HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, February 20, 2012

 Menziarahi,menjejakki sahabat-sahabat lama ,suatu pengalaman yang amat indah. banyak perkara yang ingin di kongsi bersama apatah lagi apabila sudah lama tidak ketemu.


 Alhamdulillah, sekali lagi DMPKBK , di berikan kesempatan , ruangan  serta kekuatan untuk meneruskan agenda -agenda yang di rancang meskipun adakala agenda -agenda tidak dapat di penuhi sepenuhnya.

 Dua minggu berlalu tanpa memenuhi dengan kerja-kerja amal atau kerja -kerja suruhan Islam seperti kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup ini.


 Masa terus berlalu. Usia  semakin meningkat. Anak kecil semakin dewasa, Orang lama semakin tua. Tiada manusia yang dapat menahannya.

 Beruntunglah mereka-mereka yang memenuhi kehidupannya dengan kerja-kerja amal ,menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
 Memang tidak di nafikan, bahawa ALLAH sengaja menguji kita. Sememamgnya kita tiada pilihan melainkan untuk menjadi hambaNYA yang bertakwa dalam  mencari Redhanya.

 Di riwayatkan dari Ali bin Abi Talib , dari Rasulullah Saaw: " Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi asing."

 Seseorang bertanya : 'Siapakah orang-orang asing itu, wahai Rasulullah?" 
Beliau menjawab "mereka itu ialah orang-orang yang berlaku baik ketika masyarakat rosak. Sesungguhnya tidak ada keterlepasan atau keterasingan bagi seorang mukmin. Tak ada seorang mukmin pun yang mati, melainkan para malaikat menangis kerana kasihan kepadanya. Kalau pun mereka tidak menangis untuknya,maka kuburnya akan di luaskan dengan cahaya yang cemerlang ketika ia di letakkan di tempat kepalanya"


 Rebutlah peluang dan ruang untuk melakukan kebajikan kerana masa tidak akan berulang. Hidup hanya sekali , yang pasti hanya mati.

Pertemuan di Bukit Pulau

 Semuga pertemuan dapat di teruskan bagi mengarap agenda-agenda yang di rancang. insyaALLAH
 Dari Ibnu 'Abbas, di berkata: "Rasulullah Saaw, mengambil seorang anak perempuan dan mengasuhnya. Lalu beliau meletakkanya di hadapannya, kemudian anak itu meninggal di hadapannya, dan Beliau memanggil Ummu Aiman

Rasulullah bertanya :" apakah kamu menangis di hadapan Rasulullah? 
Ummu Aiman menjawab: ' Bukankah saya melihat Tuan juga menangis?'
Rasulullah saaw , kemudian berkata " Sebenarnya aku bukan menangis , tapi itu merupakan tanda kasih sayang . Sesungguhnya orang mukmin itu selalu dalam keadaan baik sampai jiwanya tercabut dari dirinya, dan ia memuji ALLAH yang Maha Agung  lagi Maha Tinggi".




No comments: