HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Wednesday, April 28, 2010

SEMUGA TUHAN BERKAT AWAK!!


"Aya...banyak penat lo...banyak sakit kaki..sudah jalan banyak jauh..penat..penat" tiba-tiba seorang nyonya mengeluh setibanya di kedai aku. 3 bungkusan beg berlambangkan TESCO di tangannya. Kelihatan jari-jarinya merah dek kerana terlalu lama menjijit beg-beg itu.

"Apa pasal nya nyonya. Dari mana..ada banyak barang. Nyonya nak pergi mana?" aku bertanya dalam terpinga-pinga setelah agak lama aku kusyuk membaca buku di kedai cendul aku.

"Itu bilik air mana..aiya ..banyak susah..sudah tak tahan lagi." merungut lagi nyonya yang sudah berusia 50han itu.

"Ada belakang sana. Nyonya letak itu barang atas meja." sambil aku menunjukkan arah ke bilik air.

"Boleh letak ini barang-barang sini kah..tak apa-apa kah?" kelihatan dia ragu-ragu.

"tak apa..tak hilang. ini kedai saya. Lepas ini saya boleh hantar nyonya balik rumah", aku cuba menghilangkan keraguaannya..

Sebenarnya sejak banyak kes-kes jenayah yang berlaku di kebelakangan ini, aku juga turut mencurigai setiap pelanggan yang tidak aku kenali. Terlalu banyak kes mencuri, merompak , penipu dan macam-macam lagi juga turut memberi kesan kepada benak aku.

Pernah juga seorang budak muda tanpa menanggalkan topi keledar yang terus melulu ke bahagian belakang tempat aku membancuh cendul, kebetulan aku tinggal seorang. Aku cuba tenangkan hatiku.Aku tahu dia ada tujuan lain. Dia telah menghampiri telepon bimbit serta duit yang ada di situ. Aku memandang tepat ke wajahnya.

"Adik nak apa" aku cuba memberanikan hati, aku bertanya padahal aku turut berdoa agar ALLAH selamatkan keadaan yang ada. Tiba-tiba dia panik..dia tergamam.

"Anak saya kata , kakak buat air cendul manis sangat..tak sedap..buatkan satu tapi jangan manis" dia seolah-olah sedang mencari sesuatu dan memandang ke arah telepon bimbit aku.

"O'k tak pa ..adik duduk sana dulu.." aku suruh dia beredar dari situ . Dia cuba berdegil tapi aku cuma memandang tepat ke arahnya dan akhirnya dia akur. Lega hati aku.

Sebaik saja aku dah siapkan air cendul yang di bungkus dalam cawan, dia dan kawannya yang tunggu di luar telah pun hilang dengan menaiki motosikal. Air cendul masih di tangan aku. Dari pandangan aku , mereka anak muda yang masih belum beristeri.

"O.k , nyonya tinggal mana?..saya hantar nyonya balik sekarang"?Lamunan aku terhenti sebaik saja nyonya tadi kembali ke kedai aku.

" Haiya..awak banyak susah nanti..mau hantar saya balik" dia tersipu-sipu

" Nyonya mau minum air?..kalau saya tak hantar , nyonya mahu jalan kaki balik dengan ini macam punya barang". aku cuba menguji dia.

"Tak apa saya tak mau minum air. Rumah saya dah dekat. Awak hantarlah. Tapi manyak-manyak terima kasih...sini tak ada bas. Dia ingat semua orang di sini kaya-kaya , semua boleh bawak kereta. Bas sudah lama tak ada. bus stop aja ada tapi bas tak da." rungut nyonya itu lagi .

Ini bukan kali pertama , aku dengar rungutan tentang ketiadaan bas di area Bukit Duyong dan Bukit Katil. Hari itu seorang makcik pun dah sampai maki-maki, sebab tidak bas yang lalu d situ. Nyonya itu menaiki bas dari Melaka Central ke JPJ lalu turun berjalan kaki ke Bukit Katil.

"Nyonya buat apa keluar kalau dah tahu susah mahu naik bas" satu soalan bodoh dari aku.

"Saya mahu bayar bil api .air...mahu beli lauk untuk satu minggu. Suami sudah meninggal 15 tahun dulu. Anak -anak sekolah. Itu sebab saya kena uruskan." jawab nyonya itu dengan nada yang sangat terharu. Rupa-rupanya dia seorang ibu tunggal.

"Nanti awak kumpulkan 10 kah..15 orangkah..kasi komplain apa pasal bas tak ada lalu sini. banyak susah lah orang macam saya." ujar nyonya itu seolah-olah menaruh satu harapan yang tinggi ketika kami dalam van

Aku tersenyum. Cuba belajar sesuatu dari pengalaman ini.

"Awak mahu minumkah?" dia pula yang mempelawa aku sabaik saja kami sampai di perkarangan rumahnya.

"Awak mahu duit minyakkah,"sekali lagi dia mempelawa tanda terima kasih

Seperti biasa..aku hanya tersenyum. Kepuasaan dalam membantu sudah terlalu lebih bernilai dari itu.

"
Semuga tuhan berkat awak" tiba-tiba dia bersuara sambil memandang ke arah aku semasa aku sedang sibuk menurunkan barang-barangnya.

Aku tersenyum lagi. Masih terus memandang tepat ke arahnya

"Saya seorang Kristian. Saya tahu berkat itu apa. Dia seolah-olah tahu apa yang sedang aku fikirkan sambil kami bersalam dan sempat juga aku menjeling rantainya yang memakai lambang salib


Pengalaman SU DMPBK





ZUBAIDAH, ISTERI HARUN AR-RASHID

(gambar sekadar hiasan)

Seorang wanita alim, ahli ilmu dan ahli fiqih. Ibnu Khalik berkata, "dalam sejarahnya, ia memiliki 100 budak perempuan yang semuanya hafal Al Quran berkat bimbingannya.Jumlah tersebut belum di tambah dengan orang-orang yang hanya belajar membaca Al Quran sehingga setiap hari terdengar suara-suara orang yang membaca Al Quran dari dalam istana. Setiap orang membaca 10 Juz dalam satu hari.

Sunday, April 25, 2010

MAAFKAN KAMI!!

Keputusan PRK Hulu Selangor telah pun di ketahui. Memang telah di jangka namun kita perlu berkerja dengan lebih kuat lagi kerana kebenaran itu pasti akan tertegak juga akhirnya.

Jalan masih panjang dan perjalanan masih jauh. Jangan jadikan kemuncup-kemuncup di jalanan menjadi penghalang kepada pergerakan jalan kebenaran.

Cuma mungkin kita perlu berhenti seketika untuk membuangkan kemuncup-kemuncup yang melekat di hujung seluar/jubah/kain dan meneruskan kembali perjalanan yang "pangkalnya telah jauh namun hujungnya belum tiba"..InsyaALLAH.




DMPKBK masih meneruskan usaha-usahanya dalam rangka menjana kemenangan dunia dan akhirat. Ajk DMPKBK meneruskan dakwahnya dengan menziarahi lagi beberapa kenalan yang berada di persekitaran. Semua ajk telah bersiap sedia untuk mengenali jiran dan rakan yang berada di sekeliling mereka bagi memenuhi kehendakkan ISLAM yang mahukan umat mengeratkan ukhuwah di antara satu sama lain. Bukan saja menziarahi mereka malah membantu bagi mereka yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada.

Diluar sana terlalu ramai yang mengharapkan bantuan maka mereka perlulah di bantu selagi kita ada upaya. Jangan tunggu hanya masa musim pilihanraya atau masa -masa tertentu sahaja kerana melakukan kebaikkan ini tiada musimnya.




Namun , ujian tidak pernah berakhir. Tohmahan ,fitnah serta cercaan manusia adalah lumrah bagi orang-orang rindukan jalan kebenaran ini. Tidak dapat di nafikan sekiranya ada wanita-wanita @ para ibu yang tidak berminat di ziarahi. Mungkin mereka tidak mahu di ganggu dalam mereka berkeadaan zone kelesaan . Mungkin mereka mempunyai masalah yang tersendiri menyebabkan mereka tidak mahu di ganggu.

Ada juga para suami yang menjeling-jeling apabila isteri mereka di dekati. Mungkin mereka tidak suka apabila kami mengajak isteri-isteri mereka menghadiri majlis-majlis ilmu.

Ada juga suami yang berterus terang menyatakan jangan ganggu isteri mereka. Para suami sebegini lebih senang sekiranya isteri-isteri mereka menetap di rumah dan menonton televisyen Para suami yang selesa dengan segala persiapan yang telah di siapkan untuk mereka oleh para isteri . Syurga telah di siapkan bagi isteri-isteri yang menguruskan urusan rumahtangga mereka. Ada yang bertanya di mana nas yang mengatakan bahawa wanita perlu keluar rumah berusrah .

"Maafkan kami"..mungkin itu ucapan terbaik yang dapat kami berikan buat wanita-wanita serta para-para suami yang tidak mahu di ganggu. Niat kami baik. Kami ziarah kerana ALLAH buka kerana wang atau paksaan. Kami tak minta di bayar, kami tak minta di upah. Kami hanya meneruskan jalan-jalan para nabi serta para solehin untuk meneruskan jalan dakwah ini bagi mengembalikan kedamaian serta keadilan di atas muka bumi ini. Kami bukan memaksa. Kami hanya mengharap agar ramai para-para isteri bersama-sama kami dalam arus kebangkitan ISLAM ini..ISLAM akan gembali gemilang. Itu janji ALLAH. Tapi kalau tidak sudi, bukan urusan kami. Kami sekadar menjalankan tanggungjawab dalam memikul amanah yang berat ini.Bukan kami sahaja di sini malah jutaan lagi di negara luar sana yang sedang memikul beban amanah ini. Tiada siapa yang mampu menyekatkan .

Sebenarnya kami juga cemburu, apabila menziarahi di setiap rumah, maka masing-masing sedang ada yang sedang menonton , ada yang terlena di buai mimpi indah dan ada yang sedang berbual kosong sedangkan kami berjalan dari satu satu rumah ke satu rumah , dengan anak-anak yang kecil-kecil, dengan wang minyak dari poket sendiri dan tenaga yang amat terbatas tapi cepat-cepat kami buangkan segala perasaan itu jauh-jauh. Kami tak mahu syaitan memerangkap kami. Kami mahu setiap langkah serta saat perjalanan kami di redhai ALLAH.

Kami juga ingin masuk syurga tapi kami juga mahu orang lain juga masuk syurga. Kami mahu semua orang masuk syurga. Kami tidak boleh mementingkan diri dan keluarga kami saja yang masuk syurga sedangkan keluarga serta masyarakat di sana sudah terlalu hancur akhlaknya.

Kami tak boleh biarkan orang lain terus dengan kejahilan mereka kerana kami sendiri telah di dakwah oleh orang sebelum kami. Tanpa usaha dari mereka , mungkin kami masih dalam kejahilan dan kemaksiatan. Oleh itu, sekarang kami pula yang meneruskan jalan dakwah ini dan ianya akan tetap berterusan di jalankan oleh setiap insan yang mengkehendakkinya.

Sebenarnya orang-orang seperti kami tidaklah ramai..hanya boleh di bilang dengan jari. Dari satu Parlimen Bukit katil, yang beribu-ribu penduduknya, kami hanya lah 20 orang sahaja. Kalau hanya dengan 20 orang ini di sekat dakwahnya maka siapakah yang akan menjalankan selain dari beberapa kerat NGO yang ada.

Kehidupan perlu di teruskan. Marilah sama-sama kita tegakkan ISLAM didalam diri, keluarga , masyarakat serta negara. Usah di siakan masa yang di beri 24 jam.
Marilah sama sama kita kembalikan Tamadun ISLAM yang unggul kerana hanya Tamadun ISLAM lah yang terbaik.

seorang anak bermimpi bahawa ibunya sedang tersiksa di akhirat lalu anaknya bersimpati lantas berjumpa ayahnya dan bertanya ' Ayah bukankah ibu seorang yang taat pada ayah semasa hidupnya tetapi kenapa ibu tersiksa ? tidakkah ayah boleh menyelamatkan ibu kerana ketaatannya pada ayah semasa hidup di dunia ' ..lalu ayah nya menjawab ' Ya , betul dia seorang isteri yang taat pada ayah tapi ibumu tidak suka melakukan sebarang kebajikan semasa di dunia..dan sekarang ayah tidak dapat menyelamatkannya'..

"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang sabar , laki-laki dan perempuan khusyu, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH, ALLAH telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
(Al Ahzab-35)


Di Timur suria mulai terang

Memancar Fajar baru
Bersyukur pada ALLAH yang Maha Esa
Pencipta Alam maya

Tersebar sinar ISLAM ajaran suci
keseluruh dunia.
Berkumandang terang semangat abadi
Panji Islam berkibar



Friday, April 23, 2010

KRITERIA ISTERI IDAMAN ADALAH....

- Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah paling penting.

- Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala berduka juga penting.

- Seorang isteri yang memahami, solehah, jujur, taat beribadah dan dapat dipecayau sangat penting

- Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir dan batin juga sangatlah penting

- Tetapi yang paling terpenting sekali ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenali antara satu sama lain.....


Jadi!!!! Di manakah kalau nak dapatkan semua kriteria di atas???@ lebih dari itu

DI SYURGA...MATI SYAHID DULU....

APCO-ASAL PEMERINTAH CARI OBAMA

Apalah malangnya nasib kita Tuan
P
abila pemerintah tiada panduan
Cekup Israel jadikan pedoman
One Israel..One Malaysia..O..O..Nampaknya macam satu Jalan

Apabila Israel jadi pedoman
P
etandanya.. Malaysia menghampiri kecelakaan

Cakap rakyat dah tak di jadikan pandangan
Oleh itu....Sudah jadi tanggungjawab..TUKAR AJA KERAJAAN

Ambil kertas waktu mengundi
Pensil sebatang membawa erti
Calit di kertas ,sambil doa di beri
O..O..X.. PR ..Dunia di hujung jari

Friday, April 16, 2010

AMRAH , ISTRI HABIB AL-AJMI




Wanita ini selalu bangun pada tengah malam sementara suaminya masih terlelap tidur. Selepas solat , ia membangunkan suaminya dan berkata kepadanya,
"Bangunlah wahai suamiku, sesungguhnya malam telah lewat dan hari akan berganti sementara di depanmu terbentang jalan yang panjang dan bekalmu sangat sedikit sekali. Kafilah orang-orang saleh telah lewat sementara kita belum berganjak dari sini"

Tuesday, April 13, 2010

ISA.... ITU SANGAT ANGKUH


Alhamdulillah, akhirnya Basheera ibu muda yang berusia 27 tahun ,telah selamat pulang ke negara asalnya, Nigeria setelah terbelenggu dengan penyeksaan ketika menetap di Malaysia. Sangkaannya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang indah untuk di duduki , akhirnya berkecai setelah suaminya di tangkap ISA tanpa sebarang sebab yang nyata.
Suaminya yang telah di tahan bersama 10 negara asing yang sedang belajar di universiti tempatan kerana di katakan pengikut wahabi.

Peristiwa yang menjadi titik hitam ini ,akan tetap menjadi igauan mimpi seumur hidupnya apabila dia di tinggalkan bersama anak-anaknya nya yang masih kecil di Malaysia sedangkan suaminya telah di hantar pulang ke Nigeria tanpa dapat di ketemuinya.
Bayangkan seorang isteri serta anak-anak di tinggalkan di negara yang terlalu asing baginya, di mana hendak mengadu.

Dan kini dengan kepulangannya ke negara asalnya hasil usaha-usaha murni dari GMI serta Harakah yang perihatin, telah memberikannya kelegaan pernafasan untuk terus menghirup udara yang nyaman di negaranya sendiri.

Mungkin peristiwa kematian Altantuya , wanita dari Monggolia yang meninggal di Malaysia akibat dari bom c4 juga turut membayangi diri Basheera buat selamanya.


Sunday, April 11, 2010

BERSEDIAKAH KITA???


Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Muslimat kali ke 6, telah pun berjalan lancar semalam. 26 Rabiulakhir 1431/11 April 2010.
Mesyuarat Agung ke 6 ini telah di rasmikan oleh Saudara Sofi Wahab selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Katil bertempat di Pasti Jaya Insan pada jam 3 petang.

"Yang penting sekarang, kita tukar aja kerajaan yang ada sekarang. Tak guna nak desak-desak. Kerajaan yang ada sudah terlalu kritikal. Kita memerlukan komitmen yang jitu dari semua pihak terutama muslimat sendiri," itulah di antara ucapan yang di ucapkan sewaktu perasmian semalam.

Dan sememangnya sudah tidak di nafikan bahawa memang untuk menukar kerajaan ini , sudah menjadi satu kewajipan bagi rakyat yang rindukan keadilan lagi kedamaian.

"Statistik kelahiran anak luar nikah dan gejala pembuangan anak amat mengerunkan. Berdasarkan kepada laporan jabatan Pendaftaran Negara( JPN) melaporkan 257,000 sijil kelahiran di daftarkan tanpa catatan nama bapa.
Bermakna secara purata 2,500 kes anak luar nikah di rekodkan setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari dan ini juga bermakna setiap anak luar nikah di lahirkan setiap 17 minit 17 saat, manakala di Melaka pula gejala membuang anak semakin membarah dengan seramai 407 anak dibuang dari 2005-2009 . Bermakna setiap sehari lahir seorang anak di luar nikah, " itulah dia antara bunyi catatan usul yang di bacakan oleh Puan Mahani Osman selaku Timbalan Ketua Muslimat Kawasan Bukit Katil.


Apa nak jadi dengan rakyat di Negara Malaysia. Mencintai Tanah Air adalah fitrah manusia. Tempat yang di lahirkan serta di besarkan mempunyai nostalgia yang indah buat seseorang .
Tapi memang agak malang apabila suasana dalam Negara Malaysia yang di cintai ini di penuhi dengan segala kemaksiatan dari segala sudut. Sebut apa kemaksiatan yang tidak ada di Malaysia. Susah juga untuk memikirkannya .Semuanya ada.
Tidak di nafikan ada pihak yang meletakkan segala kesilapan ini di punggak bahu ibubapa tapi sebenarnya sedarkah kita bahawa ibubapa terpaksa mengikut rentak kerajaan yang terlalu korup ini dengan terpaksa berlumba-lumba mencari kewangan yang lebih demi untuk menampong segala perbelanjaan anak-anak sehinggakan anak-anak terabai di rumah.

Ibubapa menjadi mangsa keadaan akibat dari segala kos perbelanjaan yang tinggi.
Kalau untuk pendidikan saja sudah menelan beribu-ribu malahan puluhan ribu untuk membayar pengajian terutama di Pusat Pengajian Tinggi. Belum lagi di kira yang lain.

Dan bagaimana pula apabila di rumah anak-anak terpaksa berhadapan dengan rancangan-rancangan TV yang berunsur khurafat serta hiburan yang melampui. Sehinggakan anak-anak tidak dapat membezakan yang batil dan yang hak. Manakala ibubapa pula amat kesuntukan masa untuk bersama-sama anak-anak di sebabkan terpaksa berlumba-lumba di luar sana.

Dan walau apapun kita sebagai seorang hamba memikul amanah yang berat. untuk mencegah mungkar dan menyeru kepada yang makruf. Bercakap memang mudah tapi untuk melaksanakan agak payah.Oleh itu untuk merubah ianya memerlukan komitmen yang dari semua pihak yang cintakan keadilan. Ianya memerlukan kekuatan dalamam dari setiap individu. "Perjalanan yang jauh memerlukan langkah yang pertama"....

Tanpa kekuatan diri , keyakinan serta pergantungan kepada ALLAH s.w.t sukar untuk melakukannya.
As Syahid Hassan Al Banna berkata " Ramai orang boleh berkata-kata, tapi sedikit dari itu yang boleh buat kerja..Ramai orang yang boleh buat kerja, tapi sedikit sahaja dari itu yang boleh berjihad.." kerana ianya memerlukan pengorbanan masa, harta , tenaga dan tidak terkecuali JIWARAGA

Sunday, April 4, 2010

MENGAPA WANITA HARUS MERASA TIDAK LEBIH MULIA


Dakwah itu sendiri tidak hanya dilakukan oleh kaum lelaki saja malah wanita juga tidak kurang yang patut dijadikan contoh yang menarik dalam berdakwah sejak dari zaman nabi lagi.

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH dan mengerjakan kebajikan dan berkata 'sungguh aku termasuk Muslim yang menyerah diri"(Fushshilat(41): 33

Anas r.a berkata,

"Suatu hari, Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim. ummu Sulaim berkata, , Demi ALLAH, tidak ada laki-laki yang datang sepertimu wahai Abu Thalhah, tetapi engkau adalah laki-laki kafir , sedangkan aku adalah wanita muslimah , dan tidak halal bagiku untuk menikah denganmu. Apabila engkau masuk Islam , dan itu adalah maharku dan aku tidak meminta yang lain darinya.. lalu Abu Thalhah pun masuk Islam dan Islamnya menjadi mahar.

Tsabit berkata ' aku tidak pernah mendengar tentang seorang wanita mana pun yang lebih mulia maharnya daripada Ummu Sulaim.. iaitu ISLAM. Lalu Abu Thalhah hidup bersamanya dan di kurniakan seorang anak.
.......

Ketika Rasulullah keluar untuk perang Khandak, beliau menempatkan para wanita di benteng Atham. Mereka di pimpin oleh Hassan ibnu Tsabit. Saat itu, datanglah seorang yahudi ke atas benteng, hingga dapat menguasai para wanita tadi.

Lalu Shafiyah r.a berkata kepada Hassan " bangkit dan bunuhlah ia"
Hassan berkata, "jika aku bisa dan pada saat itu adalah seorang lelaki yang berumur."

Shafiyah pun berdiri lalu memukul Yahudi tadi dengan pedangnya hingga kepalanya terpotong. Lalu Shafiyah berkata kepada Hassan," bangun dan perhatikankalah potongan kepala ini kepada orang-orang Yahudi yang ada di bawah benteng sana.

Hassan r.a berkata, 'apakah itu?'

Shafiyah bangun dan mengambil kepala yahudi tadi lalu melemparkannya kepada orang-oramg yahudi.

Orang-orang yahudi ada yang berkata, "Sungguh kami telah tahu bahawa ia tidak akan meninggalkan keluarganya sendirian tanpa orang yang menemaninya,"

Lalu mereka kalang kelibut dan bercerai berai"


Saturday, April 3, 2010

WIQAYAH


Wiqayah
Seorang wanita yang alim, cerdik dan ahli fiqih. Tinggal disalah satu desa di Libya dan menjadi rujukan para ulama. Orang-orang berkata , " Mari kita meminta pertimbangan kepada Wiqayah kerana jawaban dan solusi permasalahan yang ia ajukan lebih tepat daripada jawaban-jawban ulama-ulama kita"