"Aya...banyak penat lo...banyak sakit kaki..sudah jalan banyak jauh..penat..penat" tiba-tiba seorang nyonya mengeluh setibanya di kedai aku. 3 bungkusan beg berlambangkan TESCO di tangannya. Kelihatan jari-jarinya merah dek kerana terlalu lama menjijit beg-beg itu.
"Apa pasal nya nyonya. Dari mana..ada banyak barang. Nyonya nak pergi mana?" aku bertanya dalam terpinga-pinga setelah agak lama aku kusyuk membaca buku di kedai cendul aku.
"Itu bilik air mana..aiya ..banyak susah..sudah tak tahan lagi." merungut lagi nyonya yang sudah berusia 50han itu.
"Ada belakang sana. Nyonya letak itu barang atas meja." sambil aku menunjukkan arah ke bilik air.
"Boleh letak ini barang-barang sini kah..tak apa-apa kah?" kelihatan dia ragu-ragu.
"tak apa..tak hilang. ini kedai saya. Lepas ini saya boleh hantar nyonya balik rumah", aku cuba menghilangkan keraguaannya..
Sebenarnya sejak banyak kes-kes jenayah yang berlaku di kebelakangan ini, aku juga turut mencurigai setiap pelanggan yang tidak aku kenali. Terlalu banyak kes mencuri, merompak , penipu dan macam-macam lagi juga turut memberi kesan kepada benak aku.
Pernah juga seorang budak muda tanpa menanggalkan topi keledar yang terus melulu ke bahagian belakang tempat aku membancuh cendul, kebetulan aku tinggal seorang. Aku cuba tenangkan hatiku.Aku tahu dia ada tujuan lain. Dia telah menghampiri telepon bimbit serta duit yang ada di situ. Aku memandang tepat ke wajahnya.
"Adik nak apa" aku cuba memberanikan hati, aku bertanya padahal aku turut berdoa agar ALLAH selamatkan keadaan yang ada. Tiba-tiba dia panik..dia tergamam.
"Anak saya kata , kakak buat air cendul manis sangat..tak sedap..buatkan satu tapi jangan manis" dia seolah-olah sedang mencari sesuatu dan memandang ke arah telepon bimbit aku.
"O'k tak pa ..adik duduk sana dulu.." aku suruh dia beredar dari situ . Dia cuba berdegil tapi aku cuma memandang tepat ke arahnya dan akhirnya dia akur. Lega hati aku.
Sebaik saja aku dah siapkan air cendul yang di bungkus dalam cawan, dia dan kawannya yang tunggu di luar telah pun hilang dengan menaiki motosikal. Air cendul masih di tangan aku. Dari pandangan aku , mereka anak muda yang masih belum beristeri.
"O.k , nyonya tinggal mana?..saya hantar nyonya balik sekarang"?Lamunan aku terhenti sebaik saja nyonya tadi kembali ke kedai aku.
" Haiya..awak banyak susah nanti..mau hantar saya balik" dia tersipu-sipu
" Nyonya mau minum air?..kalau saya tak hantar , nyonya mahu jalan kaki balik dengan ini macam punya barang". aku cuba menguji dia.
"Tak apa saya tak mau minum air. Rumah saya dah dekat. Awak hantarlah. Tapi manyak-manyak terima kasih...sini tak ada bas. Dia ingat semua orang di sini kaya-kaya , semua boleh bawak kereta. Bas sudah lama tak ada. bus stop aja ada tapi bas tak da." rungut nyonya itu lagi .
Ini bukan kali pertama , aku dengar rungutan tentang ketiadaan bas di area Bukit Duyong dan Bukit Katil. Hari itu seorang makcik pun dah sampai maki-maki, sebab tidak bas yang lalu d situ. Nyonya itu menaiki bas dari Melaka Central ke JPJ lalu turun berjalan kaki ke Bukit Katil.
"Nyonya buat apa keluar kalau dah tahu susah mahu naik bas" satu soalan bodoh dari aku.
"Saya mahu bayar bil api .air...mahu beli lauk untuk satu minggu. Suami sudah meninggal 15 tahun dulu. Anak -anak sekolah. Itu sebab saya kena uruskan." jawab nyonya itu dengan nada yang sangat terharu. Rupa-rupanya dia seorang ibu tunggal.
"Nanti awak kumpulkan 10 kah..15 orangkah..kasi komplain apa pasal bas tak ada lalu sini. banyak susah lah orang macam saya." ujar nyonya itu seolah-olah menaruh satu harapan yang tinggi ketika kami dalam van
Aku tersenyum. Cuba belajar sesuatu dari pengalaman ini.
"Awak mahu minumkah?" dia pula yang mempelawa aku sabaik saja kami sampai di perkarangan rumahnya.
"Awak mahu duit minyakkah,"sekali lagi dia mempelawa tanda terima kasih
Seperti biasa..aku hanya tersenyum. Kepuasaan dalam membantu sudah terlalu lebih bernilai dari itu.
" Semuga tuhan berkat awak" tiba-tiba dia bersuara sambil memandang ke arah aku semasa aku sedang sibuk menurunkan barang-barangnya.
Aku tersenyum lagi. Masih terus memandang tepat ke arahnya
"Saya seorang Kristian. Saya tahu berkat itu apa. Dia seolah-olah tahu apa yang sedang aku fikirkan sambil kami bersalam dan sempat juga aku menjeling rantainya yang memakai lambang salib
Pengalaman SU DMPBK

No comments:
Post a Comment