"
Ceramah itu dengar sampai kat rumah lah" tiba-tiba seorang anak memberitahu ibunya , sebaik saja ibunya sampai di rumah pada jam 12.30 malam
Ceramah itu dengar sampai kat rumah lah" tiba-tiba seorang anak memberitahu ibunya , sebaik saja ibunya sampai di rumah pada jam 12.30 malam
"Dengar! ..kan rumah kita ini jauh..tak kan lah dengar, bukannya Bukit Katil..kan sini Duyong." si ibu kurang mempercayai kata-kata anaknya itu
"Betul dengar tapi tak jelas sangat" si anak cuba memberikan keyakinan pada ibunya yang masih terpinga.
"Apa yang kamu dengar" si ibu menguji anaknya
"Betulkan ..Pengerusi sebut "Kita tutup majlis ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al Asr" nampaknya si anak bersungguh- sungguh
"Ya betul"si ibu tersenyum memandang tepat ke wajah anakmya, yang berusia 13 tahun itu. Rupa-rupanya anaknya masih belum tidur lagi sedangkan si anak perlu ke sekolah pada esok harinya.Mungkin itu ingatan terakhir yang dapat si anak sampaikan
Lega rasanya malam tadii, taktala si ibu mendengar ceramah PAS. Malam tadi tiada gangguan seperti yang sering dilakukan oleh pehak UMNO. Selalunya setiap kali di adakan ceramah di PASTI Bukit Katil, maka setiap kali itulah UMNO akan turut berceramah di rumah sebelah pagar PASTI Bukit Katil dengan tujuan untuk menganggu ceramah PAS.
Jenuh bercampur muak penceramah PAS dengan sikap kebudak-budakan UMNO , memang penceramah PAS tidak pernah mahu melayan dengan kerenah kebudakan UMNO itu, tapi ada kalanya geram pun ada.
"Melayan orang gila , bermakna kita pun gila" jadi lebih baik biarkan mereka dengan kegilaan mereka , yang penting dapat menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan .
Kini puaslah hati mereka kerana PASTI JAYA INSAN, Bukit Katil telah di robohkan dan rumah di sebalik pagar juga telah di robohkan. Kedua-duanya sudah tiada. Ceramah di adakan di surau yang pernah juga ura-ura ingin di robohkan bersama dengan PASTI tapi ALHAMDULILLAH, dengan bantahan keras dari dari ahli PAS, maka surau masih dapat di pertahankan dari sama-sama tersembam di bumi ALLAH ini.
Walau apa pun yang pastinya, kini ceramah yang di adakan di situ sudah boleh didengari oleh ramai orang meskipun mereka berbesar hati berada di rumah masing-masing. Kalau di Duyong yang agak jauh sudah boleh didengari, apatah lagi kawasan-kawasan yang di penuhi dengam perumahan-perumahan serta kampung -kampung berdekatan. pastilah lebih jelas lagi .
Selama ini UMNO cuba menghalang ceramah PAS daripada di dengari oleh orang ramai terutama di Bukit Katil, bermacam-macam cara di buatnya..tak cukup dengan ceramah berunsur fitnah, di pasangnya slide dengan suara yang kuat serta berdengung semata-mata untuk menganggu ceramah PAS. Namun manusia merancang , ALLAH juga merancang dan rancangan ALLAH lah yang sebaik-baiknya.
"Pakcik itu kata, malam tadi dia dapat dengar ceramah kat rumah " si bapa pula beritahu sebaik saja pulang dari solat jemaah di surau berhampiran rumahnya di Duyong pada keesokan harinya.
"Ya, anak awak pun dapat dengar di rumah bermakna dia tidur lewat malam tadi" si ibu pun turut mengiyakan.
"Alhamdulillah, suara itu dapat berkumandang di langit dan semuga masuk ke hati para-para pendengar , biar lah mereka menilai sendiri dengan menggunakan akal yang waras untuk berfikir dan membuat perubahan untuk menyelamatkan negara yang tercinta daripada rakusan -rakusan pemimpin yang tidak pernah puas "
"Barang siapa yang memaafkan tindakan seorang yang zalim maka ALLAH akan menjadikan orang yang menzaliminya menguasai atas dirinya. Jika dia berdoa, tidak akan di perkenankan dan ALLAH tidak akan melindunginya dari kezaliman yang menimpanya"
No comments:
Post a Comment