HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, February 1, 2010

ISTIMEWANYA DIA..



"Nek, hari ini nenek baca zikir apa?" tegur aku padanya sebaik saja aku masuk kerumahnya setelah aku memberikan ucapan salam dihadapan rumahnya.

" siapa itu?" nek feah bertanya sewaktu masih diatas katil sambil memegang tasbihnya.Memang tasbihnya tidak pernah lekang dari tangannya.

Aku tertawa kecil lantas sepintas dia menyebut nama aku. Dia mampu mengingati aku walaupun pernah sudah hampir 2 tahun aku tidak menjengoknya.Itulah keistimewaanya. Dan yang paling menghairankan aku ialah bila nek Feah boleh mengingati bulan serta tahun yang terakhir aku menziarahinya walaupun 2 tahun telah berlalu.Bagi aku dia seorang nenek yang hebat.Dia mempunyai kelebihan yang jarang aku temui bagi orang sebaya dengan nya. Daya ingatannya masih tinggi meskipun usia sudah hampir menjangkau 90 tahun.

"Kembang hati nenek, bila tengok anak datang", menampakan wajahnya yang ceria meskipun dibarisi dengan seribu kedutan.

"Anak datang sorang..mana yang lain-lain?" rupa- rupanya dia menunggu kedatangan kami.

"Semua ada kerja..saya pun dah tutup awal kedai hari ini, itu yang saya datang sekarang..saya pun nak cepat ini.."sambil aku menyarongkan kain kusyen yang telah dibasuh oleh pembantu rumah DR Khatijah.

"Oh..nek dengau hari itu..engkau yang nak bawa cendol masa hari itu" nek Feah teringatkan perbualan ajk dmpbk sesama mereka ketika mereka mengemaskan rumah nek Feah hampir 2 minggu yang lepas.

"oh..oh..nek ini baguslah..masih ingat lagi apa mereka cakap..tapi maaf nek, saya tak dapat datang hari itu walaupun saya memang sangat-sangat nak datang tolong kemas dan nak bawa air cendol sekali..boleh minum ramai-ramai..tapi tak dapat nak datang juga". aku memberika penjelasan pada nek Feah.

Nek Feah terus bercerita tentang Kak Rubi, Mahani, Dr Khatijah serta beberapa adik yang datang membantu mengemas rumahnya tempoh hari.Dia bercerita seolah-olah perkara itu sedang berlaku dihadapan matanya. Riuh mulutnya.

Semalam aku ditugaskan untuk datang menghantar balik sarong kusyen yang telah siap di basuh bersempena dengan program DMPKBK '90 minit bersama wargaemas'.Program yang membantu membersih serta mengemaskan rumah mereka.

"Nek, nanti saya bawakan sarung kusyen yang baru Dr Khatijah beli.Saya dah terlupa tadi nak minta dari pembantu rumahnya"..tiba-tiba aku teringatkan tentang sarung kusyen baru yang DR Khatijah dah belikan.Dr Khatijah dah berpesan pada aku tentang sarung kusyen baru itu .Aku rasa sedikit terkilan dengan kecuaian aku.

"Tak payah..ini pun cantik lagi..menantu nek kata kenapa nak tolong basuh..dia boleh basuh"..nek Feah berterus terang.

Sebenarnya nek Feah ada seorang anak lelaki tunggal yang telah berumah tangga serta mempunyai cucu. Anaknya datang setiap hari membawakan makanan untuknya. Namun nek Feah lebih senang bersendirian.Mungkin banyak nostalgia yang ingin dikecapinya bersendirian.

Nek Feah menunjukkan pada aku kain alas kerusi yang agak lusuh. Alas kerusi itu dijahit sendiri oleh suaminya ketika masih hidup.Suaminya seorang tukang jahit. Sejak suaminya telah pergi 8 tahun yang lalu, nek Feah agak kesunyian.

Nek Feah sudah tak kuat lagi.Bergerak terpaksa bertongkat. Semua barangan yang nak digunakan diletakkan berhampiran dengannya agar mudah untuk dicapai. Nek Feah tidak mahu kita mengusik barang-barang yang telah di longgokan di hadapannya.Memang barang-barang itu kelihatan agak menyemakkan apabila dipandang mata.

"Baguslah suami engkau dah balik Melaka..senang dah tak payah 2 periuk lagi"..nek Feah memandang tepat ke arah aku. Aku tergamam seketika. Dia masih ingat lagi tentang aku yang menjadi isteri hujung minggu sebelum ini.

"Dr Khatijah orang mana?..nek Feah bertanya lagi.
"Orang Paya Dalam"..jawab aku rengkas
"O..nek tahu Paya Dalam.." jawabnya di iringi dengan ketawa mungkin ada sesuatu yang menarik di hatinya lantas dia bercerita lagi tentang banyak perkara. Tentang saudar maranya

"Tahu tak..dulu nak pergi Pengkalan Badak itu naik perahu"..nek Feah meneruskan ceritanya, menjadikan aku pendengar yang terbaik pada petang itu.

"Naik perahu?" aku bertanya kehairanan.

" Dulu ada sungai ..ada perahu kat situ..itu pengkalan...ada badak ..tapi orang ingat kerbau"..dia cuba mengingatkan lagi apa yang boleh di ingatkan lagi. Mungkin dengan cara itu , dapat nek Feah meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya selama ini.

"Bawah-bawah nenek semua dah meninggal, nek aja belum..Setiap hari nenek berdoa nek nak meninggal tak mahu susahkan sesiapa"..diantara rintihan yang disampaikan kepada aku.

Begitulah nek Feah. Ingatannya masih tinggi.Sempat dia membacakan aku banyak ayat-ayat doa yang di hafalnya.Aku cuba mencungkil rahsianya. Setiap hari dia memastikan bahawa zikir nya akan mencapai ke angka ribuan. Semasa aku sampai kerumahnya semalam, zikirnya merupakan doa agar dijauhi dari azab api neraka. Mulutnya tidak pernah lekang dari zikir hariannya sehinggakan pernah juga tasbih yang diulitnya disangkakan tasbih tapi sebenarnya anak ular yang kecil yang sedang di ulitnya.

Nek Feah juga rajin menunaikan solat tahajud walaupun solatnya cuma diatas katil. Dia sudah tidak mampu bergerak ke mana-mana sangat tapi semangatnya tinggi.

Nek Feah berbangga dengan bapanya yang banyak mendidiknya tentang Islam. Nek Feah juga sempat menceritakan pada aku tentang Saiditina Fatimah r.a yang agak kepenatan lalu mengeluh kepada Rasulullah agar dapat memberikan seorang pembantu lalu Rasulullah mengajar zikir yang dapat menghilangkan kepenatan.

"Suka nek lihat kamu semua datang. Tiap-tiap hari nek doakan kamu sekelurga semua supaya baik, selamat..semua nek doakan" itulah kata-kata terakhir nek Feah beritahu sebaik saja aku nak berangkat pulang.

"ALHAMDULILLAH..tapi yang lebih penting doakan ISLAM menang walau di mana-mana.Kembalikan kedamaian dan ketenteraman nek". pesan aku kepada nek Feah dengan seribu harapan sambil aku teringat , nek Feah pernah menunjukkan aku kain bendera PAS yang di lipat rapi , tersorok dalam lipatan kain dan beg plastik. Seperti bendera itu sudah terlalu lama dan telah pun di mamah usia. satu lagi nostalgia indahnya sewaktu suami berada disampingnya.

Sebelum pulang kami berpelukan .Aku tersenyum kepuasan .Semalam aku baru terbaca kelebihan ziarah , tentang aura berjabat tangan apatah lagi aura berpelukan .Aku tahu di situ ada kerahmatanya. InsyaALLAH.

DMPKBK akan tetap meneruskan agendanya bersama wargaemas setiap bulan ditempat yang berbeza.

No comments: