HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, October 29, 2009

SEMOGA BERJAYA



Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan selamat berangkat kepada Pn Fatimah Hj wahit, Ketua Penerangan muslimat Bukit Katil juga merupakan seorang guru PASTI sri Jati,pada 29 Oktober kePutik, Kelantan sempena sambutan 25 tahun PASTI peringkat kebangsaan.
Pelajar dari Pasti Sri Jati telah berjaya, bagi mewakili negeri Melaka dalam pertandingan membaca dalam bahasa Inggeris.



Seramai 25 orang guru pasti yang terdiri dari semua kawasan juga telah bersama-sama dalam menjayakan program ini.
Semoga diberkati.InsyaALLAH

Tuesday, October 27, 2009

SALING TOLONG -MENOLONG , BANTU MEMBANTU DAN SAYANG-MENYAYANGI



Antara keperluan persaudaraan dalam Islam ialah saling tolong-menolong, bantu-membantu dan sayang-menyayangi.

Tidak ada nilainya persaudaraan kita jika tidak membantu saudara kita ketika diperlukan, membantunya ketika kesulitan dan mengasihinya ketika lemah.

"Bila suatu masyarakat yang hidup dalam kesenangan sementara terdapat didalamnya bermalam dengan kelaparan maka ALLAH dan RasulNya terlepas tanggungan terhadap mereka".

" Bukanlah dari kalangan orang yang beriman jika ia bermalam dalam keadaan kekenyangan sedangkan jiran sebelahnya bermalam dalam keadaan kelaparan"

"Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikkan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggarn.
(Al Maidah:2)

("Dan orang-orang yang sama ada lelaki dan perempuan , sebahgaian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain ,mereka menyuruh kearah yang makruf dan mencegah dari yang mungkar") Al Taubah:71

'Orang-orang munafik itu, lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama , mereka menyuruh berbuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggam tangan mereka.
Al Taubah :71

Sunday, October 25, 2009

SEMUGA BERBAHAGIA


(Gambar sehari selepas majlis perkahwinan dirumah ustaz Norkhairi.6 Zulkaedah/ 25 Oktober 09/)Tarikh yang tertera digambar, silap

Dewan Muslimat PAS Bukit Katil mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru, kepada akhie Norkhairi Yusof serta ukhti Norhayati Selamat yang telah melangsungkan walimah pada 6 Zulkaedah 1430/25 Okt 09. Akhie Norkhairi merupakan Ketua Urusan Ulama Kawasan Bukit Katil.

Didoakan semuga dirahmati dan diberkati ALLAH sehingga keakhir hayat. Semuga semangat juang terus dipertingkatkan sehingga Islam menang @ syahid.

Sunday, October 18, 2009

APABILA SEJADAH TURUT MENUNAIKAN SOLAT...MAKA...



"Saya bangun sebelum subuh untuk membancuh susu anak, tiba-tiba saya terdengar sayup-sayup seperti suara seorang perempuan mengaji. Merdu sungguhnya suaranya.Saya sangkakan suara orang mengaji dari surau tapi saya mula ragu-ragu kerana suara itu terlalu amat hampir dengan saya.
Saya mulai berdebar-debar. Saya cuba mencari arah suara itu dan akhirnya saya amat terkejut apabila melihat ada orang yang tidak dikenali seperti sedang menunaikan solat didalam bilik anak saya.Jantung saya berdegup kencang. Sungguh memeranjatkan saya. Saya mengejutkn suami serta anak-anak. Saya memasang lampu untuk memastikan apa yang saya lihat ini bukan khayalan.Ternyata saya tidak bermimpi.
Anak-anak saya mengelilingi sejadah itu dengan perasaan takut. Kami sempat merakamkan video .." Begitulah penjelasan dari puan Liza, yang menetap diTaman Cempaka, Pringgit.Puan Liza menceritakan pengalamannya sebaik saja program ijtimak (tafsir) serta penyampaian cenderahari bagi bakal2 haji 1430 habis pada jam 11.00 pagi dimarkas Paya Dalam semalam.
Ada yang meremang bulu roma apabila mendengar pengalaman dari pn Liza. Banyak persoalan yang ditanya oleh muslimat-muslimat yang ada bersama ketika itu.



Begitulah kebesaran ALLAH.Banyak iktibar yang boleh diambil dari peristiwa ini. Kita selalu fikirkan bahawa setiap sesuatu yang ganjil samada baik @ buruk yang berlaku, pasti perkara yang berlaku itu jauh dari kita.Tidak akan berlaku didalam keluraga kita @ hanya berlaku diluar negeri. Tapi kini ianya telah berlaku pada sahabat kita sendiri dan mungkin selepas ini kita sendiri akan mengalaminya.

Alhamdulillah sekiranya yang berlaku adalah kejadiaan2 yang baik tapi bagaimana pula kalau berlaku kejadiaan2 yang buruk , yang tidak pernah terlintas dihati kita akan berlaku dikeluarga kita.

Sekiranya berlaku dihadapan kita sendiri,bagaimanakah perasaan kita ketika itu.Apakah yang akan kita fikirkan..
Oleh itu walau apa pun tanggapan kita, maka berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran adalah tanggungjawab kita bersama.

Kita tidak mepunyai banyak masa lagi. Masa-masa yang dipenuhi dengan menonton televisyen serta berborak-borak kosong serta lara yang tidak mendatangkan sebarang menafaat seeloknya dihabiskan dengan membuat sesuatu yang lebih berfaedah.Banyak jalan-jalan kebaikan yang terbentang luas dihadapan kita.

Kalau ALLAH sudah memberi peluang dan ruang ,dengan SENYUMAN saja merupakan satu sedekah yang banyak ganjaranya maka apatah untuk melakukan kebaikkan2 yang lain tentu lebih banyak ganjarannya.Mungkin dengan menziarahi jiran sebelah rumah tidaklah sesukar yang kita fikirkan.





"Rebutlah peluang dan ruang kearah jalan kebaikkan sesama makhluk sementara hidup..hidup hanya sekali...apabila terlelap terus maka..."

Oleh itu, letaklah tangan didada.Berbicaralah dengan bicara hati.Walauapapun keputusan yang ditemui semuanya akan berbalik pada diri sendiri. Untung dan rugi adalah untuk empunya diri.Kalau masih juga mahu berbangga dengan maksiat diri maka tiada makhluk yang dapat menambah atau mengurangi ganjaran ILLAHI walau seinci.Jawapanya akan ditemui diakhirat nanti. Dikala penyesalan sudah tiada apa-apa erti lagi.

"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah
KU"
(ADZ DZAARIYAAT:56)

Monday, October 12, 2009

APABILA RASUAH SUDAH DIANGGAP BIASA... SEMAKIN BESAR TUGAS KITA

Perumpamaan orang yang melaksanakan peraturan-peraturan ALLAH dan orang-orang yang melanggarnya sepertimana satu kumpulan manusia yang telah mengundi untuk menaiki sebuah bahtera.
Sebahagian mereka menaiki ditingkat atas sementara sebahagian sebahagian yang lain dibawah.
Orang-orang yang berada dibawah jika memerlukan air mereka akan memberitahu orang-orang yang berada diatas sambil berkata " Seandainya kami membuat satu lubang dibahagian kami nescaya kami tidak akan mengganggu orang-orang yang berada diatas kami".
Jika orang-orang yang berada diatas itu membiarkan orang-orang yang berada dibawah tersebut melakukan apa yang mereka mahukan, nescaya semuanya akan binasa.
Tetapi apabila mereka mencegahnya , semua akan terselamat



Dari Abu Umamah r.a, sabda Rasulullah S.A.W,

"Bagaimanakah kamu jika para wanita kamu melampui batas, para pemuda fasik dan kamu meninggalkan jihad kamu?

Sahabat berkata: Adakah itu benar-benar akan berlaku wahai Rasulullah?.

Rasulullah bersabda : "Ya, demi ALLAH yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya, bahkan lebih buruk dari itu akan berlaku".

Sahabat berkata: " Apakah yang lebih dasyat dari itu?"

Rasulullah bersabda: "Bagaimanakah kamu jika kamu tidak menyuruh kearah kebaikan serta menegah kemungkaran."

Mereka berkata :"Adakah itu akan berlaku Wahai Rasulullah?"

Rasulullah bersabda: " Ya, demi ALLAH yang jiwaku berada didalam kekuasaannNya, bahkan yang lebih buruk dari itu akan berlaku.

Mereka berkata: Apakah yang lebih dahsyat dari itu wahai Rasulullah.

Rasulullah bersabda :" Bagaimanakah kamu jika kamu mengganggap yang baik itu jahat dan jahat itu baik?"

Sahabat berkata: "Adakah itu akan berlaku Wahai Rasulullah?

Rasulullah bersabda: "Ya , Demi ALLAH yang jiwaku berada dalam kekuasaanNya, bahkan lebih buruk dari itu akan berlaku".

Sahabat bertanya: "Apakah yang lebih dasyat dari itu, Wahai Rasulullah?"

Rasulullah bersabda: "Bagaimanakah kamu jika kamu menyuruh ke arah kemungkaran serta menegah kebaikan ?"

Sahabat berkata " Adakah itu akan berlaku wahai Rasulullah?"

Rasulullah Bersabda: 'ya , Demi ALLAH yang jiwaku berada didalam kekuasaanNYA , bahkan lebih buruk dari itu akan berlaku".ALLAH berfirman: Demi AKU , AKU bersumpah pasti AKU akan buka bagi mereka satu fitnah dimana seseorang yang santun akan menjadi kehairanan.

Oleh itu sekadar Iman dan amal soleh masih tidak mencukupi untuk menyelamatkan kita dari kerugian dan kebinasaan sehinggalah kita sama-sama menyibukkan diri turut serta memberi nasihat dengan menyeru kearah kebenaran serta mencegah kemungkaran sesama insan.Kita tiada pilihan .

Thursday, October 8, 2009

BILA 'BULAN" MULA BEREDAR DAN DIEDAR....



'Ha ya! Orang PAS sudah kaya lo.sudah kaya sekarang. Banyak bagut.Banyak bagut laaa. Terima kasih. Terima kasih." Lelaki tua cina itu berteriak sebaik saja menerima kuih bulan yang turut aku edarkan anjuran lajnah perpaduan PAS negeri Melaka pada hari jumaat, 2Oktober lalu.

'Mana boleh lupa , besok hari kuih bulan.Mesti mahu sambut punya. saya banyak suka dapat ini kueh dengan ini beg. Terima kasih."..ujar tuan punya kedai diBukit Katil apabila ditanya tentang sambutan perayaan sempena kuih bulan.

Begitulah terujanya masyarakat cina, apabila Parti melambangkan bulan mengedarkan kuih bulan sempena perayaan kuih bulan yang disambut 3 oktober. Jelas keceriaan dimuka mereka.Memang sikap manusia , 'suka' apabila dihargai.

Pada mulannya,tidak kurang juga yang tercengang-cengang, terdiam kaku , terpinga-pinga apabila diserahkan kuih bulan serta beg melambangkan Parti PAS , tapi dalam masa yang juga turut mengiringi mengedar kuih bulan dijiran-jiran sebelahnya . Dengan perasaan yang ceria, mereka yang terpinga-pinga tadi turut berbual rancak sambil menunjuk-nunjukkan begnya apabila jiran-jiran sebelahnya mula memperkatakan tentang edaran kuih bulan.

Banyak kebaikkan yang boleh dilakukan sesama insan dalam rangkaan memperjelaskan erti yang Islam yang sebenarnya kepada orang-orang yang bukan beragama Islam.
Islam adalah satu cara hidup. Mengajar umatnya untuk kebaikkan dunia dan akhirat.Islam bukan ajaran yang jumud yang seperti yang sering digembar gemburkan oleh mereka yang tidak bertangungjawab.Rebutlah peluang yang ada untuk terus memperkenalkan Islam kepada masyarakat tanpa mengira kaum sehingga masyarakat sendiri rindukan pada keindahan Islam.

Inilah julung-julung kalinya diadakan edaran kuih bulan kepada masyarakat cina tanpa memilih bulu.

"wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana ALLAH, menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum , mendorong kamu agar tidak berlaku adil. Berlaku adilalah kerana adil itu lebih dekat dengan ketaqwaan.Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Al Maidah :8)

Monday, October 5, 2009

APABILA SYARIAH SUDAH MULA DIPERKATAKAN...REBUTLAH PELUANG UNTUK MENERANGKANNYA

Syariah Islam hari ini, ibarat permata yang terperosok didalam timbunan sampah sarap, sehinggakan kilauannya tidak lagi dinikmati dan dihargai.

Permata syariah yang seharusnya dipersembahkan dan diperagakan dalam kotak kaca, berhamparkan baldu, kini tersisih dan terpinggir, terpalit lumpur dan debu kejahilan ummahnya.

Syariah hari ini menjadi ibarat takungan air yang tersekat dan terhalang, dicemari oleh kotoran dan lumut kejahilan, hingga menghasilkan bau yang kurang senang untuk dihidu.

Apabila sahaja perbincangan mengenai pelaksanaan syariah Islam diketengahkan hari ini, terdapat banyak suara sumbang bernada sinis dan curiga terhadap keberkesanannya, keadilannya dan hikmahnya termasuk juga dari kelompok muslim yang terang-terangan menunjukkan penentangan dan kebenciannya terhadap sistem ini.

Secara umumnya, gambaran yang diberikan terhadap peraturan-peraturan yang terkandung dalam syariah Islam dinilai secara tidak adil, bias dan perjudis oleh kebanyakkan manusia hari ini.

Oleh itu , tugas yang amat berat sedang menanti kita dihadapan. Ilmu yang mesti difokouskan adalah hubungkait dengan kefahaman sebenar mengenai apa itu Syariah Islam.Satu tumpuan kepada usaha untuk menimbulkan kesedaran dikalangan ummah tentang kebaikkan syariah perlulah diketengahkan.

Perkataan itu bukan lagi menjadi milik mutlak atau hanya boleh dipetuturkan oleh ustaz atau ustazah saja.

Syariah Islam tidak tertumpu kepada hudud dan perundangan semata-mata.
Perundangan Islam mengatur perhubungan antara manusia dan tuhannya, antara manusia dengan keluargannya, antara manusia dengan masyarakat, antara pemerintah dengan yang diperintah, antara orang kaya dan orang miskin, antara pemilik tanah dengan para pekerjanya dan antara sebuah negara dengan negara yang lain samada dalam situasi aman mahupun peperangan. Ia merupakan undang-undang sivil dan pentadbiran, perlembagaan negara dan undang-undang antarabangsa dan sebagainya disamping ia sebagai undang-undang agama.

Syariah Islam bukanlah hanya satu set peraturan ibadah yang menyusahkan hidup manusia
.