....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Thursday, January 8, 2009
APAKAH AKU YANG TERLUPA???
Aku baru saja balik dari Jabatan Pendaftaran Negara. Kad pengenalan aku hilang.Dah puas aku mencarinya tapi tak tahu kemana perginya. Kali terakhir aku gunakan semasa aku mendaftar masuk kesyarikat T kerana ada tempahan kuih.Aku hulurkan pada 'Jaga'. Bila balik aku ambil balik tapi aku tak ingat mana aku letakkan sehinggalah aku tidak kuasa mencarinya. Aku anggap tercicir.
Hanya beberapa hari saja lagi aku akan keTerengganu, InsyaALLAH. Jadi kalau tidak ada kad pengenalan, susahlah juga.Kalau ditahan dimana-mana, sebab aku seorang, nanti sahabat-sahabat lain juga terganggu. Aku pun telepon sana-sini, bertanyakan kalau-kalau ada sahabat2 yang berpengalaman dalam hal kehilangan KP. Nampaknya tiada pula. Tapi mereka main agak-agak bayaran denda dalam RM30..Aku pun lega dengar rm 30, tapi dalam hati teragak-agak juga sebab susah juga nak mempercayai jabatan kerajaan ini..macam syarikat komunikasi ..bila promosi..bukan main lembut lagi tapi bila bil sampai,MASYAALLAH ..tingginya bayaran. Oleh itu aku pun bawa lebih sikit duit ..
Jam 11 pagi tadi aku ke JPJ dulu. Hidupkan cukai jalan. Baru mati .Susah juga kalau tidak hidupkan 'roadtax', takut kena tahan .Duit lagi keluar. Aku cek pula lesen memandu aku..16 Jan ini pula mati..Nanti kena tahan macam tahun lepas didepan Hamas, Jasin ..sebab tak perasan,genap sebulan tarikh dah mati.Terpaksa masuk mahkamah Jasin. Itu pengalaman pertama. Hakim kata denda RM1000, tapi sebab hakim minta aku buat rayuan maka dia turunkan RM80. Sahabat-sahabat bertanya kenapa masa ditahan polis itu, tak pujuk... lepaskan sebab ini kesalahan pertama. Aku kata..tidak perlu, yang salah tetap salah.
Sampai diJPN, aku yang termanggu-manggu mencari arah. Ini kali kedua aku berurusan diJPN.Kali pertama aku menguruskan hal paspot anak aku. Paspot dibahagian lain.Kali ini aku kebahagian kad pengenalan. Dulu semuanya berurusan di bandar Melaka.Sekarang sudah berpindah kebanggunan baru, di Air Keroh.Mudah juga untuk aku kerana berhampiran dengan rumah aku.
(gambar hiasan)
Aku terpaksa bertanya kepada dua orang dimana untuk mendapatkan no giliran.Orang pertama tunjuk aku salah tempat.Orang kedua baru betul. Sebelah mesin ada tempat pertanyaan lalu aku bertanya kepada yang bertugas , apa perlu aku bawa bila KP hilang. Dia tanya aku "dah berpa kali hilang"..Aku kata "pertama kali".
"Untuk kali pertama denda RM110. Kali kedua dendanya RM 210..Kali ke3 dendanya RM310"Kata petugas itu. Aku tergaman sekejap .Banyak juga dendanya.Alhamdulillah aku bawa duit lebih..
" Ada bawa duit kah?..Kalau ada duit, dah terus boleh buat sekarang..Kata petugas itu lagi. Aku mengangguk .Dia hulurkan no giliran 1079..
Sementara aku duduk menunggu giliran , aku membaca buku. Tiba-tiba cina tua lelaki yang duduk sebelah aku bertanyakan dimana tempat nak ambil gambar. Aku kira umurnya dalam 70an. Malangnya aku pun tak tahu. Aku ambil KP yang dia tunjukkan pada aku.KP lama yang belum ditukar tapi dah terbelah belakangnya.Maknanya dah terbelah dua depan dan belakang, macam biskut yang ada krim ditengah-tengahnya yang boleh dikopek..Sempat juga aku berborak dengannya.Dia ceria, mungkin ada orang yang boleh berborak denganya.
Giliran aku pula tiba kaunter no 9. Aku katakan KP hilang. Dia minta no KP lalu cek dikomputer.
"Bayar RM210.00" katanya selamba. Berderau darah aku. "Kenapa" aku amat terperanjat.
"Dah 2 kali hilang"..katanya lagi. Aku tergamam . Termenung sekejap.
"Bila pula aku hilang yang pertama dulu"..Hati aku mula curiga.
"O.k..cik letakkan jari kanan diatas imbasan " suruhnya.
Aku masih lagi terperanjat memikirkan bila pula hilang yang pertama.
" Nanti dulu..duit saya tidak cukup sekarang" tapi hati aku masih lagi tertanya-tanya...
"KP saya tak pernah hilang...agaknya masa kena ragut dulukah?"..Aku teringat dulu aku memang pernah kena ragut dijalan Munsyi ketika nak melintas jalan.
"Memang, kalau kena ragut pun dinggap hilang" ujarnya lagi.
"Hai! kalau kena ragut pun dianggap hilang..susahlah." kataku
" Tak pa..biar saya balik dulu, nanti saya datang lagi.
"Lebih baik cik buat imbasan jari dulu, nanti cepat dapat KP. Hari ini juga boleh dapat." Minta petugas itu.
"Aku mengikut saja macam orang bodoh"..hati tetap bekata-kata.
Balik, aku cari surat lapuran polis bila aku diragut. Tarikh aku diragut sama dengan tarikh hari ini, 8 January 2004.
Petang, sekali lagi aku keJPN. Aku minta tarikh aku hilang KP pada kali pertama itu. Tarikhnya lapuran kehilangan 6 Disember 2003. Telah pun dbuat denda RM30.
Aku termanggu-manggu. Macam mana , kalau betul-betul pernah hilang KP tidak mungkin , aku tak ingat.Banyak perkara yang aku masih ingat sehingga masa aku kejadian 13 Mei 69, masa itu aku berusia 6 tahun lebih, aku masih ingat trak FRU meronda didepan rumah aku diBangsar, kebetulan memang rumah aku berhadapan jalan raya.Aku sedang berlari-lari diluar rumah..terdengar teriakan "Masuk..Masuk" dari corong trak.Aku nampak askar-askar yang berkeliaran.
Susah juga nak masuk akal, macamana aku sendiri tak tahu bila KP aku hilang buat kali 1 pada 6 Disember 2003.
Apakah ianya ada berkaitan dengan Pilihanraya 2004...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment