HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, August 31, 2011

Alhamdulillah, muslimat B.Katil  masih meneruskan memberikan sumbangan kepada mereka -mereka yang perlu di bantu walaupun di saat akhir menjelang Aidil Fitri. Hari ini 28 Ramadhan 1432 jam 11.30 pagi, ahad,  kelihatan muslimat tersenyum puas, ceria untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Su B.Katil tidak dapat mengiringi bersama di dalam ziarah di saat terakhir mengakhiri Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. kerana ada beberapa urusan keluarga yang perlu di uruskan tapi dapat juga bertembung dengan sahabat-sahabat di pertengahan jalan di Bukit Katil, Sempat juga mengambil gambar mereka , Hari ini muslimat mengedarkan beberapa rumah lagi di sekitar Bukit Katil dan Bukit Bayan.

Semuga ALLAH merahmati usaha-usaha yang murni ini, insyaALLAH.

Saturday, August 27, 2011

 Walaupun hariraya semakin hampir, namun itu tidak menghalang untuk ajk muslimat B.Katil untuk terus berbakti kepada masyarakat. 

"Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan" (Al-Nahl:128)
 Alhamdulillah, pada 27 Ramadhan ajk meslimat B.katil masih di beri kesempatan untuk menyampaikan sumbangan buat mereka yang memerlukan.
 Muslimat B.Katil telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan perhatian
 Di anatara cawangan yang di ziarahi pada hari ini ,adalah Bukit Beruang dan  Paya Ikan
 Meski pun letih dalam berpuasa namun kepuasan yang di rasai kerana dapat membantu sesama insan adalah jauh lebih indah.
 Ramai masyarakat di luar sana yang memerlukan bantuan dan perhatian terutama ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim.

Sedikit simpati dari kita, amat membesarkan hati mereka
 Semuga ALLAH terus memberi kekuatan serta kemudahan bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan ini.
Dan insyaALLAH , tanggungjawab ini akan di teruskan esok hari lagi bagi melengkapi penerima yang melebihi 100 keluarga bagi bagi Kawasan B.katil.
Semuga ALLAH merahmati .
("Beramallah dengan ikhlas, walaupun sedikit, itu telah cukup bagimu"- Saidina Ali.)

Monday, August 22, 2011

INFAK RAMADHAN

 "Ya ALLAH, tentukanlah di dalam ketentuan dan kepastian yang akan KAU tentukan dalam qadha dan qadar-MU yang pasti serta di dalam urusan bijaksana yang akan Kau bedakan di malam Lailatul qadar. Jadikan aku di antara penziarah ke Rumah -MU yang suci yang mabrur haji mereka. Yang di syukuri usaha mereka dan di ampuni dosa-dosa mereka dan aku memohon kepada-MU, panjangkan umur ku dalam ketaatan kepada-MU dan lapangkanlah rezekiku, wahai yang Lebih Pengasih dari para pengasih."

Sudah menjadi kelaziman, setiap tahun muslimat Bukit Katil akan turun padang bagi menunaikan tanggungjawab sesama insan, membantu mereka-mereka yang dalam kesusahan, insan-insan yang memerlukan pertolongan. 
 Ketibaan Ramadhan Al Mubarak ,amatlah di nanti-nantikan . Dmpbk mencari peluang dan ruang untuk terus memikul tanggungjawab yang di amanahkan.

Daripada Rasulullah s.a.w : Musa a.s berkata : Tuhanku,aku ingin kedekatanmu.Tuhan berfirman : Taqarrub kepadaku kepunyaan orang yang berjaga Lailatul Qadr.Tuhanku aku ingin rahmatmu.Tuhan berfirman : rahmatku kepunyaan orang yang mengasihani para miskin pada lailatul Qadr.Tuhanku aku ingin melintasi titian Sirat.Tuhan berfirman : Ianya kepunyaan orang yang bersedekah pada Lailatul Qadr.Musa berkata : Tuhanku aku mahukan pohon syurga.Tuhan berfirman :Ianya milik orang yang bertasbih pada Lailatul Qadr.Tuhanku aku mahukan keredhaanmu.Tuhan berfirman : Keredhaanku milik orang yang bersolat dua rakaat pada Lailatul Qadr.Tuhanku aku mahukan perlepasan dari api neraka.Ianya milik orang yang beristighfar pada Lailatul Qadr.

MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM

 Muslimat Bukit Katil telah bersama-sama dalam meraikan program SUTERA KASIH TAUTAN HATI , ANAK YATIM DI RAI..yang telah diadakan pada 21 Ramadhan 1432 , 21 Ogos 11,  di Al Munawarah , Durian Tunggal anjuran muslimat negeri.
DMPKBK telah membawa beberapa keluarga dari DUN B.Baru, A.Keroh, Bachang dan Air Molek.

 Ketua Muslimat Bukit Katil, turut mengiringi Hjh Kintan bagi menyampaikan sumbangan pada anak-anak kawasan Bukit Katil.
 Program ini telah di rasmikan oleh Ketua DMPP, YB Siti Zailah Mohd Yusof, yang begitu sibuk dengan aktiviti pada bulan Ramadhan.
 Adik Insya yang berusia 7 tahun , telah membuka majlis dengan bacaan Al Quran serta terjemahan.
 Anak-anak yatim yang datang dari seluruh negeri Melaka ini, di perdengarkan dengan nasyid nama-nama ALLAH, lagu Rasmi PAS . serta  lagu Negaraku.

Tuesday, August 16, 2011

SUTERA KASIH TAUTAN HATI

Malam ke tujuh belas.
"Malam ini adalah malam yang penuh berkah. Pada malam ini, pasukan Rasulullah saw bertemu dengan pasukan orang-orang Quraish di daerah Badar dan keesokan harinya terjadilah perang Badar. ALLAH SWT telah memenangkan pasukan beliau atas pasukan musyrikin dan ini merupakan satu kejayaan Islam yang terbesar. Oleh kerana itu , para ulama berpendapat, di sunahkan pada hari itu untuk bersedekah, bersyukur kepada ALLAH dan mandi serta ibadah pada malam harinya memilikki keutamaan yang sangat besar".















Program SUTERA KASIH TAUTAN HATI,ANAK YATIM DI RAI akan di adakan pada 21 Aug, Ahad, jam 1.15 tenghari sehingga 3.30 petang di Sek Al Munawarah D.Tunggal anjuran DMPNM.
Di antara yang menariknya, kita dapat bersama dengan Ketua DMPP, YB Siti Zailah Mohd Yusof.

Semua Ajk DMPBKatil di kehendakki hadir  serta membawa sekali anak-anak yatim yang dalam kesusahan untuk meraikan mereka  di dalam program ini.insyaALLAH


Monday, August 8, 2011




Mungkin tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa " orang yang paling banyak masa adalah orang yang suka mengerjakan kebajikan "..orang-orang sebegini , yang meskipun sibuk dalam menguruskan banyak urusan samada urusan rumhatangga dan karier namun mereka masih di beri kesempatan untuk melakukan kebajikan selagi ada ruang dan ruang.


Sesungguhnya ALLAH sentiasa memberikan kekuatan, kemudahan serta kesempatan selagi kita  ikhlas ,mengharap dan berdoa untuk melakukan kebajikan di atas muka bumi ini.
 




Alhamdulillah, Dalam kesibukan Dmpkbk masih  di beri kesempatan untuk menziarahi pn Suriani yang hilng upaya untuk bergerak dalam usia 41 tahun. Seorang ibu yang mempunyai 5 orang anak, yang sihat sebelum ini, tiba-tiba di serang hilang upaya untuk bergerak.
Kini Puan Suriani terpaksa bergantung kepada ibunya untuk mengendalikan anak-anaknya di samping suami yang tercinta.




Dmpbk mendoakan agar Puan Suriani cepat sembuh .insyaALLAH

OPS TAWAN MELAKA

Ketua Muslimat Negeri serta Kaw B. Katil
 "OPS TAWAN MELAKA PRU 13" telah di adakan di HAMAS , Jasain, semalam, anjuran JPN Melaka.
Beberapa panel telah membentangkan kertas kerja dalam hal pengurusan gerak kerja bagi memastikan bahawa PR akan dapat menawan Melaka pada PRU 13.
Muslimat turut serta
 Pembentangan kertas kerja terdiri dari Ustaz kamarudin Sidek ,Pesuruhjaya 1, yang di awal ucapannya, mengingatkan tentang Surah Ali Imran ayat 200..yang berbunyi, Hai orang-orang yang beriman,sabarlah kamu melawan musuhmu dan berjagalah (di perbatasan negerimu) dan takutlah kepada ALLAH, mudah-mudahan kamu kamu menang.
Juga mengngtakna kita tentang  ucapan Saidina Ali a.s yang menyatakan bahawa 'Kebenaran yang tiada perancangan , akan kalah di atas Kebatilan yang ada perancangan"".





Saudara Bahiki selaku Pengarah JPN, Melaka turut membentangkan kertas kerja berkenaan Pengurusan Gerakkerja.

Tn Hj Ismail , selaku setiusaha JPN Melaka, turut membentangkan berkenaan dengan Pendaftar Pemilih Baru   yang memerlukan tindakan serta-merta bagi meraih kemenangan di PRU 13.

Pn Aziah, selaku Ketua Halwa negeri Melaka, turut membentangkan "garis panduan gerak kerja ziarah yang berkesan"
.


Tidak ketinggalan juga di jemput khas pembentang dari Pahang, saudara Mazlan Mohd Yasin selaku Timbalan Pengarah JPN negeri Pahang.

Saturday, August 6, 2011

TADARUS BERJALAN LANCAR

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG
Sesungguhnya telah Kami turunkan Quran pada malam qadar.
Tahukah engkau, apakah malam Qadar itu?
Malam Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.
Turun para malaikat dan ruh (Jibrail) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan.
Selamatlah malam itu hingga fajar.


Al Quran mula-mula di turunkan pada bulan Ramadhan.Lailatul Qadar adalah sebuah malam yang penuh keutamaan dibandingkan dengan semua malam dalam setahun. Amalan pada malam ini adalah lebih baik dari amalan yang dikerjakan selama seribu bulan.Dalam sebuah hadis ada menyebutkan, bahawa sesiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar, dosa-dosanya akan di ampuni meskipun sebanyak bintang -gemintang di langit, seberat gunung-ganang dan seluas lautan.









Alhamdulillah program Tadarus sempena bulan Ramadhan , telah berjalan lancar pagi tadi. Program yang di anjurkan oleh Lajnah Tarbiah DMPNM bersama Majlis Guru PASTI telah mendapat ramai sambutan dari muslimat Melaka.

 Program ini juga turut di isi dengan sedikit tazkirah , kupasan dari Ustaz Norkhairi dari Maahad Ar Rahmah.


Ustaz mengupas dari Surah Al-Muddatsir yang meminta Rasulullah untuk menyeru manusia kepada syiar Islam.




Muslimat telah di berikan kepada beberapa kumpulan untuk membaca Al Quran.
 Semuga program ini dapat memberikan suntikan  kepada muslimat untuk meneruskan amanah serta tanggungjawab yang di pikul di atas mukabumi ini.
Seramai 30 muslimat Bukit Katil telah turut serta untuk merebut peluang dan ruang di dalam bulan yang penuh keberkatan ini.Alhamdulilla
 Program yang di mulakan dari jam 9.30 pagi , di akhiri pada jam 1 tengahri.
Alhamdulillah..semuga di berkati dan di rahmati.

Tuesday, August 2, 2011

TADARUS PERDANA

Di sunahkan membaca Surah Al Qadr pada saat berbuka dan saat bersahur.Di riwayatkan dari Imam Ja'far bahawa orang yang mengamalkannya di beri ganjaran  sebagaimana orang yang telah menyumbangkan darahnya di  jalan ALLAH.
Barang siapa memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang sedang berpuasa, maka ganjarannya sama dengan pahala yang di terima oleh orang yang berpuasa tersebut.
"Sesungguhnya ALLAH beserta para malaikat-Nya bersalawat kepada orang-orang yang memohon ampun dan orang-orang yang makan sahur"
Tadarus Perdana bagi semua muslimat PAS Negeri Melaka akan diadakan pada hari Sabtu , 6 Ramadhan  bersamaan 6 Ogos 11, bertempat di Semabok pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
Di harapkan muslimat-muslimat dapat hadir bagi bersama-sama meraih ganjaran-ganjaran yang ALLAH janjikan dalam bulan yang mulia ini.

"Ya ALLAH, Tolonglah kami dan lapangkanlah dada kami, Wahai Yang Menerima kebaikan yang sedikit dan memaafkan kesalahan yang banyak..
Terimalah amal baik kami yang sedikit dan ampunilah maksiat kami yang banyak..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Menyayangi"