HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Tuesday, December 30, 2008

PALESTIN MENANGIS LAGI


Isu palestin saban hari menjadi semakin buruk dan parah.Setiap kali kita selesai satu malapetaka,satu malapetaka yang lain lebih dasyat pula menimpa.Sinaran mentari yang menyinari dunia semakin hari nampaknya menambah lagi kekuatan ,keluasan,persediaan dan juga cengkaman Israel. Kedudukan umat Islam cukup mendukacitakan.Rakyat ditimpa oleh perasaan putus asa.


Yahudi bangsa yang paling hina disepanjang sejarah hidup manusia.Bangsa yang pernah ditukarkan oleh ALLAH S.W.T menjadi babi dan beruk satu ketika dahulu.Bangsa yang pernah dilaknat dan dimurkai oleh ALLAH hingga kehari kiamat.Bangsa yang terkenal dalam sejarahnya dengan penipuan,penakut dan khianat.Bangsa yang terkenal dengan kerendahan budi dan kehinaan pekerti.Bangsa penipu dan pembohong disepanjang sejarah.

Bantahan demi bantahan masih tidak menghasilkan hasil.

Perjanjian Oslo menganugerahkan Yasser Arafat hadiah Noble kerana keamanan yang dikongsikan bersama Shimon Peres dan Yitzhak Rabin adalah pengkhianatan yang terbesar dilakukan oleh beliau keatas rakyat Palestin.

Apabila Dr Baruch Goldstein, pendatang yahudi membunuh umat Islam yang sedang solat dimasjid Ibrahimi, Hebron pada 25 Februari 1994, mahkamah memutuskan dia tidak siuman lantas perintah berkurung dikenakan atas rakyat palestin sedangkan penduduk yahudi dibenarkan bebas.

Mungkin dah tiba masanya untuk kita pula mempersiapkan ANAK-ANAK KITA untuk meneruskan perjuangan Salahuddin Al Ayubi. Salahudiin yang malamnya dihiasi dengan munajat manakala siangnya bagaikan singa dimedan peperangan.Kejayaanya merampas kembali BaitulMaqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang kejam. Tokoh feformasi yang mengajar kita betapa perjuangn dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak menbuahkan hasil.Sebaliknya perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehhi kejayaan yang gemilang.


DIDIKLAH anak-anak dengan erti perjuangan Islam yang sebenar.
Didiklah anak-anak bahawa ikatan hakiki yang mengumpulkan umat Islam ialah ikatan akidah Islamiah.Ikatan yang mengatasi ikatan darah, etnik,warna kulit,bahasa dan juga sejarah.
Isu palestin adalah isu umat Islam.Palestin bukan isu bangsa Arab semat-mata.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara"(Al Hujurat 10)

"Sesungguhnya umat kamu ini adalah umat yang satu"(Al-Anbiya 92)

Mendidik anak-anak kita dengan mencegah mereka dari terleka dengan hiburan lagu-lagu lucah,tv yang mengasyikkan. Usah ibubapa turut sama menonton tv serta lara.Cerita -cerita ditv yang sunguh2 karut lagi amat mengarutkan.Cerita-cerita lagenda serta kartun-kartun amat-amat merosakkan pemikiran anak-anak . Masa yang diperuntukkan untuk menonton tv sewajarnya dihabiskan dengan membaca Al-Quran atau membuat sesuatu aktiviti untuk masyarakat.Masakan dapat garisan yang lurus jika asalnya dari kayu yang bengkok.


Kita yakin Israel tidak akan lenyap, manakala bumi Palestin pula tidak akan bebas kecuali melalui tangan-tangan orang-orang mukmin yang benar, yang sentiasa sujud pada ILLAHI, menyuruh kepada makruf, mencegah kepada kemungkaran,menjaga batas-batas ALLAH dan orang-orang yang mengharungi peperangan dalam keadaan bersih dan berwudhuk.Siapakah lagi yang kita nantikan untuk menjadi jundullah serta Ansarullah jika tidak kita persiapkan anak-anak kita yang bakal meneruskan perjuangan Islam. Yakinlah dengan janji ALLAH. Tidak ada suatu kekuatan yang berani berdepan dengan mereka ketika mereka bergerak.Malah ketika mereka bergerak, bergerak bersama bauan dari syurga.

Kalau kita rasakan ini merupakan ini sesuatu yang sukar..maka tepuklah dada..tanyalah iman.ISlam tetap akan kembali gemilang walaupun tanpa kita dan keluarga kita.


"Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu mangatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan .Amat besar kemurkaan disisi ALLAH kamu menyatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan"( As -Saf 2-3)

Monday, December 29, 2008

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA BERJAYA




Selama 10 hari diMasjid Duyong bermula 20 Zulhijjah sehingga 29 zulhijjah bersamaan 19 Dis sehingga 28 dis, kedengaran suara anak remaja yang berusia 15 tahun mengaji dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.Setiap hari sebanyak 3 juz diperdengarkan sebagai semakan kepada penilaian syahadah.
Adakalanya suara itu dapat didengari dari jauh lagi dikawasan persekitarannya apabila dibawa oleh angin. Alhamdulillah







Akhir nya pada 29 Zulhijah jam 9 malam , Adik Ammar telah pun mendapat sijil diatas kelululusan penilaian "syahadah". Dia kini bergelar Al-Hafiz. Anak kelima kepada setiausaha Dew.Mus.Kaw.Bkt.Katil.Buat pertama julung-julung kalinya , Masjid Duyong juga mengadakan sambutan khatam Al Quran yang dihadiri dari anak-anak perempuan kawasan Semabok,Melaka.Seramai 300 jemputan telah hadir dimalam tersebut.Syukur kehadrat ILLAHI.
Walaubagaimana pun , ingatlah adik Ammar bahawa tugas besar sedang menanti mu. Kalau engkau rasa sukar untuk menghafaz Al-Quran hanya dalam 2 tahun 4 bulan 24 hari, tapi untuk menghadapi cabaran dalam realiti kehidupan adalah lebih sukar lagi.Ingatlah sekadar menghafaz masih belum lagi mencukupi sekiranya tidak disertai dengan amalan.Al-Quran juga bukanlah sekadar dikhatamkan dan diraikan dengan pulut kuning seperti kelaziman yang dilakukan oleh masyarakat melayu.Al-Quran adalah panduan umat Islam disepanjang zaman..
"Iman itu bukanlah angan-angan dan juga perhiasan, tetapi imam itu adalah sesuatu yang menetap dalam hati, dan dibenarkan dengan amal."









Al-Quran adalah wahyu ILLAHI.Al-Quran yang mulia mempunyai bermacam-macam hukum, yang merupakan perintah dan larangan.







Amatlah malang apabila pengkhataman itu adalah sekadar banggaan lalu setelah itu Al-Quran disimpan lalu terletak diatas almari buat sekian lamanya dan apabila majlis pernikahan diadakan maka sekali lagi khatam Al-Quran dilakukan. Itu merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh umat Islam apabila tidak meletakkan AL-QURAN ditempatnya iaitu dibaca setiap hari lantas dijadikan panduan hidup sehari-hari.







"Iman itu bukanlah angan-angan dan juga perhiasan, tetapi imam itu adalah sesuatu yang menetap dalam hati, dan dibenarkan dengan amal."

Sunday, December 28, 2008

DOA BUAT PARA PEJUANG


Doa buat para-para pejuangan di Kuala Trengganu

Ya ALLAH ..Ya Tuhanku,
Berikanlah Kekuatan,
Mudahkanlah Urusan,
Lapangkanlah Perasaan,
Hulurkanlah Bantuan pada para pejuang yang adakalanya hampir kelemasan
apabila dihimpit asakkan demi asakkan.

Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Hancurkanlah Kebatilan,
Robohkanlah Kezaliman,
Hapuskanlah Kerakusan,
Leraikanlah Ketamakkan dari musuh-musuhmu yang ketandusan
serta kegersangan dari keimanan.

Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Tegakkanlah Kebenaran,
Serlahkanlah Kemenangan,
Pancarkanlah Keadilan
diatas KEIKHLASAN dan KETELUSAN serta PENGORBANAN seorang insan
yang sentiasa meraih KEREDHAAN serta KERAHMATAN
yang sedang dalam perjalanan menuju kepenghujung kehidupan
dan yang pastinya dalam perjalanan pulang kedunia yang berkekalan..

Saturday, December 27, 2008

TAKZIAH!


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan takziah keatas saudara Selamat Aman yang merupakan setiausaha Kawasan Bukit Katil diatas kehilangan bapanya yang tercinta.Allahyarham bapanya telah meninggal dunia pada tengahari 29 Zulhijjah 1429/27 Disember .Semuga keluarga Saudara Selamat akan bersabar diatas penetapan ALLAH ini dan semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas allahyarham,insyaALLAH.

Kematian satu kepastian
tanpa keraguan
Yang akan dirasai oleh setiap insan
termasuk semua makhluk tuhan.

"Dan tidaklah kehidupan didunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan Akhirat itulah yang lebih baik bagi orang-orang bertakwa.Apakah kamu tidak mahu memikirkan?"
(Al An'am 32)

MUSIM SEKOLAH BERMULA



Alhamdulillah, setelah hampir sebulan lebih bercuti,sekolah akan dibuka semula dalam beberapa hari lagi. Buku-buku telah mula dijual dan pendaftaran pun telah dibuka, tidak terkecuali sekolah Ar Rahmah (menengah) dan juga Ar Rahmat (rendah) yang terletak diSolok Gaung, Air Molek Melaka.



Kerani-kerani disekolah pun telah mulai sebuk.







Begitu juga dengan PASTI Sri Jati,Batu Berendam yang juga tidak ketinggalan sibuk mengemas serta membersihkan peralatan bagi menyambut sesi baru 1430H/2009




TAHNIAH! NISA' MELAKA












Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada pengarah NISA Melaka, kerana telah berjaya mengadakan program yang melibatkan remaja pada 27 Zulhijjah bersamaan 25 Dis 2008 bertempat diTaman 1000 bunga, Air Keroh.

Alhamadulillah, sambutan yang diberikan amat memuaskan. Seramai 70 peserta telah terlibat didalam program. Tahniah diucapkan kepada Pengarah NISAA Puan Mahani Othman kerana walaupun tanpa kehadirannya disebabkan terdapat urusan yang penting namun program itu telah dikendalikan oleh para-para pelapis yang telah berjaya dipimpin olehnya. InsyaALLAh , semuga akan lahir lagi akan para-para pelapis yang akan menyambung tugas-tugas murni ini.Juga terdapat ajk muslimat kawasan B.Katil yang terlibat dalam program ini yang juga sekali gus merupakan ajk NISA'. Hanya ALLAH yang mampu memberikan segala kekuatan serta kemudahan..

wahai pemuda , pemudi harapan
Bangun berjuang tegakkan kebenaran

Tanpa sedikit, tiada semua
Tanpa kesedaran tiada pembaharuan

Thursday, December 25, 2008

KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI


Saban hari kita dibebani
Dengan berita-berita sensasi
Tambah berita-berita terkini
Yang lebih banyak menyakitkan hati.

Penyelewengan -penyelewengan terus menjadi-jadi
Kemaksiatan-kemaksiatan terus menari-nari
Diatas pentas dunia yang sementara ini
Pada hal semuanya akan mati.

Ada adun belanja Rm500 ribu dalam 2 hari
Politik wang apatah lagi
Rasuah terus berleluasa disana-sini
Tak kira semuanya nak dikebas sekali.

Tapi.. yang amat geram sekali
Sampai kesihatan pun nak dimanupulasi
Bila IJN pun nak dijilat kroni
Bertopeng atas nama Sime darby
Nampaknya..dah melampau..nak tunjuk berani.
Terus bermegah-megah tanpa peduli
Walaupun bantahan rakyat disana-sini
Dah meluat dan dah benci
Dengan sikap dan perangai pemimpin yang berdinasti.

Sebelum Dinasti Razak menjadi,Dinasti Badawi terus menguasai
Dari kroni anak-beranak kekroni suami isteri
Belum apa-apa lagi,dah nak menguasai ekonomi.

Walau apa pun gelaran diberi
Mereka tetap satu parti
Parti keris telanjang yang tak bersarung lagi
Tak sedar, tumpul tak makan laki.

Begitulah manusia , bila ALLAH tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Bukan setakat ulama yang dibenci
Kasihan! Dr Asri bekas mufti
tak pasal-pasal.. puisinya pun kena gam sekali.


Kini
PARLIMAEN KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI
Setelah kematian Alahyarham YB Razali
Baru tersedar nak beri duit royalti
Setelah sekian lama hak negeri Trengganu dinafi
Nak tunggu Adun mati
baru nak kasi
begitulah zalimnya mereka ini.

Ayuh ! Pengundi-pengundi
Yang duduk jauh-jauh ..cepat kembali
Pemerintahan sekarang mesti diganti
Sudah tidak relevan lagi
Akhlaknya buruk tidak terperi
Seperti labu yang sudah tidak boleh dibaiki
Pecah tak boleh ditampal lagi
jatuh tak mengkin menjadi tanah kembali

Ayuh! para-para pengundi
Tekadkan dihati yang murni
bahawa PAS pilihan dihati
Kertas ditangan..pensil dijari
buktikan ia di 17 Januari nanti.

DMPBKATIL

Wednesday, December 24, 2008

WARKAH BUAT DATIN SRI JEANNE ABDULLAH


(MAAF,GAMBAR SEKADAR HIASAN)

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian bagi ALLAH,tuhan semesta alam. Selawat dan Salam keatas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W yang telah menunjukkan jalan kebenaran lagi direhaiNYa. Kebahagiaan bagi orang -orang yang mengikuti petunjuk Al-Quran dan As Sunnah.

Datin Sri,
Izinkan kami sebagai rakyat marhein untuk menulis sepatah dua kata buat Datin Sri, demi menegakkan sebuah kebenaran berlandaskan lunas-lunas Islam.Kami sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang disarankan oleh ALLAH S.W.T dalam surah Als Asr...."Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan dengan kesabaran".
InsyaALLAH.

Datin Sri,
Sebaik saja kami membaca satu atikel dari akhbar alternatif yang bertarikh 21-27 disember,lantas kami terbaca satu atikel yang kami kira agak menarik untuk kami memberikan sedikit maklum balas diatas kenyataan yang dibuat. Atikel yang bertajuk "Jadilah muslim yang baik, pesan isteri PM". Satu pesanan yang cukup indah susunan kata-katanya, yang telah Datin Sri sampaikan ketika diperasmian "Konvensyen Saudara Kita Ketiga", Peringkat Negeri di Pusat Penerangan Islam di Kucing, Sarawak , baru-baru ini.
Kami petik sedikit diantara ucapan yang datin telah ucapkan diperasmian tersebut,
"Jadilah muslim yang baik , ambil Al-Quran dan baca kerana ia akan memandu kita. Kita perlu memahami isi kandungannya dan bukan setakat membaca sahaja. Sekarang Al-Quran diterjemahkan dalam pelbagai bahasa . Bacalah dalam bahasa yang anda rasa selesa agar anda memahaminya."

DatinSri,
Selaku saudara baru, sayugia suka kami ingatkan terutama buat diri kami sendiri serta sesama insan untuk pesan memesan diantara satu sama lain kerana itulah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada setiap individu muslim , tidak mengira samada kepada seorang rakyat biasa seterusnya kepada seorang perdana menteri hatta kepada seorang raja sekalipun. Lebih-lebih lagi untuk menyampaikan risalah tentang kebenaran Islam kepada saudara baru terutama kepada Datin Sri.
Seanterio dunia telah pun mengetahui bahawa Datin Sri Jeanne Abdullah merupakan isteri baru kepada PM Malaysia setelah kematian Datin Sri Hendon. Dan sudah semestinya Datin Sri juga memainkan peranan yang besar dalam menjalani kehidupan sebagai isteri seorang PM. Tidak dinafikan seorang Isteri merupakan tunggak kepada kejayaan seorang suami seperti yang sering dinyatakan bahawa 'Kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya.'. Meskipun adakalanya bila dilihat seorang lelaki itu terlalu GAH lagaknya, namun sebenarnya terdapat juga kelemahan pada diri mereka walaupun seorang lelaki selalu berbangga diatas kelebihan diri mereka..namun didalam Al-Quran sering menyebut bahawa tidak adanya beza lelaki dan perempuan melainkan TAQWA. Begitulah sayangnya ALLAH kepada setiap hamba ciptaannya, tidak mengira lelaki atau perempuan..Oleh itu kami mengharapkan Datin Sri juga bijak untuk merebut peluang dan ruang untuk menyatakan kebenaran dihadapan suami Datin Sri selaku Perdana Menteri Malaysia sebelum Datin sri akan kerugian selama-lamaya. Peluang dan ruang apabila dihalang ,ditakuti akan terus hilang kerana peluang dalam kehidupan tidak akan berulang.
Lahir...hidup...mati .
Seperti yang diceritakan didalam Al-Quran bagaimana isteri Firaun , Asiah yang dapat mempengaruhi Firaun untuk memelihara Nabi Musa yang dijumpai sedang dihanyutkan ,sedangkan ketika itu , Firaun telah memerintahkan untuk membunuh semua anak lelaki yang baru dilahirkan. Natijah dari peristiwa itu Nabi Musa terus dapat menyebarkan agama ALLAH dan Asiah isteri Firaun merupakan salah seorang dari ahli syurga meskipun suaminya , Firaun adalah seorang zalim dan pastinya ahli neraka.. Begitu juga Saidatina Khadijah telah menenangkan serta mententeramkan Rasulullah S.A.W ketika Rasulullah balik dalam keadaan berdebaran setelah menerima wahyu pertama diGua Hirak, Sehingga akhirnya syiar Islam terus berkembang keseluruh dunia sehingga kehari ini dan tidak terkecuali buat diri Datin Sri sendiri, Alhamdulillah.

Datin Sri,
Islam bererti tunduk dan patuh kepada ALLAH tanpa sebarang kompromi .Menolak semua sistem, dan perintah -perintah yang bertentangan dengan petunjuk ALLAH.Tiada pilihan lain lagi selain hanya memilih untuk hidup berlandaskan syariat ALLAH. Mengucapkan dua kalimah syahadah , bermakna membenarkan diri hanya untuk benar-benar mentaati ALLAH dan mengikut sunnah Rasulullah.
Allah berfirman " ..Barangsiapa yang memutuskan tidak menurut apa yang diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang kafir" (Al-Maidah-44).

Manakala sifat-sifat yang dikatakan MUSLIM adalah , dia mesti kebal dari 3 penyakit ni:

1- Penyakit yang mengesampingkan hukum-hukum ALLAH dan memperturutkan dorongan hawa nafsu.
2- Melebihkan kebiasaan keluarga dan cara-cara nenek moyang daripada hukum ALLAH
3.mengikut cara-cara yang ditempuh manusia, baik oleh orang-orang besar bangsanya sendiri mahupun bangsa lain.
Dari itu , pastikan kita dapat membebaskan diri dari segala perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada ALLAH semata-mata.

Datin Sri,
Berbalik dari ucapan yang Datin Sri sebut diatas maka suka kami ingatkan bahawa Datin Sri sendiri mesti membuka dan membaca lantas mengamalkan surah An Nur ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59.. yang menyatakan tentang kewajiban menutup aurat bagi setiap wanita mukmin. Masakan Datin Sri meminta orang lain membuka dan mengamalkan Al-Quran sedangkan Datin Sri sendiri tidak mengamalkannya. Datin Sri tidak boleh jadi seperti 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ibunya berjalan senget'..Itu merupakan satu kesalahan disisi Islam. Amatlah besar murka ALLAH kepada orang yang menyeru orang lain untuk membuat kebaikkan sedangkan diri sendiri tenggelam mengikut hawa nafsu dorongan syaitan.Bukan kah itu juga merupakan satu kezaliman terhadap Al-Quran itu sendiri apabila kandungan didalam Al- Quran tidak diamalkan. Bukankah apabila kita tidak meletakkan satu benda ditempatnya yang betul, kita adalah zalim. Ya! Kita sedang menzalimi diri kita sendiri kerana tidak mencernakan isi kandungan Al-Quran didalam kehidupan kita sendiri, kerana itu satu- satunya mukjizat yang tidak berubah walau satu huruf pun. Al Quran tetap terpelihara buat selama-lamanya. Mana mungkin berbuih mulut kita untuk menasihati orang lain untuk mengamalkan Al-Quran sedangkan kita sendiri abaikan.. Bukankah itu menipu namanya.Apakah Datin Sri juga ingin menjadi seorang penipu seperti yang sering dilakukan oleh PM?
FIKIR2KANLAH!!!FIKIR2KANLAH!!!

Datin Sri
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA masih lagi dikekalkan sehingga hari ini. Tahukah Datin Sri ,setiap hari jutaan rakyat sedang menyumpah Dinasti Badawi( pemerintahan keluarga ayahanda dan anakanda2nya). Maaf , itulah gelaran yang diberikan oleh rakyat kepada keluarga Datin Sri.
ISA membenarkan sesiapa saja tiba-tiba secara mengejut ditangkap dari tepi jalan atau dari rumah mereka dan kemudian diumumkan sebagai seorang yang "mengancam keselamatan negara . Mereka tidak tahu apakah kesalahan mereka kerana tiada tuduhan yang khusus dibuat oleh kerajaan. Mereka tidak dibenarkan atau hanya diberikan sedikit peluang mendapat khidmat peguam dan tidak dibicarakan didalam mahkamah terbuka. Apabila mereka dihantar ke Kem Tahanan kamunting, tiada hakim yang mengadili kes mereka. Mereka tidak dihukum untuk jangkamasa yang tertentu, oleh itu mereka tidak tahu bila- jika berlaku masa mereka dibebaskan.
Apabia peguam, ahli keluarga dan juga suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) tidak mudah dibenarkan berjumpa dengan tahanan, maka tahanan menanggung risiko dengan buruk atau diseksa. Mereka bukan saja diseksa secara fizikal malah mental atau kedua-duanya sekali.
Penyeksaan dilakukan untuk memaksa tahanan membuat pengakuan. Pengakuan ini tidak sah kerana seseorang yang ditahan dan diseksa akan mengaku apa sahaja kepada pegawai penyiasat kerana mereka berada dalam keadaan trauma dan tertekan. Malangnya kebenaran "pengakuan" ini tidak akan dibawa kemahkamah, tetapi hanya
diumumkan oleh Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri.

Datin sri, lihatlah betapa kezaliman ini terus bermaharajalela dibawah kuasa suami kepada Datin Sri yang menyeru rakyat membaca dan amalkan Al-Quran sebab sudah terbit dalam banyak bahasa. Apakah Datin Sri ingin terus bersubahat dengan segala kezaliman ini, yang terus menyiksa rakyat. Isteri-isteri serta anak-anak mereka terus merana kerana kehilangan sebuah kasih sayang yang terlalu amat besar makna bagi mereka. Wang tidak dapat membeli kasih sayang. Kasih sayang tidak ada milik gantinya.
Datin Sri tinggal dirumah diPutraJaya yang sewa bulanannya ribuan ringgit sehari dan menjadi jutaan ringgit setahun sedangkan keluarga dan anak-anak tahanan ISA terus menderita. Mampukah Datin Sri tidur diatas deraian tangisan air mata mereka. Kami tahu betapa deritanya Datin Sri ketika ini walaupun ditimbuni dengan harta yang melimpah ruah .Datin Sri boleh menipu kami dengan senyuman yang dipaksa tapi Datin Sri tidak boleh menipu diri Datin Sri sendiri. ALLAH berfirman: ".....Ingatlah hanya (bahawa) dengan mengingat ALLAH itu, tenteramlah segala hati" (Ar Rad:28).
Oleh itu tidak ada jalan bagi manusia untuk menenangkan hati dengan hanya kembali kepada ajaran ALLAH iaitu melaksanakan tugas hakiki Al Amru bil ma'ruf wan nahyu anil mungkar.

Datin Sri,
Akhir sekali, Boleh kah kita lupakan dengan agihan dana RM600 juta yang dibuat oleh suami Datin Sri kepada semua ketua bahagian Umno kononnya bertujuan untuk pembangunan. Bolehkah kita melupakan tiap tindakan kotor Khairy dan Kamaludin yang bergelumang dengan rasuah serta menyalahgunakan hubungan kekeluargaan untuk keuntungan peribadi? Rasuah yang diwarisi dari zaman CheDek walaupun CheDek cuba menafikan dengan mengatakan bahwa rasuah dizamannya sedikit dan dizaman suami Datin Sri banyak, lebih teruk.Betullah apa yang dikata orang..2x5=10...5x2=10. Tuduh menudauh, membuka pekung didada namun rakyat juga yang menderita...
Ada hadith yang menyatakan "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam neraka" Riwayat At Tirmizi.
Bukalah surah Al-Baqarah:188)..Rasuah tetap haram disepanjang zaman, tetap haram disetiap pemerintahan, tetap haram diseanterio dunia. Tidak adalah ISTILAH sikit atau banyak. RASUAH TETAP HARAM walaupun sesen cuma..
Kalau hendak dicatitkan disini terlalu banyak penyelewengan yang melibatkan rasuah.. Penguasaan terhadap Avenue Capital Bhd..Kontrovesi tentang pengabungan ECM Libra Capital Bhd dan macam2 lagi..Rasuah sudah terlalu berleluasa , sudah dianggap perkara biasa.
Oleh itu, kami tak mahu balanya ..lalu apa yang penting kami mahu pemerintahan Malaysia ditukar segera.

Datin Sri,
Kami tahu, Datin Sri telah menerima ribuan dan mungkin jutaan warkah dari rakyat yang marhein seperti kami, namun itu tidak penting bagi kami kerana kami tetap akan berusaha untuk mencegah kemungkaran kerana Islam kami Islam yang syumul(menyeluruh) bukannya Islam Hadhari, yang hanya sekadar menyeru yang ma'ruf tanpa mencegah kemungkaran. Inilah warkah yang akan buktikan dihadapan ALLAH nanti, bahawa ini adalah usaha yang terlalu kecil untuk kami dalam lakukan dalam sama-sama menegakkan kebenaran serta keadilan yang telah sekian lama diperkosa oleh pemerintahan BN.
Diharapkan Datin Sri dapat mengingatkan suami Datin Sri. Janganlah Datin Sri sanggup bersekongkol dengan mereka yang melakukan kezaliman. Janganlah kerana harta dan pangkat menyebabkan Datin Sri turut tergoda dengan dunia ini yang hanya diibaratkan seperti Jari yang dicelup didalam lautan, maka air melekat dijari itu nikmat dunia sedangkan lautan yang luas itu nikmat akhirat.
Semuga Datin Sri dapat fikir-fkikrkan sebelum segalanya terlambat. Penyesalan diakhirat sudah tiada membawa apa-apa erti..
Sekian

Yang ikhlas
Dew.Musl.PAS Kaw Buk Katil

Monday, December 22, 2008

SELAMAT KEMBALI DARI KEDAH DARUL AMAN


Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat kembal kepada rombomgan Kaw Bkt katil dari negeri Kedah Darul.Mereka tiba jam 1.10 pagi tadi. Program pada hari kedua bermula dengan kuliah subuh, dikuti dengan taklimat dari YB Taulan Rasol (Exco Kedah), seterusnya perjumpaan dengan ahli Kelab penyokong Pendang. manakala pada sebelah petangnya diadakan lawatan ke Muasasah Darul Ulum dan terus kembali keMelaka.
Alhamdulillah, mereka telah selamat pulang. Diharapkan ilmu -ilmu yang diterima semasa lawatan ke Kedah , akan dimenafaatkan untuk kemenangan negeri Melaka bagi PRU 13..InsyaALLAH

Saturday, December 20, 2008

BICARA BUAT TUN MAHATHIR




TUN ..

RASUAH TETAP HARAM
DULU...KINI...DAN SELAMANYA

RASUAH TETAP HARAM
SAMPAI BILA-BILA

RASUAH TETAP HARAM
DISETIAP PEMERINTAHAN
TIDAK UJUD ISTILAH..
ZAMAN PEMERINTAHAN TUN SEDIKIT(HALAL)..ZAMAN PAK LAH BANYAK (HARAM)

RASUAH TETAP HARAM
PADA ORANG MUDA @ TUA
PADA KANAK-KANAK @ DEWASA
PADA DUDA @ JANDA

RASUAH TETAP HARAM
PADA SEMUA MANUSIA

RASUAH TETAP HARAM
DISEANTERIO DUNIA

SUSAH!!... KALAU ORANG SUKA BELIT-BELIT DALAM PERCAKAPAN..

SUDAHLAH!!! .MEMANG TAK BOLEH DILAYAN..
MEMANG TUN ADA SERIBU ALASAN..
PANDAI BERBELIT DALAM PERCAKAPAN..
MEMANG TUN SENGAJA NAK CARI PERHATIAN..
BILA KUASA DAH HILANG DARI TANGAN ..
MULALAH GELABAH SEMACAM..
HIDUP PUN DAH TAK KEHARUAN
MACAM CACING KEPANASAN
IANYA AKAN TETAP BERTERUSAN..
SELAGI HAYAT TUN DIKANDUNG BADAN
KERANA DAH JADI KEBIASAAN..
NAMPAKNYA TUN ..DAH SUSAH NAK TUKAR HALUAN..
PADAHAL USIA TUN MAKIN TERUS KEDEPAN..

INGATLAH TUN!!! JIRAN YANG PALING HAMPIR SEKALI ADALAH KEMATIAN
ALHAMDULILLAH..KALAU MASIH ADA HARAPAN..
KALAU ALLAH MASIH KASIHAN..
ADALAH PENGAMPUNAN..
SEBAB TERLALU BANYAK YANG ALLAH DAH INGATKAN..
DIDALAM AL-QURAN..
YANG MENJADI PANDUAN UMAT ISLAM..
TAPI SAYANG TERUS DIABAIKAN..

MAAF
AKU BERCERITA SEKADAR MEMBERI INGATAN
BUAT SESAMA INSAN
BILA ALLAH DILUPAKN
MAKA TIADA ADANYA JALAN PENYELESAIAN
BERPUSING...BERBELIT-BERBELIT MASIH TAK JUMPA JALAN
BERTELENTANG ..MENEGAK.. MASIH TAK NAMPAK PANDUAN
PADAHAL MASA TERUS BERJALAN

DITAKUTI MATI.. AKHIRNYA TANPA IMAN
DIAKHIRAT ..PENYEKSAAN BERTERUSAN
DIKALA ITU SUDAH TIADA ERTI PENYESALAN...
ADUH!!! ADUH!!! ADUH BERTERUSAN DALAM SIKSAAN....
AZABNYA MEMANG AMAT MENYAKITKAN ...










--------------------------------------------------------------------------------

KASIH SAYANG SEJATI



KASIH SAYANG SEJATI

Kasih sayang sejati memerlukan pengorbanan
Bukan sekadar perkataan
Ia beserta keikhlasan..
Bukan sekadar ucapan..MALAH
Berserta tindakan...Tanda pembuktian.

Kasih Sayang sejati memerlukan pengorbanan
Bukan sekadar angan-angan..bukan paksaan...bukan mainan..
bukan kepura-puraan...bukan juga gurauan..TAPI
beserta perbuatan...Tanda kejujuran.

Kasih Sayang sejati...Tiada kepentingan diri..
Bila terdesak...melutut mencari
Bila senang.. ditinggal pergi
Bila berada ..lupakan diri
Bila derita..merayu lagi

Kasih Sayang sejati memang sukar dijejakki
...Jelmaan dari naluri yang suci..
...Terbit jauh dari lubuk hati...
...Lahir dari sanubari yang murni..

Hilangnya sukar dicari
Perginya sukar diganti
Kasihnya tetap abadi
meskipun adakalanya tidak dihargai...NAMUN
itulah kepuasan hati....JUSTURU
kasih sayangnya kerana ILLAHI.

Beruntunglah mereka yang memilikki..
Secebis nikmat dari ILLAHI..NAMUN
tidak ramai yang dapat merasai...

TAHNIAH BUAT ADIK AMMAR






ALHAMDULILLAH...Adik Ammar anak ke5 kepada setiausaha Muslimat Kaw Bukit Katil yang berusaha 15 tahun kini sedang menjalani ujian "Syahadah" untuk digelar Al-Hafiz. Beliau telah menagambil masa selama 3 tahun untuk menghafaz Al Quran. Hari ini telah pun masuk hari kedua , adik Ammar menjalani ujian di Masjid Duyong, berhampiran Perigi Hang Tuah , Melaka. Seramai 3 juri untuk mengadilinya. Setiap hari adik Ammar akan membaca sebanyak 3 Juz. Ujian ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 22 Zulhjjah - 30 Zulhijjah ( 19 Dis-28 Dis). Sesiapa pun dibenarkan untuk bersama-sama didalam majlis tersebut. Waktu bermula jam 2.30 petang. Setakat 2 hari yang berlalu, adik Ammar mengambil masa 1jam 30 minit untuk menghabiskan 3 juz.
Semuga ALLAH memberinya kelancaran serta kefahaman terhadap Al-Quran.Dan begitu juga diharapkan agar ramai lagi yang akan muncul menjadi Al-Hafiz dimuka bumi ini, InsyaAllah.

SELAMAT SAMPAI KEKEDAH DARUL AMAN

(Maaf..gambar sekadar hiasan)
Alhamdulillah, rombongan dari Kaw B.Katil telah selamat sampai ke negeri Kedah Darul Aman jam 7 pagi , sabtu.(20 Dis/22 Zulhijjah). Dari sekolah Al Faizin rombongan berangkat ke Pusat Khidmat masyarakat DUN Kubang Rotan. Seterusnya diadakan taklimat dari urusetia penerangan Negeri di Sri mntaloon. Bermalam dimarkaz Pendang...

Bersambung..

Thursday, December 18, 2008

SELAMAT BERANGKAT KEKEDAH


(Maaf..gambar sekadar hiasan)

Alhamd, Dewan Muslimat PAS Bukit Katil turut bersama-sama akan menyertai PAS Kaw B.Katil dalam lawatan keKedah dengan menaiki bas rombongan , dalam masa yang terdekat ini.Seramai 6 muslimat akan menyertai bagi menyediakan persiapan PRU 13.
Semuga ilmu yang diterima disepanjang lawatan itu akan dapat dimenafaatkan di Melaka. InsyaALLAH.
Semuga selamat dijalanan pergi dan balik dan mendapat keberkatan dari ILLAHI.

Monday, December 15, 2008

KUALA LUMPUR YANG AKU TINGGALKAN





Aku dibesarkan di Kuala Lumpur. Sekolah rendah aku adalah SKJalan Bangsar di jalan pantai Baharu. Rumah aku lebih terkenal kuarters keretapi Bangsar Road. Bapa aku bekerja diKTM.Rumah aku berhadapan jalan raya dan jalan keretapi. Oleh kerana rumah aku agak berbukit manakala jalan raya bawah bukit dan kebetulan ada busstop(maaf dulu memang sebut busstop) disitu maka setiap kali bas berhenti pasti aku akan melambai penumpang didalamnya kerana ketinggian bas itu sama paras dengan level rumah aku.
Rumah kuarters KTM itu kecil saja. Tidak ada bilik.Yang ada ,bila masuk saja ruang depan..ruang tengah. Dapur terpaksa disambung sendiri.Tapi Alhamd..adik beradikku seramai 8 orang.
Setiap hari aku berjalan kaki kesekolah .Jalan Bangsar, Jalan Riong, Jalan Pantai baharu,Lever Brothers(Kilang Sabun), Kampung Paya, Kg Hj Abdullah Hukum.Bangunan Lembaga Letrik Negara, Kelab Kilat, Jalan keretapi, Angkasapuri memang tempat laluan aku. Dulu, berjalan kaki kesekolah amat menyeronokkan.Walaupun jauh tapi selamat dari gangguan orang jahat.Selalu aku singgah kegerai Taman Razali Shafie .Terdapat deretan kedai disitu. Mudah untuk beli apa yang aku suka..Walaupun masih disekolah rendah tapi berani untuk berjalan kaki bersama rakan-rakan.Jalan Tanduk , Jalan Telawi semua tempat permainan aku .Terdapat sebatang sungai yang memang kotor airnya mengalir. Tapi masuk itu, kotor pun tak kisah, masuk juga kaki didalamnya.
Terdapat satu surau diatas bukit berhampiran rumah aku. Juga ada padang yang tak rata malah berbukit, dipadang itulah mereka akan pasang tayangan fiem P.Ramleee...Hindustan...Apalagi..berduyun-duyun lah datang..maklumlah dikuarters itu ramai yang berbangsa melayu dan India. Miskin ..tv tak mampu nak beli.

...bersambung...

bersambung ...

Sunday, December 14, 2008

Tamrin Muslimat



ALLHAMDULILLAH..Dewan Muslimat PAS Bukit Katil telah menghadiri tamrin yang telah diadakan dikawasan Bukit katil baru-baru ini. Tamrin yang berlansung selama 2 hari ini,telah memberikan impak yang baik kepada para pesertanya. Semuga pentarbiyahan akan terus berjalan lancar agar dapat melahirkan pejuang-pejuang muslimat yang berjiwa besar.Tarbiyah memainkan peranan yang besar.Ianya bersifat berterusan.Muslimat yang hidupnya ditarbiyah bisa mendidik anak-anak yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.Oleh itu jangan anggap enteng dengan tarbiyah..Manusia mudah terlupa..oleh itu kita dikehendakki hidup dengan pesan memesan .

..."Demi masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati dengan kesabaran..(AL 'ASHR ..MASA)..

Tak perlu tunggu, sampai kita dapat menggarap semua ilmu baharu nak berdakwah..mungkin masa itu, semua dah terlambat..sampaikanlah walau sepotong ayat..

Tugas kita hanya menyampaikan...Hanya ALLAH yang mampu membuka pintu hati manusia.
Sampaikan dengan kesabaran dan berhimah.Kita akan dipertemukan dengan seribu satu ragam manusia namun apa yang penting..adalah akhlak serta kesabaran..

Pernah Rasulullah ditanya tentang akhlak yang baik...lalu Rasulullah membacakan firman ALLAH: Jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf dan berpaling dari orang-orang yang jahil..(Al-A'raf: 199)..."Bergaullah dengan manusia , dengan akhlak yang baik"..

"Tangan yang menghayun buaian, mampu mengoncang dunia"..

Saturday, December 13, 2008

KEKUATAN DOA SI TERANIAYA


Seorang wanita tua dan miskin dari kalangan Bani Israel bertempat tinggal dialam sebuah rumah buruk berhampiran kawasan istana raja. Setiap hari raja merungut kerana rumah tersebut dianggap mencemarkan pemandangan kawasan pemandangan kawasan persekitaran istana. Lebih lebih lagi bila ada tetamu agung datang berkunjung untuk melihat keindahan istana, raja terasa sangat malu. Sudah berkali-kali raja dan pihak istana memberitahu siwanita tua itu agar memindahkan rumahnya kekawasan lain dan berjanji akan memberi pampasan yang cukup kepadanya. Namun wanita itu tidak mahu berpindah.

"Kalau tetap berdegil juga, robohkan secara paksa". kata raja kepada pegawainya.
"Baik kita tunggu sehingga dia pergi".Kata pegawai memberi cadangan
"baik, kita lihat bila dia pergi"

Suatu hari wanita itu keluar berpergian ketempat yang agak jauh,maka raja memerintahkan para pegawainya agar segera bertindak.Dalam sekelip mata saja rumah wanita tua telah hancur dan tapaknya dibersihkan.Raja merasa sangat lega kerana sudah tidak ada lagi yang mencacatkan pemandangan dikawasan istananya.

Apabila wanita malang itu datang dari keperluannya, dia terkejut besar apabila mendapati rumahnya sudah tiada lagi dan tapaknya pun sudah dibersihkan.Dia sangat sedih dan menangis, kerana tidak punya tempat lain untuk berteduh.

"siapa yang meruntuhkan rumahku?" Tanya wanita itu.
'Orang-orang dari istana raja". jawab orang berada disitu
"MasyaAllah tergamak baginda berbuat sekejam ini".

Dia hanyalah seorang awam yang lemah, tidak punya kekuatan untuk menyatakan bantahan kepada raja.Satu-satunya yang dapat dilakukan adalah membuat pengaduan kepada ALLAH ,Raja dari segala raja yang ada dimuka bumi ini.

Dengan linangan air mata dan hati yang pilu, Dia berdoa dengan khusyuk.."wahai Tuhanku, Wahai pelindung ku. Sekalipun aku pergi , Engkau tetap hadir untuk membantu orang-orang yang lemah dan untuk membela orang-orang teraniaya'.

Hanya itu saja kata-kata yang mampu diucapkan olehnya, kemudian dia duduk diatas tapak rumahnya seperti menunggu sesuatu.

Tidak lama kemudian, raja keluar dari istana bersama para pengawalnya, berjalan dengan sombong melalui tapak rumah yang telah dirobohkan.

"Apa lagi yang kamu tunggu disini?" kata raja kepada perempuan tua itu

"Aku sedang menunggu saat-saat keruntuhan istanamu" jawab perempuan dengan berani

"Apa?..Ha...ha...ha..Engkau jangan mengigau, siapa yang sanggup meruntuhkan istanaku itu?..kata raja

"Tuhan yang Maha Kuasa"

'Ada-ada saja kamu ini". Kata raja sambil memperli

Pada sebelah malamnya, tiba-tiba bangunan-bangunan istana raja runtuh seperti dilanda gempa bumi.Raja dan semua orang yang didalamnya tidak dapat menyelamatkan diri kerana sedang nyenyak tidur, mereka terperangkap dan mati.

Orang ramai datang menyaksikan keruntuhan istana yang berlaku hanya sekelip mata saja.
Diantara mereka ada yang menemukan sekeping kertas berisi beberapa rangkap syair yang berbunyi:

Apakah engkau menghina dan memperli doa?
Padahal engkau tidak tahu keampuhanya
Ia laksana panah malam yang tidak pernah luput
Tapi ada masanya, sedang masa terhad
Kehendak ALLAH telah berlaku seperti yang kamu lihat
Kerajaan dan kekuasaan disisi mu tiada kekal


Semuga ALLAH memelihara kita sekelian dari kejahatan pemerintah yang zalim

Sunday, December 7, 2008

Hari Raya Aidil Adha

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban . Semuga semua usaha yang dilakukan demi syiar Islam mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

Blog ini akan bercuti selama 1 minggu.
InsyaALLAH akan beroperasi pada minggu hadapan. 17 Zulhjh..15 Dis.

Selamat bercuti ....

Saturday, December 6, 2008

WANITA DALAM PERUNDANGAN BARAT


sambungan

Prof Dr Ali Abdul Wahid Wafi didalamnya kitabnya halaman 20 telah berkata: "keadaan wanita Perancis amat menyedihkan hingga kezaman akhr-akhir ini, malah hingga sekarang masih tidak terbela sepenuhnya.Mereka disisihkan dari undang-undang sebagai tidak layaknya mendapat sepenuhnya hak sivil".

Dalam undang-undang Civil Perancis (Code Napolean) perkara 217 ada tercatat:

"perempuan yang telah berkahwin , meskipun perkahwinannya diasaskan diatas satu perjuangan pengasingan hakmilik suami isteri, namun begitu tidaklah bererti membolehkan isteri tersebut menghebah atau memberi hartanya atau memindahmilik atau mengadaikanya atau membelikan sebarang harta baru tanpa disertai dengan suaminya didalam kontrak atau persetujuan suami tersebut secara bertulis.

Satu hal yang ketara lagi,apabila seorang perempuan telah berkahwin , maka secara otomatis namanya dan kelurganya hilang, ditukarkan nama baru yang dikenal sebagai Mrs.......(nama suaminya).Dengan kehilangan itu akan hilang namanya sendiri dan nama kelurganya.Semuanya larut dalam nama suaminya.

Thursday, December 4, 2008

Kemana perginya sahabat-sahabat yang pernah sama-sama berjuang???



Apabila aku terbaca diblog Ketua Penerangan Negeri Melaka bertanya " Kemana pergi sahabatku sekelian".Fikiran ku melayang mengimbas kembali satu artikel yang telah diterbitkan pada 1997 oleh sebuah pertubuhan yang turut bertanya " Bila Pemimpin dan penggerak bertanya "Mana Tok Syeikh.

Apabila ditanya oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya..Apakah yang paling jauh dari kita?..lalu dijawab oleh anak muridnya dengan perbagai jawapan.Lantas dijawab oleh Imam Ghazali ' Jawaban kamu semua betul' tetapi yang paling jauh dari kita adalah "MASA LALU".Dan apabila ditanya lagi..apakah yang paling dekat dengan kita?..lalu dijawab anak muridnya dengan berbagai jawaban lantas dijawab oleh Imam Ghazali ."jawaban kamu semua betul, tetapi yang paling dekat adalah KEMATIAN.


Mengimbau kenangan silam ,memang satu yang indah.Kenangan lama pasti mengusik jiwa.Itu adalah fitrah manusia namun bagi seorang pejuang ,untuk berjuang,ia mengambil masa yang terlalu panjang.Tribulasi dan mehnah dalam perjuangan silih berganti.Masa lalu sudah semakin jauh. Kematian jua yang semakin hampir.Keihlasan dan Kesabaran adalah gandingan mantap yang tidak boleh dipisahkan. Tak TAK MAKAN DIPUJI, TAK REBAH DIKEJI satu prinsip yang perlu disemati. Tiada istilah merajuk, putus asa dalam keikhlasan perjuangan.Jangan izinkan diri termassuk "Golongan yang Gugur" sebelum kita benar -benar digugurkan.Perjuangn mesti diteruskan samada menang syahid. Usah dikhuatiri dengan segala ugutan dan ancaman ,ia hanyalah sekadar kemuncup dijalanan yang hanya bisa melekat pakaian dihujung kaki saja..Tiada siapa dapat mengubah apa yang telah ditentukan oleh ALLAH keatas diri kita.
Kalau nak senaraikan satu persatu nama sahabat2 semasa dikampus yang sama2 telah berjuang dengan keghairahan dan semangat ,memang terlalu ramai. Tapi bila kita toleh kira & kanan hari ini ,tak ramai yang kita kenal.Malah naqib dan naqibah kita , yang pernah membimbing kita sehingga kita dapat meneruskan perjuangan sehingga hari ini juga sudah tidak kelihatan lagi, mugkin mereka punya urusan yang besar..cuma apa yang mampu kita peringatkan bahawa tugas Dakwah lagi besar. Tugas dakwah sepanjang kehidupan..Tugas mencari kesibukkan dunia , pasti akan tersekat akhirnya..Namun ALHAMDULILLAH kita ucapkan kepada mereka kerana diatas usaha gigih mereka lah , kita masih diatas perjalanan ini.Semuga mereka juga masih juga dalam perjuangan tapi mungkin dengan cara mereka yang mugkin jua diredhai ALLAH.
Dah sampai masanya untuk terus pandang kehadapan.Perjalanan masih jauh. Bak kata bait sebuah nasyid.."Pangkalnya telah jauh, hujungnya belum tiba".
Apa yang penting pada hari ini, adalah untuk melahirkan lebih Amilin dalam jamaah kita. Siapakah Amilin? Jika ditinjau dari perspektif (Asyahid Imam Hassan Al Banna), Amilin adalah ahli-ahli Ikhwan yang berbaiah kerana berjanji setia untuk mendukung , mengamal dan menghayati 10 Rukun Baiah.Sesudah itu Amilin mesti melaksanakan dengan ikhlas dan mengamati 10 Wasiat.
Apa yang kehendaki beliau hanya segolongan Amilin, katanya " akan ku kuasai dunia ini bersama-sama mereka .

Berapakah Amilin yang kita perlukan untuk memenangi kerusi Dimelaka. Apakah mekanisme kritikal untuk melahirkan Amilin? Jika dituruti kaedah Hassan Al-Banna, ianya adalah Dakwah dan Tarbiyah. Oleh itu pastikan Tarbiyah dapat memainkan peranannya.

Cuba lihat apa yang ditulis oleh mantan Ketua Penerangan Selangor yang telah dipecat.Dalam buletin bulanan Daerah gombak 2007 yang bertajuk "PENERANGAN MENJANA PERUBAHAN"

Sebagaimana pesanan Yusof Al Qardhawi..kita mesti faham fiqh as-sunah, iaitu ilmu tentang kemenangan dan sunnah kekalahan. Satu prinsip yang boleh kita guna pakai adalah 'Prinsip pareto" atau 20/80 Rule.Prinsip ini menyatakan sebab dan punca yang kecil peratusannya menatijahkan hasil yang besar peratusannya.Nisbahnya adalah 20/80.

Teras prinsip ini dalam gerakerja kita adalah : 80% prestasi kerja PAs dihasilkan oleh 20% ahli-ahli aktif dan penggeraknya.Kita mesti mengenal pasti 20% dikalangan ahli PAS Melaka sebagai Amilin untuk menang dalam pilihan Raya 13 nanti..

Dan Alhamdulillah hari ini penulis yang menulis satu persoalan .. "Bila pemimpin dan penggerak bertanya 'Mana Tok Sheikh" dalam tahun 1997 telah pun diamanahkan menjadi YB pada hari ini genap dalam masa 11 tahun dari hasil penulisanya maka tidak mustahil juga apabila penulis yang bertanya "Kemana pergi sahabatku sekelian" pada 4 Disember 2008 juga turut akan menjadi YB dalam 11 tahun yang akan datang,ya! tahun 2020.(Maaf, bulan Dis ini kita tolak, cuma tinggal beberapa hari saja lagi.)
Pada ALLAH kita bertawakal.
'

Cuti sempena Hari Raya Korban.

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Korban.Semuga mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.InsyaALLAH

MEREKA PERLUKAN BANTUAN


Sambungan..

Kedengaran azan berkumandang.
" Kak, saya solat dulu". Ujar T yang keresahan dari tadi.
Aku mengangguk tanda setuju.Ibunya terus menyatakan permasalahan yang mereka alami sekarang.Aku hanya mampu menjadi seorang pendengar yang baik saja. Biarlah ibunya mencurahkan segala perasaan hatinya telah tersimpan sekian lama. Aku terkedu. Apa yang boleh aku lakukan dalam keadaan segenting. T berhajat untuk memasukkan adiknya kepusat perlindungan yang "Islamik".

"Ustazah..boleh datang rumah makcik tak?..jumpa anak makcik itu". Ujar ibunya lagi
Aku sedikit resah kerana gelaran ustazah yang diberi padaku cukup mendebarkan hati aku..Aku lulusan Elektrikal. Tak layak digelar ustazah.Aku merenung tepat wajah seorang ibu yang penuh sayu itu.Aku tahu, dia meletakkan harapan yang tinggi padaku.

Aku termenung seketika. Kerumahnya bermakna aku terpaksa mengambil selama 1 jam kesana.Atas dasar ukhwah akhirnya aku bersetuju kerumahnya. Dia begitu gembira sekali. Sekonyong-konyong T telah berada disisi ibunya. T juga turut gembira diatas keputusan ku. Jam menunjukkan 2 petang. Aku minta kebenaran untuk pulang dulu.Aku berjanji esoknya aku akan kesana.

Esoknya aku menghubungi seorang sahabat untuk membantu aku. Kebetulan sahabat aku itu tinggal satu daerah dengan T dan sahabat aku seorang yang berkarier dan memang berhadapn dengan anak-anak remaja.Mudahlah bagi aku untuk berurusan dengannya.
Dirumahnya ibu serta adik beradik T semua berada dirumah. T masih dikedainya dipekan.T seorang peniaga telepon bimbit.Sebentar kemudian T juga telah turut bersama-sama kami.

Keempat-empat adik perempuan T, duduk didalam bilik.Mereka segan untuk keluar duduk diruang tamu bersama kami, lalu aku dan sahabatku masuk kedalam bertemu dengan adik-adiknya.Kami memperkenalkan diri. kami berbual seketika.Memang pada mulanya, mereka berasa agak janggal tapi lama-kelamaan mereka juga turut mesra dengan kami.

Lalu kami simpulkan bahawa sebenarnya..jiwa remaja jiwa yang mudah memberontak. Mereka inginkan perhatian dari ibu dan ayah.Ayahnya mengalami penyakit saraf yang menyukarkan dia untuk berurusan dengan dunia luar. Ibunya terpaksa meluangkan masa untuk ayahnya.Jadi adik T terpaksa menghabiskan banyak masa dirumah saja. Sedangkan kakak-kakanya nya berpeluang untuk belajar diluar sana. Itulah diantara sebab mengapa adik perempuan T rasa amat bosan.

"Kak..bolehkah kita masukkan dia kepusat perlindungan Riadhatus Sakinah"?.. T bertanya lagi. Memang aku yang beritahu pada T tentang pusat perlindungan itu.T mahu adiknya tinggal dipusat perlindungan luar dari neg M. Aku teragak-agak kerana aku agak adiknya juga akan lari dari pusat perlindungan itu nanti. Sebenarnya adik T mahu tinggal bersama ibu saudaranya luar dari neg M. Dia kepingin kasih sayang. Dia tahu ibu saudaranya sayangkan dia.Dia yakin ibu saudaranya akan mejaga dia dengan baik dan dia juga ingin bekerja disana.

Hampir 1 jam aku dirumahnya. Sebelum pulang aku menghadiahkan majalah NUR kepada T. Didalam majalah itu terpapar kisah tentang "Pusat Perlindungan Riadhaus Sakinah"
Aku ingin T menurut kehendak adiknya untuk tinggal dirumah ibu saudaranya. Mungkin disana dia lebih bahagia. Dia hanya mendambakan sebuah kasih sayang yang tak mampu diberi oleh ibu dan ayahnya diatas penyakit yang mereka alami.

Dan kini adiknya berada dirumah ibu saudaranya.Ada juga aku bertanyakan tentang adiknya melalui T.Dan memang dia gembira disana.

Semalam aku terbaca sebuah cerpen didalam akhbar Wasilah..Cerpen yang melibatkan Pusat perlindungan Riadahtus Sakinah..Mengesahkan kehidupan yang dilalui oleh salah seorang dari remaja yang menetap diRiadahtus Sakinah .Memang aku pun pernah kesana .Aku pernah bersama-sama meraikan mereka. Mereka adalah remaja-remaja yang baik .Kebanyakkan mereka tidak bersalah. Cuma mereka adalah mangsa keadaan.Lalu aku teringatkan adik T serta keluarganya.

Aku juga teringatkan tentang adik Sufiah Yusuf yang telah melacurkan dirinya demi menyara kehidupanya tapi kini telah mula mengerjakan kerja-kerja amal. InsyALLAH..semuga dia akan teruskan kerja-kerja amalnya. ALLAH Maha Pengasih lagi Penyanyang pada hambanya.Pintu taubat sentiasa terbuka.Hidayah dari ALLAH. Hati milik ALLAH..Aku teringat kata-kata "Presiden PAS" ketika mengadakan konvensyen Tarbiah tempoh hari...ada mereka-mereka yang menjadi insan pilihan semasa zaman jahiliyah nya..maka dia juga akan menjadi insan terpilih apabila telah diberi hidayah.InsyaALLAH.
"Ya ALLAH ampunkanlah dosa kami semua..memang kami hamba yang lemah" AMIN

Tuesday, December 2, 2008

MEREKA PERLUKAN BANTUAN! Kasihanilah mereka..



SKETSA KEHIDUPAN (PERTAMA)

"Assalamualaikum..Itu kak M kah?" Terdengar satu suara anak muda dari telepon bimbit aku.
"Mua'laikum mussalam..Ya..ini kak M..Kenapa?" Aku menjawab sambil meletakkan cawan diatas meja. Maklumkan aku sedang bersarapan pagi ketika itu.
"Kak..saya T..saya ada hal penting untuk berjumpa akak. Bila akak ada free?"..Aku terkejut. "Siapa pula yang nak berjumpa dengan aku..aku ada melakukan kesalahan apa-apakah sampai penting pula" ..bisik hatiku sendirian.

"Dik..nanti dulu..akak nak tanya..siapa adik ni? dari mana adik dapat no telepon akak dan kenapa nak jumpa akak?. Aku bertanya kehairanan.
"Maaflah kak..ust N yang bagi saya no telepon ini. Dia minta saya hubungi akak.Dia minta akak bantu saya.Boleh saya datang kerumah akak..rumah akak dimana ..senang ke nak pergi kerumah akak.? Aku tergamam lagi. Nampaknya ini kali kedua ustaz N meminta aku mebantunya lagi..Aku cuba tenangkan hati.

"Tapi dik..kenapa sampai nak datang jumpa akak..akak buka ustazah..akak x ilmu apa-apa yang boleh akan berikan pada adik".. Memang aku rasa tak layak apabila aku diberi kepercayaan yang sebegitu.Memang aku tak punyai ilmu yang boleh aku curahkan pada sesiapa.

" Tak pa kak..ustaz itu kata ..akak boleh bantu saya..saya nak jumpa akak sekarang".
Aku terkedu seketika. "Ya ALLAH..bantulah aku kerana aku tak mampu melakukan apa-apa tanpa pertolonganMU". Bisik hati kecilku.

"Adik kat mana sekarang?..Mula timbul sifat kasihan dihatiku.
"Saya di M.T. saya boleh kerumah akak atau kemana-mana tempat yang sesuai, yang senang akak jumpa saya".

"Betul-betulke adik nak jumpa akak ini".Aku inginkan kepastian.

"Betul kak". Beria-ia dia meletakkan satu pengharapan.

"InsyaALLAH..kita berjumpa ditaman permainan, tengah bandar.Senang untuk kita kesana ..tapi adik nak datang dengan siapa?" aku inginkan kepastian kerana aku tak mahu dia datang bersendirian.Dia seorang anak muda .

"Tak pa kak..saya datang dengan emak saya..Pukul berapa akak tunggu disana" katanya dengan nada yang ceria.Aku tahu dia gembira dengan keputusan aku.
"Pukul 12 "..Kataku sambil menghabiskan sisa-sisa sarapan yang masih tinggal.

Jam 12 tengahari aku sampai kepadang permainan..kelihatan seorang anak muda serta seorang wanita yang aku kira telah menjangkau keusia lima puluhan. Mereka berdiri dibawah teduhan pondok dipadang permainan yang terdapat disitu. Lantas aku memberikan salam dengan harapan aku tidak tersalah orang.

Ternyata memang merekalah orang yang kepingin bertemu dengan aku. Ibunya kelihatan sugul.Aku memperkenalkan diri.Namun aku tidak selesa dengan keadaan dipondok berkenaan.Agak kotor lalu aku mengajak mereka kemasjid berhampiran.Mereka bersetuju.

Dimasjid,terdapat bangku yang disediakan dibawah pokok untuk berteduh. Kami berbual panjang disitu.Suasana diperkarangan masjid yang memang terkenal itu, amat menyamankan sekali. Tanpa segan silu ibunya menceritakan permasalahan yang sedang mereka hadapi.
Salah seorang anak perempuannya yang sedang meningkat remaja sering lari dari rumah. Itulah yang merisaukan mereka.Setiap kali anaknya lari dari rumah, maka setiap kali itulah mereka terpaksa mencari walaupun sampai malam hari. Aku lihat T juga kelihatan sugul.

"Kak, saya akan pukul dia apabila dia degil". T bersuara perlahan. Aku berbangga kerana dia seorang abang yang bertanggungjawab.

"Kak ..kalau kahwinkan dia, saya takut dia terniaya.Umurnya baru belasan tahun.Dan adik saya itu seorang yang lurus.Dia mudah percaya pada laki-laki yang mana dia jumpa". T kecewa dengan sikap adiknya. Aku tahu dia sudah letih melayan keranah adiknya itu.Dari raut wajahnya tampak seribu penyesalan.

"Kak..adakah tempat yang akak tahu, yang boleh dihantar ...mcm pusat perlindungan anak-anak remaja". Sambung T lagi.

Tiba-tiba Azan Zohor berkumandang....

Bersambung...

Monday, December 1, 2008

WANITA dalam perundangan Barat


Sambungan...

Didalam undang-undang Inggeris sehingga tahun 1805 diharuskan seseorang menjual isterinya. Undang-undang tersebut telah menetapkan harga minima bagi seseorang wanita ialah 6 pence.Pernah berlaku disuatu masa selepas undang-undang itu digantikan, seorang Inggeris dalam tahun 1931 telah menjual isterinya dengan harga 500 paun. Peristiwa ini telah sampai kemahkamah. Peguam lelaki tersebut didalam pembelaanya telah menyebut bahawa lelaki itu tidak bersalah kerana ternyata wujud undang-undang Inggeris yang mengharuskannya disuatu masa yang baru itu.

Pendakwa telah berhujah dengan mengatakan , walaupun sebenarnya undang-undang itu telah dimansuhkan didalam tahun 1805.Akhirnya lelaki tadi telah didenda dengan 10 tahun penjara.

Didalam majalah "Tamadun Islam" pada tahun 1916 ada memuatkan kisah seorang Itali yang menjualkan isterinya kepada seorang lelaki dengan bayaran beransur-ansur.Apabila pembeli tersebut kemudiannya enggan menjelas baki harga perempuan tersebut, maka berlakulah pergaduhan yang menyebabkan pembeli itu terbunuh.

Apabila berlaku revolusi Perancis peristiharan mengharamkan penindasan terhadap wanita. Undang -undang sivil Perancis ketika itu bahawa wanita tidak layak mendapat hak sivil sepenuhnya.Tidak boleh menjual beli dan membuat kontrak tanpa keizinan penjaganya.hal tersebut berlanjutan sehingga tahun 1938.

berambung...

GOLONGAN YANG GUGUR...


Sambungan...(Kaab ibn Malik)

Apabila berita Rasulullah berangkat pulang dari Tabuk sampai kepada aku maka aku segera berdukacita dan teringat hendak mencari alasan yang dusta bagi mengelakkan kemarahan Rasulullah S.A.W..
Aku pun meminta pertolongan dari keluarga aku yang mempunyai fikiran yang matang.Apabila dikatakan yang Rasulullah telah hampir tiba'kebatilan' itu pun hilang dan aku meyakini yang aku tidak akan terlepas dari kemarahan Baginda kecuali bercakap benar.
Oleh itu aku kumpulkan segenap dayaku untuk bercakap benar. Rasulullah tiba diMadinah diwaktu pagi dan memang sudah menjadi kebiasaan Baginda singgah dimasjid dan solat sunat dan kemudian duduk untuk dirujuk oleh orang ramai...

bersambung...