Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Muslimat kali ke 6, telah pun berjalan lancar semalam. 26 Rabiulakhir 1431/11 April 2010.
Mesyuarat Agung ke 6 ini telah di rasmikan oleh Saudara Sofi Wahab selaku Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Katil bertempat di Pasti Jaya Insan pada jam 3 petang.
Dan sememangnya sudah tidak di nafikan bahawa memang untuk menukar kerajaan ini , sudah menjadi satu kewajipan bagi rakyat yang rindukan keadilan lagi kedamaian.
"Statistik kelahiran anak luar nikah dan gejala pembuangan anak amat mengerunkan. Berdasarkan kepada laporan jabatan Pendaftaran Negara( JPN) melaporkan 257,000 sijil kelahiran di daftarkan tanpa catatan nama bapa.
Apa nak jadi dengan rakyat di Negara Malaysia. Mencintai Tanah Air adalah fitrah manusia. Tempat yang di lahirkan serta di besarkan mempunyai nostalgia yang indah buat seseorang .
Ibubapa menjadi mangsa keadaan akibat dari segala kos perbelanjaan yang tinggi.
Kalau untuk pendidikan saja sudah menelan beribu-ribu malahan puluhan ribu untuk membayar pengajian terutama di Pusat Pengajian Tinggi. Belum lagi di kira yang lain.
Kalau untuk pendidikan saja sudah menelan beribu-ribu malahan puluhan ribu untuk membayar pengajian terutama di Pusat Pengajian Tinggi. Belum lagi di kira yang lain.
Dan bagaimana pula apabila di rumah anak-anak terpaksa berhadapan dengan rancangan-rancangan TV yang berunsur khurafat serta hiburan yang melampui. Sehinggakan anak-anak tidak dapat membezakan yang batil dan yang hak. Manakala ibubapa pula amat kesuntukan masa untuk bersama-sama anak-anak di sebabkan terpaksa berlumba-lumba di luar sana.
Dan walau apapun kita sebagai seorang hamba memikul amanah yang berat. untuk mencegah mungkar dan menyeru kepada yang makruf. Bercakap memang mudah tapi untuk melaksanakan agak payah.Oleh itu untuk merubah ianya memerlukan komitmen yang dari semua pihak yang cintakan keadilan. Ianya memerlukan kekuatan dalamam dari setiap individu. "Perjalanan yang jauh memerlukan langkah yang pertama"....
Tanpa kekuatan diri , keyakinan serta pergantungan kepada ALLAH s.w.t sukar untuk melakukannya.
As Syahid Hassan Al Banna berkata " Ramai orang boleh berkata-kata, tapi sedikit dari itu yang boleh buat kerja..Ramai orang yang boleh buat kerja, tapi sedikit sahaja dari itu yang boleh berjihad.." kerana ianya memerlukan pengorbanan masa, harta , tenaga dan tidak terkecuali JIWARAGA
No comments:
Post a Comment