HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Saturday, March 26, 2011

TAHNIAH..DAN TAKZIAH

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan Tahniah di atas pencapaian cemerlang anak-anak ajk muslimat B.Katil yang telah berjaya di dalam peperiksaan SPM telah di umumkan beberapa hari lepas. Adik Hanisah Hj Ali telah berjaya merangkul 9A 2B di dalam peperiksaan SPM .Adik Anisah merupakan anak kepada Pn Fatimah Hj Wahit, selaku Ketua Penerangan DMPBK manakala ayahnya Tn Hj Ali merupakan TYDP PAS Kawasan Bukit Katil. Begitu juga Tahniah buat anak kepada bendahri Pn Sabariah Ijang dan Ketua Nisa DMPBK, Pn Rogayah Harun.



Takziah di ucapkan buat  ukthi Zahirah Muhammad serta 2 orang anak yang masih kecil lantaran  kehilangan insan tercinta pada 20 RabiulAkhir 1432/25 Mac 2011.  Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim, 47 yang merupakan bekas YDP kawasan kota meninggal dunia jam 2.00 petang tadi di Hospital Besar Melaka.  Allahyarham sering mengadakan kuliah di surau Bukit katil sehinggakan  di saat-saat terakhir kehidupannya , allahyarham masih sempat 
mentalkinkan kematian salah seorang anak kariah yang meninggal dunia dan selepas itu allahyarham terjatuh lalu pengsan. Sempat di kejarkan ke hospitala Melaka . . Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kg Pengkalan badak, Bukit Katil selepas solat Asar. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para anbia, syuhada, solohin. Al Fatihah...

Sesungguhnya kematian adalah satu kepastian tanpa keraguan.Maka beruntunglah mereka-mereka yang telah bersiap sedia untuk menghadapinya.

Sunday, March 20, 2011

RESAHNYA DOKTOR DALAM RUMAH

Doktor Dalam Rumah
Hatinya resah
Konon..  nak tunjuk gagah
Lantas.. menulis sejarah
Tapi sayang ..
Banyak yang tak semenggah


Doktor Dalam Rumah
Dah tak tentu arah
Jiwanya gelisah 
Kezalimannya terdedah
Pembohongannya terserlah

Doktor  Dalam Rumah 
Sudah termengah-mengah..
Usia semakin bertambah
Kubur semakin menerjah...
Tapi sayang..
Terus- terusan  menabur fitnah
Tanpa sedikit rasa bersalah..




Sunday, March 6, 2011

BUKAN LUAR BIASA

insyaALLAH, keputusan prk Merlimau dan Kerdau sudah pun di ketahui umum. Maka terjawablah kepada sebuah penantian yang   bermula dari meninggalnya seseorang ADUN, apakah Partinya dapat di kekalkan atau di sebaliknya. 

 Tanggal 06 Mac 2011 , ternyata Merlimau dan Kerdau masih lagi di Bawah cengkaman Parti BN. Ianya satu keputusan yang bukan luar biasa.Kedua-dua prk berjalan serentak meskipin tarikh kematian ADUNnya berbeza.




Walau bagaimanapun "syabas" di ucapkan buat semua Muslimat Bukit Katil serta muslimat Negeri Sembilan serta Muslimat Negeri perlis yang telah berusaha begitu gigih, siang dan malam di sepanjang bulan februari di UPU Pengkalan Samak, terutama berkempen selepas penamaan calon   bagi memastikan prk Dun Merlimau akan bertukar tangan. 

Walaupun nasib tidak menyebelahi kita pada kali ini, , namun itu bukan menjadi batu penghalang untuk terus berusaha gigih, dan berdoa agar Islam akan menang. Kita sedang berhadapan dengan sebuah kerajaan yang mengamalkan  rasuah. Amalan Rasuah merupakan akhlak buruk yang sangat di benci oleh Islam.Tiadalah sesebuah  negara itu yang akan maju bila adanya pengamalan rasuah melainkan  menuju kepada kehancuran.

Akhir kalam..Tiadalah ada mutiara kata yang lebih indah, melainkan.. 'lawan tetap lawan sehingga kita menang atau  syahid.

Friday, March 4, 2011

BILA ORANG BUKAN ISLAM MULAI FAHAM...

Alhamdulillah, sebaik sahaja penamaan calon berakhir pada hari sabtu 26 Feb, jam 12.30 tengahari, muslimat Bukit Katil meneruskan tugas-tugas yang telah di amanahkan. Cikgu Ropisah selaku Ketua Halwa sebuk untuk memastikan bahawa makanan jualan mesti di habiskan dengan bantuan dari muslimat-muslimat yang begitu gigih dari Kawasan Bukit Katil oleh Maizarah, Aisyah Maskan, Aisyah Abdullahh, hajjah Jamilah ,  Fatimah Hj Wahit ,Kak Yam dan Kak Rubiah.

Sebaik saja pulang ke UPU Pengkalan Samak tengahari itu , makanan telah pun di sediakan. Alhamdulillah, sedap lauknya. Nasi goreng berserta sambal ikan keli di sediakan oleh Tuan Hj Hassan. Cuma bila tergigit garam yang tak hancur, terkebil -kebil mata. cepat-cepat cari air.

"Makan ajalah..biasalah orang lelaki masak. Simple aja." tiba-tiba seorang bersuara seolah-olah tahu apa yang berlaku.

"Ha..pedaske? Tuan Hj Hassan pula bersuara apabila dia melihat ada orang yang terkebil-kebil mata, seolah-olah sedang menahan sesuatu.

"O..O..Tak ada apa-apa" cepat-cepat air di minum.

"Sorrylah, saya pakai hotpan ini hari..banyak malulah"  tiba-tiba bersuara pula seorang lelaki cina yang datang yang agak berusia yang  juga turut makan tengahari bersama kami.

Kami kehairanan. Rupa-rupanya dia malu kerana hanya mamakai seluar panjang paras lutut sedangkan para muslimat sedang makan di situ. Kami tersenyum, menjeling sesama sendiri.

Jelasnya, walaupun mereka bukan orang yang beragama Islam, rupanya mereka lebih faham tentang aurat di hadapan wanita muslim.

Aku teringat seorang bekas guru  lelaki Cina yang datang ke kedai aku sambil berkata ..'
"Awak tahu apasal itu Chua sangat marah pada Normala bila dia pakai sarung tangan masa kempen di Tenang? Itu sebab  Chua tak dapat raba/ramas tangan Normala. Dia sangat gatal. Itu sebab dia sangat marah" Berdekah-dekah cina tua itu ketawa.

Semuga dengan keikhlasan dari semua  sahabat-sahabat yang telah berusaha begitu gigih tanpa mengira masa dan tenaga dan tanpa sebarang upah,serta doa-doa dari semua maka ALLAH akan memberikan kemenangan buat kita semua. insyaALLAH.

SALAM JUGA BUAT DR KHATIJAH

25 Feb 2011
"Salam. insyaALLAH marilah sama-sama kita memohon kepada ALLAH dikurniakan kemenangan, Saya akan mengetuai kumpulan munajat. Salam kepada semua pejuang."

02 Mac 2011
"Salam. InsyaALLAH, sedang dalam perjalanan dari Madinah ke mekah naik coaster, sama2 kita doakan kemenangan pas.kirim salam pada semua.Wassalam"

Alhamdulillah, itulah di antara SMS yang di hantar oleh Ketua Muslimat Bukit Katil , Dr Khatijah yang kini berada di Tanah suci Mekah bagi menunaikan Umrah bersama-sama ahli keluarganya.

Kami di sini turut mendoakan agar DR Khatijah serta keluarganya di rahmati dan di berkati di sepanjang pejalanan Umrahnya. Semuga di mudahkan segala urusan. Semuga Selamat kembali. insyaALLAH