Sabda Rasulullah

'Nanti, akan tiba pada manusia suatu masa di mana seorang lelaki tidak peduli terhadap hilangnya agamanya asal dunianya selamat"

"Yang paling langka pada akhir zaman nanti adalah, saudara yang bisa di percayai atau dirham yang halal"

"Di antara tanda-tanda kiamat itu adalah , banyaknya orang -orang yang suka membaca Al Quran,tetapi sedikit yang memahaminya, banyaknya pejabat pemerintah tapi sedikit yang dapat di percayai, banyak nya hujan tapi sedikit tumbuh-tumbuhan"

"Apa yang akan menimpamu, kalau kaum wanitanya sudah rosak dan pemuda-pemudamu fasik, dan kamu tidak menyuruh pada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran?
"
"Ya ada yang buruk dari itu adalah: kalau kamu menyuruh kepada kemungkaran dan mencegah kebaikan."

""Pada akhir zaman, di antara umatku akan ada orang yang membicarakan kamu tentang sesuatu yang tidak pernah kamu dengar dan tidak pula di dengar oleh bapa-bapa kamu, Dari itu, jauhilah mereka"

"Pada akhir zaman nanti, akan muncul seorang dari anak keturumnanku. Namanya seperti nama ku dan gelarnya seperti gelarku. Ia akan mengisi dan memenuhi bumi dengan keadilan , sebagaimana ia telah di penuhi dengan kezaliman"

"Bila umatku melakukan lima belas perkara ini, maka malapetaka akan menimpa mereka:

Bila mereka mengambil harta rampasan dengan berebutan,amanah di remehkan,zakat di anggap rugi, suami taat isteri,durhaka pada ibunya,kejam pada ayahnya, mengeraskan suara di masjid, memuliakan seseorang kerana takut pada kejahatannya, pemimpin satu kaum adalah orang yang paling hina,orang memakai sutera,minum minuman yang memabukkan,menjadikan budak belian dan muzik sebagai kebanggaan dan generasi terakhir mengutuk generasi yang pertama.."


BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU TETAP AKAN MENERUSKAN LANGKAHKU. SEBAB BAGI SEORANG PEMUDA , MATI ITU BUKAN SESUATU YANG MEMALUKAN .APABILA KEBENARAN MENJADI NIATNYA DAN BERJUANG SEBAGAI SEORANG MUSLIM...KALAU AKU TETAP , AKU TAK PERNAH MENYESAL. DAN KALAU AKU MATI, AKU TIDAK MENDERITA. CUKUPLAH UNTUK DI SEBUT DENGAN KEHINAAN, BILA ENGKAU TETAP HIDUP TAPI DI HINAKAN. ( Saidina Husain)

RENUNGAN

LIDAH

1.Lidah orang mukmin berada di belakang hatinya sedangkan hati orang munafik berada di belakang lidahnya.

2. Tidaklah lurus iman seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidaklah akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

3.Demi ALLAH, tidaklah aku melihat seorang hamba bertakwa dengan takwa yang membawa manfaat baginya sehingga dia menyimpan lidahnya.

4.Sesungguhnya lidah ini sentiasa tidak mematuhi pemiliknya.

5. Berbicaralah, niscaya kalian akan di kenal kerana sesungguhnya seseorang tersembunyi di bawah lidahnya.

6. Ketenangan seseorang terdapat dalam pemeliharaan terhadap lidahnya

7. Lidahmu menunutut , apa yang telah engkau biasa padanya.

8.Lidah laksana binatang buas, yang jika di lepaskan niscaya dia akan mengigit.

9. Jika lidah adalah alat untuk mengekspresikan apa yang muncul dalam fikiran, maka sudah sayugianya engkau tidak mengunakannya dalam hal yang tidak ada dalam fikiran itu.

10. Perkataan tetap berada di dalam belenggumu selama engkau belum mengucapkannya.
Jika engkau telah mengucapkan perkataan itu, maka engkau lah yang terbelenggu olehnya.
Oleh kerana itu , simpanlah lidahmu sebagaimana engkau menyimpan emas mu dan perakmu. Adakalanya perkataan itu mengandung kenikmatan tetapi ia membawa bencana.

11.Sedikit sekali lidah berlaku adil kepadamu , baik dalam menyampaikan keburukan mahupun kebaikan.

12. Timbanglah perkataan mu dengan perbuatanmu dan sedikitlah dalam berbicara kecuali dalam kebaikan

13. Ada kalanya diam itu lebih kuat daripada jawapan.

14. Jika akal telah mencapai kesempurnaan maka akan berkuranglah pembicaraannya.

15. Apa yag terlewat dari mu kerana diammu lebih mudah bagi mu untuk mendapatkannya daripada yang terlewat dari mu kerana perkataanmu.

16. Sebaik-baik perkataan seseorang adalah apa yang perbuatannya membuktikan.

17.Jika rengkas (dalam perkataan) sudah mencukupi maka memperbanyakan (perkataan) menunjukkan ketidakmampuan mengutarakan sesuatu. Dan jika rengkas itu di rasa kurang ,maka memperbanyakkan (perkataan ) wajib di lakukan.

18.Barangsiapa yang banyak bicaranya, maka banyaklah kesalahannya.Dan barangsiapa banyak kesalahannya maka sedikit malunya. Barangsiapa sikit malunya maka sikit wara'nya. Barang siapa sedikit wara'nya maka mati hatinya dan barangsiapa mati hatinya maka dia masuk api neraka.

Saiyidina Ali







Monday, February 13, 2012

 Tujuan ALLAH mengutus para nabi dan rasul  ialah untuk membimbing umat manusia bagi mencapai kesempurnaan hakiki dan kebahagiaan abadi.Seandainya para nabi itu tidak di utus maka tujuan pencintaan manusia tidak akan tercapai dan manusia akan tenggelam dalam kesesatan.
 ("Mereka kami utus) selaku rasul-rasul pembawa kabar gembira dan peringatan supaya manusia tidak punya alasan atas ( penyimpangan-penyimpangannya) terhadap ALLAH sesudah di utusnya para rasul(qs.4:165)
 Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan penutup para rasul.Tidak ada nabi sesudahnya.
"Muhammad bukan bapa siapa pun di antara kamu. Tapi dia adalah utusan ALLAH dan penutup para nabi, Sesungguhya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu." QS 33:40

 Semua nabi maksum, terpelihara dari perbuatan salah, keliru dan dosa sepanjang hidup mereka. Keagungan para nabi terletak kepada keberadaban mereka sebagai hamba-hamba yang taat kepada ALLAH.
 Status para nabi sebagai hamba-hamba ALAH tidak menghalangi mereka untuk mengetahui perkara-perkara masa lalu, sekarang dan atau yang akan datang, dengan izin ALLAH
"ALLAH Maha mengetahui yang ghaib. Dia tidak memberitahu rahasia keghaibanya kepada siapa pun kecuali kepada Rasul yang terpilih"  (QS . 72:26-27)

 Semua nabi mempunyai tujuan yang sama , iaitu membawa manusia kepada kebahagiaan yang hakiki melalui iman kepada ALLAH."Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun sesama utusannya"(QS 2:285)
 Sejarah mencatitkan bahawa sebelum agama Islam lahir, banyak warga Yahudi yang sengaja datang ke kota Madinah untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad saw, kerana kitab-kitab merka mengabarkan bahawa dari kota inilah akan muncul seorang nabi yang membawa agama baru. Tapi ketika nabi yang mereka harapkan , betul-betul datang, sebahagin mereka beriman kepadanya tapi sebahagian lain mengingkarinya kerana kepentingan mereka terancam.

 Para nabi terutama nabi terakhir, Muhammad saw,menolak dengan keras segala bentuk rasialisme,samada berdasarkan darah atau warna kulit.

"Hai sekelian manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu laki-laki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku dan berbangsa-bangasa agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia do sisi ALLAH adalah yang paling bertakwa.(GS 49:13)





video

Saturday, January 21, 2012

AR RAHMAH BUKAN TEMPAT BUANGAN


" AR Rahmah bukan tempat  buangan . Tak dapat nak kawal anak-anak baru nak hantar ke Sekolah Ar Rahmah. Sekarang kami nak jaga kualiti, bukannya nak pentingkan kuantiti", .Kami terpaksa tapis kemasukan pelajar-pelajar  bagi mengatasi masalah -masalah pelajar yang akan mencemarkan nama baik sekolah.
Terima kasih pada ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada Ar Rahmah seawal pembukaannya 12 tahun yang lalu, meskipun dalam keadan yang dhaif ketika itu, tapi keyakinan yang penuh serta pergantungan kepada ALLAH SWT maka pada hari ini kita telah berjaya mengadakan 9 kelas dan akan dijadikan 10 kelas bermula di antara tingkatan satu sehingga tingkatan 5 dalam menampung  anak murid yang seramai hampir 400 pelajar.Walaupun masih lagi terdapat permintaan , selepas 2 minggu bersekolah, tapi kami terpaksa menolaknya dan terima kasih juga pada ibu bapa yang telah memberikan sumbangan dana kepada Maahad ar Rahmah sehingga berjaya membina bangunan baru bagi membaiki kualiti yang lebih baik", demikianlah di antara ucapan yang di sampaikan oleh Mudir Maahad Ar Rahmah, Ustaz Kamaruddin Sidek  sempena program PIBG bersama ibu bapa bagi kali pertama bagi sesi 1212.


"Anak-anak pelajar mesti sematkan di hati tentang 5A ini,untuk menghasilkan kecermelangan untuk hidup di dunia dan akhirat.
Kecermerlangan yang 
Pertama- Agama/ Akidah
Kedua - Akal
ketiga - Akademik
keempat - Akhlak
kelima - Amalan hidup
Sentuhan fizikal serta menjaga emosi terhadap anak-anak amat penting dalam menentukan  kecermerlangan anak-anak  ",demikanlah di antara nasihat yang di sampaikan oleh Encik Abdul Razak bin Hassan selaku penceramah jemputan pada program ini .Beliau  yang mengambil masa selama 2 jam dalam  memberikan kata-kata ransangan kepada ibubapa telah berjaya mencuit hati ibubapa.



rumah guru


bangunan baru termasuk makmal sains
Bilik darjah ,bangunan lama


 Turut hadir bersama, Tuan Hj Md Diah bin Abdul selaku Pengarah Lembaga Tadbbir serta Hj Roslee Jamaluddin , selaku YDP PIBG Maahad Ar Rahmah.
Tuan Hj Muhammad Ali selaku TYDP Kawasan B.Katil



surau
Semuga Ar Rahmah terus cemerlang dan gemilang dalam memenuhi  kelompongan serta ketempangan yang berlaku di sekolah sekolah sekular.
rumah mudir







Thursday, January 19, 2012

MARILAH MENGERJAKAN KEBAIKAN


 "Asalammualaikum..makcik..kenal tak siapa yang datang"?kami bertanya cuba menguji ingatannya.

"Tak ingatlah nak..siapa ini"?mak cik Joyah agak terpinga-pinga di iringi dengan kedutan muka .Mungkin makcik Joyah  cuba mengingatkan sesuatu di fikirannya.

"Makcik kenal tak Rubiah duduk sebelah rumah makcik"?Kami cuba mengingatkan makcik tentang jiran baiknya yang memberitahu kami bahawa makcik telah di masukkan ke hospital di sebabkan penyakit kencing serta tekanan darahnya yang semakin tinggi.

"Tak tahulah nak, tak ingat' makcik Joyah menjawab perlahan mungkin sedang menahan kesakitan.

"Makcik ingat tak Md zin, jiran makcik yang semalam ada ziarah macik kat sini", kami terus mengingatkan makcik Joyah pada jiran-jiran yang banyak membantunya.

"Tak tahu lah.....Tapa...Tapa...dia anak makcik" makcik Joyah menceritakan tentang anaknya.

"Md Zin , Md Zin dekat rumah makcik. Dia ada datang semalam" sekali lagi kami cuba mengingatkan makcik Joyah sambil kami menjeling sesama sendiri.

 "Bulan..bulan..itu. Ya..ada ..ada .Ya ..ada", bulan.."tiba-tiba makcik Joyah ceria sekali..Dia teringatkan jirannya  sambil berulang kali menyebut perkataan bulan.

"Ha ya..ya , Md Zin..bulan. Md Zin bulan...PAS",.Kami pula yang gembira apabila makcik Joyah sudah teringatkan tentang jirannya.

"Jadi kami ini .muslimat PAS Bukit Katil, datang nak ziarah makcik .Kak Rubiah dan Md Zin beritahu kami, makcik di hospital," dengan senang hati  kami menjelaskan setelah makcik Joyah sudah  teringatkan jirannya.


"Ya makcik ingat, Makcik ingat..Muslimat selalu datang rumah bagi sumbangan..bulan puasa.. " makcik Joyah kelihatan gembira sekali lantas minta kami membangunkan badannya yang terbaring sejak tadi.

Makcik Joyah ceria sekali dengan kedatangan kami.Usia nya yang telah melampui 70an menyebabkan dia agak lambat untuk mengingatkan sesuatu.

Jam menunujukkan 2 petang. kami terpaksa keluar sebab waktu lawatan tengahari di hospital Melaka hanya 1 jam saja, iaitu dari jam 1.00 -2.00 petang.  

Kebetulan kali ini Makcik Joyah di tempatkan diwad lama. Agak lama juga kami mencari bangunan di mana makcik Joyah di tempatkan. 

Sebenarnya kami jarang berkesempatan ziarah pesakit-pesakit di wad lama. Selalunya pesakit-pesakit yang kami ziarah di masukan ke Wad bangunan baru yang terkenal dengan sebutan aras di bandingkan dengan bangunan lama yang terkenal dengan sebutan tingkat.  

Sempat juga kami duduk berehat seketika sambil menikmati udara nyaman di bawah pokok yang sudah terlalu tua , didalam perjalanan pulang,  terkial-kial mencari van yang sudah terlupa di parking di tingkat berapa .Maklumlah bangunan baru tempat meletak kereta mempunyai 6 tingkat.

"Kalau akak pergi seorang, tentu akak balik aja. Tak tahu akak nak naik, cari  parking tingkat pusing-pusing macam ini. Nak naik lif macam imi. Takut akak. Tak sampai akak.," komen salah seorang dari kami sebaik saja SU membelok , mencari parking di bangunan baru.

Ya..Sememangnya setiap hari kita sedang belajar,apabila kita melakukan  sesuatu dalam hal-hal  kebaikan dan pastinya ALLAH akan membantu kita dari semua sudut apabila kita ikhlas untuk mencari redhanya.





Tuesday, January 17, 2012

RUMAH PAK NGAH BERWAJAH BARU

 Pertama kali masuk ke rumah Pak Ngah di Solok Gaung yang berwajah baru, agak teruja.
Anjung  papan yang lama , yang sudah usang , sudah tidak kelihatan lagi , namun tradisi menaiki tangga tetap di kekalkan meskipun hanya beberapa anak tangga saja berbanding tangga papan yang lama yang lebih banyak anak tangganya.


 Pak Ngah serta makcik Aisyah begitu ceria sekali menyambut kedatangan kami, AJK DMPBK sempena meneruskan agenda kami dalam sesi ziarah yang di adakan setiap minggu.





Ramai muslimat Solok Gaung yang telah menunggu , untuk meraikan kedatangan kami di petang ahad yang redup itu.



Ustazah Noraini telah mempengerusikan majlis ini, manakala Puan Mahani selaku ketua HALWA muslimat Bukit Katil, telah memberikan sedikit tazkirah serta tujuan perjumpaan ini di adakan.
Cuma Ketua Muslimat tidak dapat bersama-sama kami, di dalam majlis ini, memandangkan pada saat-saat akhir, Dr terpaksa ke KL di atas urusan peribadi.


Berbagai juadah menarik turut di sediakan oleh Makcik Aisyah serta Pak Ngah.
"Kak, sedap betul bubur pulut hitam, tapi saya makan sikit"..komen salah seorang ahli ajk.Mungkin malu nak minta tambah .Rugilah


"Engkau nak ambil gambar, engkau ambil gambar bulan itu," tiba-tiba Pak Ngah menyergah 
" Bulan?..Mana ada ..Bendera adalah pakcik ,"  SU terpusing-pusing cuba mencari bulan yang di maksudkan  oleh Pak Ngah

"Adalah kak..dekat situ. Akak tengok betul-betul. Pusing sebelah sana. Akak mesti nampak", sampuk salah seorang ajk muslimat.

"Wow..masyaALLAH, cantiknya..hebat ini",
"Pasang lampu..pasang lampu, nak tengok terang tak,"nada spontan ,teruja SU.  

"Malam lah", kedengaran satu suara mencelah.
Kami sama-sama ketawa sebelum pulang meninggalkan rumah Pakcik Md Diah yang lebih mudah di kenali dengan nama Pak Ngah oleh tetangga di persekitaranya.

*Agak tekilan juga kerana tidak dapat mengambil gambar ketika menziarahi Tambak Paya pada minggu lepas.


Friday, January 6, 2012

HARI PERTAMA SEKOLAH 2012 DI MAAHAD AR RAHMAH

" Hai!.nak masuk sekolah Ar Rahmah pun, nak kena temuduga pulak?."satu kejutan dari  seorang ibu yang ingin menghantar ke sekolah Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung, Bukit Lintang ,Melaka bagi tahun 2012.
" Dulu tak de pun, temuduga-temuduga ..Bila nak bukak sekolah, pergi daftar aja. Boleh pulak" sambung lagi si ibu dengan sungutannya , di saluti dengan sedikit kebimbangan memandangkan anaknya belajar di sekolah rendah sekular sebelum ini.


 "Ya lah, sekarang ini dah ramai emak bapak yang nak masukan anak-anak  ke sekolah ugama". Taklah macam dulu. Bukan main payah emak bapak nak hantar anak-anak ke sekolah agama". Kalau dah ramai sangat pun , nanti susah juga mungkin kelas tak cukup ke, cikgu tak ramai ke..maklumlah sekolah swasta..bukan ada peruntukan macam sekolah kerajaan ".Kedengaran penjelasan dari seorang ibu yang lain yang mungkin telah ada anaknya yang belajar di Maahad Ar Rahmah.


 SYABAS !! MAAHAD AR RAHMAH yang semakin mendapat tempat di hati para ibu bapa sekarang.


"Anak saya ini tingkatan satu, baru masuk tahun ini. Saya tinggal di Cheras". Anak saya perempuan. Asrama kat sini untuk lelaki aja, Jadi saya tumpangkan anak saya kat rumah sedara kat sini jugak". Satu kenyataan dari  ibu yang nampak ceria di pagi hari pertama persekolahan di Ar Maahad Ar Rahmah bagi sesi 2012.

Sunday, January 1, 2012

 Alhamdulillah, Permulaan tahun yang baik samada dalam Hijrah mahu pun masehi.
Sekali lagi DMPBK di beri kesempatan untuk bertemu dengan muslimat-muslimat cawangan.
 Kali ini pertemuan diadakan di Balai Islam Bukit Beruang bagi memantapkan lagi organisasi imuslimat cawangan Bukit Beruang
 Pertemuam ini, memberikan suntikan yang baik buat muslimat-muslimat cawangan.



Semuga kemenangan milik kita.

Saturday, December 31, 2011

UBAH !!! ABU

UBAH    UBAH.!!.... BARU ADA HARAPAN
UBA-   UBAH BARU??...ADA HARAPAN





 
UHBA - UMNO HANYA BUAT ANGKARA
UHBA - UMNO HARU BIRU ADANYA