas rantai. "Dia telah mengenyangkan perut seorang yang telah kebuluran, , menutup aurat orang yang hampir telanjang, membuat orang miskin merasa kaya dan sekarang rantai tersebut memerdekakan seorang hamba seperti ku', jawab Saham sambil mengucapkan terma kasih dan bersyukur kepada ALLAH s.w.t
"Mendidik orang yang bodoh dan menghentikan orang yang sudah terbiasa dengan (perangai tertentu) dari suatu pekerjaan adalah kerja yang berat".
No comments:
Post a Comment