HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Monday, October 5, 2009

APABILA SYARIAH SUDAH MULA DIPERKATAKAN...REBUTLAH PELUANG UNTUK MENERANGKANNYA

Syariah Islam hari ini, ibarat permata yang terperosok didalam timbunan sampah sarap, sehinggakan kilauannya tidak lagi dinikmati dan dihargai.

Permata syariah yang seharusnya dipersembahkan dan diperagakan dalam kotak kaca, berhamparkan baldu, kini tersisih dan terpinggir, terpalit lumpur dan debu kejahilan ummahnya.

Syariah hari ini menjadi ibarat takungan air yang tersekat dan terhalang, dicemari oleh kotoran dan lumut kejahilan, hingga menghasilkan bau yang kurang senang untuk dihidu.

Apabila sahaja perbincangan mengenai pelaksanaan syariah Islam diketengahkan hari ini, terdapat banyak suara sumbang bernada sinis dan curiga terhadap keberkesanannya, keadilannya dan hikmahnya termasuk juga dari kelompok muslim yang terang-terangan menunjukkan penentangan dan kebenciannya terhadap sistem ini.

Secara umumnya, gambaran yang diberikan terhadap peraturan-peraturan yang terkandung dalam syariah Islam dinilai secara tidak adil, bias dan perjudis oleh kebanyakkan manusia hari ini.

Oleh itu , tugas yang amat berat sedang menanti kita dihadapan. Ilmu yang mesti difokouskan adalah hubungkait dengan kefahaman sebenar mengenai apa itu Syariah Islam.Satu tumpuan kepada usaha untuk menimbulkan kesedaran dikalangan ummah tentang kebaikkan syariah perlulah diketengahkan.

Perkataan itu bukan lagi menjadi milik mutlak atau hanya boleh dipetuturkan oleh ustaz atau ustazah saja.

Syariah Islam tidak tertumpu kepada hudud dan perundangan semata-mata.
Perundangan Islam mengatur perhubungan antara manusia dan tuhannya, antara manusia dengan keluargannya, antara manusia dengan masyarakat, antara pemerintah dengan yang diperintah, antara orang kaya dan orang miskin, antara pemilik tanah dengan para pekerjanya dan antara sebuah negara dengan negara yang lain samada dalam situasi aman mahupun peperangan. Ia merupakan undang-undang sivil dan pentadbiran, perlembagaan negara dan undang-undang antarabangsa dan sebagainya disamping ia sebagai undang-undang agama.

Syariah Islam bukanlah hanya satu set peraturan ibadah yang menyusahkan hidup manusia
.

No comments: