HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, June 23, 2010

MAHATHIR,,,OH...MAHATHIR

Mahathir ..oh...Mahathir...
sedarlah diri
usia yang ada  , usia subsidi...
tapi masih sempat nak perkatakan tentang judi...
Hukum ALLAH ,,masih tak peduli..

Mahathir..oh..Mahathir...
Konon bercerita nak  luluskan judi 
itu pun kalau berkuasa lagi..
Ha..ha..Padahal memang dah lulus dari  zamanya lagi
22 tahun perintah masih tak puas lagi
Cuma kali ini pengistiharan terbuka ,mendabik dada..berbangga diri..

Mahathit..oh...Mahathir...
Entah..entah..esok lusa..sehari dua ini
Ajal datang menghampiri.
Dah tua , masih tak sedar diri
Bongkak semacam..terus lupa diri..
Rumah dah kata pergi..
Kubur dah kata .".jom mari"
Masih tak sedar-sedar lagi..

Mahathir..oh..Mahathir..
Dengarlah nasihat berguna
Buat kami juga kepada semua
Walau sejahat mana pun kita
Pintu taubat masih terbuka
Jangan biarkan  jiwa  yang sedang sakit terus merana
Tolong..Hukum ALLAH, jangan di persenda
Seksa neraka bukannya bahan  seloka





Monday, June 21, 2010

HORMATILAH JENAZAH

Sebaik sahaja kami sampai, jenazah baru saja berangkat ke tanah perkuburan. Kebetulan seorang menteri besar serta konco-konconya datang pada waktu yang sama kami sampai.


'Kita nak ambil tanah ini, buat tempat kita, lambang-lambang PAS ini , buang', diantara ucapan-ucapan yang di ucap oleh menteri besar dan konco-konconya sebelum sempat pun mereka masuk ke dalam rumah.

Memang PAS telah menyewa di sebelah rumah makcik Bibah , di Bukit Baru setelah sekian lama. Selama PAS menyewa di situ, makcik Bibah tidak pernah menghalang segala aktiviti yang PAS lakukan di situ, malah turut bergembira bila setiap kali ada program PAS. Allahyarhamah tidak pernah ketinggalan untuk bersama-sama mendengar ceramah , dia akan mengambil kerusi dari dalam rumahnya untuk mengajak kita duduk berhampiran dengannya walaupun allayarhamah kelihatan sangat uzur ketika itu.Tidak ketinggalan, DMPBK selalu menghulurkan bantuan kepada makcik Bibah terutama di bulan Ramadhan.

"Kita nak ambil tempat ini, kita pasang lawyer"..kata orang suruhan menteri besar itu.
'Ya...ya...boleh tok..' di antara jawapan yang di berikan oleh saudara mara yang ada di situ.

'Tahun 2010, Melaka maju..tak da lah bangunan papan macam ini" sampuk seorang lagi saudara mara di situ.

"Hari itu dia sewa, sebab nak buat kelas mengaji" sampuk lagi suara yang lain.

Kami menjadi pendengar setia di situ. Tanpa menyedari adanya tetamu di situ, mereka terus berkumpul membincangkan pasal tanah. Kerakusan untuk mendapatkan secebis tanah yang di kira hanya sekangkang kera menyebabkan mereka terlupa bahawa kedatangan mereka ke situ adalah untuk menziarahi allahyarhamah makcik Bibah Hassan yang telah meninggal dunia akibat sakit tua. Sepertinya , mereka ingin mengambil tanah itu, pada hari itu juga.

'Jom, pergi ke kubur, '..mereka bergegas ke kubur untuk bertemu seseorang di atas urusan tanah itu .


Kami beristifar panjang. Rakusnya manusia ini. Buruknya akhlak mereka. Tidak beradab langsung. Kalau jenazah di atas kubur pun tidak di hormati, di mana akhlak mereka.


'Kak , jenazah masih di kubur. Mungkin orang ramai sedang membacakan talkin untuk emak akak. Sekarang masa untuk akak banyakkan mengaji, banyakkan baca Al Fatihah..Dia emak akak. Sekarang bukannya masa untuk bincang pasal tanah", ...aku menghampiri anak allayarhamah...tiba-tiba anaknya serta saudara mara yang ada seperti terkejut apabila mendengar kata-kata itu.

'Awak siapa?..tanya salah seorang dari mereka , tersipu-sipu malu dengan kelakuan mereka tadi.

' Saya muslimat PAS. Saya datang nak ucapkan takziah dan nak beri sedikit sumbangan ,ini bukan masa nak bincang pasal tanah'...aku menjawab rengkas .Mereka semua terdiam.

'Adik faham-faham ajalah....ya kan aja apa menteri besar cakap..malas nak bising-bising' tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara.

'Bukan kita tak tahu , banyak rasuah'...bersuara lagi seorang yang lain.

'kalau nak makan duit rakyat, makanlah sikit-sikit, bagilah pada rakyat banyak', seorang lagi bersuara.
"Banyak lagi tanah lain yang mereka boleh ambil" sampuk seorang lagi.
Kami tersenyum apabila kami mendengar kata-kata itu. Mereka lebih mengetahui dengan perangai pemimpin mereka. Mereka boleh menghuraikan satu persatu walaupun tanpa kita minta.

"Hanya 3 perkara yang akan boleh menyelamatkan kita apabila kita mati..Doa dari anak yang soleh, sedekah jariah serta ilmu yang di manfaatkan".
"Tak boleh makan duit rakyat, walaupun 1 sen..yang haram tetap haram..semua menteri dah ada gaji sendiri..cukuplah makan duit gaji sendiri.." tiada istilah 'nak makan duit rakyat pun, makanlah sikit-sikit aja".
"Selagi tempat ini, ada yang mengaji, allahyarhamah akan mendapat ganjaran yang berterusan,"
"Manusia merancang , ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH yang sebaik-baiknya.Kalau ALLAH dah tetapkan bahawa markas PAS ini tetap akan berada di sini, ianya tetap akan berada di sini. PAS akan tetap mengusahakan agar tetap kekal di sini. . Tiada siapa yang dapat menghalangnya",
Itulah di antara kata-kata yang dapat kami ucapkan sebelum kami minta diri untuk pulang dan kami tetap berpesan lagi supaya banyakan mengaji kerana tanah tidak akan di bawa mati . Mereka mengucapkan terima kasih di atas kata-kata itu. Semuga ucapan mereka itu ikhlas. Sempat juga mereka meminta no tel untuk berkenalan.

Wednesday, June 16, 2010

DENGARKAN PENGALAMAN NGERINYA..


























Di jemput hadir bagi mendengar ceramah oleh Ust Hasanuddinselaku Pengerusi Aqsa Syarif di Masjid MITC . Masjid Al Alami. , Ayer Keroh, Melaka malam ini.





Ceramah yang akan diidakan selepas Solat Maghrib. Khamis, 17 June 2010.


Beliau akan menceritakan tentang pengalaman sendiri ketika kejadian berlaku di atas kapal Mavi Marmara , ketika misi bantuan ke Gaza.


(Gambar-gambar menunujukkan bahawa sekolah adalah sasaran rejim zionis)


Jadikan pengalamanya satu panduan buat kita agar kita lebih bersedia sekiranya kita pula berpeluang untuk di jemput ke sana, insyaALLAH

Harap dapat hadir beramai-ramai.

Tuesday, June 15, 2010

GIGIHNYA MUSLIMAT BUKIT KATIL



Dia seorang jururawat, namun dia seorang muslimat yang rajin untuk berniaga. Dia menyewa sebuah kedai di Taman Bukit Katil, bagi mengusahakan jahitan-jahitan langsirnya. Setiap hari pasti ada tempahan baru di kedainya. Dia begitu tekun untuk mengusahakan jahitan-jahitanya. Bukan saja sekadar langsir-langsir yang di terima sebagai tempahan malah dia juga menerima tempahan sarung kusyen serta sofa.

Alhamdulillah, meskipun sibuk dengan tugas harian sebagai seorang ibu serta seorang yang bekerjaya, namun beliau masih punyai masa untuk mengikuti kuliah-kuliah yang sering di adakan di Balai Islam Bukit Katil. Begitulah, bila kita selalu mendekatkan diri kita kepada ALLAH swt, pasti ALLAH sentiasa membuka jalan serta ruang untuk hambaNYA. Syabas buat kak Milah.



Begitu juga dengan sahabat seorang lagi. Puan Norizan Dollah. Sebuk dengan menggoreng keropoknya . Setiap hari keropok-keropok perlu di goreng dan di bungkus untuk di hantar ke sekolah-sekolah. Dengan di temani seorang pekerja, segala perusahan berjalan lancar. Puan Norizan membuka sebuah bengkel kecil di belakang rumahnya bagi memudahkan perjalanan projeknya.
Semuga terus berjaya dan di berkati ALLAH.



Terdapat ramai lagi muslimat-muslimat Bukit Katil yang gigih berusaha dalam bidang perniagaan. Terisi juga tabung-tabung dana untuk perjuangan. Dana kita melalui poket para duat. Cuma tak sempat nak di rakamkan gambar-gambar mereka. InsyaALLAH..akan di temui yang lainnya.

Sunday, June 13, 2010

DAPAT MENANTU LAGI....KETUA DAN BENDAHARI


Tahniah di ucapkan kepada Bendahari DMPKBK Puan sabariah Ijang serta saudara Borhan kerana menambah menantu lelaki lagi pada 12 Jun 2010 semalam. Walimatul Urus telah di adakan di kediamannya di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh.
Pasangan pengantin, Nurul Nadiah Hj Borhan serta Luqman Hj Arifin.
Majlis yang di adakan bersamaan dengan tarikh ketika Muktamar Pusat kali ke 56 diadakan di Putik Kelantan. Muktamar yang
bermulai dari Dewan Muslimat, Pemuda dan Ulama pada 9 Jun 2010 dengan acara perasmian serentak pada jam 9 malam. Muktamar penuh berakhir pada 13 jun 2010/1 Rejab 1431 pada jam 3.30 petang.





Tahniah juga turut di berikan kepada Ketua Muslimat DMPBK , Dr khatijah Jumangat kerana juga akan menambah seorang lagi menantu . Kali ini beliau memperolehi menantu perempuan pula setelah memperolehi seorang menantu lelaki dan telah pun memperolehi seorang cucu.

Walimatul Urus akan di adakan di rumah kediamannya , di Bukit Bayan, Bukit Katil pada 26 jun 2010.

TAHNIAH!! ALHAMDULILLAH.

Wednesday, June 9, 2010

TAHNIAH!!!!

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan Tahniah kepada PASTI ARRAHMAH di atas kejayaan mewakili PASTI Bukit Katil , sebagai johan Bola Jaring peringkat Negeri Melaka.

PASTI ARRAHMAH akan berangkat ke Pulau Pinang bagi mengadakan pertandingan peringkat Kebangsaan pada 26 June 2010 ini.

SYABAS di ucapkan pada guru-guru PASTI ARRAHMAH diatas kesungguhan mereka untuk melatih anak-anak PASTI sehingga berjaya ke peringkat kebangsaan. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak kecil ini. Tambah lagi dalam pertandingan Bola Jaring dan Bola Sepak. Anak-anak bersikap lurus. Kalau boleh, bila dapat bola terus nak masuk jaring.

Pernah juga di ceritakan dari salah seorang guru PASTI Ayer Keroh, bila di beri soalan pada salah seorang anak murid nya..."sekeping kuih berharga 40 sen, berapakah harga 3 keping kuih?" lalu dijawab oleh anak PASTI itu, 3 keping singgit.

Lalu di tanya guru, "cuba kira betul-betul". Lalu di jawab , betullah cikgu, saya selalu beli kuih 3 keping singgit.
Cikgu hanya tersenyum.
Align Left

SELAMAT BERMUKTAMAR






















MUSLIMAT PENGGERAK KEMENANGAN

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat berangkat kepada 5 perwakilan Muslimat Bukit Katil ke Muktamar DMPP KALI KE 50 di Putik, Kelantan bermula dari Program Perasmian pada jam 9 malam dan di ikuti dengan Muktamar penuh esoknya 10 Jun.

Perwakilan Bukit katil terdiri dari Dr Khatijah Jumangat, selaku Ketua Muslimat Negeri Melaka. Ustazah Noraini hj Sidek, Hajah Ropisah ,Hjah jamilah A.Samad dan Puan Robiah Muhammad.
Terdapat juga beberapa muslimat bukit katil yang turut serta ke Muktamar sebagai pemerhati.

SU DMPBK tidak dapat turut serta dalam Muktamar kali ini di atas sebab kesihatan malah tidak juga dapat bersama-sama bagi mengiringi pemergian pada malam bertolak sebab pada yang sama SU terpaksa pergi ke hospital. Oleh tu SU tidak dapat mengambil gambar perwakilan-perwakilan sewaktu berangkat ke Muktamar.

Post Options

Friday, June 4, 2010

BILA SAMPAI MASA




Kali terakhir kami menziarahinya pada 29 Mei, sabtu di rumah Mahani. Dia kelihatan letih tak bermaya. Memandang tepat kearah kami. Mungkin banyak yang ingin di perkatakan.

Alhamdulillah, kami membacakan Yasin serta memberikan
sedikit tazkirah.







'Ayah saya telah kembali ke sisi NYA' ..
Itulah bunyi sms yang di hantar oleh TDMPBK. Seawal pagi jam 8.42 pagi , 5 Jun 2010.

Menandakan bahawa ayahnya Pakcik Osman Basir telah pergi buat selama-lamanya. Jenazahnya di mandikan di Pengkalan Jaya, dan akan di kebumikan di Temerloh Pahang.

Alhamdulillah, Jenazah sampai ke Temerloh jam 2.30 petang. Sekali lagi diadakan Solat jenazah di sana , kemudian di kebumikan di sana.

Bersabarlah....sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali.

DMPKBK mengucapkan takziah buat Mahani serta Saudara Sofi.
Semoga rohnya di cucuri
rahmat dan dimasukkan di golongan orang yang beriman, Insya ALLAH.


Mahani berserta adiknya.








Ibu Puan Mahani bersama Ketua DMPKBK

Tuesday, June 1, 2010

DUIT ITU MASIH DI TANGAN

17 Mei 2010 (Isnin)

"Kita ada masa kurang dari 24 jam untuk kumpulkan dana 10K dari Melaka untuk Palestin, ayuh ,ikhwah dan akhwat , semboyan telah berbunyi. Hulurkan bantuan sedaya upaya", begitulah diantara kata-kata yang aku terima dari sms dari seorang sahabat pada sebelah tengahari.

Aku terkesima seketika. Biar betul sikit. Mana mungkin nak kumpulkan wang dari orang dalam masa 24 jam sahaja sebanyak 10K. kalau ikut dari fikiran aku yang dungu ini, rasa macam mustahil aja.

18 Mei 2010 (Selasa)

"Maaf, akak cuma dapat berikan RM 50 saja. Pada siapa boleh akak berikan duit ini ?, pada pagi esoknya baru aku dapatkan berikan jawapan berapa jumlah yang boleh aku berikan,dalam masa sebelum satu jam waktu tamat dana di kutip.Nak berikan RM 50 , pun macam kereta lembu.

"X pa kak ....RM 1.00 pun di terima. Ana dahulukan duit ana, sebab kesuntukan masa", jawab sahabat aku. Begitu gigihnya dia untuk mengumpulkan dana bagi menyertai sahabat-sahabat yang akan menyertai Flotilla lifeline4Gaza yang akan nerangkat pada 19.Mei.2010.

"SUBHANALLAH, kita berjaya melepasi sasaran" di antara emel yang dihantar sebaik masa kutipan dana selesai di kumpul dalam masa 24 jam.Wang dana telah dapat di kumpul sebanyak 14K dalam masa 24 jam.

"MASYAALLAH , hebatnya kekuasaan MU ya ALLAH. Pertolongan Mu terlalu hampir", bisik hati aku, yang pada mulanya memang ragu-ragu dengan usaha yang sesengkat ini.

Masa aku kanak-kanak, memang aku minat menonton filem " Mission Impossible", berdebar-debar hati sepanjang menonton filem itu. Maklumlah dengan jalan ceritanya yang sentiasa laju tapi aku dah lupakan semua itu...ha..itu dulu.
Cuma bila aku lihat bagaimana pengorbanan sahabat-sahabat yang sanggup berkorban bukan saja dalam bentuk wang malah gelang dan rantai , dapat mengumpulkan dana RM 14K , dalam masa 24 jam, aku terkedu seketika. Bersyukur seketika. Lantas aku tersenyum, tak tahu pula macamana aku boleh teringatkan rupa negro yang berlaku dalam filem 'Mission Impossible' itu pula. Kalau PAS Kawasan Bukit Katil boleh lakukan sebegini, ha.. Insya ALLAH , bangunan PAS Kawasan Bukit katil akan siap cepat.


31 Mei 2010 ( Isnin)

"Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkan makan minum kami, bantulah keluarga kami. Ya ALLAH, kuatkanlah hati-hati kami atas jalan MU. Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan ALLAH atas kelalaian, kesalahan dan kejumudan amalan-amalan kita",
Amanat yang di sampaikan oleh Saudara Norazman Mohd Shamsudin sebaik saja tersenarai sebagai peserta konvoi dari Malaysia ada 19 Mei 2010.
Aku paparkan amanat nya itu di blog Muslimat Bukit Katil pada jam 10 pagi. Memanglah ramai di antara kita yang juga sedang menanti-nantikan berita dari meraka.

"TERKINI! 2 syahid & 50 cedera dalam serangan Israel atas kapal Mavi marmara.Buat solat hajat segera untuk pejuang kita!. Ya ALLAH, selamatkanlah mereka!!Tiba-tiba aku terima sms pada jam 12.21 tengahari.

Aku tergamam. Siapa yang syahid..Apa yang sebenar berlaku.

1 Jun 2010.(selasa)

Jam 8 pagi aku buka emel yang di sertakan video " tentera KomandoI srael menyerang kapal LL4gaza'. Berkali-kali video itu di tonton pada pagi itu. Hati tertanya-tanya apakah sahabat-sahabat yang kita kenali itukah yang sedang bertarung dengan tentara Israel LAKNATULLAH itu ?

Teringat bagaimanakah perasaan hati zaujah serta anak-anak mereka apabila mereka menonton video itu. Kuatkah hati mereka untuk berhadapan dengan situasi ini. Suami -suami serta ayah-ayah sedang bertarung dengan penjenayah-penjenayah antarabangsa di atas lautan yang tidak bertepi, sedangkan mereka hanya menjadi penonton yang setia, tak mampu nak melakukan apa-apa melainkan berdoa dan terus berdoa.

"Alah, ummi ..kan dah tahu Israel itu memang syaitan, asal tak bawa senjata. Lawan ajalah". tiba-tiba anak aku sampok , geram sakit hati sebaik saja dia tonton video itu.
"Kita pergi dengan niat nak bantu prang-orang Palestin yang tertindas..Kita pergi bukan nak berperang", aku cuba menjelaskan pada anak aku. Biasalah orang muda, cepat panas. Mereka pergi dengan risiko yang tinggi, hanya keikhlasan yang mereka serahkan bulat-bulat pada ALLAH s.w.t.

2 Jun (Rabu) 8 pagi.

Senarai 12 nama rakyat Malaysia yang telah tertawan telah di paparkan di Malaysiakini.
Walaupun di nyatakan mereka selamat, tapi pada hakikatnya tidak di ketahui nasib mereka.
Berita menyatakan 20 syahid. Dan Alhamdulillah.mungkin memang itu yang mereka mahu. Mereka berjuang untuk mati syahid . Berita menyatakan selainnya di penjarakan di Haifa.

ISA Malaysia sudah menjelaskan bagaimana siksanya orang-orang yang tahanan.Apatah lagi bila di Israel. Al Maklum....One Israel, One Malaysia.

ALLAH akan memberikan kekuatan kepada tahanan-tahanan ini. Kerana mereka adalah insan pilihan. Bukan mudah untuk mereka sampai kesana tanpa satu keyakinan serta pergantungan yang tinggi kepada ALLAH s.w.t. . ALLAH pelihara mereka.
Ada juga anak kapal dari kapal yang lain yang lain mengatakan mereka akan berpatah balik kalau mendapat amaran dari Israel. Ada juga enjin kapal yang rosak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya hanya ALLAH lebih mengetahui.

Kita selalu menggangap bahawa Al Aqsa itu jauh, tapi hari ini ,sahabat-sahabat kita yang berada di dalam kapal itu, sahabat-sahabat kita yang kita kenali sedang bertarung nyawa demi nak menyelamatkan saudara-saudara di Palestin. Sahabat-sahabat kita adalah diantara jutaan manusia di atas mukabumi ini yang terpilih untuk ke sana. Mereka korbankan segala-galanya. Baru kita sedari bahawa Palestin itu semakin hampir dengan kita dan banyak lagi yang akan kita temui .Mungkin satu hari nanti, sahabat-sahabat kita itu adalah kita. Rugilah manusia-manusia yang tidak sama bangkit di arus kebangkitan ini.

Tidak ada apa yang nak di hairankan apabila gambar Perdana Menteri Malaysia Najib 'sedang makan kek sewaktu menentang pencerobohan Israel ini sedangkan di negara lain bangun , bangkit berhimpun menyatakan bantahan. Tidak ada apa yang boleh di harapkan dari pemimpin UMNO. APCO Worldwide sudah cukup menjelaskannya siapa sebenarnya mereka.

Buat sahabat yang mengunakan duitnya dulu untuk "Mission Imposibble" ini, duit RM 50 yang sepatutnya aku berikan , masih ditangan aku. Aku tak tahu betapa banyak ganjaran yang sahabat ini perolehi selagi aku belum memberinya. Mungkin dia dah malu nak minta..Insya ALLAH akan di hantar.