Keputusan PRK Hulu Selangor telah pun di ketahui. Memang telah di jangka namun kita perlu berkerja dengan lebih kuat lagi kerana kebenaran itu pasti akan tertegak juga akhirnya.
Jalan masih panjang dan perjalanan masih jauh. Jangan jadikan kemuncup-kemuncup di jalanan menjadi penghalang kepada pergerakan jalan kebenaran.
Cuma mungkin kita perlu berhenti seketika untuk membuangkan kemuncup-kemuncup yang melekat di hujung seluar/jubah/kain dan meneruskan kembali perjalanan yang "pangkalnya telah jauh namun hujungnya belum tiba"..InsyaALLAH.

DMPKBK masih meneruskan usaha-usahanya dalam rangka menjana kemenangan dunia dan akhirat. Ajk DMPKBK meneruskan dakwahnya dengan menziarahi lagi beberapa kenalan yang berada di persekitaran. Semua ajk telah bersiap sedia untuk mengenali jiran dan rakan yang berada di sekeliling mereka bagi memenuhi kehendakkan ISLAM yang mahukan umat mengeratkan ukhuwah di antara satu sama lain. Bukan saja menziarahi mereka malah membantu bagi mereka yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada.
Diluar sana terlalu ramai yang mengharapkan bantuan maka mereka perlulah di bantu selagi kita ada upaya. Jangan tunggu hanya masa musim pilihanraya atau masa -masa tertentu sahaja kerana melakukan kebaikkan ini tiada musimnya.

Namun , ujian tidak pernah berakhir. Tohmahan ,fitnah serta cercaan manusia adalah lumrah bagi orang-orang rindukan jalan kebenaran ini. Tidak dapat di nafikan sekiranya ada wanita-wanita @ para ibu yang tidak berminat di ziarahi. Mungkin mereka tidak mahu di ganggu dalam mereka berkeadaan zone kelesaan . Mungkin mereka mempunyai masalah yang tersendiri menyebabkan mereka tidak mahu di ganggu.
Ada juga para suami yang menjeling-jeling apabila isteri mereka di dekati. Mungkin mereka tidak suka apabila kami mengajak isteri-isteri mereka menghadiri majlis-majlis ilmu.
Ada juga suami yang berterus terang menyatakan jangan ganggu isteri mereka. Para suami sebegini lebih senang sekiranya isteri-isteri mereka menetap di rumah dan menonton televisyen Para suami yang selesa dengan segala persiapan yang telah di siapkan untuk mereka oleh para isteri . Syurga telah di siapkan bagi isteri-isteri yang menguruskan urusan rumahtangga mereka. Ada yang bertanya di mana nas yang mengatakan bahawa wanita perlu keluar rumah berusrah .

"Maafkan kami"..mungkin itu ucapan terbaik yang dapat kami berikan buat wanita-wanita serta para-para suami yang tidak mahu di ganggu. Niat kami baik. Kami ziarah kerana ALLAH buka kerana wang atau paksaan. Kami tak minta di bayar, kami tak minta di upah. Kami hanya meneruskan jalan-jalan para nabi serta para solehin untuk meneruskan jalan dakwah ini bagi mengembalikan kedamaian serta keadilan di atas muka bumi ini. Kami bukan memaksa. Kami hanya mengharap agar ramai para-para isteri bersama-sama kami dalam arus kebangkitan ISLAM ini..ISLAM akan gembali gemilang. Itu janji ALLAH. Tapi kalau tidak sudi, bukan urusan kami. Kami sekadar menjalankan tanggungjawab dalam memikul amanah yang berat ini.Bukan kami sahaja di sini malah jutaan lagi di negara luar sana yang sedang memikul beban amanah ini. Tiada siapa yang mampu menyekatkan .
Sebenarnya kami juga cemburu, apabila menziarahi di setiap rumah, maka masing-masing sedang ada yang sedang menonton , ada yang terlena di buai mimpi indah dan ada yang sedang berbual kosong sedangkan kami berjalan dari satu satu rumah ke satu rumah , dengan anak-anak yang kecil-kecil, dengan wang minyak dari poket sendiri dan tenaga yang amat terbatas tapi cepat-cepat kami buangkan segala perasaan itu jauh-jauh. Kami tak mahu syaitan memerangkap kami. Kami mahu setiap langkah serta saat perjalanan kami di redhai ALLAH.
Kami juga ingin masuk syurga tapi kami juga mahu orang lain juga masuk syurga. Kami mahu semua orang masuk syurga. Kami tidak boleh mementingkan diri dan keluarga kami saja yang masuk syurga sedangkan keluarga serta masyarakat di sana sudah terlalu hancur akhlaknya.
Kami tak boleh biarkan orang lain terus dengan kejahilan mereka kerana kami sendiri telah di dakwah oleh orang sebelum kami. Tanpa usaha dari mereka , mungkin kami masih dalam kejahilan dan kemaksiatan. Oleh itu, sekarang kami pula yang meneruskan jalan dakwah ini dan ianya akan tetap berterusan di jalankan oleh setiap insan yang mengkehendakkinya.
Sebenarnya orang-orang seperti kami tidaklah ramai..hanya boleh di bilang dengan jari. Dari satu Parlimen Bukit katil, yang beribu-ribu penduduknya, kami hanya lah 20 orang sahaja. Kalau hanya dengan 20 orang ini di sekat dakwahnya maka siapakah yang akan menjalankan selain dari beberapa kerat NGO yang ada.
Kehidupan perlu di teruskan. Marilah sama-sama kita tegakkan ISLAM didalam diri, keluarga , masyarakat serta negara. Usah di siakan masa yang di beri 24 jam.
Marilah sama sama kita kembalikan Tamadun ISLAM yang unggul kerana hanya Tamadun ISLAM lah yang terbaik.
seorang anak bermimpi bahawa ibunya sedang tersiksa di akhirat lalu anaknya bersimpati lantas berjumpa ayahnya dan bertanya ' Ayah bukankah ibu seorang yang taat pada ayah semasa hidupnya tetapi kenapa ibu tersiksa ? tidakkah ayah boleh menyelamatkan ibu kerana ketaatannya pada ayah semasa hidup di dunia ' ..lalu ayah nya menjawab ' Ya , betul dia seorang isteri yang taat pada ayah tapi ibumu tidak suka melakukan sebarang kebajikan semasa di dunia..dan sekarang ayah tidak dapat menyelamatkannya'..
"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang sabar , laki-laki dan perempuan khusyu, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH, ALLAH telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar."
(Al Ahzab-35)
Di Timur suria mulai terang
Memancar Fajar baru
Bersyukur pada ALLAH yang Maha Esa
Pencipta Alam maya
Tersebar sinar ISLAM ajaran suci
keseluruh dunia.
Berkumandang terang semangat abadi
Panji Islam berkibar

No comments:
Post a Comment