....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Thursday, October 8, 2009
BILA 'BULAN" MULA BEREDAR DAN DIEDAR....
'Ha ya! Orang PAS sudah kaya lo.sudah kaya sekarang. Banyak bagut.Banyak bagut laaa. Terima kasih. Terima kasih." Lelaki tua cina itu berteriak sebaik saja menerima kuih bulan yang turut aku edarkan anjuran lajnah perpaduan PAS negeri Melaka pada hari jumaat, 2Oktober lalu.
'Mana boleh lupa , besok hari kuih bulan.Mesti mahu sambut punya. saya banyak suka dapat ini kueh dengan ini beg. Terima kasih."..ujar tuan punya kedai diBukit Katil apabila ditanya tentang sambutan perayaan sempena kuih bulan.
Begitulah terujanya masyarakat cina, apabila Parti melambangkan bulan mengedarkan kuih bulan sempena perayaan kuih bulan yang disambut 3 oktober. Jelas keceriaan dimuka mereka.Memang sikap manusia , 'suka' apabila dihargai.
Pada mulannya,tidak kurang juga yang tercengang-cengang, terdiam kaku , terpinga-pinga apabila diserahkan kuih bulan serta beg melambangkan Parti PAS , tapi dalam masa yang juga turut mengiringi mengedar kuih bulan dijiran-jiran sebelahnya . Dengan perasaan yang ceria, mereka yang terpinga-pinga tadi turut berbual rancak sambil menunjuk-nunjukkan begnya apabila jiran-jiran sebelahnya mula memperkatakan tentang edaran kuih bulan.
Banyak kebaikkan yang boleh dilakukan sesama insan dalam rangkaan memperjelaskan erti yang Islam yang sebenarnya kepada orang-orang yang bukan beragama Islam.
Islam adalah satu cara hidup. Mengajar umatnya untuk kebaikkan dunia dan akhirat.Islam bukan ajaran yang jumud yang seperti yang sering digembar gemburkan oleh mereka yang tidak bertangungjawab.Rebutlah peluang yang ada untuk terus memperkenalkan Islam kepada masyarakat tanpa mengira kaum sehingga masyarakat sendiri rindukan pada keindahan Islam.
Inilah julung-julung kalinya diadakan edaran kuih bulan kepada masyarakat cina tanpa memilih bulu.
"wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana ALLAH, menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum , mendorong kamu agar tidak berlaku adil. Berlaku adilalah kerana adil itu lebih dekat dengan ketaqwaan.Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(Al Maidah :8)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment