HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Tuesday, February 23, 2010

JIHAD KHAS GOLONGAN WANITA



Dan bagi orang perempuan, hukum wajib untuk berjihad pada jihad yang

khas adalah sama seperti orang lelaki pada ketika hukum berjihad menjadi

fardhu 'ain. Maka wajiblah ke atas mereka untuk keluar berjihad sekiranya dia

memiliki daya pertahanan dan keteguhan (lasak)dan sekiranya tiada , tidak perlulah

dia hadir ke medan perang. Dan ini adalah dalam jihad yang berbentuk perang

mengangkat senjata seperti pada zaman ini, maka hukumnya sebagaimana yang sebenarnya

pada pandanganku, samalah seperti hukum ( keluarnya seseorang perempuan itu) untuk

menuntut ilmu fardhu 'ain dan fardhu kifayah dan juga musafir untuk menunaikan haji

yang wajib dan juga berhijrah dari negara yang kafir, maka tidak perlu juga untuk

meminta izin akan tetapi wajib ke atasnya untuk meraikan , memelihara dan memenuhi

syarat-syarat ini.

Pertama: Hendaklah dia berada dalam keadaan yang sempurna dari sudut menutup aurat dan memelihara maruahnya.

Kedua: Keluarnya itu adalah kerana tuntutan yang sebenar berjihad.

Ketiga: keluarnya itu tidak akan mendedahkan ia daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara haram

Keempat: hendaklah dia dalam keadaan berjemaah (berkumpulan)

Kelima : Hendaklah dia seorang yang cerdik dan bijak serta keadaan yang aman sekiranya dia bermusafir seorang diri. Dan ALLAH lah yang lebih mengetahui dan bagiNYA lah segala puji-pujian.


Petikan dari buku At Tahridh A'lal Jihad Fi Islaahil bilad Wal I'bad. GESAAN BERJIHAD PADA MEMPERBAIKI NEGERI DAN RAKYAT.

Sunday, February 21, 2010

MUSLIMAT!! TEPUK DADA TANYA IMAN



"Berubahnya hukum dengan berubahnya suasana...Jihad menjadi fardhu ain apabila musuh masuk dalam negeri Islam...dan... apabila suasana sekarang yang musuh bukan saja sudah masuk didalam negeri malah sudah masuk dalam rumah malah sudah masuk dalam kepala setiap orang Islam maka Jihad sudah menjadi fardh uain. Jihad fardhu ain sudah tidak memerlukan keizinan dari suami" ..itulah diantara jawapan Presiden Tun guru Haji Hadi sempena lawatan beliau sehari ke Melaka semalam, 21 Feb 2010.
Seramai 10 ajk muslimat Kawasan Bukit Katil yang telah menyertai program sehari bersama Presiden di KOMPAJ, Jasin.



Jawapan Tuan Presiden ini merupakan satu jawapan yang di berikan menjurus kepada lontaran soalan yang di kemukakan oleh Pn Hawa Yaakob salah seorang ajk DMPNM yang bertanyakan tentang peranan muslimat di suasana yang ujud pada hari ini.Persoalan yang timbul lantaran dari para-para muslimin yang agak keberatan untuk membenarkan isteri-isteri mereka bergiat aktif dalam jemaah.

"Saya dari Dewan ulama..malu juga saya apabila ada orang mengatakan jihad bagi muslimat adalah sunat muakad saja...Bacalah buku At Taharidh A'Lal Jihad Fi Islaahil Bilad Wal I'bad...Gesaan berjihad pada mengislahkan negeri dan rakyat..buku yang telah banyak di baca oleh para pelajar universiti..buku karangan saya...mungkin muslimat Melaka terlepas pandang",Ustaz Zulkifli Ismail selaku ketua Dewan Ulama Negeri Melaka , turut menyatakan kesalnya apabila ada para muslimin pada hari ini yang agak keberatan membenarkan isteri mereka bergiat aktif.
Tidak di nafikan ramai isteri-isteri yang lebih selesa tinggal di rumah walaupun ramai juga para suami mengharapkan agar isteri-isteri mereka turut bersama-sama di dalam perjuangan jemaah manakala terdapat juga para isteri yang mahu bersama-sama di dalam jemaah walaupun sebenarnya bilangannya tak ramai.Lebih ramai para isteri yang berada di zon selesa dengan suasana yang ada sekarang.

Namun saban hari berlakunya tragedi demi tragedi..Dari peristiwa Masjid di robohkan, ke peristiwa wanita di letupkan dengan bom seterusnya ke peristiwa pembakaran bayi dan hari ini peristiwa suami di tolak keluar dari kereta lalu mencolek isterinya ,semuanya sudah tidak selamat lagi. Kalau seorang suami juga sudah mampu di tolak keluar ketika berduaan dengan isteri kesayangannya..sudah sukar untuk di bendung jenayah lain lagi.

Friday, February 19, 2010

INDAHNYA KALAU TIDAK PERLU SUSAH PAYAH BERDAKWAH???


"alangkah indah jika tidak perlu bersusah payah untuk dakwah! mungkin pelik ungkapan ini, tetapi dalam tak sedar, sedikit sebanyak, kadang2 aku impikannya. alangkah indah dapat duduk berehat di rumah.. alangkah indah medengar tawa, tangis, gurauan anak2.... alangkah indah berbaring tanpa tanggungjawab... seronoknya!!!!

Menarik juga untuk di amati apabila seorang sahabat berkata begitu...tapi apabila tiba-tiba dia jatuh sakit dan Doktor menyuruh dia berehat di hospital lalu dia berkata



"Tak palah ..Rasanya lebih seronok aku berdakwah dalam segala kepayahan dan kesakitan daripada aku duduk berehat di hospital dengan segala kesengsaraan dan kesakitan.....kerana kepayahan serta penderitaan dalam berdakwah punyai kepuasan dan kemanisan.

Friday, February 12, 2010

TAKZIAH



Ucapan takziah di berikan buat keluarga Allahyarham Khamis seorang ahli PAS Bukit katil yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Beliau yang telah meninggal dunia jam 2 pagi tadi akibat dari penyakit paru-paru , meninggalkan seorang isteri juga 5 orang anak.

Alhamdulillah, DMPBK telah di beri kesempatan untuk menziarahi beliau buat kali terakhir pagi tadi.

Semuga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya..Al Fatihah

SEMPENA TAHUN BARU CINA



Ucapan tahniah diberikan dariDMPBK buat Lajnah Perpaduan National Kawasan Bukit Katil yang telah turun padang bagi mengedarkan Kad sempena sambutan Tahun Baru Cina serta buah limau di DUN Ayer Molek semalam.



Beberapa ajk Kawasan serta cawangan yang telah turut serta dalam pengedaran tersebut.Program ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat yang berbangsa Cina.
Ramai dari mereka yang agak terpinga-pinga dengan pemberian yang tidak dijangka ini. Ianya merupakan bagi satu pesta apabila , mereka sesama sendiri yang berhimpun semasa pengedaran di jalankan.
Semuga program sebegini akan terus berjalan lancar bukan saja bagi memupuk perpaduan kaum malah untuk menyampaikan risalah dakwah Islam yang sentiasa mengajar manusia melakukan kebaikan sesama insan.

Wednesday, February 10, 2010

BUAH LIMAU



Merah bungkusan plastik di sepanjang meja. Telah siap di bungkus beberapa biji di dalamnya.

"orang Cina suka warna merah..awak boleh ambik plastik merah atau oren..ini plastik masuk 4 biji pun baguslahhh" ujar perempuan cina di kedai ketika aku bertanyakan plastik yang agak sesuai untuk di bungkus buah limau.

Alhamdulillah, seramai 10 muslimat DMPBK telah bersama-sama dalam pembungkusan limau untuk di edarkan bersama kad ucapan sempena Tahun Baru Cina yang akan di sambut beberapa hari lagi.

Ini merupakan salah satu usaha pengedaran dalam membantu Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Bukit Katil. InsyaALLAH

Sunday, February 7, 2010

TAHNIAH!! DPPBK



Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang telah mengadakan program mengedarkan kad ucapan Tahun Baru Cina dan buah limau kepada penduduk - penduduk di taman - taman perumahan di sekitar Bukit Baru semalam.

Program yang bertujuan untuk menjemput penduduk tempatan ke Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Melaka yang akan diadakan pada 27 Februari 2010 di Taman Sin Hoe, Bukit Baru telah mendapat sambutan yang baik.

Ini merupakan usaha yang bijak dalam cubaan mendekati penduduk kawasan DUN Bukit Baru khususnya kaum Tionghua didalam keadaan mereka masih tertanya-tanya tentang gambaran PAS yang sebenarnya terutama di Melaka.

"Banyak bagutlah kalau Nik Aziz jadi PM. Dia banyak baik. Tak da makan itu rasuah. Ai ya itu macam banyak bagut", harapan seorang wargaemas ketika datang minum dikedai.Kalau dulu Mungkin agak janggal apabila seorang wargaemas yang berbangsa cina datang menghampiri lalu mengatakan hal sedemikian.
Tapi hari ini keadaan telah berubah dan semestinya kita perlu merebut peluang ini dalam usaha menyelamatkan Malaysia dari segala kerakusan serta perampasan dari pemimpin-pemimpin yang zalim.

Semuga usaha-usaha sebegini akan diberkati ALLAH .
InsyaALLAH tahun hadapan program sebegini boleh digabungkan sekali bersama DMPBK

Thursday, February 4, 2010

ALANGKAH BAGUSNYA ,KALAU RAMAI SEPETI DIA


"Aslamkm. Kak, esok ada tak usrah? saya rasa tak dpt pergi, sbb anak saya demam".itulah sms yang diterima dari pengerusi Lujnah Tarbiah Muslimat B.Katil, ustazah Noraini.

Aku terdiam seketika lantas tersenyum lagi. Begitulah ujian. Terus menerus tanpa ada hentinya.Ianya bagaikan kemuncup dijalanan, melekat dikaki kain disepanjang perjalanan.Adakalanya terpaksa berhenti untuk mencabut kemuncup-kemuncup itu dan perjalanan akan diteruskan lagi.

Setelah hampir 5 bulan , semua usrah muslimat cawangan terhenti seketika , sibuk dalam aktiviti-aktiviti muslimat kawasan dan kadang-kadang tak terkejar untuk memenuhi aktiviti cawangan.

Kasihan ustazah, dialah satu-satunya ustazah yang aktif dinegeri dan Kawasan. Bukan tidak ada ustazah yang lain tapi agak payah untuk aktif bersama-sama. Mungkin mereka terikat dengan jadual tugas yang tersendiri.

Walaubagaimana seperti yang dijanjikan , usrah cawangan ,muslimat pada hari semalam berjalan juga walaupun tanpa ustazah Noraini.Kupasan di buat dari buku "Peringkat Ta'rif 1".Buku dari lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS. Cuma tafsir yang sepatutnya dikupas oleh Ustazah tidak dapat dibuat tanpa ustazah. Maklumlah ustazah pandai berbahasa Arab. Alhamdulillah.

"Setuju tak kalau selepas usrah, kita ziarah sekejap" aku minta pandangan dari 5 anak usrah yang hadir memandangkan ustazah tiada semalam.

"Eloklah itu, akak pun memang suka juga itu. kalau tak ada usrah macam ini , susah nak jumpa. Orang balik haji pun tak dapat nak pergi" kak J setuju di ikuti dengan persetujuan yang lain juga.

Kami terus kerumah kak Z. Suka benarnya hati nya menyambut kedatangan kami. Riang serta ceria di wajahnya. tak puas-puas nak menghabiskan ceritanya semasa di Mekah.
Macam-macam yang di hidangkan kepada kami.Maklumlah bukan senang nak jumpa sahabat datang ramai-ramai sebegitu walaupun rumah mereka berhampiran satu sama lain.

"Nanti akak datang bila ada usrah. Tak kannnnn lahhh... akak tak boleh datang 1 jam sebulan sekali ajaaa... tiba-tiba kak Z mempelawakan dirinya sendiri untuk hadir sama-sama usrah kami.

Aku tersenyum. Alhamdulillah kalau ramai orang macam kak Z ini. Kami belum pelawa apa-apa pun kepadanya tapi dia sendiri yang menawarkan dirinya.Kami hanya memberitahu bahawa kami baru balik dari usrah.Bukan mudah nak mengajak ahli-ahli muslimat bersama kami. Terlalu banyak alasan yang akan di berikan .
Mungkin kak Z ingin kembali bersama-sama dalam kebangkitan Islam ini, memandang sudah banyak tahun dia mendiamkan diri dalam jemaah muslimat di cawangannya.Dulu dia merupakan ketua Muslimat.Semuga ramai lagi muslimat-muslimat yang akan bersama-sama kami dalam arus ini.

InsyaALLAH, program usrah akan berjalan di cawangan lain diminggu depan pula. Dengan harapan yang amat tinggi pergantungan terhadap ALLAH SWT.Dia pemilik segala-galanya.

Monday, February 1, 2010

ISTIMEWANYA DIA..



"Nek, hari ini nenek baca zikir apa?" tegur aku padanya sebaik saja aku masuk kerumahnya setelah aku memberikan ucapan salam dihadapan rumahnya.

" siapa itu?" nek feah bertanya sewaktu masih diatas katil sambil memegang tasbihnya.Memang tasbihnya tidak pernah lekang dari tangannya.

Aku tertawa kecil lantas sepintas dia menyebut nama aku. Dia mampu mengingati aku walaupun pernah sudah hampir 2 tahun aku tidak menjengoknya.Itulah keistimewaanya. Dan yang paling menghairankan aku ialah bila nek Feah boleh mengingati bulan serta tahun yang terakhir aku menziarahinya walaupun 2 tahun telah berlalu.Bagi aku dia seorang nenek yang hebat.Dia mempunyai kelebihan yang jarang aku temui bagi orang sebaya dengan nya. Daya ingatannya masih tinggi meskipun usia sudah hampir menjangkau 90 tahun.

"Kembang hati nenek, bila tengok anak datang", menampakan wajahnya yang ceria meskipun dibarisi dengan seribu kedutan.

"Anak datang sorang..mana yang lain-lain?" rupa- rupanya dia menunggu kedatangan kami.

"Semua ada kerja..saya pun dah tutup awal kedai hari ini, itu yang saya datang sekarang..saya pun nak cepat ini.."sambil aku menyarongkan kain kusyen yang telah dibasuh oleh pembantu rumah DR Khatijah.

"Oh..nek dengau hari itu..engkau yang nak bawa cendol masa hari itu" nek Feah teringatkan perbualan ajk dmpbk sesama mereka ketika mereka mengemaskan rumah nek Feah hampir 2 minggu yang lepas.

"oh..oh..nek ini baguslah..masih ingat lagi apa mereka cakap..tapi maaf nek, saya tak dapat datang hari itu walaupun saya memang sangat-sangat nak datang tolong kemas dan nak bawa air cendol sekali..boleh minum ramai-ramai..tapi tak dapat nak datang juga". aku memberika penjelasan pada nek Feah.

Nek Feah terus bercerita tentang Kak Rubi, Mahani, Dr Khatijah serta beberapa adik yang datang membantu mengemas rumahnya tempoh hari.Dia bercerita seolah-olah perkara itu sedang berlaku dihadapan matanya. Riuh mulutnya.

Semalam aku ditugaskan untuk datang menghantar balik sarong kusyen yang telah siap di basuh bersempena dengan program DMPKBK '90 minit bersama wargaemas'.Program yang membantu membersih serta mengemaskan rumah mereka.

"Nek, nanti saya bawakan sarung kusyen yang baru Dr Khatijah beli.Saya dah terlupa tadi nak minta dari pembantu rumahnya"..tiba-tiba aku teringatkan tentang sarung kusyen baru yang DR Khatijah dah belikan.Dr Khatijah dah berpesan pada aku tentang sarung kusyen baru itu .Aku rasa sedikit terkilan dengan kecuaian aku.

"Tak payah..ini pun cantik lagi..menantu nek kata kenapa nak tolong basuh..dia boleh basuh"..nek Feah berterus terang.

Sebenarnya nek Feah ada seorang anak lelaki tunggal yang telah berumah tangga serta mempunyai cucu. Anaknya datang setiap hari membawakan makanan untuknya. Namun nek Feah lebih senang bersendirian.Mungkin banyak nostalgia yang ingin dikecapinya bersendirian.

Nek Feah menunjukkan pada aku kain alas kerusi yang agak lusuh. Alas kerusi itu dijahit sendiri oleh suaminya ketika masih hidup.Suaminya seorang tukang jahit. Sejak suaminya telah pergi 8 tahun yang lalu, nek Feah agak kesunyian.

Nek Feah sudah tak kuat lagi.Bergerak terpaksa bertongkat. Semua barangan yang nak digunakan diletakkan berhampiran dengannya agar mudah untuk dicapai. Nek Feah tidak mahu kita mengusik barang-barang yang telah di longgokan di hadapannya.Memang barang-barang itu kelihatan agak menyemakkan apabila dipandang mata.

"Baguslah suami engkau dah balik Melaka..senang dah tak payah 2 periuk lagi"..nek Feah memandang tepat ke arah aku. Aku tergamam seketika. Dia masih ingat lagi tentang aku yang menjadi isteri hujung minggu sebelum ini.

"Dr Khatijah orang mana?..nek Feah bertanya lagi.
"Orang Paya Dalam"..jawab aku rengkas
"O..nek tahu Paya Dalam.." jawabnya di iringi dengan ketawa mungkin ada sesuatu yang menarik di hatinya lantas dia bercerita lagi tentang banyak perkara. Tentang saudar maranya

"Tahu tak..dulu nak pergi Pengkalan Badak itu naik perahu"..nek Feah meneruskan ceritanya, menjadikan aku pendengar yang terbaik pada petang itu.

"Naik perahu?" aku bertanya kehairanan.

" Dulu ada sungai ..ada perahu kat situ..itu pengkalan...ada badak ..tapi orang ingat kerbau"..dia cuba mengingatkan lagi apa yang boleh di ingatkan lagi. Mungkin dengan cara itu , dapat nek Feah meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya selama ini.

"Bawah-bawah nenek semua dah meninggal, nek aja belum..Setiap hari nenek berdoa nek nak meninggal tak mahu susahkan sesiapa"..diantara rintihan yang disampaikan kepada aku.

Begitulah nek Feah. Ingatannya masih tinggi.Sempat dia membacakan aku banyak ayat-ayat doa yang di hafalnya.Aku cuba mencungkil rahsianya. Setiap hari dia memastikan bahawa zikir nya akan mencapai ke angka ribuan. Semasa aku sampai kerumahnya semalam, zikirnya merupakan doa agar dijauhi dari azab api neraka. Mulutnya tidak pernah lekang dari zikir hariannya sehinggakan pernah juga tasbih yang diulitnya disangkakan tasbih tapi sebenarnya anak ular yang kecil yang sedang di ulitnya.

Nek Feah juga rajin menunaikan solat tahajud walaupun solatnya cuma diatas katil. Dia sudah tidak mampu bergerak ke mana-mana sangat tapi semangatnya tinggi.

Nek Feah berbangga dengan bapanya yang banyak mendidiknya tentang Islam. Nek Feah juga sempat menceritakan pada aku tentang Saiditina Fatimah r.a yang agak kepenatan lalu mengeluh kepada Rasulullah agar dapat memberikan seorang pembantu lalu Rasulullah mengajar zikir yang dapat menghilangkan kepenatan.

"Suka nek lihat kamu semua datang. Tiap-tiap hari nek doakan kamu sekelurga semua supaya baik, selamat..semua nek doakan" itulah kata-kata terakhir nek Feah beritahu sebaik saja aku nak berangkat pulang.

"ALHAMDULILLAH..tapi yang lebih penting doakan ISLAM menang walau di mana-mana.Kembalikan kedamaian dan ketenteraman nek". pesan aku kepada nek Feah dengan seribu harapan sambil aku teringat , nek Feah pernah menunjukkan aku kain bendera PAS yang di lipat rapi , tersorok dalam lipatan kain dan beg plastik. Seperti bendera itu sudah terlalu lama dan telah pun di mamah usia. satu lagi nostalgia indahnya sewaktu suami berada disampingnya.

Sebelum pulang kami berpelukan .Aku tersenyum kepuasan .Semalam aku baru terbaca kelebihan ziarah , tentang aura berjabat tangan apatah lagi aura berpelukan .Aku tahu di situ ada kerahmatanya. InsyaALLAH.

DMPKBK akan tetap meneruskan agendanya bersama wargaemas setiap bulan ditempat yang berbeza.