HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, March 30, 2012



Tahniah!

 Maahad Ar Rahmah kerana telah berjaya melancarkan perjalanan merentas desa yang telah  diadakan pada khamis 29 Mac 2012. 















T

Monday, March 26, 2012

AKHIRNYA PASTI JAYA INSAN PINDAH JUGA

Akhirnya setelah beberapa kali demonstrasi di adakan bagi membantah terhadap pencerobohan PASTI Jaya Insan Bukit Katil,kini PASTI Jaya Insan telah pun berpindah ke Bangunan Baru di Taman Merak, tidak berapa jauh dari bangunan lama.
PASTI baru di Taman Merak



Alhamdulillah, semalam beberapa muslimat DMPKBK telah dapat menghadirkan diri dalam perasmian Bangunan Baru PASTI JAYA INSAN. Tn Hj Adli Zahari selaku Pesuruhjaya  BPPNM telah di undang bagi merasmikan bangunan baru PASTI JAYA INSAN



 Bangunan PASTI Jaya Insan yang telah bertukar ke Taman Merak.

Bangunan PASTI yang lama, yang terletak berhampiran dengan Masjid Bukit Katil hanya menunggu masa untuk di robohkan  setelah beroperasi dari tahun 1994.





Ujian serta cabaran sentiasa berulang dalam jalan-jalan menuju kebenaran. Ujian tiada akhirnya sehinggalah kita yang berakhir dari muka bumi ini.


Kalau di baca buku-buku tentang sejarah umat Islam , pastilah akan di temui betapa ujian-ujian yang di kenakan pejuang-pejuang terdahulu adalah jauh lebih hebat., lebih tragis dan penuh tragidis.
 Terdapat juga para pejuang yang berpura-pura menjadi gila,berpura-pura mengheret kayu dan mengalungkan tulang binatang ke lehernya sehingga membuat kanak-kanak yang melihat nya tertawa dan mengejek-ngejek sehingg orang ramai berkata " kasihan dia gila"  di sebabkan oleh para pemerintah yang zalim .


Namun Pendidikan Islam akan terus berkembang bagaikan air yang terus akan mengalir. ALLAH adalah segala empunya.


(Puan Normah serta Puan Faridah selaku guru PASTI dari PASTI Solok Gaung dan Batu Berendan turut hadir sama.)



(Bapa-bapa anak PASTI, tidak ketinggalan bagi meraikan majlis ini dan menyaksikan persembahan nasyid dari anak-anak PASTI ini.)









"Tidak ada sesuatu yang boleh di ungkapkan secara tepat dengan sesuatu yang lain kecuali dengan kesabaran dan ilmu."



"Ada 3 perkara yang akan dapat mendapat kemuliaan dunia dan akhirat. Pertama,memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu. Kedua menghubungkan tali persaudaraan di antara orang yang bertelagah dan ketika , bersikap sabar  terhadap orang yang brtindak bodoh terhadap mu"

(Puan Fatimah selaku Ketua Penerangan DMPKBK , berserta suami Tn Hj Ali Syarif selaku Timbalan Kawasan Bukit Katil serta anak2 , juga turut bersama.)

"Jauhilah kemalasan  dan keganasan, sebab keduanya merupakan kunci segala keburukan. Jika anda malas, anda tidak boleh menyampaikan kebenaran dan bila anda ganas, anda tidak boleh bersabar dalam membela kebenaran.



"Dunia ini memang tidak ubah seperti pasar,darinya terdapat orang yang keluar membawa barang-barang yang bermanfaat dan ada pula yang membawa keluar barang -barang yang memudaratkan.  Ramai yang terpedaya oleh perkara yang selama ini kita lihat hinggalah maut menjemput kita. Mereka melakukan sesuka hati mereka bila memerlukan sesuatu lalu keluar dengan cara hina sehingga tidak membawa bekal untuk menjadi saksi di akhirat kelak.Takutlah kepada ALLAH ".





Muslimat Bukit Katil begitu kusyuk mendengar ucapan dari perasmi





"Jika anda di zalimi janganlah anda berlaku zalim. Jika anda di khianati janganlah anda berkhianat. Jika anda di dustakan, janganlah anda marah. Jika anda di puji , janganlah anda bergembira dan jika anda di cela , janganlah mengeluh"







"Barang siapa yang pergi kepada pemimpin yang zalim lalu memerintahkannya agar bertakwa dan memperingatkan serta menasihatinya maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala dan amalan jin dan manusia"




Ketua Lajnah Perpaduan Nasional DMPKBK , Hjh Ropisah bersama suami,Tn Hj Said juga tidak ketinggalan.

"ALLAH berfirman kepada Nabi Syuib, " bahawa AKU akan mengazab seratus ribu kaumnu, empat puluh ribu dari mereka yang jahat dan enam puluh ribu dari mereka yang baik. Lalu nabi Syuib bertanya, yang buruk memang patut untuk di azab namun mengapa yang baik juga perlu di azab?ALLAH menjawab, mereka tidak mencegah orang yang membuat maksiat dan tidak marah kerana marah KU"

Semuga PASTI Jaya Insan akan tetap harum dan berjaya dalam memberikan pendidikan terhadap anak-anak yang belajar di situ.










Thursday, March 8, 2012

SAMPAH ITU ADALAH TV


Sampah di jalanan bisa di kutip untuk di buang.
Sampah di rumah tetap berterusan ...

mas

.

Monday, March 5, 2012




Suatu ketika utusan dari Rome telah datang ke Madinah Munawwarah. Antara mereka terdapat seorang paderi. Dia menuju ke masjid Nabi sambil membawa pundi yang berisi emas dan perak. Di dalam masjid tersebut ada khalifah Abu Bakar dan beberapa sahabat dari kaum Ansar dan Muhajirin. Paderi tersebut masuk dan mengucapkan salam berkata:
"Siapakah di antara kamu yang menjadi Khalifah Rasulullah? lalu di tunjukkalah Khalifah Abu Bakar dan berkata: "Wahai Tuan! Siapakah namu mu? 
Khalifah Abu bakar menjawab."Atiq"
"Selain dari itu?"Paderi itu bertanya
"As Shiddiq". Khalifah Abu Bakar menjawab
"Kemudian selain itu?"Paderi bertanya lagi
"Aku tidak mempunyai nama selain itu" Khalifah menjawab
"Anda bukan orang yang aku tuju". paderi menjawab
"Apakah yang anda mahu?" Khalifah bertanya lagi

"Aku datang dari Negara Rome. Aku membawa pundi berisi emas dan perak. Aku  ingin bertanya kepada umat ini tentang beberapa masalah.Jika dia dapat menjwab maka aku akan memeluk agama Islam dan mentaati perintahnya serta harta yang aku bawa ini, akan aku serahkan. Tetapi jika dia tidak mampu memjawabnya, maka aku akan pulang dan tidak akan memeluk agama Islam" jawab paderi

" Bertanyalah sesuka hatimu" pinta Khalifah Abu Bakar
"Demi ALLAH!, aku tidak akan berkata sebelum anda menjamin keselamatanku dan kemarahanmu dan penyokong-penyokongmua" pinta Paderi

"Aku menjaminmu! katalah apa yanganda inginkan" tegas Khalifah
"Beritahulah kepadaku tentang sesuatu yang tidak ada pada ALLAH dan sesuatu yang tidak ALLAH ketahui" tanya Paderi.
"Wahai musuh ALLAH! sekirannya tiada jaminan tadi nescaya aku akan basahi tanah ini dengan darahmu."tempelak Khalifah Abu Bakar
Salman al- Farisi bangun dan terus pergi menemui Sayyidina Ali yang sedang duduk bersama Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husein di dalam rumah.Salman al-Farisi menceritakan kejadian yang baru saja terjadi kepada Sayyidina Ali. Tidak lama kemudian beliau bersiap pergi bersama Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husein ke perkarangan masjid . Ketika orang ramai melihat Sayyidina Ali, mereka mengucapkan takbir dan tahmid. Mereka pun menghampiri Sayyidina Ali. Beliau masuk dan duduk.
 Lalu Abu Bakar berkata " "Wahai Paderi, tanyalah kepadanya.Dialah orang yang kau cari"
Kemudian Paderi menghadap Sayyidina Ali dan berkata:
"Wahai lelaki ! Siapakah namamu?"
"Namaku di kalangan orang Yahudi adalah llyan dan di kalangan orang Nasrani adalah Iliya. Manakala menurut ayahku namaku adalah Ali dan menurut ibuku pula adalah haidarah" jawab Sayyidina
"Apakah hubunganmu dengan Nabimu?" tanya paderi lagi
"Dia adalah saudaraku , mertuaku dan  sepupuku" jawab Sayyidina Ali
"Engkau adalah temanku demi tuhannya Isa.Sila beritahu kepadaku tentang sesuatu yang tidak ada pada ALLAH dan sesuatu yang tidaak ALLAH ketahui"?tanya Paderi
"Sesungguhnya ALLAH Maha Esa dan tidak mempunyai anak. Yang tidak ada pada ALLAH perbuatan zalim terhadap sesiapa pun . Manakala yang ALLAH tidak ketahui adalah ALLAH tidak mengetahui  adanya sekutu bagiNya dan di dalam kerajaanNya" Jawab Sayyidina Ali
Paderi tersebut bangkit dan memegang kepala Sayyidina Ali lalu mencium dahinya seraya berkata:
"Aku naik saksi bahawa tiada selain ALLAH, Muhammad adalah utusan ALLAH"

"