HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, April 23, 2012


 TAHNIAH!!! PAS KAWASAN BUKIT KATIL  telah memenuhi tanggugjawab dengan mengadakan mesyuarat Agung buat kali ke 9 , pada 21 Apr bersmaan 29 Jamadilawal 1433, bertempat di Dewan Maahad Ar Rahmah. 

 Mesyuarat Agong yang telah di rasmikan oleh Mudir Ar Rahmah , ustaz Kamarudin Hj Sidek, telah di adakan setelah seminggu setelah Mesyuarat Agong DMPKBK , di tempat yang sama.
Seramai15 perwakilan DMPKB telah turut hadir .










"Janganlah terlalu menyibukkan diri dengan urusan keluarga serta anak-anakmu. Andai anak dan keluraga anda termasuk orang yang di cintai ALLAH, maka tentu ALLAH tidak akan membiarkan dan menyusahkan kekasih-kekasihNYA.
Namun apabila mereka termasuk musuh-musuh ALLAH SWT, mengapakah anda harus menyibukkan diri dengan menguruskan para musuh ALLAH?"
(Sayyidina Ali)
                                                    

  
Meskipun hujan renyai-renyai, namun ia tidak menghalang bagi            pelajar-pelajar Ar Rahmah ,Solok Gaung untuk mengadakan majlis sukan tahunan pada 19 April 2012, khamis.

 Bertempat di Stadium Hang Tuah, yang lebih terkenal dengan panggilan Stadium Kubu suatu ketika dulu.

TAHNIAH ! SEMUGA AR RAHMAH TERUS CEMERLANG DAN GEMILANG
Sesungguhnya jihad itu adalah salah satu pintu menuju syurga yang ALLAH khususkan bagi para waliNYA. Jihad itu adalah pakaian ketakwaan serta baju besi yang kukuh dan merupakan benteng pertahanan yang kuat. barang siapa yang meninggalkan jihad  kerana benci kepadanya, maka pastilah ALLAH pakaikan kepada nya baju kehinaan"(Sayyidina Ali)














Friday, April 20, 2012

Alhamdulillah, jam 3 petang , kami telah berada di Bukit Baru. Muslimat cawangan Musai dan cawangan Bukit Baru telah pun berada di sana. Mereka telah sampai lebih awal dari kami.Besar nya harapan kami , pada kali ini untuk bertemu Cikgu Normala di Bukit Baru
Tahun lepas, sewaktu Cikgu Normala datang ke DUN Bukit Katil, kami agak terkilan kerana kami tidak dapat menyambut kedatangannya  di sebabkan kami punyai beberapa tugas yang mesti di lakukan sehinggakan   kami tidak dapat menyambut kedatangan Cikgu Normala ketika itu.



 Tapi pada kali ini, kami telah bersedia lebih awal lagi untuk menyambut kedatangan Cikgu Normala. 
Sebenarnya jadual Cikgu Normala bermula dari menyerahkan sumbangan kepada beberapa orang yang memerlukan bantuan di Bukit Baru , seterusnya high-tea di Bukit Beruang dan pada sebelah malamnya ceramah di Bukit Beruang.

Alhamdulillah, Jam 6.20 ptg Cikgu Normala muncul bersama suami tersayang dengan kenderaan yang berwarna hijau. Kami bersyukur kerana akhirnya Cikgu Normala selamat sampai juga ke hi -tea yang telah di jadualkan.
Ketua Muslimat, Dr  Khatijah begitu ceria sekali menyambut kedatangannya Cikgu Normala.Tanpa melengahkan masa lagi Cikgu Normala di beri peluang untuk memberikan ucapan di petang yang berbahagia itu.

Alhamdulillah, program berjalan lancar meskipun sebelum itu terdapat panggilan telepon yang tidak menyenangi dengan adanya program di situ.

Biasalah, DUN Bukit Baru memang terkenal dengan segala gangguan apabila Pakatan Rakyat menganjurkan program terutamanya ceramah -ceramah  anjuran dari PAS. Adakalanya terasa kelakuan yang di tunjukkan oleh pihak pemerintah seperti tindakan budak-budak hingusan walaupun telah memerintah sekelian lama. 

Walaupun hampir 4 jam lamanya  muslimat menunggu kedatangan Cikgu Normala namun rasanya ianya berbaloi ,kerana rasanya terbalas sedikit kegalatan apabila Muslimat Bukit Katil tidak dapat menyambut kedatangan Cikgu Normala di Dun Bukit Baru tahun lepas.
Terima kasih Cikgu Normala. Kami akan menjemput lagi.insyaALLAH.

"Wahai manusia, Rasulullah telah bersabda bahawa barang siapa yang melihat pemimpin yang zalim , menghalalkan segala yang di haramkan oleh ALLAH, menyelewemg dari ajarannya , menentang sunnah Rasulullah, membuat dosa dan perlanggaran terhadap terhadap hamba-hamba ALLAH , kemudian tidak di ubah atau di tentang baik dengan perbuatan mahupun ucapan, maka ALLAH  berhak untuk mencampakkannya ke tempat yang telah di sediakan untuk nya"
(Sayyidina Hussein)




Wednesday, April 18, 2012

warga emas mengutip barang buangan
Tiba-tiba aku ternampak akhbar meloya itu di atas meja di ruang tamu. Aku sangkakan suratkhabar lama yang sengaja dikeluarkan untuk di bakar. Aku biarkan saja suratkhabar meloya itu di atas meja.

Tapi terdetik pula di dalam  hati, bila pulak surat khabar meloya ini  masuk ke dalam rumah aku , elok pulak letaknya di atas meja, seperti belum di usik lagi, masakan suratkhabar yang seperti baru itu mahu di bakar. 

PASTI Jaya Insan. Sebelum dirobohkan
 Aku mula mencapainya untuk memastikan tarikhnya. Apakah aku yang tersilap. Tercatit tarikhnya  17 April 2012 SELASA. Sah ,Tarikh hari ini.

Aku tergamam seketika. Siapakah yang membawa masuk surat khabar ini ke dalam rumah aku .Siapakah pula yang membelinya.

Aku pun dah tak ingat bilakah kali terakhir aku beli suratkhabar meloya itu. Sudah  bertahun lamanya aku boikot suratkhabar itu. Nak membukanya  saja sudah terasa loya, apatah lagi untuk membacanya.

Kali ini aku cuba membukanya helaian demi helaian ,  dengan harapan semuga kali ini aku tidak loya lagi .Mana tahu, kot-kot dah berubah pengisiannya.

Tiba-tiba sebaik saja ke ruangan "Selatan" , Sepontan  loya aku datang balik. Mual datang lagi. Ruangan yang bertajuk "DUN Bukit Baru kian berkembang" , Bakal menjadi bandar baru moden di Melaka, menjadikan aku bertambah mual. 

Bukit Baru dan Bukit Piatu sudah tidak asing lagi bagi aku, kerana di situlah rumah ibuku dan perkuburan bapaku.

Tinggal kenangan. Bergambar di dalam PASTI
Baru semalam aku, Dr Khatijah serta beberapa ajk lain termasuk MTD Bukit Baru menyampaikan sumbangan sekadar yang kami mampu kepada beberapa rakyat yang bawah tahap kemiskinan di pekan Bukit Baru.

Sebenarnya setiap tahun kami menghantar sumbangan kepada mereka yang miskin di DUN Bukit Baru mengikut kemampuan kami . 

Tidak kurang  , bukan sekadar miskin dari segi segala sudut malah hidup menggunakan cahaya lilin atau pelita kerana tidak mampu untuk membayar bil elektrik.Bukan sehari dua, malah sudah setahun.
Terdapat juga yang mengutip barang buangan untuk di jual bagi menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. Bukannya orang muda malah warga emas, bukannya lelaki malah perempuan.

Apakah dengan megahnya pembangunan seperti yang di war-war kan itu dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa untuk rakyat yang hidup di bawah tahap kemiskinan?

Tidakkah ada perasan malu bagi seorang pemimpin apabila di tawarkan untuk memberi bantuan wang sejumlah RM 500 maka  masih berduyun-duyun lah rakyat datang untuk mengambil wang tersebut ? Bukan kah itu menunjukkkan satu kelemahan bagi sesebuah pemerintahan walaupun telah memerintah puluhan tahun tapi tahap kemiskinannya masih tinggi dari tahun ke setahun.

"Bentuk kepimpinan yang di larang adalah kepimpinan yang zalim beserta pekerjanya samada berpangkat tinggi mahupun berpangkat rendah .Haram bekeja di bawah pemerintahan mereka, mengusahakan keperluan mereka .
Pelakunya berdosa  dan wajar mendapat seksaan daripada ALLAH , baik kecil atau besar yang di sumbangkan.Kerana segala sesuatu yang di tunjukkan untuk membantu mereka adalah termasuk dosa besar.
Sebab kepimpinan yang zalim akan menghapuskan yang hak dan menghidupkan kebatilan., menampilan kezaliman dan kerosakan, pengabaian terhadap segala kewajiban, pembunuh para nabi dan kaum mukmin, merobohkan masjid dan mengubah ketentuan ALLAH dalam syariatnya. Kerana itulah bekerja dan membantu mereka  di haramkan kecuali keadaan terpaksa seperti keterpaksaan memakan darah dan bangkai"
(Ja'far Shadiq)








 

Tuesday, April 17, 2012


"JOM ...JOM...TURUN...BANTAH DALAM  DUDUK"

 "Tidak ada persoalan yang lebih penting dari kehidupan ini selain terwujudnya keteraturan dan ketertiban dalam kehidupan sosial yang diatur oleh sebuah sistem hukum bermasyarakat. Masalah akhlak dan adab sangat bergantung dengan sistem hukum apa yang tengah berlaku di masyarakat, sistem tersebutlah yang memberi pengaruh dan membentuk kehidupan masyarakat."

"Para Anbiya As seperti Nabi Musa As dan Nabi Isa As diutus untuk mengubah tatacara kehidupan masyarakat yang fasik dan rosak menjadi tatacara yang saleh dan berkeadilan.
 "Demikian pula halnya dengan yang dilakukan Nabi Muhammad Saw, beliau mengirim surat ke beberapa kerajaan. Beliau mengajak Parsi dan Rom untuk masuk dan memeluk Islam, kepada mereka Rasulullah berkata, "Tunduklah dengan aturan dan syariat Islam.

"Islam tidak memberi izin sedikitpun kepada orang-orang zalim untuk menjadi penguasa atas masyarakat yang hanya akan memiskinkan masyarakat, bukan hanya dalam material namun juga dalam kebudayaan dan kehidupan spiritual."

  Pemerintahan zalim hanya akan menyengsarakan rakyat, "Lihat saja apa yang telah dipersembahkan oleh sejarah. Hukum silih berganti menindas rakyat ketika orang-orang zalim dan tidak paham agama diizinkan menduduki pemerintahan. Mereka hanya akan membawa Negara menjadi jauh terbelakang bukannya melangkah ke depan, dan menjebak kehidupan kaum muda untuk hal-hal yang tidak bermanfaat sehingga lupa memaksimalkan potensi kecerdasan mereka."

Marilah sama-sama kita bantah di atas penindasan terhadap rakyat selama ini.

Monday, April 16, 2012

SEHARI SELEPAS MESYUARAT AGONG DMPBKATIL

 "Asalamualaikum, Su , MTD nak jemput Cikgu Normala Sudirman  datang kat Bukit Baru pada 15 Apr ini .pukul 2 petang. Nak suruh sampaikan sumbangan kepada beberapa orang yang kita rasa mesti di bantu. Sebab itu nak mintak Muslimat  sponsor sumbangan .Boleh tak, kalau muslimat tolong sponsor  5 hamper,? kami uruskan kemah dan jamuan.?" penyelia MTD B.baru menaruh harapan.

"Oh.kalau .macam itu , kena syura dulu dengan kepimpinan DMPBK,baru boleh beri  keputusan" . Kebetulan mesyuarat DMPBK akan di adakan pada sebelah petangnya.

 "Bagaimana dengan keputusan mesyuarat semalam"?penyelia MTD inginkan kepastian pada esok harinya

"insyaALLAH, muslimat bersetuju. Seramai 5 ajk kepimpinan akan hadir., muslimat Musai serta muslimat Bukit Baru akan hadir sama" Su memberikan sebuah kepastian
Seperti yang di janjikan , hampir jam 3 petang pada 15 Apr muslimat sampai dengan membawa 5 bakul yang di penuhi dengan barangan dapur.

Cikgu Normala Sudirman tidak dapat hadir di Bukit Baru di sebabkan ada   urusan. Cikgu Normala cuma akan dapat hadir di Bukit Beruang pada jam 5 petang sempena program high-tea yang diadakan di Bukit Beruang pada hari yang sama. Sebelah malamnya akan di adakan ceramah di Bukit Beruang.

Kepimpinan DMPBKatil berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan.

Agak amat menyedihkan di sebalik nama Bukit Baru yang di banggakan itu rupa-rupanya masih ramai yang miskin lagi melarat. Sukar untuk mempercayainya jika tidak melihat dengan mata sendiri.



 Masih ramai rakyat yang susah , yang terpaksa mengutip barangan-barangan terpakai untuk di jual dan amat malang sekali apabila rumah mereka telah juga telah lama bergelap kerana tiada kemampuan untuk membayar bil elektrik.




Sesungguhnya kezaliman adalah perbuatan yang paling di haramkan oleh ALLAH SWT

"Janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira bahawa ALLAH lalai atas apa yang di perbuat orang-orang yang zalim, Sesungguhnya ALLAH menunda (siksa ) mereka hingga hari yang pada waktu itu semua mata mereka akan terbelalak.

(Surah Ibrahim :42)

PERANAN SOSIAL WANITA      
Peranan sosial wanita sangat penting sebagai sebagian dari masyarakat. Para wanita sebelumnya tidak memperhatikan sama sekali masalah ini dan tidak menganggapnya penting. 
Mereka bahkan tidak menganggap adanya peranan sosial wanita bahkan untuk urusan yang umum sekalipun yang kini diwacanakan secara luas.. Oleh kerananya dari sisi ini tidak ada perbedaan sedikit pun antara lelaki dan wanita. Bahkan terkadang para wanita lebih bersemangat dan punya pandangan yang lebih cemerlang berkaitan masalah-masalah sosial dan negara. Semua masalah itu dinilai punya hubungan erat dengan 
mereka. 
Islam memandang wanita dan lelaki, bahkan semua makhluk ciptaan Allah dengan sudut pandang yang realistik, bersandarkan pada fitrah, alami dan punya keperluan yang hakiki. Yakni Islam tidak mengharapkan sesuatu dari seseorang melebihi kemampuan dan apa yang telah diberikan kepadanya. 
Sesungguhnya Islam dibangun dari kenyataan dan kelogisan.Sayangnya para wanita di sepanjang sejarah selalu dizalimi karena mereka tidak mengetahui nilai dan kedudukan sejati wanita. Masyarakat tidak melindungi pribadi hakiki seorang wanita seperti yang diinginkan Islam. 
Mereka malah mendorong wanita ke arah kemewahan, dandanan yang tidak berguna dan mengubahnya sebagai sebuah alat konsumerisme. Ini sebenarnya merupakan kejahatan dan kezaliman paling besar terhadap wanita. Perbuatan ini jelas bertujuan membuat wanita melupakan cita-cita dan tujuannya meraih kesempurnaan dengan menyibukkannya dengan hal-hal remeh dan rendah. Namun Islam secara logis menilai wanita dengan realistik, berdasarkan fitrah, alami dan keperluan-keperluan sejatinya. Hukum ilahi diturunkan sesuai dengan berbagai macam keinginan dan keperluan.