HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, November 26, 2010

APA YANG MEREKA TAKUTI???



Alhamdulillah, semalam 25 November bersamaan 18 Zulhijjah 1431, bacaan Yaasiin dan solat hajat telah pun berjalan lancar di dalam surau Pak Ibrahim. Solat Hajat yang turut di iringi hujan renyai-renyai pada malam jumaat itu cukup memberikan satu ketenangan dalam harapan yang menggunung agar PASTI serta Surau pak Ibrahim ini akan tetap terpelihara dari ancamam tangan-tangan rakus manusia yang khianat.

 Muslimat Bukit Katil juga tidak ketinggalan dalam sama-sama bermunajat kepada Yang Maha berkuasa .Tuhan yang Maha berkuasa..Yang memilikki alam ini secara mutlak.

Dari sebelah  petang lagi, muslimat telah sibuk bagi menyediakan makanan untuk di hidangkan kepada para -para tetamu yang akan hadir dalam solat hajat di sebelah malamnya.

Setelah  selesai bacaan Yaasiin serta solat Hajat, maka semua para tetamu yang hadir di jamukan dengan makan malam di PASTI , dan seterusnya ceramah juga turut di adakan .





Cuma  di kesalkan dengan sikap buruk UMNO yang suka mengganggu ceramah -ceramah yang di adakan oleh PAS. Dalam keadaan mereka yang menguasai segala mediacetak baik dari suratkhabar mahu pun TV , yang begitu dapat di tontoni serta di baca oleh jutaan rakyat Malaysia, setiap hari dan setiap saat, namun rupa-rupanya mereka tetap gentar dengan ceramah-ceramah PAS yang hanya dapat di dengari oleh rakyat yang datang yang boleh di bilang dengan jari cuma. Dan pembesar suara itu pun tak sekuat mana, cuma beberapa meter saja kejelasannya..


Namun ketakutan tetap mengiringi jiwa raga mereka.

Apakah sebenarnya yang mereka takuti ? sehingga sentiasa mengekori kemana PAS pergi...
Gamaknya bagi takut dengan bayang-bayang sendiri.

Mungkinkah ........... yang sedang menyelibungi diri  sendiri  @ aura PAS yang ..................



Saturday, November 20, 2010

JOM TURUN PADANG

Semua ajk dan ahli  Dewan Muslimat PAS Bukit Katil di kehendakki agar bersama-sama turun padang ke DUN Bukit Baru bagi menziarahi serta mengenal pasti permasalahan sahabat-sahabat. Pada hari Ahad 21 Nov bermula dari jam 9.30 pagi. Semuga ramai muslimat  dapat hadir bagi bersama-sama meraikan program anjuran PAS negeri Melaka ini.

Tuesday, November 16, 2010

SUMBANGAN DMPBKATIL

Alhamdulillah, ceria sekali Puan Aminah , apabila melihat ramai muslimat B.Katil yang dapat hadir kerumahnya. Puan Aminah  masih kelihatan ceria, meskipun sebahagian badannya tidak dapat bergerak.Semangatnya tetap tiggi, setinggi harapannya untuk melihat kemenangan Islam. Meskipun mengalami masalah jantung, namun Puan Aminah tetap bersemangat bersama-sama berdemo di mana sahaja di adakan walaupun di KL..  Puan Aminah turut terharu dengan sumbangan kerusi roda yang di sumbangkan oleh dmpbk. Kerusi roda tersebut telah di sampaikan sendiri oleh Ketua Muslimat,DMPBK., Dr Khatijah. Turut bersama hadir di dalam perjumpaan membaca Yasin ,Puan Mahani Osman Timbalan Ketua DMPBK.

Sunday, November 14, 2010

ZIARAH LAGI




Ajk Dewan Muslimat PAS Bukit Katil di minta agar dapat menziarahi Puan Aminah/En Saleh , seorang ahli PAS Bukit katil, yang kini telah di serang penyakit angin ahmar.Lumpuh dan tidak dapat bergerak. Muslimat juga di jemput ke ruumahnya bagi membaca Yasin  pada 15 November pada sebelah malam. Di harapkan ramai muslimat yang dapat hadir. insyaALLAH.

Thursday, November 11, 2010

MANTAP MUSIM KE 2

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil di jemput untuk menghadirkan diri dalam program MANTAP yang akan di adakan di Tangga Batu.
Bermula dari tarikh 12.Nov.10 pada jam 6.30 petang dan berakhir pada 13.nov.10 jam 1 tengahari.
Di harapkan semua ajk DMPKBK dapat menghadirkan diri, insyaALLAH.

Sunday, November 7, 2010

KEINDAHAN DALAM KEPAYAHAN

(5 November 2010. 2 petang. Bantahan di Bukit Katil)

Kehidupan merupakan suatu perjalanan yang panjang dan terasa amat berat. Penuh dengan kepenatan dan kesusahan.Tidak ada seorang pun yang terlepas dari rasa sedih dan rasa sakit , meskipun ia dilahirkan sudah nampak tanda-tanda kesedihan dimulutnya.
Firman ALLAH SWT 
"Sesungguhnya kami telah menciptakannya dalam kesusahan" (Al Balad:4)

Kebenaran dan kebatilan , tidak mungkin ada titik pertemuannya.
Kebenaran dalam tutur kata, kebenaran dalam tindakan,kebenaran dalam niat, kebenaran dalam politik, kebenaran dalam pergaulan, kebenaran dalam kehakiman...

Kebenaran yang paling utama ialah kebenaran yang berasal dari ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Al Quran iaitu Deen Islam.

Beruntunglah mereka yang termasuk di dalam golongan kebenaran ini.
Firman ALLAH:
"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu. Oleh itu jangan sekali-kali kamu termasuk dari golongan yang ragu" (Al baqarah:147)

Berlari dan di kejar semasa menyampaikan kebenaran adalah lumrah bagi orang yang ingin memperjuangkannya.

Ketika Nabi dan Abu Bakar sedang berada di dalam gua Tsaur untuk bersembunyi, tiba-tiba Abubakar melihat kaum musyrikin yang mengejar mereka berdua telah berada di pintu gua. Di saat itu AbuBakar timbul rasa bimbang .Saat yang paling cemas kerana ia merupakan satu malapetaka yang tak berkesudahan atau pun ia merupakan pintu kejayaan lalu beliau berkata " Ya Rasulullah, andaikata salah seorang dari mereka mengangkat kakinya pasti akan melihat kita"
jawab nabi " Jangan kira kita berdua saja, ALLAH bertiga dengan kita".

Dalam keadaan Nabi yang terpaksa berhijrah keluar dari Mekah demi menyampaikan kebenaran Islam lantas  di usir dan di kejar oleh kaumnya sendiri, dalam keadaan tekanan perasaan yang amat sangat kerana terpaksa meninggalkan bumi Mekah yang dicintainya, bumi kelahirannya, namun  dikala itu Nabi dapat menjanjikan bahawa kerajaan Parsi akan runtuh.

Firman ALLAH: 
"Dialah yang telah mengutus RasulNya( dengan membawa petunjuk) (Al Quran) dan agama yang benar untuk di menangkanNya atas segala agama walaupun orang musyirikin itu tidak menyukainya( At Taubah-35)

Memang cinta itu sejak di jadikan oleh ALLAH banyak menimbulkan kejadian yang serba aneh dan luar biasa.Bila cinta telah bersemi di hati, maka rela akan berkorban deminya. 




Walaupun di kepung, berlari  dan di kejar, namun bila cinta dalam mencari kebenaran demi menegakkan syiar Ugama ALLAH, telah tersemat di hati  maka ianya adalah satu keindahan yang hanya dapat di rasakan bagi mereka telah di beri nikmat untuk merasainya.










Friday, November 5, 2010

TOLONG,JANGAN ROBOH PASTI KAMI!-ANAK2 PASTI



Hari ini 5 Ogos 2010. Tadi kami lihat ada demo lagi di hadapan Masjid Bukit Katil. Kami lihat ramai orang di sana. Kami lihat ramai pakcik-pakcik dan makcik di sana. Kami masih kecil lagi tapi kami macam dah tahu tujuan demo itu.

PASTI kami hendak di robohkan. Itu sebabnya ramai orang berkumpul di sana tadi . Ada polis , FRU pun ada. Mereka ramai-ramai datang nak ganggu demo itu. Kami tak suka kalau polis dengan FRU datang nak ganggu demo itu. Memang patutlah orang ramai buat demo. Sebab nak bantah tanah ,jangan kena ambil. 

Kenapa mereka nak roboh dan ambil tanah kami .Dah lapan tahun generasi kami belajar di PASTI kami. Tiada pun lepasan anak-anak PASTI , yang jadi jahat. Tiada yang menjadi perompak atau penjenayah ..tapi kenapa mereka dengki hati nak robohkan PASTI kami juga.


Pemimpin  kata nak buat jalan ke taman. Takkan nak buat jalan ke taman , PASTI kami kena roboh. Kami nampak banyak lagi tanah lain yang boleh di ambil buat jalan. Tak payah menyusahkan sesiapa. Tak payah robohkan PASTI kami.

Semalam dalam surat khabar kata ' Pemimpin  beritahu.. 'PASTI kami tidak ada pelan, sepatutnya dah lama roboh'...."BOHONG"..memang betul-betul bohong. Kami ada bukti yang PASTI ini adalah sah dan ada pelan. 
Kenapa pemimpin cakap ,'PASTI JAYA INSAN tak ada pelan'...Kenapa pemimpin itu nak bohong lagi?.

Ustazah selalu pesan pada kami jangan suka cakap bohong. Nanti ALLAH , Rasulullah, ibu ayah dan orang ramai semua tak suka dengan kami, nanti kita masuk api neraka.


Ustazah beritahu lagi, "Siakap senohong, Gelama ikan duri, bercakap bohong ,lama-lama mencuri"..Jadi kami pun tak mahu cakap bohong sampai bila-bila. Kami takut ALLAH marah dan takut masuk api neraka bila dah mati.


Tapi kenapa pemimpin pulak yang berani cakap bohong.  Pemimpin kita kan dah tua, kenapa tak takut dengan ALLAH? tak takut ke nanti masuk api neraka bila mati?


Mungkin betul cakap ustazah, mula-mula berbohong lama-lama mencuri. Ustazah beritahu orang yang mencuri adalah orang yang ambil barang orang lain tanpa minta izin dari tuannya. Dia ambil senyap-senyap. Tapi  macamana pulak orang yang nak ambil tanah orang tanpa kebenaran dari tuan tanah? Tuan tanah tak nak beri tapi mereka nak ambil juga secara paksa. Itu apa pulak namanya? Rampas ke?Macam orang Yahudi rampas tanah rakyat Palestin aja .

Ustazah pernah bercerita pada kami bahawa Saidina Omar nak ambil sedikit saja tanah rakyat untuk membesarkan Masjid Nabawi tapi mahkamah tidak membenarkan kerana rakyat tidak mahu tanah mereka di ambil jadi Saidina Omar pun  mengalah walaupun dia mempunyai kuasa. Lalu tanah rakyat tidak di ambil. Rakyat pun senang hati kerana Saidina Omar seorang pemimpin yang baik , dia mengikut undang-undang. Rakyat pun sayang dekat Saidina Omar. Saidina Omar juga  senang hati, rakyat selalu doakan kerahmatan untuknya.

Walauapa pun yang akan berlaku seterusnya, setiap hari kami berdoa agar PASTI kami terpelihara sampai bila-bila.

Walaupun kami masih kecil tapi jiwa kami besar. Kami bercita-cita mahu jadi pemimpin yang bertaqwa, pemimpin yang benar benar  adil . Kami mahu rakyat hidup aman tenteram di dunia dan di akhirat.


Cuma kami masih terfikir2..Kenapa mereka takut dengan adanya PASTI kami? LALU nak robohkan PASTI kami.


TOLONG, JANGAN ROBOHKAN PASTI KAMI..
KAMI SAYANG PASTI KAMI


Tuesday, November 2, 2010

Rintihan hati anak PASTI JAYA INSAN. B.Katil.









PASTI JAYA INSAN BUKIT KATIL

PASTI ini, PASTI kami
Kami belajar di sini
Kami bermain di sini
Kami sayang PASTI kami

PASTI JAYA INSAN..

PASTI ini, PASTI kami
Di sini kami kenal Alif, Ba , Ta dan ABC
Di sini kami di ajar berdikari
Di sini kami belajar erti diri
Buat bekalan kami di hari tua nanti

Guru kami sabar serta baik sekali
Guru kami amat berdidikasi
Marah pada kami sekali-sekali
Tapi  kami tak peduli
Sebab kami  budak kecil  lagi
Memamg nakal itulah , bijaknya kami.

Tapi...
 Tiba-tiba datang berita sensasi
 Bagai  gegak gempita membelah bumi
PASTI JAYA INSAN akan di cerobohi
PASTI JAYA INSAN akan roboh tersemban menyembah bumi 
Aduh!!!..betapa sakitnya hati kami...
Kenapa sampai begitu sekali, khianatnya manusia ini?

Ya ALLAH
Peliharalah PASTI kami
Dari orang jahat yang busuk hati
Dari orang jahat yang dengki

Ya ALLAH,
Peliharalah PASTI kami
Peliharalah agama Islam MU  ini
Walaupun kami masih kecil lagi
Kami tahu, doa kami di berkati
Kerana kami anak-anak kecil yang tiada dosa lagi...

Kami sayang PASTI kami.