HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Sunday, October 18, 2009

APABILA SEJADAH TURUT MENUNAIKAN SOLAT...MAKA...



"Saya bangun sebelum subuh untuk membancuh susu anak, tiba-tiba saya terdengar sayup-sayup seperti suara seorang perempuan mengaji. Merdu sungguhnya suaranya.Saya sangkakan suara orang mengaji dari surau tapi saya mula ragu-ragu kerana suara itu terlalu amat hampir dengan saya.
Saya mulai berdebar-debar. Saya cuba mencari arah suara itu dan akhirnya saya amat terkejut apabila melihat ada orang yang tidak dikenali seperti sedang menunaikan solat didalam bilik anak saya.Jantung saya berdegup kencang. Sungguh memeranjatkan saya. Saya mengejutkn suami serta anak-anak. Saya memasang lampu untuk memastikan apa yang saya lihat ini bukan khayalan.Ternyata saya tidak bermimpi.
Anak-anak saya mengelilingi sejadah itu dengan perasaan takut. Kami sempat merakamkan video .." Begitulah penjelasan dari puan Liza, yang menetap diTaman Cempaka, Pringgit.Puan Liza menceritakan pengalamannya sebaik saja program ijtimak (tafsir) serta penyampaian cenderahari bagi bakal2 haji 1430 habis pada jam 11.00 pagi dimarkas Paya Dalam semalam.
Ada yang meremang bulu roma apabila mendengar pengalaman dari pn Liza. Banyak persoalan yang ditanya oleh muslimat-muslimat yang ada bersama ketika itu.



Begitulah kebesaran ALLAH.Banyak iktibar yang boleh diambil dari peristiwa ini. Kita selalu fikirkan bahawa setiap sesuatu yang ganjil samada baik @ buruk yang berlaku, pasti perkara yang berlaku itu jauh dari kita.Tidak akan berlaku didalam keluraga kita @ hanya berlaku diluar negeri. Tapi kini ianya telah berlaku pada sahabat kita sendiri dan mungkin selepas ini kita sendiri akan mengalaminya.

Alhamdulillah sekiranya yang berlaku adalah kejadiaan2 yang baik tapi bagaimana pula kalau berlaku kejadiaan2 yang buruk , yang tidak pernah terlintas dihati kita akan berlaku dikeluarga kita.

Sekiranya berlaku dihadapan kita sendiri,bagaimanakah perasaan kita ketika itu.Apakah yang akan kita fikirkan..
Oleh itu walau apa pun tanggapan kita, maka berdakwah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran adalah tanggungjawab kita bersama.

Kita tidak mepunyai banyak masa lagi. Masa-masa yang dipenuhi dengan menonton televisyen serta berborak-borak kosong serta lara yang tidak mendatangkan sebarang menafaat seeloknya dihabiskan dengan membuat sesuatu yang lebih berfaedah.Banyak jalan-jalan kebaikan yang terbentang luas dihadapan kita.

Kalau ALLAH sudah memberi peluang dan ruang ,dengan SENYUMAN saja merupakan satu sedekah yang banyak ganjaranya maka apatah untuk melakukan kebaikkan2 yang lain tentu lebih banyak ganjarannya.Mungkin dengan menziarahi jiran sebelah rumah tidaklah sesukar yang kita fikirkan.





"Rebutlah peluang dan ruang kearah jalan kebaikkan sesama makhluk sementara hidup..hidup hanya sekali...apabila terlelap terus maka..."

Oleh itu, letaklah tangan didada.Berbicaralah dengan bicara hati.Walauapapun keputusan yang ditemui semuanya akan berbalik pada diri sendiri. Untung dan rugi adalah untuk empunya diri.Kalau masih juga mahu berbangga dengan maksiat diri maka tiada makhluk yang dapat menambah atau mengurangi ganjaran ILLAHI walau seinci.Jawapanya akan ditemui diakhirat nanti. Dikala penyesalan sudah tiada apa-apa erti lagi.

"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah
KU"
(ADZ DZAARIYAAT:56)

No comments: