HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, March 5, 2012




Suatu ketika utusan dari Rome telah datang ke Madinah Munawwarah. Antara mereka terdapat seorang paderi. Dia menuju ke masjid Nabi sambil membawa pundi yang berisi emas dan perak. Di dalam masjid tersebut ada khalifah Abu Bakar dan beberapa sahabat dari kaum Ansar dan Muhajirin. Paderi tersebut masuk dan mengucapkan salam berkata:
"Siapakah di antara kamu yang menjadi Khalifah Rasulullah? lalu di tunjukkalah Khalifah Abu Bakar dan berkata: "Wahai Tuan! Siapakah namu mu? 
Khalifah Abu bakar menjawab."Atiq"
"Selain dari itu?"Paderi itu bertanya
"As Shiddiq". Khalifah Abu Bakar menjawab
"Kemudian selain itu?"Paderi bertanya lagi
"Aku tidak mempunyai nama selain itu" Khalifah menjawab
"Anda bukan orang yang aku tuju". paderi menjawab
"Apakah yang anda mahu?" Khalifah bertanya lagi

"Aku datang dari Negara Rome. Aku membawa pundi berisi emas dan perak. Aku  ingin bertanya kepada umat ini tentang beberapa masalah.Jika dia dapat menjwab maka aku akan memeluk agama Islam dan mentaati perintahnya serta harta yang aku bawa ini, akan aku serahkan. Tetapi jika dia tidak mampu memjawabnya, maka aku akan pulang dan tidak akan memeluk agama Islam" jawab paderi

" Bertanyalah sesuka hatimu" pinta Khalifah Abu Bakar
"Demi ALLAH!, aku tidak akan berkata sebelum anda menjamin keselamatanku dan kemarahanmu dan penyokong-penyokongmua" pinta Paderi

"Aku menjaminmu! katalah apa yanganda inginkan" tegas Khalifah
"Beritahulah kepadaku tentang sesuatu yang tidak ada pada ALLAH dan sesuatu yang tidak ALLAH ketahui" tanya Paderi.
"Wahai musuh ALLAH! sekirannya tiada jaminan tadi nescaya aku akan basahi tanah ini dengan darahmu."tempelak Khalifah Abu Bakar
Salman al- Farisi bangun dan terus pergi menemui Sayyidina Ali yang sedang duduk bersama Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husein di dalam rumah.Salman al-Farisi menceritakan kejadian yang baru saja terjadi kepada Sayyidina Ali. Tidak lama kemudian beliau bersiap pergi bersama Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husein ke perkarangan masjid . Ketika orang ramai melihat Sayyidina Ali, mereka mengucapkan takbir dan tahmid. Mereka pun menghampiri Sayyidina Ali. Beliau masuk dan duduk.
 Lalu Abu Bakar berkata " "Wahai Paderi, tanyalah kepadanya.Dialah orang yang kau cari"
Kemudian Paderi menghadap Sayyidina Ali dan berkata:
"Wahai lelaki ! Siapakah namamu?"
"Namaku di kalangan orang Yahudi adalah llyan dan di kalangan orang Nasrani adalah Iliya. Manakala menurut ayahku namaku adalah Ali dan menurut ibuku pula adalah haidarah" jawab Sayyidina
"Apakah hubunganmu dengan Nabimu?" tanya paderi lagi
"Dia adalah saudaraku , mertuaku dan  sepupuku" jawab Sayyidina Ali
"Engkau adalah temanku demi tuhannya Isa.Sila beritahu kepadaku tentang sesuatu yang tidak ada pada ALLAH dan sesuatu yang tidaak ALLAH ketahui"?tanya Paderi
"Sesungguhnya ALLAH Maha Esa dan tidak mempunyai anak. Yang tidak ada pada ALLAH perbuatan zalim terhadap sesiapa pun . Manakala yang ALLAH tidak ketahui adalah ALLAH tidak mengetahui  adanya sekutu bagiNya dan di dalam kerajaanNya" Jawab Sayyidina Ali
Paderi tersebut bangkit dan memegang kepala Sayyidina Ali lalu mencium dahinya seraya berkata:
"Aku naik saksi bahawa tiada selain ALLAH, Muhammad adalah utusan ALLAH"

"

No comments: