HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Saturday, January 31, 2009

USTAZ!!...PERJUANGAN KITA MASIH JAUH......



Alhamdulillah, Semalam dua hari berturut-turut kami berkesempatan untuk menziarahi setiusaha Lajnah Penerangan Negeri Melaka setelah dikejar kehospital Melaka akibat serangan jantung. Beliau juga menghadapi beberapa penyakit lain juga.Beliau masih lemah lagi dan yang pastinya beliau memerlukan rehat yang banyak.

"Kak..saya ingatkan semalam dah buatkan kenduri untuk saya" katanya kepada ku dengan nada yang agak lemah serta nafas yang agak sesak. Memang sudah kebiasaan baginya untuk mendapat rawatan dihospital cuma mungkin kali ini agak kritikal tambah lagi apabila darah keluar dari mulutnya..

"MasyaALLAH..Jgn cakap macam itu..Perjuangan kita masih jauh..Banyak perkara lagi yang akan kita lakukan..Banyak perkara lagi yang akan kita temui...InsyaALLAH ust akan sembuh dan meneruskan tugas kita lagi"

Beliau hanya tersenyum walaupun sedang menahan kesakitan pada dada dan kaki.
"Kak..nanti tolong sambung blog saya..masih banyak saya nak updateskan.."mintanya pada aku.



Aku tersenyum ..tak tahu apa nak jawab .Blog dmpbk pun , dah orang komen aku kerana syok sendiri macamana aku nak teruskan blog orang yang jauh lebih hebat berbanding aku yang hanya pandai sekadar menulis saja. Cuma aku buat tak kisah diatas penulisan aku kerana yang penting niat ikhlas aku untuk menulis. Orang baca atau tidak baca, bukan urusan aku. Biarlah ALLAH yang menentukan sesiapa yang nak membacanya.Yang penting tulisan-tulisan ini akan menjadi bukti diakhirat kelak selagi tidak ada penipuan serta sebarang pendustaan dalam tulisan aku.Pokoknya bahawa aku perlu ingat bahawa sekiranya berlaku sebarang pendustaan dalam tulisan ini, maka sebenarnya aku telah menipu seramai mana manusia yang melayari internet ini.




"Kak, tolong beri nama-nama ahli -ahli kita yang susah yang perlu diberi zakat." Dia juga menyebut nama yang diminta aku mencari biodatanya.
Aku bersetuju .Aku kagum, dalam keadaannya yang tenat rupa-rupanya masih mengingatkan masalah ummah.

Begitulah sikap orang yang telah mendapat kemanisan iman..dakwahnya tetap berterusan meskipun diri sendiri dalam kesusahan namun kepentingan sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan masih dipedulikan.

Sahabat-sahabat Rasulullah sanggup berkorban segala-galanya kerana mengasihi ALLAH dan Rasulnya. Sehinggakan apabila ditanya "apakah yang tinggal padamu..ya Abu Bakr."
"ALLAH dan Rasulnya"jawab Abu Bakr.

Kami doakan ustaz cepat-cepat sembuh dan sama-sama dapat meneruskan perjuangan ini, meskipun ada orang yang benci..

Friday, January 30, 2009

TAHNIAH !!!DAPAT MENANTU LAGI

( maaf..semua gambar sekadar hiasan)

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan tahniah buat Hj Salim bin Hj Tahir , merupakan bekas calon DUN Air Molek 2008 juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil diatas majlis walimah anak lelakinya, Mohd Hilmi pada 4 Safar /31 Januari 2009.



Semuga walimah yang diadakan diKm 16, Kg bukit Nibung, Paya Dalam ,Melaka ini akan berlancar dan mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

( gambar hiasan)

Bagi yang jauh-jauh,serta turut mendapat jemputan dari Cikgu Salim ..diharapkan sudi hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. InsyaALLAH.

Juga tidak lupa Tahniah kepada Cikgu Yusof Wahab ,kawasan Kota yang turut mendapat mendapat menantu pada hari ini.4 Safar/31 Januari 2009. Cikgu Yusof melangsungkan walimah anak perempuan yang kedua. Majlis diadakan dibatu 4.5, Bukit duyong, Melaka.
Semuga dirahmati dan diberkati semua...

Thursday, January 29, 2009

MENITI WAKTU DIHARI TUA





Semalam...
Ku lihat
Seorang Tua
memegang Tasbih...
berzikir sambil memejamkan mata
Mungkin membilang hari..
Dalam meniti waktu diusia tua...

Sesaat yang berlalu , terlalu berharga...
Ingin digarap dengan jalan -jalan kebaikkan...
Samada semalam..hari ini...dan ...esok...
Agar perginya dengan ketenangan..
Agar perginya dipenuhi bekalan..
Untuk menghadapi hidup yang berkekalan...


Semalam juga...

Ada orang berkata pada ku..
"Ada orang sampaikan salam buat mu"
Lalu aku bertanya "siapa"
Seorang Tua ,jiran sewaktu kecil dan remaja ku diKL...
Lama sudah tidak aku temui...
"Dimana tempat jumpanya"
"DiPub sedang berkaroake"

ALHAMDULILLAH...AKHIRNYA DAPAT JUA TAPI.........

Alhamdulillah, pasangan ibu bapa kepada seorang pelajar diInstitusi Pengajian Tinggi Melaka, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Jun tahun lalu, menerima wang pampasan dari syarikat Insuran.

Paling tidak, sekurang-kurangnya dengan wang pampasan itu dapat meringankan beban bagi keluarga Allahyarham. "Memang menjadi kebiasaan bagi pelajar diInstitusi itu diwajibkan mengambil insurans berkelompok' Menurut pengarah Institusi tersebut.

Walaubagaimana pun yang agak menarik perhatian aku, apabila bapa Allahyarham menyatakan bahawa "Wang pampasan ini akan digunakan untuk membayar kembali pinjaman pendidikan dari Kementerian Pengajian Tinggi anaknya" dan selebihnya akan disimpan"

Apakah ada juga bayaran pinjaman untuk pelajar yang sudah meninggal dunia? Aku tak mahu komen apa-apa kerana aku tak pandai dalam hal itu kerana aku tak pernah meminjam dari mana-mana pehak dalam pembiayaan pelajaran anak-anak.

Cuma kalau ia benar, ianya amat dikesali..Mengapa tidak dihapuskan @ dihalalkan saja pinjaman itu kerana ia melibatkan hal kematian. Dan sekiranya takut kerana kerugian oleh pihak peminjam..maka suka diingatkan bahawa kes kematian dalam belajar amat jarang berlaku..Bukankah seeloknya pendidikan diberi percuma.

Ini juga mengingatkan aku kepada satu peristiwa dimana dikala aku diragut sewaktu melintas jalan dijalan Hang Tuah, sebuah motosikal melintas lalu menarik beg tangan aku. Aku tidak boleh nak buat apa-apa kerana kunci erv aku didalam beg tersebut. Aku hanya dapat memandang saja kearah peragut ..Ketika itu bahawa aku terasa bahawa tak punya apa-apa melainkan ALLAH SWT.

Aku minta pertolongan dengan orang yang tidak aku kenali untuk menghubungi suamiku. Alhamdulillah, rupa-rupanya masih ramai orang yang perihatin yang sanggup menghulurkan bantuan.

Tapi yang amat menyedihkan aku ialah apabila..buat lapuran polis kena bayar rm 2.00. Macamana nak bayar dalam keadaan tiada apa-apa ditangan. Tapi kena bayar juga. Pinjamlah aku rm 2.00 pada orang yang menghantar aku kebalai polis.
Hidup lesen kereta kena bayar lagi. Buat KP pun kena bayar.Nampaknya walaupun kena ragut pun kena bayar juga.
Dua kali kita dizalimi. Kena curi dan kena bayar lagi..

Itulah Malaysia Negara ku cintai..

PRIHATINKAH KITA???




Alhamdulillah walaupun dalam kesuntukkan masa, disebelah petang ..Dewan Muslimat PAS Bukit Katil..berkesempatan untuk menziarahi Pn Maimunah bt Puteh, yang menetap diSungai putat.Beliau mengidap penyakit kencing manis dan kemudian menghadapi masalah buah pinggang. Dan kini sedang menjalani rawatan mencuci buah pinggang. Dalam seminggu sebanyak 3 kali dikenakan mencuci buah pinggang. Buat masa ini beliau mencuci buah pinggang dihospital swasta.Buat permulaan bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu rm 120.00 sekali cuci.Manakala kakinya juga telah telah dipotong 2 tahun yang lepas akibat dari penyakit kencing manisnya itu. Dan kini beliau menggunakan kerusi roda.




Alhamdulillah, beliau mempunyai seorang suami yang tabah, yang menguruskan segala keperluan puan Maimunah. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki tetapi tidak menetap bersama mereka. Sambil menguruskan siisteri, suaminya juga berniaga nasi campur berhampiran rumahnya. melalui perniagaan itulah , dia membiayai rawatan isterinya walaupun masih tidak mencukupi.

Dr Khatijah selaku Ketua Muslimat B.Katil menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang , hasil dari tabung muslimat dan juga sumbangan dari sahabat-sahabat yang perihatin.Semuga dengan sumbangan itu dapat juga mengurangkan sedikit bebanan Pn Maimunah. Mereka amat terharu dengan kedatangan kami.

Semuga ALLAH memberikan ketabahan dihati mereka diatas segala ujian yang diberikan kepada mereka.
InsyaALLAH.

Tuesday, January 27, 2009

SIAPA INSAN PILIHAN?????...........


Beberapa hari terakhir menjelang kesyahidannya, Syeikh Ahmad Yasin telah merasai bahawa dirinya akan menemui syahid yang beliau cita-citakan. "Sebenarnya beliau menyampaikan perkara itu kepada keluarga dirumah, namun beliau tidak memberitahu kepadaku secara langsung, kata Ummu Muhammad, isteri kepada Syeikh Ahmad Yasin ketika mencceritakan saat-saat sebelum peluru berpandu pesawat biadap Zionis Israel itu menghancurkan tubuhnya..


(Gambar...demonstrasi yang diadakan dimasjid Al-Azim melaka , selepas solat Jumaat sempena "Aman Palestin")


Seterusnya ibunda Ummu menceritakan bahawa sehari sebelum kesyahidannya, Syeikh Ahmad Yasin berkata,.." Aku berasa akan menemui syahid...


Pencerobohan tentera Perancis keatas kafilah dagangan Salahuddin Al-Ayyubi begitu menyentuh perasaan beliau.Salahuddin memperlengkapkan angkatan tentera dan mujahidin-mujahidin untuk mengenakan pukulan maut kepada pihak salib Perancis.

Setelah selesai bermesyuarat dengan panglima-panglimanya untuk mencari masa yang sesuai menyerang musuh dan tempat yang strategi, maka keluar mereka pada 17 Rabiul Akhir 583H selepas menunaikan Solat Jumaat dengan diiringi laungan takbir, munajat dan doa umat Islam. Saluhuddin keluar dar Damsyik menuji ke Ra'su Al-ma dan berkhemah disitu.

Salahuddin tidak sabar-sabar lagi untuk memerintahkan kaum muslimin melancarkan serangan jihad dan tidak putus-putus membangkitkan semangat mereka untuk membebaskan Baitul Maqdis.

Bagi pembebasan Kota Baitul Maqdis sebagai urusan yang terlalu besar baginya, malah urusan ini tidak tertanggung oleh gunung dan ganang sekalipun. Beliau diibaratkan seperti ibu yang kehilangan anak, menunggang kudanya dari satu khemah kesatu khemah menggalakkan orang ramai bangkit berjihad, sambil menyeru .."alangkah malang nasib yang menimpa Islam" sambil air matanya mengalir.

Pernah salahuddin tidak menjamah apa-apa makanan dari hari Jumaat hingga Ahad , kecuali sedikit sangat kerana terlalu menumpukan kepada umat Islam di Baitul Maqdis.



Berlakulah pertempuran diHittin, dimana kelebihan umat Islam disitu dapat menguasai sumber air dari Tasik Tabariah.Tentera Salib mengalami kekalahan teruk. Semua musuh terbunuh dan ditawan.Bilangan tentera musuh 10,000 orang.Yang tinggal hanyalah Raja Baitul Maqdis serta saki baki yang mengawalnya dan Raynald ditawan. Tentera Islam sujud syukur kepada ALLAH.

"Bukan tradisi seorang raja membunuh seorang raja"..
Kemudian Raja Baitul Maqdis dan saki bakinya dihantar keDamsyik dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.Berekahirlah pertempuran diHittin.

Salahuddin bergerak ke pelabuhan Akka . Berlaku pada Bulan Jamadil Ula tahun 583H. menawan Tabnin, Jabil, Saida dan Beirut.Mengepung Asqalan dan seterusnya mengepung Baitul Maqdis, tetapi masih belum berjaya kerana pihak musuh mendapat bantuan dari laut. Sementara itu dapat menawan Ar Ramlah, Ad Darum, Ghizzah, Baitullaham dan An-Natrun dan sekali lagi mengepung Baitul Maqdis.



Salahuddin menghantar wakil meminta para penghuninya menyerahkan kota Baitul Maqdis secara aman..dengan menyatakan

"Saya meyakini Al -Quds ialah Baitullah yang suci sebagaimana anda semua meyakininya. Saya tidak pernah bermaksud untuk mencemarkan Baitul Maqdis dengan penderitaan dan kemudaratan akibat kepungan dan serangan."

Pehak musuh berdegil. Belum seminggu berlakunya kepungan, tentera salib menyerah diri dan bersetuju menerima perdamaian.Perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak menghendakki tentera salib meninggalkan Kot Baitul Maqdis dalam tempoh 40hari.Seorang lelaki membayar tebusan 10 Dinar seorang, perempuan 5 Dinar dan kanak-kanak 2 Dinar. Yang tidak mampu membayar menjadi tawanan ....

Perasaan kasihan Salahuddin kepada kaum wanita Salib lebih besar lagi.Dibaitul Maqdis pada masa itu terdapat seorang puteri raja Rome yang menjadi pendita dan menetap disitu untuk beribadat dengan diiringi oleh puluhan khadam dan pengikut.Beliau merupakan seorang yang berharta. Sultan Salahuddin membei jaminan keselamatan pada diri, harta dan pengikutnya.Salahuddin mengiringinya dengan penuh penghormatan sehingga sampai ketempat tahanan suaminya di Kubu Nablus dan memberi kebenaran tinggal bersama suaminya. Turut serta bersama puteri ini sekumpulan wanita yang menangisi malang suami-suami mereka, sambil mengendong anak masing-masing..Suami-suami mereka serta bapa-bapa mereka dikembalikan.
Hari Jumaat 27 Rejab tahun 538H iaitu kebetulan hari Israk , pihak musuh mulai keluar dari kota suci itu.Tindakan Salahuddin ini amat bertepatan dengan ramalan yang dibuat oleh Muhyiddin bin Zakiyuddin, Qadi Damsyik yang meramalkan Salahuddin akan membuka Kota Halab dengan mata pedangnya pada bulan Safar, manakala Kota Baitul Maqdis pula pada Bulan Rejab..


"Bergembiralah......setelah hampir 100 tahun berada ditangan musyirikan...Masjid Al-Aqsa adalah Kiblat Pertama, Masjid Kedua dan Haramain yang ketiga bagi umat Islam.....
Jika tidaklah kerana anda sekelian merupakan orang yang dipilih oleh ALLAH SWT dari kalangan penduduk-penduduk negeri ini masakan IA akan mengkhususkan bagi anda sekelian kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh sebarang tandingan dan tidak dapat diatasi oleh sebarang kemuliaan..



Mudah-mudahan aliran -aliran darah yang anda korbankan menjadi amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan mudah-mudahan IA menganugerahkan kepada anda balasan syurga, tempat tinggal orang-orang bahagia.

Laksanakan kewajipan-kewajipan bersyukur kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengkhususkan anda sekelian dengan nikmat yang besar ini dan memilih anda menjalankan gerak kerja ini, hingga seterusnya."









uslimat PAS Bukit Katil

Saturday, January 17, 2009

KENAPA TINGGALKAN BUKIT UHUD????

Perjalanan dari Bukit Katil menuju keKuala Terengganu pada 11 jan 2009, jam 12 malam ,memang amat indah sekali. Bertekad dengan satu keikhlasan serta keazaman demi menegakkan kebenaran adalah satu kebahagiaan. 8 jam yang dilalui terasa sekejap sahaja. Namun mungkin perlu lebih-lebih berhati-hati kerana memandu didinihari agak merbahaya sekiranya mengantuk tidak dapat dikawal. Itulah juga yang terjadi keatas perjalanan kami. Namun mungkin berkat doa menyebabkan kami terhindar dari malapetaka.Alhamdulillah.



Muslimat yang dijangka seramai 5 orang, akhirnya menjadi 4 orang saja , apabila seorang menarik diri diatas sebab-sebab peribadi disaat -saat akhir .Memang agak sukar untuk meninggalkan anak-anak dirumah yang sedang bersekolah, apatah lagi untuk meninggalkan suami dirumah untuk menguruskan anak-anak..Tidak semua suami dapat memahami apa itu perjuangan didalam Islam. Maaf,.. mungkin juga tidak memahami apa yang dikatakan mencintai ALLAH dan RasulNYa melebihi dari segala-galanya.Namun seperti yang selalu disarankan oleh Islam bahawa tugas dakwah adalah tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua.Tiada pengecualian. Berjuang ertinya terkorban.Perjuangan memerlukan pengorbanan yang besar.Berserah kepada ALLAH ...Manakala seramai 12 muslimin Kaw B.katil yang juga turut serta , bersama-sama bertugas bagi membantu sahabat-sahabat di Kuala Terengganu.








Ketibaan kami disambut dengan satu perancangan yang telah tersusun rapi samada dari pehak JPN Melaka mahupun pehak Terengganu.Dua Penginapan telah disiapkan untuk muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, Muslimat ditempat berhampiran pantai yang menderu desiran ombaknya.walaupun 4 hari saja kami disana ,namun ia telah memberi pengertian yang terlalu besar buat kami.








Kami bertugas mengikut arahan yang telah ditetapkan. Hari pertama bertugas membantu mengempen dari rumah kerumah agak membimbangkan sedikit kerana loghat pendatang Melaka berbeza dengan Penduduk tempatan.Namun seperti yang selalu diyakini, hati manusia dibawah penguasaan ALLAH. Berdoa serta berharap, bekalan yang paling mantap ketika itu. Alhamdulillah, penduduk tempatan memberikan kerjasama.Kami cuba menembusi rumah-rumah pekerja dijabatan kerajaan yang mana rumah-rumah ini agak sukar ditembusi oleh penduduk-penduduk tempatan. Memang pertolongan ALLAH itu hampir. Tugasan berjalan dengan lancar sepanjang hari. Alhamdulillah..Kelihatan terlalu ramai polis berkeliaran disitu.Sehinggakan apabila kami singgah minum dikedai , kami rasakan seperti disekeliling kami dipenuhi dengan polis..Banyak kemah-kemah polis yang didirikan disana. Namun , kami tidak kisahkan itu semua. Kami bertugas kerana ALLAH..cukuplah ALLAH menjaga kami..Kebetulan terdapat kursus motivasi untuk pelatih-pelatih ditempat yang kami berkempen.Sebelah petang kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama menikmati keindahan ciptaan Illahi dipesisiran pantai



Solat berjemaah diwaktu subuh, membaca Al Mathurat serta doa-doa dipagi hari memang amat mendamaikan .Ini lah peluang yang kami ambil apabila dapat bersama-sama diwaktu-waktu yang sesingkat ini.Seterusnya kami terus kelaut, untuk menghayati betapa ,besarnya nikmat ciptaan Ilahi. Pasti setiap kali aku kelaut, maka aku mencelupkan jari aku kelaut lalu aku tenung air yang berada dijari sambil hati kecilku aku berkata-kata " Kenapakah manusia sanggup membunuh, menzalimi dan melakukan segala kemaksiatan didunia semata-mata untuk merebut kenikmatan dunia yang terlalu amat sedikit , ibarat air dijari jika dibandingkan dengan nikmat akhirat yang diibaratkan seluas lautan yang luas itu.


Hari kedua jadual tugasan seperti biasa, untuk berkempen namun manusia merancang ALLAH juga merancang, disebelah pagi , kami ditugaskan untuk bersama-sama membacakan Surah Yasin bagi kematian salah seorang ibu guru pasti disitu. Apabila ajal telah tiba, maka tiada siapa yang dapat menahannya walau sesaat jua..Sehebat mana pun kita ..pasti tidak dapat menembus langit dan pasti tidak dapat menembus bumi...





Selepas bersama-sama berdoa dan memberikan sedikit sumbangan , kami terpaksa meninggalkan majlis tersebut , kami harus menyelesaikan beberapa tugas lagi kerana kalau terleka mungkin kami kerugian.Rupa-rupanya setelah kami berada diluar, baru kami sedari muslimin dari Melaka juga ada dipersekitaran situ. Kami teruskan tugas untuk berkempen sebelum waktu zohor masuk. Kewajipan lebih banyak dari waktu.





Sebelah petang kami meneruskan tugas...tapi agak malang kali ini kerana setiap rumah yang kami pergi , tidak dapat kami temui tuannya kerana menurut kanak-kanak yang berkeliaran disitu bahawa kebanyakkan dari mereka seadang bekerja dipejabat dan berniaga.








Lalu petang itu kami sempat kemuara sungai berhampiran. Disitu kami berjumpa dengan petugas-petugas wanita KEADILAN sedang berkumpul. Mereka menetap dikawasan tersebut malangnya pada hari tersebut cermin kereta kepada wakil ketua wanita KEADILAN telah dipecahkan..




Kami singgah lagi kelaut .Kali ini aku dan N berdua cuba nak bermain air dilaut walaupun telah diberi amaran oleh Kak R , jangan masuk kedalam air. . Bahaya...Ombak agak tinggi.Namun aku dan adik N , sempat bermain air walaupun dalam kebimbangan. Inilah peluang yang ada sebab aku tak pasti bila kami akan datang lagi kepantai cendering (Pandak)ini. Sebaik saja kami naik kepantai tiba-tiba kak R bising sebab sebelah kasutnya telah hilang. Apa yang menghairankan aku ialah ..macamana kasut yang dipegang nya sendiri boleh hilang sedangkan dia tak cecah air pun.....Aku tersenyum mengusik kak R...."Nampaknya tempat duduk yang akak sangka selamat pun..masih tak selamat"...Kak R ketawa mendengar sindirin aku sedangkan dari tadi mulutnya becok menghalang kami untuk bermain air...

Hari ketiga merupakan hari terakhir bagi kami diDUN Batuk Baru ini.kami dijangka bertolak jam 12 malam nanti. Seperti biasa kami bertugas mengikut arahan.Kali ini kami mendaki rumah pangsa 5 tingkat. Penghuni terdiri dari mereka-mereka yang telah dirobohkan rumah mereka.Satu ketika dulu mereka menetap dikawasan berhampiran pantai yang kami tinggal. Tapi telah dirobohkan dengan alasan bahawa kawasan itu akan dibangunkan serta dimajukan.Akan dijadikan tempat peranginan, dan akan didirikan resort-resort..Tapi sehingga hari kawasan itu masih terbiar dan tidak keterlaluan untuk kami katakan bahawa perlu berhati-hati apabila berjalan kaki dikawasan tersebut kerana dikhuatiri terpijak tahi lembu.

Penghuni rumah pangsa itu ,bolehlah dikategorikan sebagai rakyat yang miskin. Mereka perlu dibantu..Terdapat sepasang suami isteri yang tua ditingkat 5. Suaminya sedang sakit, baru saja menjalani pembedahan dihospital. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana, dia perlu turun dan naik ketingkat 5 itu apabila kehospital. Ada juga ibu tunggal yang 3 anak perempuan turut menjadi ibu tunggal. Ada juga yang penghuni yang bisu ( Tak pasti samada dia saja buat2 bisu kerana malas nak melayani kami)

Terdapat juga yang tidak mahu membuka pintu. Tapi yang paling menakutkan kami , apabila salah seorang penghuni lelaki yang keluar dengan hanya memakai tuala mandi yang pendek.Sungguh menggerikan kami. Tapi kami terpaksa juga berkempen padanya diluar rumah sahaja...dia memberikan kerjasama.Dia tinggal diKL dan balik kesitu kerana nak mengundi .Dia akan balik ke KL sebaik saja dapat duit seperti yang telah dijanjikan...(mengikut sahabat aku yang tinggal..masa hari jumaat, Dr Lo Lo memberikan bantuan dikawasan tersebut, dia menyamar sebagai orang buta.).Kasihan dia kerana tidak berjiwa merdeka.

Sebelah petang kami membaca Yasin dan berdoa bermunajat ramai-ramai. Itulah senjata yang ada pada kami dengan meletak harapan yang tinggi kepada Illahi.Kami mendapat tahu terlalu banyak sogokan wang diberikan oleh BN kepada para pengundi.ALLAH Maha Mengetahui.
"Segala-galanya memerlukan wang tapi wang bukanlah segala-galanya" itulah Kata- kata yang sering diulang-ulang oleh pengarah JPN Melaka semasa di Melaka.

Seterusnya jam 5.30 ptg , kami kebandar ditemani 2 muslimin Melaka untuk membeli kasut kak R, untuk mengantikan kasut yang telah hilang semalam.Dengan hanya berselipar jepun, Kak R masuk Ke kedai Batik, N Alfa. Muslimin berhajat membeli baju isteri yang ditinggalkan. Kami kelosong membeli keropok dan akhirnya keMydin,mencari kasut kak R. Diwaktu itulah , kami nampak macam-macam ragam manusia dikala itu. Ramai orang dibandar. Kami sempat membaca bahan-bahan kempen dijalanan. Jalan raya dikawal oleh polis-polis. Seolah -olah nampak seperti sibuk tapi sebenarnya waktu itu adalah waktu pekerja pulang dari pejabat.

Malam itu rancangan untuk bertolak ke Melaka jam 12 malam ditunda kerana bila diamat-amati, agak merbahaya. Cadangan ditunda esok selepas subuh..Pelaja-pelajar yang sama menetap dirumah yang kami tinggal,mengajak kami keceramah Anwar Ibrahim , yang diadakan berdekatan disitu. Lalu aku menelepon muslimin Bukit Katil untuk menghantar muslimat yang seramai 8 orang itu..Mereka bersetuju.

Ceramah tamat jam 12 malam. Terdapat 4 penceramah pada malam tersebut. Aku lihat kesemua muslimin Melaka juga turut berada disana. Dua kali trip. Pertama menghantar kami dulu, kemudian ambil muslimin pula...

Esok khamis jam 8 pagi kami bertolak balik kemelaka. Kak R tidak balik bersama kami..Dia akan balik dihari mengundi bersama suaminya yang akan datang hari jumaat.

" Mas, nak tahu tak?"tiba-tiba Hj R bertanya selaku pemandu pagi itu.
"Pasal apa pula "? suspen juga kami yang mendengar dalam Unser itu. Muslimat Bukit Katil berempat termasuk SU Muslimat Negeri Melaka ketika itu.
"Kasihan Ketua pengarah kita (secara gurauan) kena marah malam tadi" ujar H R lagi.
Kami terpinga-pinga.."kenapa pula"..aku dah tak sabar nak tahu.
" Apa lagi...sebab tingalkan Bukit Uhud lah"...
"Bukit Uhud" Kami tak faham.

Rupa-rupanya , muslimin Bukit katil diarahkan menjaga Pos Keselamatan sehingga pagi. Penting takut dicerobohi oleh pehak musuh .Dua hari yang berlalu , muslimin menjaga sehingga 4 pagi. Tapi malam ceramah itu , pos keselamatn telah dibiarkan kosong kerana mendengar ceramah.Tapi sebaik ceramah tamat , mereka bertugas kembali.Mereka tinggalkan Pos Keselamatan hanya setakat 2 jam sahaja. Niat mereka semata-mata untuk mendapat sedikit ilmu dari ceramah tersebut.Bukannya harta benda..Tapi masa kosong itulah rondaan pula dibuat.

Aku tersenyum sendirian. Nampaknya kalau macam itu lagaknya..susahlah Melaka nak menang..(Maaf...Muslimin Bukit katil..sekadar menulis...banyak perkara yang perlu dipelajari dalam pengalaman ini..Berani untuk gagal... untuk mencipta kejayaan di Melaka... "Pengalaman adalah guru terbaik"



Walau bagaimana pun "Tahniah " buat semua. Akhirnya Kemenangan bertandang jua setelah sekian lama dirindui..Kebatilan pasti akan hancur apabila tiba masa dan ketikanya. "Jalan keluar yang tidak ada jalan keluar adalah kesabaran"..
Natijah dari kesabaran pasti kejayaan , kalau tidak didunia ganjarannya pasti diakhirat jua...

Syukran juga diucapkan buat muslimat Chandering yang telah menyantuni kami dengan baik sekali.Sikap yang gigih serta bertungkus lumus demi kebenaran , amat kami sanjungi. Walaupun mereka terpaksa membawa anak kecil dengan susah payah untuk menyusun satu kerja yang teratur, amat dihargai.

Ukhti Ros..Mak Long..sahabat-sahabat yang ditemui serta makcik -makcik yang menyediakan hidangan untuk kami, kami amat hargai. Hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.Keikhlasan kamu semua adalah menjadi salah satu menyumbang kepada kemenangan.InsyaALLAH , mungkin kita akan dipertemukan lagi 10 tahun yang akan datang.


Aku berharap Pantai Pandak( Cendering) serta tempat yang aku tinggalkan juga akan turut berubah..Berubah dari banyak segi. Semuga dengan kemenangan ini akan menjadikan tempat itu indah , dengan sistem perparitan yang tersusun serta sistem pembuangan sampah yang teratur dikawasan rumah disitu.Biarlah segala-galanya akan menjadi indah..ALLAH itu indah dan DIA sukakan keindahan...Mungkin itu akan mengambil masa yang agak lama..namun langkah pertama perlu diambil dari sekarang..

Walau pun pihak pemerintah cuba lakukan untuk menindas rakyat demi menjaga kepentingan mereka , namun kuasa masih ada ditangan kita. Kuasa mengundi dan kuasa untuk memohon kepada Pemilik sebenar alam ini.

Imbaslah kembali ketika mana Nabi Musa berhadapan, dikepung dengan tentera Firaun yang zalim manakala dibelakang adalah laut maka dengan tongkat nabi Musa lalu terbelahlah laut, maka selamatlah Nabi Musa dan pengikut nya yang beriman untuk merentasi air yang bersifat lembut tapi telah menenggelamkan Firaun dengan seganas-ganasnya dengan air juga , yang bersifat lembut.

Renungan aku setiap hari dipantai yang berombak itu , memberikan pengajaran yang terlalu bermakna bagi aku. Air meskipun bersifat lembut rupanya memainkan peranan yang besar , menjadi jundullah sebagai bicara ALLAH dalam menegakkan agama ALLAH ini. Setiap kali aku berdiri ditebing , maka setiap kali itulah aku dapati tebing itu turut berubah.
"Air yang menitis dapat membelah batu bukan kerana kerasnya batu tapi kerana seringnya menitik"..Air dimana segala-galanya bermula...Air yang bersifat lembut rupa-rupanya penuh ketegasan ...

Sunday, January 11, 2009

APA YANG KAMI PERLUKAN!!!!







Kami perlukan Tentera...bukan sekadar airmata



Kami perlukan senjata...bukan sekadar kata-kata



Kami perlukan jentera...bukan sekadar budi bicara



kami perlukan makanan...bukannya permainan



kami perlukan ubat-ubatan ...bukannya perjanjian




Namun..walaupun kami tak punya apa-apa
kami berbangga punyai ...batu-batu kutipan dijalanan..



untuk mencapai jalan-jalan kemenangan...



Jihad saja jalan penyelesaian



Dalam menuju kemenangan @ kesyahidan.

Thursday, January 8, 2009

TERUSKAN PERJUANGAN!!!



Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat berangkat kepada pejuang-pejuang demonstrasi dan semuga diberkati ALLAH buat mereka yang baru sahaja bertolak untuk mengadakan demontrasi dikedutaan Amerika.Anjuran dari PAS Kaw B.Katil..
Sebaik saja sampai ke KL , mereka akan bersolat dimasjid Lembaga Tembaga Haji dan seterusnya berkumpul depan kedutaan Amerika.
Dari Bukit Katil mereka menaiki bas yang ditaja oleh seorang taukeh minyak juga merupakan ajk kawasan Bukit Katil.Hanya ALLAH jua yang membalas akan membalas segala kebaikkan yang dilakukan.

Dari Bukit Katil ke Kuala Lumpur...
Kedutaan Amerika ingin ditempur
Menyatakan protes terhadap Israel yang jahat menggempur..

APAKAH AKU YANG TERLUPA???



Aku baru saja balik dari Jabatan Pendaftaran Negara. Kad pengenalan aku hilang.Dah puas aku mencarinya tapi tak tahu kemana perginya. Kali terakhir aku gunakan semasa aku mendaftar masuk kesyarikat T kerana ada tempahan kuih.Aku hulurkan pada 'Jaga'. Bila balik aku ambil balik tapi aku tak ingat mana aku letakkan sehinggalah aku tidak kuasa mencarinya. Aku anggap tercicir.

Hanya beberapa hari saja lagi aku akan keTerengganu, InsyaALLAH. Jadi kalau tidak ada kad pengenalan, susahlah juga.Kalau ditahan dimana-mana, sebab aku seorang, nanti sahabat-sahabat lain juga terganggu. Aku pun telepon sana-sini, bertanyakan kalau-kalau ada sahabat2 yang berpengalaman dalam hal kehilangan KP. Nampaknya tiada pula. Tapi mereka main agak-agak bayaran denda dalam RM30..Aku pun lega dengar rm 30, tapi dalam hati teragak-agak juga sebab susah juga nak mempercayai jabatan kerajaan ini..macam syarikat komunikasi ..bila promosi..bukan main lembut lagi tapi bila bil sampai,MASYAALLAH ..tingginya bayaran. Oleh itu aku pun bawa lebih sikit duit ..

Jam 11 pagi tadi aku ke JPJ dulu. Hidupkan cukai jalan. Baru mati .Susah juga kalau tidak hidupkan 'roadtax', takut kena tahan .Duit lagi keluar. Aku cek pula lesen memandu aku..16 Jan ini pula mati..Nanti kena tahan macam tahun lepas didepan Hamas, Jasin ..sebab tak perasan,genap sebulan tarikh dah mati.Terpaksa masuk mahkamah Jasin. Itu pengalaman pertama. Hakim kata denda RM1000, tapi sebab hakim minta aku buat rayuan maka dia turunkan RM80. Sahabat-sahabat bertanya kenapa masa ditahan polis itu, tak pujuk... lepaskan sebab ini kesalahan pertama. Aku kata..tidak perlu, yang salah tetap salah.

Sampai diJPN, aku yang termanggu-manggu mencari arah. Ini kali kedua aku berurusan diJPN.Kali pertama aku menguruskan hal paspot anak aku. Paspot dibahagian lain.Kali ini aku kebahagian kad pengenalan. Dulu semuanya berurusan di bandar Melaka.Sekarang sudah berpindah kebanggunan baru, di Air Keroh.Mudah juga untuk aku kerana berhampiran dengan rumah aku.
(gambar hiasan)


Aku terpaksa bertanya kepada dua orang dimana untuk mendapatkan no giliran.Orang pertama tunjuk aku salah tempat.Orang kedua baru betul. Sebelah mesin ada tempat pertanyaan lalu aku bertanya kepada yang bertugas , apa perlu aku bawa bila KP hilang. Dia tanya aku "dah berpa kali hilang"..Aku kata "pertama kali".
"Untuk kali pertama denda RM110. Kali kedua dendanya RM 210..Kali ke3 dendanya RM310"Kata petugas itu. Aku tergaman sekejap .Banyak juga dendanya.Alhamdulillah aku bawa duit lebih..

" Ada bawa duit kah?..Kalau ada duit, dah terus boleh buat sekarang..Kata petugas itu lagi. Aku mengangguk .Dia hulurkan no giliran 1079..

Sementara aku duduk menunggu giliran , aku membaca buku. Tiba-tiba cina tua lelaki yang duduk sebelah aku bertanyakan dimana tempat nak ambil gambar. Aku kira umurnya dalam 70an. Malangnya aku pun tak tahu. Aku ambil KP yang dia tunjukkan pada aku.KP lama yang belum ditukar tapi dah terbelah belakangnya.Maknanya dah terbelah dua depan dan belakang, macam biskut yang ada krim ditengah-tengahnya yang boleh dikopek..Sempat juga aku berborak dengannya.Dia ceria, mungkin ada orang yang boleh berborak denganya.

Giliran aku pula tiba kaunter no 9. Aku katakan KP hilang. Dia minta no KP lalu cek dikomputer.
"Bayar RM210.00" katanya selamba. Berderau darah aku. "Kenapa" aku amat terperanjat.
"Dah 2 kali hilang"..katanya lagi. Aku tergamam . Termenung sekejap.
"Bila pula aku hilang yang pertama dulu"..Hati aku mula curiga.

"O.k..cik letakkan jari kanan diatas imbasan " suruhnya.
Aku masih lagi terperanjat memikirkan bila pula hilang yang pertama.
" Nanti dulu..duit saya tidak cukup sekarang" tapi hati aku masih lagi tertanya-tanya...
"KP saya tak pernah hilang...agaknya masa kena ragut dulukah?"..Aku teringat dulu aku memang pernah kena ragut dijalan Munsyi ketika nak melintas jalan.
"Memang, kalau kena ragut pun dinggap hilang" ujarnya lagi.
"Hai! kalau kena ragut pun dianggap hilang..susahlah." kataku
" Tak pa..biar saya balik dulu, nanti saya datang lagi.
"Lebih baik cik buat imbasan jari dulu, nanti cepat dapat KP. Hari ini juga boleh dapat." Minta petugas itu.
"Aku mengikut saja macam orang bodoh"..hati tetap bekata-kata.

Balik, aku cari surat lapuran polis bila aku diragut. Tarikh aku diragut sama dengan tarikh hari ini, 8 January 2004.

Petang, sekali lagi aku keJPN. Aku minta tarikh aku hilang KP pada kali pertama itu. Tarikhnya lapuran kehilangan 6 Disember 2003. Telah pun dbuat denda RM30.

Aku termanggu-manggu. Macam mana , kalau betul-betul pernah hilang KP tidak mungkin , aku tak ingat.Banyak perkara yang aku masih ingat sehingga masa aku kejadian 13 Mei 69, masa itu aku berusia 6 tahun lebih, aku masih ingat trak FRU meronda didepan rumah aku diBangsar, kebetulan memang rumah aku berhadapan jalan raya.Aku sedang berlari-lari diluar rumah..terdengar teriakan "Masuk..Masuk" dari corong trak.Aku nampak askar-askar yang berkeliaran.
Susah juga nak masuk akal, macamana aku sendiri tak tahu bila KP aku hilang buat kali 1 pada 6 Disember 2003.

Apakah ianya ada berkaitan dengan Pilihanraya 2004...

Tuesday, January 6, 2009

KUALA TERENGGANU, KAMI DATANG,SAHUT CABARANMU



Alhamdulillah,Semalam aku sibuk berurusan dengan hal anak-anak yang mula bersekolah. Seorang disekolah di Ar Rahmat( sekolah rendah), manakala dua orang masuk kesekolah Ar Rahmah (Menengah).Aku sibuk mengambil gambar dihari pertama persekolahan termasuk gambar-gambar diPASTI tapi tak dapat nak siarkan disini sebab komputer riba boleh digunakan hanya pada hari sabtu dan ahad saja.Seronok apabila melihat ramai yang mendaftar disekolah berkenaan.


Aku yang kebetulan duduk berdekatan dengan pengasas sekolah tersebut , sempat berbual seketika dengannya.Aku amat mengkaguminya kerana dia hanya lah seorang 'jaga' disebuah jabatan satu ketika dulu, tapi seorang yang berjiwa besar mampu mengasaskan dua buah sekolah. MASYAALLAH..Memang dia amat gembira sebab katanya " dulu nak dapatkan 20 pelajar dalam satu kelas pun susah.Sekarang Alhmdulillah, dah ramai yang sedar tentang pentingnya agama dalam kehidupan seseorang." Aku mengangguk tanda setuju. Terdapat juga pelajar-pelajar yang datang luar dari negeri melaka. 2 orang anak kepada jiran2 aku pun turut berminat untuk menghantar kesana.


Setelah keadaan agak reda, aku balik lalu singgah minum dikedai Bilal, YDP Kaw B.Katil.Dari beberapa hari yang lepas sibuk YDP bertanyakan tentang muslimat yang akan bertugas keTerengganu. Aku tersenyum, tak dapat nak berikan kepastian yang pasti. Sudah ramai yang aku dah tanyakan tapi semua tidak dapat memberikan keputusan , paling tidak pun mereka kata " anak sekolah"

.."Hai, bukan nak orang B.Katil saja tapi Kawasan Bukit Katil,4 DUN..takkan 5 orang pun susah:..tiba-tiba YDP agak tinggi sedikit suaranya. Seperti biasa , aku tersenyum saja.."Nantilah ana cari lagi"..

"Bukannya nak 50 orang, 5 orang saja" sms dari NYDP pula selaku Ketua Pengarah keTerengganu.


Tiba-tiba NYDP Kaw B.katil pun turut singgah dikedai makan Bilal. Panjanglah perbualan mereka berdua. Aku tak dapat dengar dengan jelas perbualan mereka tapi semakin lama semakin rancak..."Apa lagi kalau bukan hal Terengganu" bisik hati kecil aku....

"Ini pukul 12 tghr ini nak bertolak keTerengganu" .Tiba-tiba terdengar jelas suara YDP. Memang betullah tekaan aku.Mereka sedang menceritakan hal Terengganu.

Pagi ini, aku lalu dihadapan kedainya memang tutup sungguh. Rupa-rupanya isterinya juga turut bersama pergi. Patutlah kedainya tutup.Kedainya jarang tutup kecuali sambutan hari Raya dan hal-hal yang teramat penting saja.Alhamdulillah, mereka amat gigih.





Alhamdulillah,akhirnya kami 5 muslimat dari Kaw Bukit Katil akan tiba jua bagi menyahut cabaranmu, wahai Kuala Trengganu.

InsyaALLAH kami akan sampai bagi bersama-sama membantumu...Mungkin agak lewat sedikit tapi itulah dalam perancangannya. Pastinya aku amat berterima kasih pada suamiku kerana mengizinkan aku turut serta dalam prk kali ini setelah aku terlepas beberapa prk yang lalu. Ini lah merupakan pengalaman pertama aku dalam menghadapi prk luar dari negeri Melaka.





InsyaALLAH..Kali ini aku akan jejakki lagi keKuala Terengganu .Kali terakhir aku keTerengganu 11 tahun yang lalu.
Tahun 1997 aku keCheneh mengikuti program "memperkasakan diri".Tempat yang amat menarik bagiku dengan suasana hutannya.Disana aku serta sahabat-sahabat diberikan beberapa aktiviti menarik. Kami berkumpulan. Kami diberikan kompas lalu dicampak dihutan.. carilah penyelesaian sendiri.

Walaupun dikumpulan aku itu terdiri dari Doktor, akitek, akauntan,pensyarah dan guru namun apabila bersama , baru kami tahu masing-masing punyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. lalu dengan berjemaah kita mampu lengkap-melengkapi diantara satu sama lain.MASYAALLAH.



Bila sampai ketasik yang besar..hari hampir gelap. Tak lama lagi azan akan berkumandang..Untuk berpatah balik, amatlah tidak mungkin...jadi terpaksa lah melayari tasik .Ditasik yang ada hanya tayar-tayar dan tali dan dayung. Fikir-fikir apa nak buat dalam masa yang terlalu singkap .Salah ikat maknanya terbuka ikatan ditengah tasik..Lambat bermakna gelap. Beranikah kami dalam keadaan yang gelap itu, diatas tasik yang dalam itu.

Memang manusia ini hebat..bila terdesak semua jadi pandai. Semua boleh buat. Bila dilanda Tsunami, tiba-tiba boleh lari berpuluh km tanpa disedari.Idea datang mencurah-curah. Memang menakutkan disaat itu. Rasanya macam susah nak selamat..namun pergantungan kepada ALLAH secara mutlak dapat melegakan perasaan.meletakkan harapan kepada ALLAH setelah berusaha amat memberikan kesan dijiwa.Alhamdulillah , Kami selamat sampai walaupun hari gelap.Cemas, takut,gembira , seronok, itulah perasaan yang bercampur baur.




Dari pokok yang tinggi,dibawah amat curam, terjun dengan badan yang diikat tali, untuk sampai kedaratan..tidaklah semudah yang disangka. Masa itulah baru aku tahu bahawa tidak semua lelaki itu berani. Setelah kumpulan muslimat habis menuruni...dari jauh kami melihat, terdapat muslimin yang rupa-rupanya takut. Dua , tiga kali acah-acah nak terjun tapi tak jadi-jadi juga .Acah lagi ..Oh..Oh ..tak jadi terjun juga. Aku tersenyum simpul melihat gelagat mereka.

Dan macam-macam lagi yang kena buat dan akhirnya masuk lubang kecil sekali didalam tanah. Itu menunjukan episod terakhir kehidupan manusia didunia... Mati masuk dalam tanah.
"Mas, masuk dulu, Mas kecil, senang sikit".Pinta sahabat-sahabat ku. "O..O.. anti ingat ana tak tahu, antum semua takut, kot-kot dalam itu ada ular, ana lah kena dulu"...gurau aku, memang kami biasa bergurau. Mereka tertawa...

Banyak program yang dilakukan selama 3 hari disana..Tidak mungkin aku lupakan. Namun semua dah berlalu.

Dah kini kami akan datang lagi keTerengganu..InsyaALLAH , tapi dalam situasi yang berbeza..situasi dalam menghadapi dunia realiti masakan sama dunia teori...Saat yang benar-benar menguji ..teruji dan diuji, yang benar-benar teruja..lalu merasa apabila berhadapan dengan ragam manusia..Masa aku bekerja dahulu, aku sering berkata " Lebih mudah berurusan dengan alat mesin yang banyak dari berurusan dengan seorang manusia."

InsyALLAH, Kuala Terengganu, Kini kami akan datang lagi.
Doakan perjalanan kami dan dimudahkan segala urusan...