HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, April 27, 2009

Beginilah kehidupan!!!


(Ketua muslimat serta ajk cawangan Ayer Keroh bersama keluarga Allahyarham)

"Mak,ayah kita dah mati ke?" tanya seorang anak yang baru berusia 4 tahun. Dalam keadaan yang terpinga-pinga anak itu hanya memerhatikan saja ayahnya dikapankan. Baru semalam dia dan abangnya bergurau dengan ayahnya.Baru semalam ayahnya membawa keluarganya berjalan-jalan sambil bersantai diluar. Makan ais kerim kegemarannya tapi kenapa hari ini , tiba-tiba dia melihat ayahnya dikapankan dan dibawa pergi.....




Seorang lagi sahabat yang menetap di Air Keroh pergi meninggalkan kita. Allayarham Razali Awang meninggalkan isteri serta 3 orang anak yang berusia 9,7,4 tahun. Tanpa pengetahuan siisteri bahawa suami mengidap penyakit jantung serta kedua2 buah pinggang yang telah rosak yang selama ini cuba dirahsiakan oleh sisuami. Dalam usia 44 tahun, 1JamadilAwal 1430/26 April menghampiri waktu maghrib tiba-tiba sisuami pergi meninggalkannya tanpa disangka-sangkanya.






Tinggal siibu melayani anak-anak yang dalam renggekan. Tiba-tiba suhu badan anak naik.Pertanyaan anak sudah tidak mampu dijawab lagi.Siibu sendiri sering mengalami sesak nafas sehinggakan terpaksa dibantu dengan mesin bagi memudahkan pernafasannya

Beginilah kehidupan....
Bila sampai ajal, semuanya akan berakhir. Gelak ketawa bersama ayah, gurau senda bersama suami , hanya menjadi kenangan yang indah.


Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya.AL FATIHAH
Semuga siibu tabah untuk menghadapi ini semua.Kuatkanlah hubungan dengan ALLAH kerana DIA sajalah tempat pengaduan yang hakiki.


Bagaimana pula dengan kita?
Yakinkah kita bahawa esok kita masih hidup lagi?
Apakah persediaan kita pula untuk menemui malam pertama dialam barzah?

Peringatan buat diri...

Saturday, April 25, 2009

SYARAT KEMENANGAN DARI ALLAH



Alhmulillah, Dewan Muslimat PAS Bukit Katil bersama-sama meraikan program menyambut kemenangan prk bersma YB Tuan Hj Wahit Endut malam tadi , 25apr/29RAkhir 1430.




Turut dimeriahkan dengan ucapan aluan dari YDP Kawasan Bukit Katil serta ceramah dari Ustaz Kamarudin Sidek selaku ketua Pemuda Negeri Melaka juga Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.



Walaupun pada perancangan awalnya, YB akan turut diiringi keluarganya menyebabkan ajk DMPKBK telah diarahkan bersedia awal bagi menyambut isteri serta keluarga YB namun akhirnya isteri serta keluarga YB tidak dapat bersama-sama DMPKBK dimalam itu disebabkan isterinya terpaksa pulang lebih awal disebabkan punya tugas diTerengganu..




Ustad Kamarudin lebih banyak menceritakan tentang rasuah serta keburukan akhlak pimpinan UMNO diMelaka yang sememangnya tidak layak untuk memimpin Negeri Melaka namun PM masih mengekalkan Ali Rustam sebagai pengerusi Perhubungan UMNO dan dilantik MT UMNO dan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.



Diantara ucapan YB Wahit Endut yang telah masa selama 1.30 jam menyatakan beberapa syarat untuk menjana kemenangan ialah :




1.Jagn izinkan sama sekali diri kita mencari musuh dan jangan lari dari musuh.
2.Istiqmah dalam perjuangan
3.Jangan putus hubungan dengan ALLAH



Program ditamatkan agak awal kerana terdapat sedikit masalah teknikal.
InsyaALLAH ..ALLAH berkati.

Friday, April 24, 2009

PAS KAW BUKIT KATIL MENERUSKAN AGENDA



Alhamdulillah, PAS Kawasan Bukit Katil meneruskan agendanya .



Pada 25 April/29R/Akhir 1430, akan diadakan ceramah dipejabat Pas Bukit Katil jam 9.00 malam. Buat pertama kalinya YB Hj Wahit Endut akan menyampaikan ceramahnya disini.


(Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil)

Turut disediakan dengan jamuan nasi beriani yang akan dimasak sendiri oleh cawangan B.Katil.




Yang Berhormat juga akan turut diiringi oleh isteri serta anak-anak..



(Balai Islam Kawasan Bukit katil)

Oleh itu ajk DMPKBK diharap dapat datang awal bagi menyambut kedatangan keluarganya serta menyiapkan hidangan dijamuan tersebut, InsyaALLAH.

Semuga diberkati.

....

Thursday, April 23, 2009

LANGKAH BERMULA....SERTA....ISTIQAMAHLAH!!!



Alhamdulillah, Muslimat Cawangan Kandang telah memulakan Usrah pertama sebaik Mesyuarat Agong Muslimat Kawasan Bukit Katil telah diadakan pada 15 April 09 yang lalu.





Meskipun hanya 7 orang yang dapat hadir bagi memulakan usrah ini, namun telah cukup menunjukkan petanda yang baik bahawa telah ada usaha -usaha yang murni bagi sama-sama menghidupkan kehidupan yang baik demi Syiar Islam.



Masih terdapat beberapa muslimat yang belum dapat hadir diusrah pertama ini disebabkan ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
InsyaALLAH, diharapkan ALLAH memberikan kelapangan serta kemudahan bagi yang Ikhlas ingin bersama-sama program yang sepenting ini.





Memang bilangannya sedikit namun natijahnya besar , apabila mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T. Yang penting istiqamah yang Ikhlas demi kerana ALLAH.

Perjalanan yang jauh , bermula dari langkah pertama.
Titisan-demi titisan air, dapat membelah batu yang keras.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi Bukit..

Pemikiran optimis bahawa ALLAH sentiasa bersama orang yang Ikhlas dalam memperjuangkan agamanya.



Masa yang diambil sekadar 1jam setengah bebanding 336 jam, adalah jauh lebih berharga.

Sekiranya kita tidak disebukkan dengan hal-hal dakwah pasti kita tetap juga akan disebukkan dengan hal-hal lain.

Semuga ALLAH memberi kita kemudahan,kelapangan,kekuatan untuk bersama-sama dalam kebangkitan Islam ini.Meskipun jalan perjuangan ini dipenuhi ranjau dan duri namun ia tetap manis bagi yang berjuang.

"Mengharap menang dalam perjuangan, bagai sipungguk merindu sang bulan,
Pangkalnya jauh , hujungnya belum tiba".

Tuesday, April 21, 2009

"MELUKUT DITEPI GANTANG


Puan Jameah Abd Rahman dan Puan Zaitun Abd Majid dihadapan markas Kandang
(Ketua dan Timbalan Muslimat cawangan kandang)

ZIARAH ??

Bilakah kali terakhir kita menziarahi sahabat-sahabat kita? Mungkin semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas dan mungkin beberapa tahun lalu atau hanya apabila menjelangnya musim piliharaya sahaja?...

Mungkin kesibukkan dalam tugas harian,menyebabkan kita tidak berkesempatan untuk menziarahi sahabat-sahabat kita, yang mungkin sudah semakin jauh dari jemaah akibat merajuk hati.


(Setiausaha muslimat cawangan Kandang)


Mungkin ada yang berkata "hanya kita aja , nak ambil hati sahabat, sedangkan dia tak kisah pun tentang kita".

walauapapun tanggapan kita, INGATLAH bahawa KEIKHLASAN amat penting dalam mencari KEREDHAAN ALLAH. Yang penting jadikanlah diri sendiri "Tak Rebah dikeji,Tak Makan dipuji". Biar pun 1000 cacian mahupun 1000 pujian dari manusia , ia tidak dapat memberikan apa-apa ganjaran buat kita.



Cukuplah ALLAH yang Maha pengasih lagi maha Penyayang sebagai Maha Pembela lagi Maha Pelindung buat hamba-hambanya yang Ikhlas lagi Beriman apatah lagi Bertakwa.


(Ketua muslimat bersama sahabat yang sedang dalam rawatan)


Diceritakan oleh Ust Faisol, terdapat seorang pakcik yang tidak memegang apa-apa jawatan pun didalam jemaah, namun dia sanggup ke PRK Bukit Gantang hanya dengan menaiki motor dari satu perjalanan yang AMAT jauh bagi sama-sama membantu berkempen diBukit Gantang. Satu pengorbanan yang amat besar yang dilakukan oleh pakcik tersebut demi kerana satu KEIKHLASAN dan pastinya merupakan juga satu KEPUASAN diatas sebuah KEYAKINAN yang mantap , bahawa Cukuplah ALLAH sebagai pemberi GANJARAN.

Mungkin juga kita telah mendengar cerita tentang seorang yang mendapat Haji Mabrur diantara ribuan manusia yang mengerjakan Haji dikala itu meskipun dia tidak dapat bersama-sama untuk menunaikan Haji dikala itu kerana wang 300 yang diperuntukkan untuk menunaikan Haji, telah diberikan pada jirannya yang bukan Islam disebabkan mereka kelaparan.


Dan pernah juga terbaca dalam blog( tak ingat, blog yang mana,banyak sangat) tentang Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang sanggup berulang alik kelebuhraya
diatas Pengorbanannya yang sanggup membantu kereta yang kerosakkan tayar satu ketika dulu.
Keihlasannya dalam mengerjakan kerja-kerja amal tanpa mengharapkan balasan melainkan hanya ingin mencari Keredhaan ILLAHI .


Alhamdulillah, semalam 20 April 2009 , DMPKBK telah diberi kelapangan untuk menziarahi muslimat-muslimat cawangan Kandang dalam usaha untuk menghidupkan usrah cawangan yang agak lama telah ditinggalkan. Satu usaha yang murni demi mengeratkan ukhwah .

Berpandukan dengan silibus yang lebih mantap maka ajk-ajk dmpkbk akan menjadi naqibah dalam usaha untuk menghidupkan usrah-usrah disemua cawangan Kawasan Bukit katil bermula dari minggu ini.


(Ketua Muslimat bersama sahabat yang baru kematian suami pada 1 Apr 09)


Tonggak kepada Gerakan Islam ialah Usrah.Tanpa Usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan tenaga serta tenaga pelapis.Usrah bukanlah satu majlis ilmu semata-mata malah untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan menegakkan Syiar Islam diatas mukabumi ini.

Hanya ALLAH yang mampu memberikan kekuatan untuk kita meneruskan segala usaha-usaha yang murni ini. Ikhlaskanlah hati agar ALLAH memberikan segala ganjaran yang hanya mampu dirasakan oleh mereka yang Ikhlas dalam mencari Keredhaan ALLAH.


(Ketua Muslimat bersama sahabat yang membuka kelas Mengaji )


Tiada ujud istilah
"Aku hanyalah Melukut diTepi Gantang .Biarlah orang yang buat. Ramai lagi yang mampu lakukan. Biar mereka saja yang buat, mereka lagi hebat".

Apabila ucapan itu sering diungkitkan maka sebenarnya tiada siapa yang akan buat.Itulah yang sebenarnya berlaku apabila menuding jari kepada orang lain maka tiada orang yang menghadiri program.


Sebenarnya dalam dunia ini , tiada siapa yang hebat. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan. Tiada siapa yang dilahirkan , terus menjadi Pakar melainkan usaha serta pertolongan dari ALLAH.

Sedangkan dihadapan ALLAH nanti ,setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan.Setiap diri dihargai dan dinilai samada lelaki atau perempuan.Setiap diri adalah Khalifah dimukabumi ini.

Dan pastinya beruntung orang yang banyak menuai diakhirat setelah banyak menanam didunia berbanding orang yang tidak dapat menuai natijah daripada menjadikan dirinya seperti "Melukut ditepi gantang"...

Monday, April 20, 2009

Ijtimak Bulanan Kawasan Bukit Katil



Pas kawasan Bukit Katil, meneruskan agendanya dengan ijtimak bulanan di Markas Paya Dalam kali ke2 pada 19 April/23 RAkhir 1430..Kuliah jam ini bermula jam 9 pagi- 10.30pagi, disampaikan oleh Ustaz Faisol.



Tafsir dari Surah Al Hujurat(Bilik Isteri-isteri Nabi)
Berpandukan buku yang ditulis oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Alhamdulillah, muslimat Bukit Katil dapat sama-sama menghadiri kemajlis yang mulia ini.





Terdiri dari 18 ayat, termasuk golongan Surah-Surah Madiniyyah, diturunkan sesudah surah Al Mujaadillah. Dinamakan Al Hujurat (Bilik Isteri-isteri Nabi) diambil dari perkataan Al Hujurat yang terdapat pada 4 surah ini. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil nabi nabi Muhammad s.a.w yang sedang berada dikamar rumahnya bersama isterinya. Memanggil Nabi dengan cara dan dalam keadaan yang demikian menunujukkan sifat kurang hormatnya kepada beliau dan menganggu ketenteraman beliau.



"Wahai orang-orang yang beriman , janganlah kamu memutuskan sesuatu perkara dihadapan ALLAH dan Rasulnya ( dari apa yang diputuskan oleh ALLAH dan RasulNya) dan bertakwalah kamu semua kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar"(Al hujurat- 1)



......

Diharap agar lebih ramai lagi yang dapat menghadirinya khasnya Muslimin dan Muslimat diKawasan Bukit Katil. Kuliah yang seterusnya pada 17 Mei 2009/22 JamadilAwal 1430.
Bersama-sama kita tingkatkan menimba Ilmu...InsyaALLAH

Kuliah Subuh diMarkas Bukit Katil

Setiap Ahad diadakan kuliah subuh diMarkas Bukit Katil. Alhamdulillah, beberapa ajk muslimat Bukit katil dapat menghadiri . Terdapat beberapa orang ustaz yang akan menyampaikan kuliah secara bergilir-gilir setiap minggu. Kali ini giliran kepada Ustaz yang masih muda, Ustaz Yusra.

Bagi pagi Ahad ini, diantara kupasan Ustaz Yusra ialah tentang bahawa rakyat akan hidup berpandukan pemerintahnya.

Hadis " masyarakat yang tertegak diatas muka bumi ini , semuanya mengikut pemerintah yang memerintah".

Pada zaman Al-walid , rakyat suka menceritakan tentang kemewahan sebab pemerintahnya suka menceritakan tentang kemewahan.

Pada zaman Sulaiman , rakyat suka membicarakan tentang perempuan cantik, berkahwin ramai, bertukar-tukar isteri serta makanan yang hebat-hebat sebab pemerintahnya suka membicarakan tentang itu.

Pada Zaman Omar Abd Aziz, Rakyat membicarakan tentang kebajikan,kerana Umar Abd Aziz, tidak suka membicarakan tentang kemegahan-kemegahan khalifah. Dia lebih suka mengembalikan kemuliaan agama sebagai dizaman moyangnya Saidina umar ibn AL Khattab.
Dia mengajak rakyat supaya kembali berpegang teguh pada syariat.

Ustaz juga mengupas tentang ayat dalam Surah Furqan :30
"Ya Tuhanku, sesungguhnya kaum ku telah meninggalkan Quran ini"

Maksud 'Mahjura" atau meninggalkan Quran @ memulau Al Quran

Mengikut Ibni Taimiyah dan Ibni Qayyim
- Tanpa mengambil faham tentang Al Quran.
- Tanpa mengambil kira hukum-hukum didalam Al Quran.
- Tanpa menjadikan Al Quran sebagai pemutus kehidupan.
- Tanpa menjadikan Al Quran sebagai penawar penyelesaian masalah rohani dan jasmani.

Ada pengajaranya buat semua.

Saturday, April 18, 2009

TULISAN DIATAS SEBUTIR BERAS

MASYAALLAH....Hasil dari tulisan tangan dari Pakistan.
Hanya diatas sebutir beras.


....

Wednesday, April 15, 2009

JALAN KITA MASIH JAUH......



Syukur kehadarat ILLAHI yang Berkuasa lagi Pemurah, diatas pelancaran Mesyuarat Agong DMPKBKatil kali ke 5 yang telah diadakan pada 19 RabiulAkhir 1430/15 April bermula jam 9.45 pagi , bertempat diPasti Jaya Insan, Bukit Katil.

Keredupan dipagi hari, ditambahi dengan cahaya matahari yang mula menampakkan sinarannya , menambahkan lagi kedamaian serta keharmonian program yang berjalan lancar.



Alunan suara bacaan Al Quran dari adik Ameerah Hj Ali, menambahkan lagi keberkatan serta kerahmatan dari pencipta yang Maha Agong.

Surah Anfal yang mengesahkan tentang harta rampasan, hukum perang serta hal-hal yang berhubungan dengan peperangan sejarah perkembangan Islam.walaupun , ketika itu mempunyai kekuatan yang agak kecil namun dapat mengalahkan kaum musyrikin yang berjumlah besar malah dapat menguasai harta rampasan yang besar.

Dan pastinya ALLAH selalu menyertai orang-orang yang beriman dan melindungi orang-orang yang beriman sesungguhnya inayat ALLAH terhadap orang yang bertawakal dan yang pastinya hanya ALLAH yang dapat mempersatukan hati-hati orang-orang yang beriman.



"Da'wah Islamiyah adalah satu tugas suci atas tiap-tiap Muslim dimana dan bilamana ia berada dimuka bumi ini.Menyeru dan menyampaikan Agama Islam kepada masyarakat , telah jelas diuraikan sebagai kewajipan seorang muslim untuk selama-lamanya.

Tanggungjawab kita terlalu besar.Amanah yang digalas terlalu tinggi. Setiap dari kita memikul tanggunjawab yang terlalu besar untuk menegakkan syiar Islam tanpa pengecualian. Tiada istilah "aku melukut ditepi gantang"..sedangkan setiap diri dipeduli dan dihargai.

Tugas da'wah tiada musimnya. , ia bergerak sepanjang tahun, ia bergerak sepanjang zaman sehinggalah kehembusan pernafasan yang terakhir.

Kita memerlukan muslimat yang bergerak cergas dicawangan-cawangan kerana sebenarnya cawangan merupakan nadi utama penggerak da'wah kita. Berdenyutnya nadi-nadi da'wah dan politik Islam diseluruh cawangan bererti bergerak cergaslah kita diperingkat Kawasan. Kita mahukan cawangan-cawangan yang mantap.

Perkasakan jamaah dengan unsur-unsur Qiyadah,Jundiyah,Ukhuwwah, Musyawarah, Muhasabah, Bai'ah dan ta'ah yang mantap.



Pasti usaha kita diberkati.,dan kemenangan akan menjadi milik kita"..
Itulah diantara ucapan dari SU DMPKBK, Puan Masturah Hassan, selaku ucapan aluan .



"PAS semakin kuat. Pakatan Rakyat semakin kukuh. Dalam PRK Permatang Pauh,Trengganu,Bukit Gantang dan Bukit Selambau, semua nya disapu bersih oleh Pakatan Rakyat.PAS Melaka boleh menang dalam PRU 13.Kita hanya memerlukan 15% sahaja lagi untuk menang.UMNO akan kalah kerana ramai pengundi cina menyokong PAS.dari itu lebihkan gerak kerja dalam Kelab Penyokong PAS.
Masalah yang dihadapi apabila tidak semua cawangan dapat menghantar wakil muslimat.
Pilihlah calon2 yang lain bagi menggantikan Ketua dewan Muslimat Bukit Katil.Tampilkan muka-muka baru" itulah diantara ucapan Ketua Muslimat yang baru dilantik sekali lagi.



"Muslimat sayap kanan. pemuda sayap kiri,kita berjuang dalam satu soff, sokong menyokong diantara satu sama lain.
Didalam sebuah organisasi, muslimat berperanan untuk aktifkan cawangan-cawangn. cari ahli baru dan mantapkan.
Tarbiyah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sebuah organisasi. PAS Kawasan Bukit katil telah mengorak langkah dengan mengadakan ijtimak sebulan sekali diPaya Dalam .Diharap ramai yang dapat datang bagi menyemarakkan lagi ijtimak tersebut.

Kisah Hindun bin Amr menjadi contoh tauladan yang baik untuk diikuti .Walaupun anaknya, suaminya serta saudaranya gugur serta syahid dimedan Uhud namun Hindun tetap tabah serta bangga diatas kehilangan mereka keatas jalan ALLAH.

Muslimat mestilah memikirkan tentang bagaimana untuk mendekati masyarakat tanpa mengira kaum. Muslimat mesti mengambil berat tentang masyarakat.
Amat beratlah ujian ALLAH bagi orang yang berkata tetapi tidak melakukannya.



Tahniah kepada DMKBKatil yang telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong kali ke5 dan agar dapat menghasilkan natijah-natijah yang baik bagi menjayakan PAS negeri Melaka.
Sekaligus merasmikan Mesyuarat Agong DMPKBK kali ke 5...." Demikianlah diantara ucapan yang disampaikan oleh Saudara Sofi wahab selaku Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka yang merupakan perasmi bagi program ini.Saudara Sofi yang juga turut bersama isteri yang merupakan ajk muslimat Kawasan Bukit katil.

Ucapan Jazakallahu Khairan Khathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agong DMPKBK kali ke 5 ini.

TAHNIAH diucapkan kepada Hjh Dr Khatijah yang telah dilantik kembali menjadi Ketua Muslimat bagi sesi 2009-2011.
Begitu juga ucapan TAHNIAH buat Tim.Ketua Muslimat , Puan Mahani Othman Basir serta Puan Maisarah Abu bakar diatas perlatikkan mereka bagi sesi 2009-2011.
TAHNIAH juga kepada semua AJK baru yang telah dilantik.




Semuga DMPKBK akan melipatkan gandakan lagi usaha-usaha murni dalam menegakkan Syiar Islam ini dan yang pentingnya mendapat keredhaan ILLAHI.



Pn Hawa Yaakub selaku ajk dari DMPNM turut memberikan beberapa komen yang membina , bagi mengakhiri mesyuarat Agong yang kali ke 5 ini.


JALAN KITA MASIH TERLALU JAUH...Ranjau dan duri dalam perjuangan adalah sahabat setia kita. Sudah semestinya ALLAH sengaja menguji kita ...namun...INGATLAH....

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan apa yang menjadi kesanggupan baginya.." (Al Baqarah:286)..

"ISLAM UNTUK SEMUA"

Sunday, April 12, 2009

DARUSSYIFA'



Aku tidak pernah berkesempatan untuk kekelas perubatan Darussyifa' sebelum ini. Mungkin kerana aku rasa aku sihat sebelum ini. Mungkin bagi aku Perubatan Darussyifa' yang diadakan disurau Ar Rahmah,solok Gaung 2 kali sebulan untuk orang yang sedang dalam kesakitan.



Tapi pagi ini , sebaik saja beberapa hari , aku baru keluar dari hospital, tiba-tiba aku rasakan betapa ALLAH mudahkan aku untuk kekelas Darussyifa'..Tujuan aku kesana adalah untuk menghantar anak aku kekelas tambahan yang diadakan pada setiap hari ahad disekolah Ar Rahmat.(Sekolah Rendah)..Kebetulan pula aku terus keMaahad Ar Rahmah (Sekolah Menengah) yang hanya beberapa meter saja dari situ untuk berurusan dengan anakku yang sedang mengikuti program NISA'.

Aku dapati begitu banyak kereta yang diparkir. Aku tak tahu kenapa ramai yang hadir lantas aku cuba hampiri surau berkenaan. Aku terdengar ayat-ayat AL Quran sedang diperdengarkan dari suara yang ramai.Hati aku semakin tertarik. Aku cuba amati dengan lebih jelas lagi. Aku sekadar berdiri diluar surau.Tapi tiba-tiba aku terdengar pula suara Tuan Guru Ustaz Harun Din bercakap. Aku semakin tertarik untuk bersama-sama menyertai . Lalu aku mengambil keputusan untuk masuk kedalam surau yang ditutup dengan cermin hitam kerana kerana didalamnya terpasang pendingin udara.

Aku beranikan hati untuk menyertai mereka. Aku ingin tahu , apa yang dipelajari didalamnya. Mulanya aku hanya duduk dibahagian belakang saja sekadar untuk mengambil gambar dan mendengar seketika. Tapi dalam beberapa minit, aku tidak puas hati lalu aku berpindah kehadapan untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.

Alhamdulillah, ilmu semakin banyak yang diketahui, semakin tahu betapa bodohnya kita. Walaupun aku hanya dapat mendengarnya hanya dalam masa yang sengkat , namun aku rasakan keberkatannya terlalu meluas. Sambil itu aku cuba meninjau buku yang dipegang muslimat disebelah aku.Rupa2nya mereka sedang membaca berpandukan buku yang ditulis sendiri oleh Ustaz Harun Din.Sambil itu aku turut bertanya kepada muslimat yang duduk bersebelahan dengan ku.

"Masuklah belajar disini, tinggal dimana," tiba-tiba muslimat itu bertanya padaku.Aku tersenyum.

Sempat juga aku mendengar ustaz menceritakan tentang makhluk halus termasuk toyol.
Diterangkan juga tentang kelebihan SURAH AL FATIHAH serta kelebihan AYAT QURSI. Aku bertambah kusyuk mendengarnya.

Walaubagaimana pun aku tidak dapat mendengar dengan lebih lama lagi kerana jam 11 pagi , anakku akan keluar dari kelas tambahannya.Aku punyai beberapa tugas lagi yang perlu diuruskan ketika itu.Aku terpaksa beredar dulu.

InsyaALLAH, bila aku berkesempatan , pasti aku datang lagi...

Syukur pada mu YA ALLAH....diatas Anugerah Rezekimu dipagi hari ini....

PRORAM PELAJAR



ALHAMDULILLAH,...menarik sungguh program anjuran NISA' yang telah diadakan diMaahad Ar Rahmah semalam, 11 dan 12 April 09. Program yang menarik minat para-para pelajar Pelajar-pelajar yang telah dilahirkan dalam generasi Y , yang terdedah dengan kehidupan dengan alammaya, dunia tanpa sempadan. Mungkin berlaku satu kejanggalan apabila Pengarah NISA' Melaka, cuba mendedahkan mereka dengan permainan tradisional yang jarang-jarang diperkenalkan kepada mereka oleh sesiapa pun sebelum ini.



Permainan congkak, ceper, Batu Seremban, snake & ladder, Carom, Tuju Tin, Zero Pound diantara peluang-peluang yang diberikan pada pelajar-pelajar Ar Rahmah semalam.



Belajar berdikari dengan memasak sendiri, memasang khemah sendiri, berkumpul bersama , berkenal-kenalan dengan lebih dekat lagi , tidur bersama, bukan saja dapat melahirkan sifat saling membantu malah dapat mengeratkan sirratulrahim dengan lebih erat lagi.



INSYAALLAH..semuga lahirnya remaja-remaja berakhlak mulia bagi membimbing generasi yang akan datang, dan tertegaknya Syiar Islam yang akan menerangi alam.

Wednesday, April 8, 2009

HARGAILAH KASIH SAYANG




"Salam, mtg muslimat setuju dibuat pada 4 @ 5hb April untuk persiapan mesyuarat Agong?" Dr Khatijah. Itulah pesanan ringkas yang disampaikan oleh ketua muslimat kepada aku. Aku bersetuju diadakan pada tarikh 5 April , hari Ahad jam 3 petang adalah waktu yang agak sesuai untuk kami bermesyuarat , lebih-lebih lagi buat aku, memandangkan suamiku yang dapat bersama-sama keluarga hanya pada hari Sabtu dan Ahad saja.Mungkin Ahad jam 3 petang itu ,agak sesuai untuk aku keluar mesyuarat,yang selalunya yang mengambil masa 3 jam dan diadakan lebih kurang sebulan sekali.

Sedang aku menaip dilaptop aku, apa yang diperkatakan oleh pengerusi pada mesyuarat , tiba-tiba aku rasa aku sudah mula sukar bernafas kembali. Memang dari pagi , aku diserang batuk tapi biasanya aku atasinya dengan ubat yang telah dibekalkan.

Peluh sudah mula menitik dengan banyak. Badan aku sudah mula membahang.Aku tahu , dalam keadaan begini , aku sudah tidak boleh menanti dengan lebih lama lagi. Sesak nafas aku akan bertambah dan ruang udara pernafasan aku akan semakin sempit. Lantas aku meminta izin dari pengerusi untuk kehospital kerana aku, sudah ada surat temujanji dengan hospital sejak aku keluar hospital pada 26 April.09.

Selepas solat Asar dirumah, kami terus kehospital dan seperti biasa ventolin/nebulizer akan diberi pada aku. ALHAMDULILLAH, Maghrib pernafasan aku dah mula lega dan dibenarkan balik.

Walaubagaimanapun , selepas solat Isyak , tiba-tiba saja sesak nafas aku menyerang kembali. Aku tidak punya pilihan selain pergi kehospital sekali lagi, tapi kali ini aku terus dimasukkan kewad kecemasan, di X-Tray dan diperiksa jantung..Lalu sekali lagi aku ditahan diwad selama 3 hari.

Sekali lagi ketika sedang bertarung pilihanra kecil diBukit Gantang, Bukit Selambau dan di Batang AI,,aku berada dihospital. 7 April 09, Dalam Bulan Mac dan April ini, sudah 3 kali aku ditahan diwad. Kasihan suami aku, yang terpaksa mengambil cuti buat beberapa hari untuk mengurus apa yang perlu. Dengan kali ketiga aku ditahan diwad , aku mula belajar sesuatu disini. Memang betullah apa yang dikata, Pengalaman adalah guru yang terbaik.

Kebetulan semasa aku dihatar kewad ini, disebelah aku , telah ada seorang pesakit yang tua. Aku kira usianya hampir menjangkau 90 tahun.Dia sampai hanya beberapa minit sahaja sebelum aku sampai .Aku perasan dia ada disebelah aku semasa diwad kecemasan tadi.

Nenek tua ini, sudah uzur. Dia hanya mengerang tanpa boleh buat apa-apa. Cuma bunyi mengerangnya agak pelik dari manusia normal. Walaupun usianya telah hampir 90 tahun tapi suara mengerangnya boleh didengar sehingga keluar bilik. Dia tidak boleh bercakap, tidak boleh mendengar. Doktor tidak dapat dapat membuat apa-apa lagi padanya. Nenek tua tidak mengalami sebarang penyakit.Tidak mengidap kencing manis, tidak mengidap darah tinggi, oksigen dalam darahnya amat baik, BP nya juga bagus.Cuma Doktor menyatakan bahawa dikepalanya terdapat air. Doktor cuba memeriksa darahnya, walaupun diambil diempat tempat, dikaki kanan, dikaki kiri, ditangan kanan, ditangan kiri, namun Doktor tidak dapat mengeluarkan darahnya. Akhirnya Doktor , meminta warisnya datang untuk dibawa pulang walaupun baru 3 hari disitu.

Apa yang menarik perhatian aku, bahawa selama 3 hari nenek itu berada disitu, agak malang apabila tiada seorang pun anak-anaknya atau cucunya menjaganya dihospital.Semasa dimasukkan kewad pun, tiada waris yang mengiringinya sehingga kebilik. Doktor pun tidak tahu nak buat apa-apa sehinggalah pada sebelah petangnya besoknya , kelihatan anak lelakinya datang menziarahinya kemudian meninggalkannya. Begitu juga pada hari kedua anaknya yang lain datang , tapi mereka datang hanya waktu melawat saja. Kemdian mereka balik. Aku kira anaknya ramai juga. Selepas waktu melawat ,anak-anaknya kembali , tinggallah nenek itu bersendirian , mengerang dan terus mengerang keseorangan. Jeritannya memang menganggu kami yang didalam bilik tersebut.Kami seramai 3 orang tidak dapat tidur. Ada juga anak-anak dan cucu seorang membacanya Surah Yasin baginya ketika datang melawat. Aku juga mengambil kesempatan untuk membacakan Surah Yasin pada setiap kali selepas menunaikan solat, tapi semakin banyak dibaca , jeritannya juga semakin kuat .Anaknya mengatakan bahwa emaknya dijaga oleh pembantu Indonesia. Mereka semua sibuk dengan pekerjaan masing-masing.

Pada hari terakhirpun , anak-anaknya masih belum membuat keputusan siapa yang akan menjaga ibunya. Penjaga Indonesia telah meninggalkan nenek itu. Hari ketiga itulah , anak bungsunya yang perempuan mengurus urusan untuk pulang kerumah. Aku hanya perhatikan saja sambil aku berkata kepada anaknya " Kak, ambillah cuti tanpa gaji sebulan untuk jaga emak akak".aku cuba juga bersuara walaupun aku rasa aku tak perlu mengesyorkan begitu kepadanya sebab sebagai anak, dia tahu tanggungjawab nya. .."nanti, kakak fikirkan" ujar nya dengan tersenyum..

Aku dan nenek itu masuk dan keluar dari hospital ,pada waktu dan masa yang sama. Nenek itu dihantar oleh ambulan untuk pulang kerumahnya.

Mungkin peristiwa ini menjadi pengajaran buat aku kerana sebenarnya pada masa yang sama dihadapan katil aku, terdapat seorang pesakit berbangsa cina. mengalami penyakit ketumbuhan otak sejak berusia 14 tahun. Dan kini telah pun berusia 45 tahun. Dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya boleh menyanyi barbagai lagu termasuk lagu melayu.,dan adakalnya dia menjadi berang apabila disakiti. Juga boleh berbahasa melayu kerana mendapat pendidikan disekolah DOL Said, A.gajah. Cuma apabila diserang ketumbuhan otak ketika berusia 14 tahun, dia mulai menjadi tidak noramal. Tidak boleh menguruskan diri sendiri, namun yang menarik perhatianku, apabila kakak-kakaknya sanggupnya menjaga siang malam , bergilir- gilir tanpa meninggalkan nya. Kakaknya seorang guru juga sanggup mengambil cuti, untuk mengurus adiknya. Mereka tiada ibu dan ayah. Kakaknya menyatakan pada aku bahawa, mereka memang mempunyai keturunan kanser otak dan payaudara, itulah yang menyusahkan hati mereka.

Begitu juga ketika aku dimasukkan kewad pada bulan Mac lalu. disebelah aku juga terdapat seorang pesakit berbangsa India yang agak berumur, mengidap penyakit kanser peringkat kedua. Anak perempuan seorang sahaja yang menjaganya selama 5 hari dihospital. begitu kasihnya dia pada ibunya, menguruskan segala urusan ibunya yang sedang sakit.

Guru yang berbangsa cina itu berkata kepada aku..." seorang ibu boleh jaga 10 atau 12 anak , tetapi seorang anak tidak boleh menjaga seorang ibu".....Orang melayu pun macam itukah?....aku tersenyum sahaja. Sukar untuk aku menjawab..Semuanya menjadi pengajaran yang terindah buat aku.

Sebenarnya sibukkah kita? Apa yang kita kejari? Sama-samalah kita fikirkan...

Setiap perkara yang berlaku , punyai sebab yang tertentu.Setiap orang punyai nilaian cara tersendiri..

(Buat peringatan diri)

Wednesday, April 1, 2009

YANG PERGI DAN YANG DATANG

Semalam aku menerima sms yang menyatakan ayah kepada pn Fauziah ahli Bukit Bayan telah meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Pn Fauziah merupakan isteri kepada Tn Hj Selamat Aman, Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.



Tuan Hj Selamat baru saja kehilangan ayah pada 27 Disember 08 dan kehilangan ibu pada 2 januari 09 dan semalam pada 1 April 09 kehilangan bapa mertuanya , Hj Othman Baba .





Tn Hj Selamat kehilangan ibu dan ayahnya ketika prk akan diadakan diKuala Trengganu. Ketika itu beliau sedang sibuk untuk menguruskan petugas-petugas keChandering , Kuala Terengganu bagi menghadapi pilihanraya kecil pada 17 Januari 09.



Manakala sekali lagi Tn Hj Selamat kehilangan bapa mertuanya dikala untuk menghadapi PRK di bukit gantang pada 7 April.

Semuga Tn Hj Selamat Aman, Pn Fauziah Othman serta ibunya tabah menerima ujian ini.
Semuga rohnya dicucuri rahmat ...




Setiap yang hidup pasti akan mati..



Apakah persediaan kita pula untuk menghadapi kematian??/...Kalau ada sahabat nabi yang mengaji sebanyak 4000 kali, pun masih menangisi apabila disebut tentang kematian...bagaimana dengan kita terhadap Al Quran...Berapakah lamakah masa yang kita ambil untuk mengaji setiap hari jika dibandingkan masa yang kita ambil untuk lara.....sama-samalah kita fikirkan....

Bersediakah kita untuk menghadapi"Malam Pertama Dialam Kubur"

(sekadar peringatan buat diri...)



----------------------------------------------------------------------------------


Dan diucapkan tahniah juga kepada Ustaz Khairul serta isterinya, Pn Rosnah kerana telah mendapat cahaya mata yang keempat. Ustaz khairul selaku ajk Kawasan Bukit katil juga merupakan ajk Pemuda Bukit Katil.




Ummu Raihanah nama diberi...Semuga menjadi insan soleh walmusleh bagi menegakkan syiar ALLAH dimuka bumi ini...InsyaALLAH..