HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, January 28, 2010

MENJEJAKKI ISTERI-ISTERI AJK KAWASAN DAN CAWANGAN




Tak pasti kenapa seperti sudahnya menjadi satu kelaziman, apabila sesuatu program berkala diberhentikan buat seketika maka untuk memulakan kembali agak sedikit payah. Ianya sering kali berulang mestipun setiap kali permulaan telah dipenuhi dengan seribu keazaman. Namun seperti yang ALLAH telah janjikan dalam surah Muhammad ayat 7 yang menyatakan bahawa apabila kita menolong agama ALLAH , pasti ALLAH akan menolong dan menetapkan kedudukan kita.InsyaALLAH.
Dan sememangnya apabila kita berjalan kepada ALLAH, maka ALLAH akan berlari kepada kita.Apabila niat ikhlas yang kita sertakan maka pasti ALLAH membantu dari berbagai arah tanpa kita sedari.

Begitulah juga kepada DMPBK. Dengan segala kelemahan serta kekurangan yang ada , cuba meneruskan kembali agenda-agenda yang agak terkaku seketika. Alhamdulillah, dengan bantuan ALLAH SWT maka terkumpullah sedikit kekuatan demi kekuatan untuk meneruskan program mingguan ini.

Dengan itu Pengerusi Lujnah Tarbiyah Muslimat B.Katil, meneruskan program menjejakki isteri-isteri ajk Kawasan serta cawangan Bukit Katil dalam rangka ziarah-menziarahi bagi memastikan bahawa isteri-isteri ajk Kawasan dan cawangan akan bersama-sama didalam program-program mingguan muslimat bagi menegakkan syiar ALLAH ini.

Alhamdulillah, semalam sebanyak 5 rumah sahabat-sahabat yang telah di ziarahi, sambil menerangkan bahawa betapa pentingnya untuk kita mengeratkan ukhuwah sesama kita bagi menjayakan apa yang ingin kita capai dalam hidup ini. Walaupun pada hakikatnya kita memerlukan masa yang panjang untuk menerangkan serta memahami semua ini namun ianya mesti di mulai.

Suasana serta keadaan yang ada pada hari ini memanglah amat mencabar. Kemelut kehidupan sudah menjadi-jadi. Kita seolah -olah dipaksa menjadi penonton yang amat setia . Menonton kerosakan demi kerosakan dengan akhlak buruk manusia yang begitu berleluasa. Saban hari kita di dendangkan dengan lagu-lagu penjenayahan.Kerakusan demi kerakusan manusia untuk merampas hak orang lain.Kita terus di dendangkan dengan irama-irama sonsang yang amat menyesatkan manusia samada kita sedari atau buat-buat tidak menyedari. Toleh kanan, toleh kiri, pandang depan, pandang belakang ,terasa seperti kita sudah terjerat sama didalam segala kemelut ini.Terasa betapa kerdilnya kita untuk merubah segalanya sebelum bertambahnya dasyatnya lagi kemelut ini.

Namun cukupka kita sekadar memerhati, sekadar menjadi penonton yang setia, sekadar membaca, sekadar mengeluh dan sekadar menulis? Apakah dengan alasan kekerdilan kita, maka kita akan lulus ujian diakhirat sana?

Walau apa pun tanggapan kita sekarang, walau apa pun alasan yang kita berikan, namun kita tetap khalifah diatas muka bumi ini. Kita tiada jawapan yang lain selain itulah jawapan yang ada. Kita diamanahkan untuk memikul beban yang besar ini, untuk membaiki keadaan yang ada. Kita tiada pilihan.Kita terpaksa melakukan mengikut kemampuan kita.Kita mesti mengorbankan masa, tenaga, hartabenda serta jiwaraga untuk kerja-kerja Islam ini.Kita tak minta apa-apa ganjaran melainkan rahmat serta keredhaan ALLAH.

Mungkin kita sudah terlalu lama sibuk dengan kehidupan kita. Dan kesibukan kita didalam mengejar habuan didunia ini menyebabkan kita terlupa bahawa kita punya tugas yang lebih utama.Tugas untuk berdakwah menyampaikan pesanan demi pesanan dari Rasulullah bagi mendamaikan suasana terutama di bumi Malaysia.Malaysia yang sudah jadi haru biru , kacau bilau sehinggakan kita sering terbaca perkataan "SELAMATKAN MALAYSIA".Jadi siapakah yang akan menyelamatkannya kalau tidak kita. Tuding 1 jari kepada orang lain, maka 4 jari menuding kearah kita.

Mungkin ada yang tidak suka dengan kedatangan kami yang ingin mengajak bersama-sama dalam perkembangan arus kebangkitan ini.Mungkin kedatangan kami menganggu zon selesa yang sedang dikecapi sekarang. Zon selesa ketika bersantai bersama suami serta anak-anak , apatah lagi berhadapan dengan tv yang terlalu amat menyeronokkan. Tv yang begitu banyak telah mempengaruhi minda manusia sehinggakan seperti hilangnya fitrah manusia yang sememangnya dilahirkan berjiwa merdeka.Satu rumah mungkin 2 @ 3 tv. Agak sukar untuk menemukan keluarga yang membaca buku atau Al Quran demi menambah ilmu, baik mana tempat yang di ziarahi. Ilmu-ilmu yang mampu mengajar kita diantara iman dan kufur.

InsyaALLAH, Program-program kebaikan tetap akan tetap diteruskan meskipun adakalanya ia amat payah, sepayah memanjat tiang yang licin. Marilah bersama-sama kita merebut peluang ini dan bersama-sama dengan jemaah ini . Ikhlaskan hati kita. Kita tak mahu menjadi seperti orang yang tidak tetap pendirian . Tidak mahu menjadi orang yang mudah melompat sana-sini. Tidak mahu menjadi orang yang angkuh dan sombong ,kononnya seperti semudah orang yang menukar kasut. Pendirian kita jelas. Islam dan jahiliyah tdak ada perkaitan langsung.Ibarat langit dan bumi.

Cuma harapan serta doa yang di harapkan dari ALLAH SWT agar memberikan segala kekuatan serta kemudahan.
Amal semata-mata bukanlah penentu kepada kejayaan melainkan semuanya dengan pertolongan dan kerahmatan dari ALLAH seperti apabila Abu Sufian yang terkenal dengan keangkuhannya bertanya kepada Rasulullah "bagaimanakah engkau bisa mengalahkan aku' lalu dijawap oleh Rasulullah SAW "dengan pertolongan ALLAH".
InsyaALLAH.

Sunday, January 24, 2010

TAHNIAH!!!PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan Tahniah diatas kejayaan Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Bukit Katil pada malam ahad yang lepas.
Pelancaran yang dibuat bersempena dengan ceramah anjuran dari DPPKBK dan cawangan Bukit Katil.

Ceramah telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Negeri Melaka, Ustaz Ghani abdul Rahman, ADUN Kesidang YB Goh Leong San,Dato Tn Ibrahim Tuan Man ,Naib Presiden PAS.

Dato Tn Hj Ibrahim Tuan Man telah juga merasmikan kutipan dana Tabung Komplek PAS Kawasan Bukit Katil.

Jumlah wang yang telah terkumpul setakat semalam termasuk kutipan yang disumbangkan oleh para hadirin dimalam tersebut mencecah hampir RM 20,000.Meskipun kelihatannya seperti kecil namun sebenarnya ini adalah permulaan bagi menunjukkan mercutanda bahawa PAS kawasan Bukit katil akan mula bertapak dibumi Melaka.

Didalam keghairahan kerajaan Negeri Melaka mengistiharkan bahawa Melaka Maju dalam tahun 2010 terutama dalam komitednya mempromosi sektor pelancungan sehingga sanggup membazirkan wang yang begitu banyak bagi benar-benar memastikan promosinya benar-benar berjaya tapi pada hakikatnya kemajuan yang sebenar yang dicapai oleh kerajaan Negeri Melaka sehingga januari 2010 adalah salah guna kuasa. . Apa yang nak di megahkan lagi apabila salah satu tawaran dari pelbagai produk pelancongan yang iaitu Eye On Malaysia telah disita dan juga apabila kincir air juga tidak bergerak.

Semuga gabungan padu berlandaskan keikhlasan dari DPPBK, DMPBK ,NISA serta ulama dapat membuahkan hasil.

"Sesungguhnya kita mendakwah umat manusia ke jalan Islam bukanlah dengan tujuan untuk mencari upah dan tanda jasa , bukan juga untuk memancing pangkat dan bintang kebesaran. Hanya kita mendakwah umat manusia ke jalan Islam justeru kerana kita cinta dan kasihkan mereka, juga kerana kita inginkan mereka beroleh kebajikan dan kebahagiaan, walaupun mereka menyakiti dan menganiaya kita dan malah memusuhi kita sebab itu sudah menjadi asam garam hidup bagi pendakwah ke jalan ALLAH disepanjang zaman.

Layanan-layanan buruk yang kita terima itu tidak boleh menyebabkan kita kecewa dan berputus asa, malah akan menguatkan azam kita bagi meneruskan perjalanan dan bergerak terus.

Umat manusia wajib diberitahu tentang hakikat Islam itu dan hakikat kewajipan mereka sendiri terhadap Islam sebagai jalan untuk beroleh kebajikan dan kebahagiaan yang pasti diberikan Islam kepada mereka.

Begitu juga mereka perlu mengetahui pendapat kita mengenai hakikat jahiliyah yang sedang mereka hayati sekarang.

Hakikat bahawa jahiliyah itu tetap jahiliyah dan tiada sebarang pertalian pun dengan Islam.

Hakikat bahawa selain dari undang-undang dan Syariat Islam itu ialah undang-undang Hawa Nafsu, hakikat bahawa tiada alternatif lain bagi Islam yang merupakan 'KEBENARAN' itu selain daripada 'kesesatan'.

Wednesday, January 20, 2010

MANTAP



Dewan Muslimat PAS negeri Melaka akan menganjurkan program MANTAP bermula pada 22 Feb jam 6 petang dan akan berakhir pada 23 Januari pada jam 12.30 tengahari.

Diharapkan semua ajk muslimat negeri,ajk Kawasan, ajk cawangan dapat menghadirkan diri di program ini bagi meneruskan agenda yang telah ditetapkan ini.

JUMPA DISANA!!!
InsyaALLAH

Tuesday, January 12, 2010

TUNTUTLAH ILMU..

Perjalanan yang mengambil masa melebihi 10 jam , memanglah amat meletihkan.Dari jam 8 pagi bertolak dari Bandaraya bersejarah dan tiba pada jam 8 malam di sebuah hotel di negeri Serambi Mekah namun pengalaman-pengalaman yang dilalui selama menguruskan anak-anak dari Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung,Melaka ke Sek Maahad Muhammadi Pasir Mas bagi anak-anak perempuan manakala ke kolej STAM di Kok Lanas,bagi anak-anak lelaki, memberikan kepuasan bagi ibu-ibu serta ayah-ayah yang turut mengiringi. Alhamdilillah bas baru yang di sewa mampu memuatkan seramai 44 penumpang memang cukup selesa buat kami semua. Seramai 9 pelajar perempuan manakala 12 pelajar lelaki telah diberikan tempat disana bagi penerusan menuntut ilmu serta mendudukki peperiksaan STAM bagi tahun 2010. Bagi pelajar-pelajar yang tidak pernah berjauhan dari ibubapa, diselubungi kesayuan sebaik saja ibu serta bapa cuba meninggalkan mereka, maklumlah ini merupakan pengalaman pertama mereka untuk menetap di asrama tambah lagi jauh dari pandangan ibu dan ayah.




Banyak perkara yang menarik hati ketika disana apatah lagi bila harga makanan nya, air buah yang segar cuma RM 1.20 , ice blended cuma RM 1.00. Nasi berlaukan daging bakar, sop serta sambal belacan baru mencecah RM 2.50 sepinggan. Mungkin harga ini agak asing jika dibandingkan dengan harga makanan yang kami makan singgah disepanjang perjalanan ditempat lain. Diterengganu saja, makan maggi sop dan nasi goreng biasa saja(perasa ikan bilis) dan air teh secawan dan air suam saja sudah menjangkau harga belasan ringgit. Namun apa yang lebih menarik hati ketika di Pasir Mas, semasa kami menunaikan solat Zohor dimasjid , aku sempat merakam gambar pelajar-pelajar yang sedang mengaji Al Quran. Mungkin ini sesuatu yang asing bagi aku kerana mungkin aku belum pernah menemukan pelajar-pelajar yang mengaji di masjid sewaktu tengahari begitu. Mungkin ini telah menjadi amalan bagi mereka setiap hari .



Syukran Jazilan buat semua Ustaz yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat tempat disana terutama Ustaz Kamarudin dan juga cikgu Bibah. Semuga ALLAH membalas segala kebaikan yang dilakukan.

Tuesday, January 5, 2010

LIHATLAH RAGAM MEREKA..2010

KEMBALI KE SEKOLAH .HARI KEDUA PERSEKOLAHAN SESI 2010
(MINGGU SUAIKENAL MAAHAD AR RAHMAH)

(TAHUN 1 AR RAHMAH)

(DI KANTIN BERSAMA GURU )

(PASTI SOLOK GAUNG)

(SEKOLAH RENDAH MAAHAD AR RAHMAH)

Monday, January 4, 2010

ZIARAH-ZIARAHLAH.. KERANA BISA MENGERATKAN UKHUWAH

Alhamdulillah, semalam beberapa dari kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda Bukit Katil telah diberi kesempatan bagi menziarahi 3 keluarga di Bukit Baru. Penziarahan yang bertujuan mengeratkan siratulrahim sesama insan serta bertujuan mengenang jasa-jasa mereka yang telah mereka curahkan selama ini walau dari apa cara sekalipun asalkan semuanya berbentuk kebaikan sesama insan.



Penziarahan ini terlalu bermakna bagi tuan rumah memandangkan jarang para tetamu datang secara serentak beramai-ramai melainkan dijemput atau pun menerima kunjungan dari saudara mara terdekat tetapi kali ini agak berbeza apabila pimpinan PAS datang menziarahi disertai dengan hampir 20 orang dengan membawa sedikit buah tangan sebagai cenderahati.

Dan sudah semestinya apabila semakin kita ziarah menziarahi, baru kita akan dipertemukan dengan berbagai permasalahan yang dialami oleh mereka. Dan disitu timbulnya kesedaran bahawa sebenarnya kita adalah manusia yang terlalu lemah disisi ALLAH S.W.T.dan menyedarkan kita bahawa setiap insan mempunyai tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Semuga program sebegini akan dapat diteruskan selalu kerana bukan saja ia mampu membina kekuatan yang ampuh dikalangan ahli PAS malah sesama insan diluar sana dan semuga mendapat keberkatan dari ALLAH.