HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, July 27, 2009

TARBIYYAH TIDAK BERMUSIM..



Alhamdulillah,Dewan Muslimat PAS Bukit Katil dapat bersama-sama menghadiri Ijtimak Tarbawi pertama bagi sesi 2009-2011 yang telah diadakan pada Maahad Ar Rahmah pada 26Julai bersamaan 4 Syaaban .
Ijtimak yang pertama bagi sesi 2009-2011 ini telah dapat menarik 150 ahli bagi bersama-sama menghadirinya.
DMPKBK telah meghantar 10 wakil bagi meneruskan agenda tarbiyyah.


Al fadhil Ustaz Zulkifli Hj Ismail telah membentangkan kertas kerja pertamanya yang bertajuk "kepentingan tarbiyyah dalam harakah Islamiah"
Ia merupakan satu tajuk yang menarik untuk dkupas.

Tarbiyah didalam PAS sebagai sebuah jemaah Islam adalah untuk melahirkan individu muslim yang Soleh, Seimbang dan terhimpun pada dirinya akhlak-akhlak Islam dan ilmu pengetahuan Islam yang diperlukan sehingga ia dapat menjadi golongan mujahiden yang sentiasa mendapat pertolongan ALLAH SWT didalam jihad yang didokong oleh jemaah.



Akhlak-akhlak tersebut sebagai contoh

1.Al Wala' atau kesetiaan kepada ALLAH, Rasul dan pimpinan.
2 Kasih kepada ALLAH
3.Rendah hati kepada golongan beriman
4.Tinggi hati kepada golongan Kuffar
5.Berjihad menegakkan ugama ALLAH

"Kekuasaan politik sebagai alat bukan matlamat hakiki" itulah diantara pengisian tarbiyah yang disampaikan oleh ustaz Zul. Untuk lebih menyedari hakikat kepada ahli-ahli bahawa kekuasaan yang kita perjuangkan ini, sekali pun wajib adalah sebenarnya sebahagian alat dan wasilah sahaja. Asas kepada siyasi yang kita perjuangkan adalah kaedah yang berbunyi " Hukum wasaail (perantaraan) adalah menyerupai hukum maqasid(tujuan)".



"Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka dimuka bumi, nescata mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada ALLAH kembali segala urusan.
(Al Hajj:41)

Ahli-ahli dari cawangan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu jemaah. Ahli cawangan inilah yang paling dekat dengan masyarakat. Apabila satu cawangan itu lemah maka mesej perjuangan itu tidak akan sampai kepada masyarakat secara berkesan.

Yang menjadi lebih malang lagi apabila ahli-ahli cawangan jadikan program-program pada hanya musim pilihanraya.Sedangkan tanggungjawab tarbiyah serta dakwah mestilah berterusan, tiada musimnya.


Orientasi gerak kerja jemaah yang bersifat songsang adalah menjadi punca kelemahan yang beterusan, kuat diatas lemah dibawah.
Sedarlah bahawa kekuatan dibina dari bawah bukan dari atas.

Thursday, July 23, 2009

KENAPA TAK TANYA SAJA TUAN GURU NIK AZIZ FATWA...

DEDIKASI BUAT MENTERI BESAR HARAM, DR ZAMBRY ABD KADIR
KENAPA TAK TANYA FATWA TENTANG

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Pesta bogel-bogelan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Minum air syaitan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Main judi harian?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Beri lesen pelacuran?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Zina diizinkan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Mudharat rokok yang dihalalkan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Mengebom orang dihutan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Pembunuhan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Merogol anak bini orang?

Mana lebih haram
pasang lilin @Pecah rumah orang?

Mana lebih haram?
Pasang lilin @ Rompakan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Meragut orang dijalanan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Filem lucah murahan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Tangkap orang tanpa pembicaraan?

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Aurat wanita didedahkan?


Mana lebih haram
Pasang lilin @ Rasuah ,makan duit haram?

JANGAN LUPA NAK TANYA JUGA

Mana lebih haram
Pasang lilin @ Rampas kuasa cara haram???

Sunday, July 19, 2009

MENGAPA MUSLIMAT MELAKA BALIK AWAL ???



Manek Urai kembali tenang setelah tamat prk pada 14 Julai 2009. Abe Uji telah diamanahkan untuk meneruskan perjuangan PAS sekali gus perjuangan Islam kerana dasar PAS adalah Islam.Abe Uji berperanan besar untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Manek Urai bahawa Islam sajalah yang menyelamatkan manusia didunia dan dan diakhirat terutama pada pengundi-pengundi muda.

Andaian demi andaian yang dibuat sebaik saja keputusan prk diketahui.Kemenangan tipis PAS amat memeranjatkan banyak pihak.Berdasarkan fenomena yang terjadi semasa berkempen , orang ramai melihat PAS sudah jauh kehadapan.Tambah menjadi hangat apabila jam 3 petang , PAS mengunjurkan angka sudah memperolehi majoriti lebih 2,000 undi disaat itu.Sms dihantar dengan maklumat PAS menguasai banyak peti undi.

BN memang tetap dengan coraknya setiap kali prk. Ramai pengundi di Manek Urai yang 'kaya sehari'.BN sukar untuk berubah dan mungkin tidak boleh berubah.Orang kata 'kalau seseorang yang apabila mencecah usia 40 tahun keatas , dia akan terus mengekalkan perangai lamanya.Kalau baik akhlaknya maka baiklah, kalau buruk akhlaknya, maka buruklah perangainya' .

BN dah 50 tahun maka tidak mustahil BN akan terus dengan akhlak buruknya. Rasuah, menipu dan banyak lagi keburukan yang kalau hendak diceritakan disini, ditakuti berjela-jela.Ramai yang dah tahu.BN akan membuat apa cara sekalipun untuk memastikan kemenangannya meskipun perbuatannya bertentangan dengan apa yang dikehendakki oleh Islam.Memang dari dulu dan hari ini. BN tidak boleh menafikan kerana itulah hakikatnya.

'PAS LAWAN KERAJAAN'.Itulah tajuk Fikrah 1457. Tidak dinafikan memang setiap kali prk PAS, KEADILAN dan DAP akan berlawan dengan kerajaan yang angkuh dan sombong.
Namun dengan kesedaran rakyat diatas penindasan maka ,ALHAMDULLLAH dan pastinya dengan pertolongan ALLAH dengan mudah akhirnya Pakatan Rakyat memperolehi 5 negeri walaupun BN punyai 1000 tektik untuk menipu. Dan sejak dari PRK 12, maka melonjatlah kemenangan Pakatan Rakyat satu-demi satu bagi prk disemananjung dengan majoriti yang besar kecuali diBatang Ai Sarawak.

"Itupun peti undi dah dibawa dengan helikopter nak kira ..mcmana nak ikut. Kalau naik kereta ke, naik bot ke, bolehlah ikut tapi kalau naik helikopter macammana nak ikut. Memang kalahlah kita" ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memberikan sedikit ucapan semasa program minum petang, diwarung Keadilan, Ayer Molek semalam)

Dalam keghairahan Zone Keselesaan yang amat sangat yakin bahawa PAS akan menang dengan majoriti yang besar melebihi majoriti undi PR12 dan mungkin memadai saja dengan petugas PAS Kelantan untuk menguruskan prk ini.

Adalah agak memeranjatkan , apabila muslimat PAS Melaka yang ditugaskan untuk membantu di Manek Urai , balik awal dari waktu yang ditetapkan malah mereka telah pun membatalkan tiket keretapi yang telah ditempah dari semasa mereka mula ke Manek urai lagi.

Sepatutnya dalam keadaan PAS LAWAN KERAJAAN maka lebih ramai lagi muslimat yang diperlukan bagi memenangkan prk ini terutama disaat-saat akhir berkempen. Tapi apabila ditanya kenapa mereka balik awal, maka terdengarlah jawaban bahawa di Manek Urai sudah terlalu ramai petugas Kelantan terutama muslimat dan mereka sendiri pun ada yang tak tahu nak buat kerja apa.

Apabila ditanya pula kepada muslimin Bukit Katil , apakah tugas mereka maka terdengarlah jawaban 'menjaga keselamatan'saja.

Apabila terbaca didalam Fikrah tulisan saudara Zulkifli Yahya yang menyatakan bahawa terdapat petugas-petugas luar yang mengeluh kerana seolah-olah kedatangan mereka tidak dihargai.

"Masaalahnya dari prk Dun semarak dulu pun , kita pergi nak membantu tapi akhirnya cuma makan, tidur dan melancong saja.Kita nak apa pun tak dibenarkan, sedangkan mereka sendiri pun tak mengatur program hingga ketahap maksimum...
Pemantauan dari hati kehati terhadap pemilih secara harian, pengedaran perang saraf , gerak saraf pintu kepintu secara harian, program-program memasyarakatkan PAS dalam pelbagai bentuk secara agresif seperti yang kita buat dikedah setiap kali piliharaya, tidak berlaku disini.
Mereka macam tak tahu nak buat kerja mengubah kecenderungan pengundi selain dari ceramah".Ujar seorang petugas luar.

Seorang lagi sahabat yang bersemangat ke Manek Urai dengan skuad yang terdiri dari komputer, pakar perang saraf dan pakar ziarah khusus.

"Sampai sini kami hanya diberi tugas mengawal keselamatan dalam kampung. DiKedah kita tak pernah hadkan jentera luar yang nak datang membantu. Kalau tenaga berlebihan kita beri Surah Yasin, suruh mereka bermunajat siang dan malam.Kita tahu yang datang adalah pakar-pakar pilihanraya peringkat negeri masing-masing, pastinya jauh lebih baik dari tenaga peti undi tempatan, jadi tak perlu disekat kebebasan mereka mengatur program. Kita tak boleh bersikap "Bodoh Sombong".keluhan hati seorang lagi petugas luar.





Dan apabila dibaca pula tulisan yang ditulis oleh Saudara Sayuti Omar didalam Siasah
diantaranya menulis


"Tema praya yang dikemukakan kali ini bersifat vokal dan tidak bersifat nasional.Ini melihatkan pada umum bahawa praya ini dikendalikan oleh PAS Kelantan saja.Lantaran pandangan ,sumbangan dan bantuan luar tidak diperlukan. Secara tidak langsung prk ini dilihat kurang penting dan kurang bersemangat.

Sikap sesetengah petugas pilhanraya juga tidak menunujukkan kepaduan dalam menghadapi BN.Misalnya ada setengah petugas dari Kelantan sangat yakin dengan kemenangan besar sehingga tidak mengalu-alukan kedatangan petugas luar.Suasana ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kesan dari sikap ini menyebabkan sesetengah dari PAS sendiri merasa tawar hati.


Walau apa pun yang telah berlaku, dan seribu andaian yang boleh dibuat namun kita terutama yang dalam satu jemaah,perlulah berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan terutama yang melibatkan hati sahabat-sahabat kita.

Sahabat-sahabat yang datang dari jauh, telah melakukan satu pengorbanan yang besar , telah meninggalkan anak isteri yang mungkin dalam kesakitan, telah mengambil cuti , telah mengeluarkan wang kocek masing-masing semata-mata berniat untuk membantu agama ALLAH ini tak kira walau dimana tempatnya. Mereka ikhlas datang untuk membantu.

Sekiranya benarlah apa yang berlaku bahawa petugas luar tidak diperlukan sangat dalam prk Manek Urai kerana PAS Kelantan amat konfiden untuk menang besar berdasarkan pengalaman yang mantap selama berbelas tahun dapat memerintah Kelantan dan menang dalam majoriti yang besar di PRU12 di Manek Urai...
maka ..MAAF ...apa yang hanya mampu dapat diingatkan bahawa dengan tidak secara langsung maka sifat Ria' serba sedikit telah menyelubungi sesetengah petugas Kelantan. Ria' bererti sombong. Sombong bererti sifat syaitan yang sangat dibenci oleh ALLAH SWT.

Maka mungkin juga itu diantara sebab mengapa PAS Manek urai hampir-hampir lemas didalam keriangan .Hampir-hampir tenggelam didalam keghairahan kemenangan.Seolah-olah pertolongan ALLAH itu lambat namun Alhamdulillah, mungkin keberkatan dari banyak pihak yang ikhlas,doa-doa ,yang perjuangannya demi mencari keredhaan ALLAH maka ALLAH beri kemenangan walaupun tipis.

BN sudah tidak boleh menang lagi diatas kezalimannya sendiri. BN akan terkubur tanpa pusara. BN sudah terjerat dengan perangkapnya sendiri.Saban hari jalan kebuntuan adalah kawan karibnya.Satu demi satu BN terdedah dengan sikap buruknya. Walaupun BN cuba menafikan namun BN lebih tahu apa yang didalamnya.BN boleh menipu jutaan rakyat namun BN tidak boleh menipu diri sendiri.Tidak mustahil lambat laun, BN akan menerima pemberontakan dari komponennya sendiri.

Fitrah manusia rindukan kedamaian dan ketenangan.Tidak dinafikan masih ramai lagi yang dalam BN yang rindukan kebenaran.Sehebat serta sebesar mana manusia, kita tetap hamba ALLAH . Hidup dibawah pengawasanNYA. Manusia yang tetap terikat dengan peraturan ALLAH.Kita tidak ada dua tuhan.Dialah yang Maha Berkuasa.Manusia yang tidak dapat menembus langit dan tidak dapat menembus bumi.

Sudah menjadi sebutan " orang yang duduk dengan penjual minyak wangi pasti serba sedikit akan terbau harumnya dan orang yang duduk dengan pembuat besi serba sedikit akan terkena bahanngnya."Sampai bilakah mereka mampu menahan bahang percikan besi , apatah lagi kalau betul-betul tercucuh dengan besi panas.

Maka pihak kebenaran lah yang akan mengambil tempatnya namun pihak kebenaran akan tetap diuji dan kemenangan tipis PAS di Manek Urai merupakan satu amaran diarus kebangkitan kemenangan.

PAS parti berdasarkan ISLAM. Oleh itu setiap gerak dan langkahnya tidak boleh terkeluar dari syariat ISLAM. Segala amalanya samada buruk atau baik tetap akan dikira meskipun sebesar zarah sekalipun.Ramai yang mungkin menganggap remeh ,tapi ingtlah " Kita tidak dimasukkan kesyurga dengan amalan kita tapi dengan RAHMAT ALLAH SWT.INSYAALLAH.

"MAAF...Hanya sebuah andaian )

SERULAH MEREKA KEJALAN ALLAH




"Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk(kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) manusia kepada yang ma'ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan ALLAH".
(Surah Ali-Imran :10)

Mengajak masyarakat untuk melaksanakan ajaran-ajaran Islam , menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat yang tidak baik, adalah kewajiban dalam agama Islam.

'Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat jahiliyyah dalam segala seginya, kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan.

Memang tidak dinafikan , ini merupakan satu jalan yang sukar namun para pendakwah mampu menjalankanya terutama yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang kejalan ALLAH...mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya melainkan ALLAH dan rasulnya.



"Barangsiapa yang takut kepada ALLAH, tentu ia tidak maju-mundur.Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ketempat tujuan. Ketahuilah , bahawa barang dagangan ALLAH itu mahal.Ketahuilah , bahawa barang dagangan ALLAH itu syurga".
(hadith Riwayat:Tirmidzi dan Al Hakim)



Sabda Rasulullah SAW
"Berbicaralah dengan manusia mengikut tahap kecerdasan mereka"

"Sesungguhnya, ALLAH menunjuki dengan berkat usahamu, satu orang , itu lebih baik bagimu daripada dunia ini dan isinya"
(H.R Thabrani)

"Katakanlah, sekali kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hendaklah hanya kepadaNya orang-orang beriman menyerahkan diri."
(Surah At Taubah: Ayat 51)

Thursday, July 16, 2009

KELAHIRAN YANG DINANTIKAN..

23 Rejab/16 Julai


Kelahiran anak keenam, setelah 10 tahun usia anak kelima merupakan saat-saat yang amat mengembirakan bagi keluarga yang memang menanti-nantikan kan kedatangan bayi baru. Tangisan serta senyuman seorang bayi sudah cukup untuk menceriakan suasana bagi sesebuah rumahtangga.

Begitulah ceria nya bagi keluarga akhi Md Zin Mangkuta serta zaujahnya ukhti Hashimah dengan kedatangan orang baru yang amat dinanti-nantikan setelah berlalu 10 tahun.

Mereka merupakan ahli PAS cawangan Bukit Pulau yang aktif dan begitu gigih dalam menambahkan dana dengan penjualan HPA yang sebelum ini lebih terkenal dengan penjualan barangan Kohilal.



Adik Nur Alia Zafirah yang dilahirkan hampir sebulan yang lalu, merengek ketika Hjh Jamilah selaku ketua lajnah kebajikan , ukhti Sabariah selaku bendahari dan setiusaha dmpkbk datang menziarahinya petang tadi. Setelah disusukan , terus lena tertidur didalam dakapan ibunya.

Ukhtie Hashimah kelihatan amat ceria dengan kedatangan kami, maklumlah setelah lama tidak berjumpa.Kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu kempen pilihanraya ke12,ketika berkempen dicawangan Bukit pulau.

Dan kini pertemuan yang lebih kerap akan diadakan , bukanlah hanya menunggu musim pilihanraya saja baru bertemu, dalam usaha mengeratkan ukhuwah terutama yang dalam jemaah.Sedikit sumbangan turut diberikan tanda cenderahati dari dmpbk dengan kedatangan orang baru yang dinanti-nantikan.

Tahniah, buat akhi Md Zin serta ukhti Hashimah diatas kelahiranya anaknya yang comel yang lebih iras kepada rupa ibunya.Semuga menjadi anak yang soleha dan bersama-sama memperjuangan membantu agama ALLAH dimukabumi ini. InsyaALLAH.




Dari jarir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda " ALLAH tidak mengasihi orang yang tidak kasih kepada manusia"

Monday, July 13, 2009

PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI



Baru saja kita kehilangan adik Mustakim anak kepada seorang sahabat di Paya Ikan , pada 12 Julai, bekas pelajar Ar Rahmah Solok gaung,Melaka.

Segala puji bagi ALLAH...Dewan Muslimat PAS Bukit Katil ,Dr Khatijah Jumangat bersama setiausaha, telah berkesempatan menziarahi ukhti Norsyam ,dihospital besar,Melaka , isteri kepada ahli PAS cawangan Sungai Putat dalam aktiviti ziarah minggu ini.

Ukhti Norsyam sudah pun tinggal dihospital selama 44 hari disebabkan kedudukan uri disebelah bawah.Beliau yang sedang mengandungkan anak keempat ditahan dihospital bagi memastikan kandunganya selamat kali ini.Sebelum ini beliau sering mengalami keguguran termasuk keguguran anak kembar lelaki ketika berusia 5 bulan didalam kandungan.

Beliau yang kelihatan gembira dengan kedatangan kami, menyatakan agak lemas duduk dihospital dengan masa yang begitu lama. Beliau sudah tidak sabar untuk pulang kerumah bagi bersama-sama anak yang seramai 3 orang.

Esok pada 14 Julai bersamaan tarikh mengundi di Manek Urai,ukhti Norsyam akan menjalani pembedahan .Dan kini beliau telah pun selamat melahirkan anak perempuan comel seberat 2.6 kg melalui pembedahan.

Semuga lahir seorang lagi mujahidah setelah perginya anak seorang sahabat dipaya Ikan pada ahad lepas. Manusia silih berganti. Datang dan pergi.Datangnya kita tidak diminta dan perginya kita tidak diduga.

"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar kepusara oleh tangisan"

Tahniah buat akhie Zaidi serta ukhti Norsyam.

PERGINYA DIUSIA MUDA

"Dari Aisyah r.a., katanya Nabi saw bersabda: Janganlah kamu memaki orang yang telah mati, kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan ( semasa hidupnya)".

Tengahari tadi, 13 Julai, Isnin jam 1.20 tengahri, jenazah adik Mustakim Md Dan telah selamat dibawa kerumahnya di Paya Ikan.Allayarham yang meninggal dunia akibat dipukul oleh sekumpulan pemuda telah selamat dimandi dan dikapankan dihospital setelah 2 malam berada dihospital. Dari desus-desas yang didengari, terdapat 11 pemuda yang terlibat dalam kes ini. Allahyarham disolatkan selepas menunaikan solat Zuhur dimasjid dan dikebumikan ditanah perkuburan Bukit Baru.

Tangisan serta esakan dari ibu serta adik-beradiknya , amat menyayat hati orang ramai yang datang buat kali terakhir . Peluang terakhir diberi pada kaum keluarga yang terdekat bagi melihat wajahnya buat kali terakhir .Dalam usia yang masih muda awal 20,adik Mustakim meninggalkan kita semua.

Adik Mustakim menjadi mangsa akibat sikap buruk sekumpulan pemuda yang berlagak samseng.Diharapkan pihak yang berkuasa dapat bertindak segera keatas sekumpulan pemuda yang disyakki terlibat dalam kes kematian ini. Perkara sebegini mestilah diambil serius agar peristiwa yang melibatkan nyawa sebegini tidak berulang lagi.



"Kebanyakkan orang yang mati itu tenggelam pada waktu yang cukup lama dan hanya timbul sekejap saja sewaktu meminta pertolongan.

Jangan-jangan , sekiranya ada ibu bapa kita yang telah meninggal dunia,mereka pun sedang lemas sekarang ini dan sedang menunggu dengan penuh harapan agar kita menolong mereka.

Para sahabat terperanjat apabila mendengar perkataan Rasulullah SAW itu. Lantas mereka berkata : 'Ya Rasulullah, sekiranya ibubapa ku yang mati itu sedang diseksa oleh ALLAH SWT atau sedang lemas sekarang ini, dapatKah aku menolongnya Ya Rasulullah? Sekiranya dapat, bagaimana caranya?.

Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW, katanya, engkau hadiahkan sekali Al Fatihah untuk mereka. apabila engkau doakan mereka atau bacakan Al Fatihah pada mereka ,mereka tidak akan tenggelam lagi.Timbullah mereka.Jika mereka tenggelam lagi, sedekah lagi".

Saturday, July 11, 2009

DMPKBK TERUS MEMBANTU..

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil masih meneruskan agendanya setiap minggu bagi menziarahi sambil memberikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan.

Baru-baru ini , Ketua DMPKBK, Dr Khatijah Jumangat bersama-sama Setiausaha , Ketua Penerangan, bendahari, Ketua muslimat cawangan serta ajk cawangan Ayer Keroh telah diberi kesempatan menzirahi seorang ibu tunggal,Puan Suhaiza yang telah kematian suami akibat diserang sakit jantung dirumahnya pada bulan April yang lalu.

Apa yang amat mengharukan ialah , apabila pn Suhaiza sendiri sedang dihinggapi penyakit paru-paru yang rosak sehingga dia sendiri terpaksa bergantung dengan mesin bantuan pernafasan selama 17 jam setiap hari.Ini menyebabkan sukar bagi Pn Suhaiza untuk mencari pendapatan sendiri dengan penyakit yang sedang dihidapinya.

'Saya pernah koma selama 3 minggu dihospital dan ramai yang menyangkakan bahawa nyawa saya tidak panjang, tapi dengan kuasa ALLAH saya dapat meneruskan kehidupan tapi saya tak sangka sebaliknya suami saya yang pergi dulu', Suhaiza mencurahkan keluhan hatinya yang telah menjadi seorang ibu tunggal sekarang.

Suhaiza kini menjaga 3 orang anak, dengan pendapatan hasil dari menjaga anak orang. Anaknya yang sulung baru berusia 10 tahun, anak kedua 8 tahun manakala yang bongsu baru berusia 4 tahun.


"Semuga Suhaiza dapat bersabar" demikianlah kata-kata perangsang dari Ketua muslimat sebelum berangkat pulang.
Sedikit sumbangan wang serta sedikit sumbangan makanan asas turut diberikan bagi meringankan sedikit bebannya.

DMPKBK akan terus membantunya mengikut kemampuan yang ada bagi meringankan sedikit bebannya.InsyALLAH.

Wednesday, July 8, 2009

BILA TIBA SAATNYA...



Alhamdulillah, DMPKBK sekali lagi masih diberi kesempatan untuk menziarahi isteri kepada Allayarham Hj Md Noor Jaafar , setelah hanya berkesempatan bertemu Allahyarham dimasjid serta ditanah perkuburan pada hari kematiannya pada ahad lepas.

Allayarham yang merupakan bekas aktivis dan ajk Pas kawasan Bukit katil sesi 2007-2009 memang mudah mesra. Allahyarham yang berusia 75 tahun menghadapi sakit belakang serta komplikasi buah pinggang .

Ketika ditemui isterinya yang masih sugul, yang baru 3 hari kehilangan suami tersayang.

"Maklumlah , kami hanya tinggal berdua saja sebelum ini. Anak-anak semua dah besar. Bila tiba waktu senja dan maghrib, terasa hiba kerana kami selalu kesurau bersama-sama.Tapi sekarang dah tinggal seorang" isterinya meluahkan perasaan.

"Semuanya berlaku dengan pantas. Sempat berbual lagi sebelum meninggal.Makcik ingat dia akan sembuh sebab nak hantar anak sambung belajar tengahari itu..tapi tiba-tiba dia penat..makcik panik dan cepat-cepat panggil Doktor dan...." cerita isterinya yang berusia 64 tahun, tidak dapat menyambung lagi kata-katanya yang kini ditemani oleh cucu dan menantu.



Kami turut bersimpati dengannya namun begitulah kehendak ILLAHI. Bila sampai masanya tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya..Al Fatihah

Monday, July 6, 2009

JALAN-JALAN CARI MASJID TAPI.....



Sekali-sekali berjalan menghirup udara petang, bersama keluarga apatah lagi apabila terdapat keluarga yang dapat berjumpa ayah hanya dihujung minggu memanglah sesuatu yang menyeronokkan terutama bagi anak-anak yang sedang membesar. Kasih sayang dari ibubapa amatlah dihargai apabila ibubapa sentiasa memahami kehendak anak-anak itu sendiri selagi kehendak mereka tidak melanggar batas-batas peraturan kehidupan.




Memang tidak dinafikan bahawa ibubapa akan sentiasa cuba memberikan kebahagiaan pada anak-anak mengikut kemampuan yang ada dengan cara yang tersendiri.Mungkin bagi ibubapa yang berada , kasih sayang diberikan dengan menyediakan keperluan yang agak mahal bagi anak-anak bagi memenuhi masa anak-anak memandangkan ibubapa tidak berpeluang meluangkan banyak masa disebabkan kesibukkan kerja.Mungkin itu cara terbaik yang dapat ibubapa lakukan dalam menangani beberapa permasalahan anak-anaknya.




Terdapat juga ibubapa yang memberikan kebahagiaan kepada anak-anak dengan memperuntukan masa dalam waktu yang tertentu dalam seminggu bagi meraikan anak-anak.Mungkin dengan berbual-bual atau berjalan-jalan mengelilngi tempat-tempat yang menarik.




Ramai juga ibubapa memberikan kebahagiaan dengan membawa anak-anak jalan-jalan cari masjid. Dalam rangka percubaan membiasakan anak-anak untuk membesar dalam mengenali penciptanya. Menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan apabila sampai waktu untuk menunaikan solat.Dalam cubaan menjadikan anak-anak rindu kepada masjid dan supaya anak-anak tidak berasa janggal apabila dimasjid.



Mengajar anak-anak bahawa masjid adalah rumah ALLAH. Mengajar anak-anak bahawa walaubagaimana penting pun tugas atau sibuknya tugas namun solat tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Meletakkan ALLAH dihadapan sekali walau dalam apa keadaan sekali pun kerana manusia adalah hambanya.Memperdengarkan anak-anak dengan ayat-ayat ALLAH agar bisa menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai panduan hidup masa-masa mendatang.



Namun agak malang apabila terdapat juga masjid-masjid/surau -surau tertutup atau terkunci diwaktu anak-anak diajar dalam rangkaan jalan-jalan cari masjid.
Sepatutnya rumah ALLAH ini dibuka bagi kemudahan untuk menunaikan solat terutama bagi waktu-waktu utama. Apabila rumah ALLAH terkunci memang agak sukarlah bagi orang yang ingin menunaikan solat. Mungkin alasan yang mudah diberikan mengapa masjid atau surau dikunci adalah kerana takut kehilangan barang-barang yang berharga didalamnya. Apakah rasionalnya meletakkan barang-barang yang berharga didalam rumah ALLAH sehinggakan terpaksa dikunci...Apakah barang berharga itu lebih penting dari orang-orang yang ingin menunaikan solat...

Thursday, July 2, 2009

MENCUNGKIL BAKAT BARU PELAJAR YANG LEMAH.


Kebiasaannya guru-guru lebih berminat untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi pelajar-pelajar yang bijak bagi memudahkan urusan memandangkan pelajar-pelajar yang bijik ini mudah diajar .Dengan itu guru tidak perlu bersusah payah untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut dan mengambil masa yang agak sengkat apabila dilatih.



Tetapi bagaimana pula kali ini apabila guru-guru Sekolah Rendah Ar Rahmat Solok Gaung mengambil inisiatif yang lebih dengan mencungkil bakat-bakat pelajar-pelajar yang lemah. Tentu ini mengambil kira sikap kesabaran serta ketekunan peranan yang dimainksn oleh guru-guru disekolah tersebut.



Dengan itu, pagi tadi satu persembahan telah diadakan sewaktu perhimpunan bagi meyakinkan pelajar-pelajar yang agak lemah ini bahawa guru-guru mereka amat perihatin terhadap mereka.Pelajar-pelajar ini diajar untuk menghargai diri sendiri supaya mereka tahu bahawa diri juga berkepentingan. Mereka diajar untuk lebih meyakini diri sendiri serta lebih tekun untuk berusaha.


Syabas..diucapkan buat guru-guru Ar Rahmat, solok Gaung , Melaka.



JASA GURU TETAP DIKENANG
WALAU DIRI TELAH LAMA MENGHILANG
ILMU YANG DIAJAR TETAP DIJULANG
BUAT BEKALAN HIDUP CEMERLANG

Wednesday, July 1, 2009

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN...



Setelah hampir 5 tahun menunggu , akhirnya penantiannya berakhir jua dengan kelahiran "Mutawali As Syakrawi" yang hari ini telah genap berusia sebulan . Betapa bersyukurnya pasangan Saudara Nazri Ariffin serta isteri Roziana Aidawati diatas kelahiran cahayamata lelaki sulung nya setelah beberapa tahun sabar menanti.



DMPBK mengucapkan tahniah diatas mendapat cahayamata sulung pada 8 Jamadil Akhir 1430 /2 Jun 2009 , buat Timbalan ketua Pemuda Bukit Katil.

Semuga menjadi anak yang soleh dan akan menjadi pejuang yang akan meneruskan pejuangan ISLAM.InsyaALLAH