Alhamdulillah, Muslimat Cawangan Kandang telah memulakan Usrah pertama sebaik Mesyuarat Agong Muslimat Kawasan Bukit Katil telah diadakan pada 15 April 09 yang lalu.
Meskipun hanya 7 orang yang dapat hadir bagi memulakan usrah ini, namun telah cukup menunjukkan petanda yang baik bahawa telah ada usaha -usaha yang murni bagi sama-sama menghidupkan kehidupan yang baik demi Syiar Islam.
Masih terdapat beberapa muslimat yang belum dapat hadir diusrah pertama ini disebabkan ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
InsyaALLAH, diharapkan ALLAH memberikan kelapangan serta kemudahan bagi yang Ikhlas ingin bersama-sama program yang sepenting ini.
Memang bilangannya sedikit namun natijahnya besar , apabila mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T. Yang penting istiqamah yang Ikhlas demi kerana ALLAH.
Perjalanan yang jauh , bermula dari langkah pertama.
Titisan-demi titisan air, dapat membelah batu yang keras.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi Bukit..
Pemikiran optimis bahawa ALLAH sentiasa bersama orang yang Ikhlas dalam memperjuangkan agamanya.
Masa yang diambil sekadar 1jam setengah bebanding 336 jam, adalah jauh lebih berharga.
Sekiranya kita tidak disebukkan dengan hal-hal dakwah pasti kita tetap juga akan disebukkan dengan hal-hal lain.
Semuga ALLAH memberi kita kemudahan,kelapangan,kekuatan untuk bersama-sama dalam kebangkitan Islam ini.Meskipun jalan perjuangan ini dipenuhi ranjau dan duri namun ia tetap manis bagi yang berjuang.
"Mengharap menang dalam perjuangan, bagai sipungguk merindu sang bulan,
Pangkalnya jauh , hujungnya belum tiba".
2 comments:
Mantap!teruskan perjuangan...Allah tida melihat samada kita berjaya@tidak tetapi apa usaha yang telah kita lakukan
Syukran.."sesungguhnya orang yang zalim itu , tidak dapat kemenangan"
(Al-Anam:21..Yusuf:23..Al Qasas:37)
"Sesungguhnya ALLAH itu suka jika seseorang daripada kamu membuat kerja dengan teratur"(Bukhari, Muslim)
Post a Comment