HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, March 28, 2010

BILA MESYUARAT AGONG KEMBALI LAGI...


"Assalamua'laikum..Sofi..malam ini mesyuarat MTD, kak Robiah terlibat tak? Akak nak pergi sekali dengan kak Robiah". aku menelepon YDP Bukit Katil untuk mendapat kepastian setelah sehari menerima sms dari YDP untuk menghadiri meyuarat MTD Bukit Baru.
"Mesyuarat MTD? ..malam tadi lah kak..Bukan malam ini. Dah lepas lah" YDP turut terkejut dengan pertanyaan aku.

"Malam tadi? bukan kah hari ini 24 Mac jadi malam ini lah"aku masih lagi tak puas hati.
" Kak..har
i ini 25 Mac..bukan 24 lah.." YDP ketawa kecil.

MasyaALLAH. Aku tersipu sendiri. Kak Robiah ketawakan aku. Masakan tidak, sampai haribulan pun dah tak perasan.

"Mas ..Mas..haribulan pun engkau dah salah..apa yang engkau ingat ini" kak Robiah masih tersenyum."Dah lah masuk dulu rumah akak..minum air." kak Robiah mempelawa masuk sebab dari tadi kami hanya berbual diluar sahaja. Sebab aku kesuntukkan masa. Tujuan aku ke rumah kak Robiah untuk memastikan agar kak Robiah turut bersama di dalam mesyuarat MTD .

Begitulah apabila musim Mesyuarat Agong kembali lagi .Cawang
an-cawangan serta Kawasan-Kawasan mula sibuk kembali dengan menyiapkan lapuran-lapuran . Setahun masa berlalu tapi rasanya baru saja seperti berlaku. Sudah menjadi kebiasaan , apabila Mesyuarat Agong bermula, samada di peringkat cawangan mahu pun kawasan maka setiausahalah yang paling sibuk untuk menyiapkan segala kerja-kerja agar perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Tidak terkecuali bagi aku sehinggakan sampai tarikh pun tak perasan. Rindu untuk layari internet tapi adakalanya masa tak mengizinkan.

"Mas..senanglah kalau Mas yang hantar sendiri surat-surat ini kat dia orang itu. Beritahu suruh datang..kalau akak cakap.... ada aja alasan sebab tak mahu datang", begitulah di antara keluhan yang disampaikan oleh ketua muslimat cawangan-cawangan, sebaik saja aku menghantar notis sebelum 2 minggu dari tarikh mesyuarat Agong yang akan diadakan.

"Akak jumpa tak mereka dalam kuliah nanti" aku bertanya lagi.

"Jumpa..nanti akak cakap lagi, ingatkan mereka" jawapan yang sering diberikan.

"InsyaALLAH, saya akan pergi rumah mereka seorang demi seorang . Saya nak pandang mata dia orang , nak sentuh hati mereka supaya dapat hadir..lepas itu ..akak jangan lupa ingatkan mereka lagi tentang Mesyuarat Agung Muslimat Bukit katil ini." aku bersungguh-sungguh lagi.

Begitulah , bukan mudah untuk menyentuh hati-hati manusia ke arah kebaikkan ini namun ianya mesti dilakukan walaupun sebenarnya kita hanya memerlukan sedikit usaha dengan bantuan kekuatan dari ALLAH. Kesibukkan manusia dalam kehidupan dunia menyebabkan adakalanya masih ramai yang terlupa ada tanggungjawab besar yang terpikul dibahu.

Sudah semestinya, Alhamdulillah kita yang telah di beri sedikit kekuatan serta kemudahan untuk terus bangkit dan berjalan mengejutkan mereka-mereka yang agak terleka disebabkan bijaknya syaitan memainkan peranannya.

Bukan mereka tidak mahu tapi suasana yang ada di sekeliling mereka menyebabkan mereka terhijab lalu lara dan terleka. Namun fitrah manusia untuk mengenali tuhannya tetap ada tersemat di hati nurani meraka walaupun mereka terus terlalai dan terleka.
"Kak..bagaimana dengan macik yang sakit kanser hari itu..yang kami dah ziarah " aku cuba bertanya kepada salah seorang muslimat cawangan yang telah di temui.

"Macam itulah ..ulang alik-alik ke hospital..tapi nampaknya dah bertambah teruk.." dia terdiam seketika.

" Adik akak pun dah meninggal sebab kanser. Umur baru 44. Akak dah umur 51. Adik akak meninggal muda. Tak tahulah...masa cepat sangat. .kejap dah setahun...kejap dah 2 tahun...perangai masih macam itu ...tak ubah-ubah.." tiba-tiba muslimat itu mengeluh . Bunyinya seperti menyesal terhadap diri sendiri..

"Nanti, akak datanglah ke mesyuarat Agong Muslimat ini..setahun sekali. Rebutlah peluang masa kita sihat sebelum datang masa sakit..sebelum giliran kita pula yang akan pergi " sambil aku hulurkan notis surat setelah agak lama aku berbual dengannya.

"InsyaALLAH, kali ini akak datang" jawabnya sambil merenung kearah mata aku. Aku tersenyum puas. Sekadar mengingatkan diri sendiri bahawa segala amalan yang di lakukan adalah baliknya untuk diri sendiri. Rebutlah 5 perkara sebelum sampai 5 perkara

Tentu Dr Khatijah selaku Ketua Muslimat juga gembira apabila melihat ramai muslimat -muslimat yang dapat menghadiri ke program-program DMPBK.

Kami selaku DMPBK cuba melakukan yang terbaik demi syair Islam ini. Cuma buat masa sebulan dua ini, Ketua Muslimat dan Bendahari Muslimat agak sebuk sedikit dengan urusan peribadi memandangkan kedua-duanya akan mendapat menantu pada bulan Jun ini. InsyaALAH semuga di rahmati dan di berkati.

Semuga ALLAH memberikan segala pertolongannya dalam perjalanan kita untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan ini. InsyaALLAH.


Sunday, March 21, 2010

PENGALAMAN GURU TERBAIK

Gambar menunjukkan perkarangan di Pondok Bogor


"Kak, susah juga kalau akak tak datang program. Tak dapat nak masuk dalam blog. Kalau kak Mas ada bersama program , seronoklah, boleh kami baca dari blog" tiba-tiba seorang sahabat menalipon aku bertanyakan khabar setelah agak lama aku menyepikan diri.

" Ya ke..maaf, bukan akak tak nak pergi tapi akak tak da kat sini masa program dalam minggu itu, tapi tak pa lah , ramai lagi orang lain yang ada yang dapat pergi" aku menerangkan kedudukan aku dalam masa seminggu aku tiada di sini yang mana kebetulan pada minggu itu terdapat 3 program Bukit Katil, aku ketinggalan.

'Saya suka baca cerita-cerita yang kak Mas tulis dalam blog . Bentuk cerita bukan macam bentuk terus pada fakta," sahabat itu berterus terang. Mungkin dia yang sebuk dengan perniagaannya, lebih senang apabila membaca melalui blog melalui aktiviti-aktiviti muslimat dan blog Kawasan Bukit Katil.

'Oh ya...ada juga orang lelaki yang suka baca dalam bentuk cerita.?. akak ingat orang lelaki tak suka baca dalam bentuk cerita. Patutlah ada orang tanya , bila nak habiskan kesah yang akak sedang tulis sebab tak sabar nak baca ending nya.
Buat masa ini ,akak tak tulis apa-apa sebab tak da aktiviti muslimat yang besar dan kebajikan Kawasan pun belum berjalan,"
aku sedikit terkejut dengan kenyataannya.

Aku cuba menerangkan padanya walaupun sebenarnya banyak juga aktiviti -aktiviti kecil yang di lakukan pada setiap hari tapi tak perlu tulis dan cuma bila aku tak dapat hadir sebarang aktiviti maka aku tak dapat ceritakan.

Bukan sengaja tak nak menghadirkan diri malah bagi aku setiap kali program Islam yang di buat maka aku rasakan roh aku tetap ada bersama-sama mereka cuma keadaan yang tidak mengizinkan untuk bersama-sama mereka. Namun apabila di beri peluang dan ruang oleh ALLAH s.w.t maka aku tidak teragak-agak akan merebutnya.


"Tak pa lah, akak tulis aja lah apa-apa cerita masa akak pergi Indonesia hari itu" sahabat itu memberi aku sedikit semangat.

" Masya ALLAH ..mana boleh..ini blog Dewan Muslimat, bukan blog peribadi. Blog Dewan Muslimat biarlah tentang aktiviti muslimat" aku cuba mengelak dari menulis urusan peribadi.

"Tak pa lah kak, akak tulislah kisah di pondok yang agak pergi. Tulis ajalah apa-apa. Kisah pengalaman di Indon selama seminggu, kami baca dan ada pengajaran yang dapat kami ambil" ujarnya bersungguh-sungguh.

Aku ketawa kecil. Memang banyak pengalaman yang boleh di tulis walaupun cuma seminggu di Indonesia. Dari lapangan terbang di Jakarta , lalu menetap di Bandung dan Bogor. Tak sangka juga dapat menetap pondok di Bogor dan tak sangka juga dapat menetap di rumah sahabat -sahabat PKS. Menarik di sana walaupun sebenarnya terlalu ramai yang miskin di sana. Tak hairanlah kenapa mereka ramai yang mahu menetap di Malaysia.

"Kekayaan di Kalimantan saja , sudah cukup untuk memberikan kami kekayaan di sini..belum termasuk lagi khazanah dari tempat lain. Sebenarnya Indonesia ini kaya. Tapi semuanya sebab RASUAH, kami rakyat jadi susah, kami akan jatuhkan pemimpin yang rasuah" itu lah di antara kata-kata keluhan dalam loghat Indonesia yang sempat aku dengar dari mulut rakyat Indonesia sendiri ketika kami sedang bersantai menikmati udara petang di Bogor.






'

Tuesday, March 9, 2010

SURAT BUAT SIPENGIRIM SURAT LAYANG

Tiba-tiba tengahari tadi aku menerima surat layang. Biasalah surat layang, tanpa nama tanpa alamat. Tiada tulisan tangan.Cuma Cop di sampul surat dari Kuala Lumpur.

Sebelum ini pun aku sering juga menerima surat yang di pos , tak kenal siapa si pengirimnya.surat berangkai..surat ramalan no ekor..surat suruh beli barang dan entah apa surat-surat lagi..aku pun tak ingat sebab tak kuasa nak melayan kerja-kerja yang lara serta membuang masa.

Tapi surat kali ini , agak asing bagi aku. Mungkin surat yang berbaur politik ini agak menarik perhatian aku. Bukan apa..mungkin aku terlalu baru dalam cubaan nak mengenali Politik , mungkin itu yang sebenarnya menarik hati aku memandangkan ini pertama kali aku menerimanya.

Aku tahu, ramai dari sahabat-sahabat aku yang di Melaka telah pun atau akan menerima surat layang seperti ini. Tapi mungkin mereka sudah tak heran lagi dan membakulkan sampahkan saja surat layang seperti itu kerana mungkin mereka dah biasa dengan surat -surat layang berbau politik tambah lagi apabila mereka dah lama berkecimpung dalam bidang politik.

Tapi bagi aku , ini perkara baru. Surat yang cuba memecah belahkan perpaduan PR.Tak cukup dengan propaganda di media-media malah di hantar melalui pos pula. Tak tahulah berapa banyak wang yang perlu dihabiskan , untuk menampal setem yang berharga 30 sen bagi setiap surat terutama bagi pengundi di Melaka.

Buat si pengirim surat ini, aku ingin bertanya. Mengapa perlu di ibaratkan membaling batu sembunyi tangan. Kalau kamu rasa benarnya apa yang kamu catitkan didalamnya, maka ayuh..nyatakan nama serta kedudukan kamu. Tidak perlu bimbang kalau kamu rasa ada kebenarannya dengan kata-kata kamu itu. Tidak perlu berselindung disebalik surat layang. Berani kerana benar. Tiada apa yang perlu di takutkan. Kamu bertanggungjawab diatas kenyataan kamu.Sedangkan surat ramalan no ekor pun ada no telepon serta nama pengirim yang boleh di hubungi, menunjukkan keberanian mereka meskipun mereka tahu itu adalah satu kesalahan di sisi Islam tapi sayang seribu kali sayang kamu yang begitu yakin dengan kenyataan yang di tulis tak berani untuk menyatakan nama sebenar apatah lagi no telepon.

Sekian.

Masturah Hassan
SU DMPBK

LAGI DAN LAGI....



"Assalamualaikum, ...hai.Mas kena tolong akak. Akak kena balik sendiri", tiba-tiba kak Rubi sebuk menelepon aku dengan nadanya yang cemas.

"Kan Kak Rubi balik dengan DR" aku sedikit terkejut sebab aku baru saja tinggalkan kak Rubi , DR Khatijah serta beberapa orang muslimat dirumah seorang sahabat yang tercedera kerana aku ada satu lagi sesi ziarah bersama siti .Memang sewaktu pergi kak Rubi menumpang aku dan sudah menjadi kebiasaan kak Rubi akan menumpang DR apabila balik sebab rumah mereka berhampiran.

"Tak boleh...lepas ini DR nak pergi kerja balik di pejabatnya. Akak tak boleh tumpang dia sebab dia tak balik rumah.Nanti akan tinggal sorang . Siapa nak hantar akak" suara kak Rubi bertambah cemas di tambahi pula apabila hari menghampiri waktu maghrib.

Aku terkejut seketika. Rupa-rupanya Dr Khatijah tidak mahu ketinggalan bersama-sama muslimat Bukit Katil bagi sesi ziarah yang diadakan pada sebelah petang sehingga sanggup datang sekejap dari pejabatnya dan bertugas balik di waktu malam. Begitulah pengorbanan yang sanggup dilakukan oleh para muslimat dalam usaha melakukan kerja-kerja kebajikan.

Alhamdulillah, DMPBK mengambil kesempatan menziarah dirumah Kak Jamilah, yang tercedera kerana terjatuh sewaktu berada di belakang rumannya.Akibat dari itu , kakinya patah dan kak Jamilah terpaksa sering ke hospital bagi membersihkan kakinya, tambah lagi apabila kak Jamilah mengidap penyakit Kencing Manis.
Oleh itu bagi meringankan sedikit beban, dmpbk menghulurkan sedikit sumbangan buat Kak Jamilah yang telah pun kehilangan suami beberapa tahun yang lalu.

Semuga kak Jamilah bersabar dan redha dengan ujian ini. InsyaALLAH

Sunday, March 7, 2010

TAHNIAH!!!NISA KAW BUKIT KATIL DAN DPPNM

Setinggi -tinggi Ucapan "TAHNIAH "buat sahabat-sahabat seperjuangan yang telah berusaha begitu gigih dalam usaha menyebarkan dakwah di muka bumi ALLAH ini, terutama di Melaka khasnya. Sekali lagi NISA Kawasan Bukit Katil serta DPNM telah muncul di mata masyarakat bagi membuktikan bahawa Islam adalah agama yang syumul , yang mudah untuk disantuni oleh semua masyarakat yang ada di sekeliling tanpa mengira kaum

NISa telah muncul dengan bolajaringnya yang telah diadakan di Maahad Ar Rahmah pada sabtu 6 Mac. Seramai 30 peserta telah mendaftar sebagai pemain dari peringkat usia muda sehingga peringkat dewasa.



Dr Khatijah Jumangat, selaku Ketua Dewan Muslimat Kawasan Bukit Katil telah merasmikan acara pertandingan permainan bolajaring yang telah diadakan pada sebelah petang.Turut mengiringi, Puan Rogayah Harun selaku pengarah program yang juga merupakan ketua NISA Bukit katil. Tidak ketinggalan Puan Mahani Osman selaku Pengarah NISA negeri Melaka juga turut bersama bagi meraikan majlis ini.











Manakala DPPNM pula telah muncul dengan permainan bowlingnya di Mahkota Parade Melaka pada hari Ahad, 7 mac jam 9.00 pagi. Ramai anak-anak muda yang turut mendaftar sebagai pemain. Perasmian telah dirasmikan oleh ustaz Kamaruddin Hj Sidek yang merupakan Ketua Pemuda Negeri Melaka.Saudara Puhat Bedol, ketua Pemuda Bukit Katil beserta isteri dan 2 orang anaknya juga turut bersama-sama di dalam program tersebut. Alhamdulillah, semga ALLAH meredhai hasil usaha yang murni ini dan dapat diteruskan lagi usaha-usaha ini dengan perolonganNYA. InsyaALLAH.