HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, January 1, 2009

MENJANA KEMENANGAN MELAKA

"Sesungguhnya bahtera tidak berjalan diatas dataran"
"Kemenangan bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan kemenangan"

Itulah diantara petikan ucapan dari Dr Zulkifli Ahmad sempena seminar pilihanraya anjuran JPN negeri Melaka baru-baru ini.

Satu ucapan yang menarik untuk difikirkan bersama oleh semua tahap kepimpinan samaada dari peringkat cawangan , kawasan dan seterusnya peringkat negeri Melaka.
Seminar yang telah diadakan diBeach Bidara Resort telah mengamit seramai hampir 130 peserta termasuk 7 dari muslimat kawasan b.Katil.

PAS bukanlah satu pertubuhan parti politik semata-mata bahkan juga merupakan satu organasasi Islam yang mempunyai matlamat yang jelas yakni untuk menegakkan syariat diatas bersumberkan Al Quran dan As Sunnah diatas muka bumi ini dan sudah pastinya untuk memcapai matlamat yang besar ini, ia memerlukan kepada satu lonjakan anjakan paradigma yang cukup besar.

PAS negeri Melaka masih belum mendudukki sebarang kerusi .Ramai juga yang berkata " bila PAS Melaka menang maka disitulah akan bermulanya permulaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat keatas Malaysia. Mungkin itu hanya satu ungkapan gurauan, namun kadangkala gurauan ada benarnya.Sejarah akan berulang. Tiada ada kezaliman yang berkekalan lama.Sifat sombong dari pemerintah yang sentiasa menolak Al-Quran amat dibenci oleh ALLAH kerana kesombongan hanya layak bagi ALLAH.Pemerintah yang tidak meletakkan Al-Quran ditempat yang sebenarnya adalah satu kezaliman. "Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat kemenangan".(Al-Anam:21, Yusuf:23, Al-Qasas:37)..Pasti ALLAH menukarkannya kepada kaum yang lebih baik untuk memerintah. Itu janji ALLAH yang tidak ada siapa dapat menafinya.

Adalah mudah bagi ALLAH untuk melakukan perubahan dalam sekelip mata kerana hati manusia adalah milik ALLAH.FirmanNYA "..dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) .Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka.Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ( Al-Anfal:63).

Namun ALLAH tetap sengaja menguji ummatnya.Ujian yang silih berganti untuk memastikan bahawa adakah kita benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan agamaNYA atau sekadar ucapan ditepi bibir.

Lihatlah dikala kita hampir berputus asa diatas segala penipuan-penipuan serta segala kezaliman-kezaliman oleh parti pemerintah dan akhirnya kita terpaksa memboikot pilihanraya Batu Talam, dan berkat doa seorang guru yang benar-banar ikhlas dengan deraian air mata yang berjujusan untuk memastikan kemenangan dan Alhamdulillah akhirnya pada PR12 , 5 negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat..Sesuatu yang berlaku diluar jangkauan fikiran manusia, orang kata "terkejut beruk".Itulah kegembiraan yang paling nyata yang mengembalikan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Marilah kita mengimbau kembali kepada sirah Rasulullah dikala Rasulullah dikeji , dihina ,dibaling batu, terseksa di Taif dan sememangnya sebagai manusia biasa Rasululah turut kecewa dengan umatnya yang menolak seruannya dan berkat doa Rasululluah ..akhirnya Rasulullah diberikan kegembiraan dengan peristiwa Israk Mikraj. Kegembiraan yang memberikan semangat untuk Rasulullah meneruskan perjuangan yang suci lagi murni ini.

Lihatlah juga ketika Nabi Ibrahim telah pun meletakkan pisau dileher nabi Ismail untuk disembelih atas arahan ALLAH SWT lalu turun wahyu untuk ditukarkan kepada seekor kibas. Itulah kegembiraan yang nyata bagi Nabi Ibrahim apabila anak kesayanganya Nabi Ismail bebas dari penyembelihan dikala menghadapi perasaan untuk menyembelih anaknya sendiri..Lihatlah betapa ALLAH menguji keikhlasan hamba-hambanya yang benar-benar ingin kepada Syiar Islam sehingga peringkat yang terlalu kritikal.

Dan juga sering disebut-sebut " Melaka ini kecil..PAS susah nak menang, sebab kerajaan Melaka senang nak pantau dalam negeri yang kecil. Pemerintah senang nak kawal". Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa ungkapan itu tidak relevan..Meletakkan kesilapan pada orang lain adalah menunjukkan kelemahan pada diri sendiri. Menuding jari pada orang lain juga adalah menunjukkan kekurangan pada diri sendiri.Sedangkan kalau diamat-amati bahawa sahabat yang terbaik adalah diri sendiri. Guru yang terbaik adalah pengalaman yang dilalui.
Kejayaan yang hakiki datangnya dari pemimpin yang berilmu, berjiwa besar lagi berani. Pemimpin yang bijaksana untuk menguruskan pengurusan dalam sesebuah organasasi.Pemimpin yang peka lagi prihatin dengan apa yang ada disekelilingnya yang pandai menyesuaikan diri mengikut peredaran zaman.. Pemimpin yang bertaqwa lagi amanah.
" Sesungguhnya ALLAH sukakan mu'min yang pakar"(Al muhtarif)

Rasanya seperti sukar untuk memperolehinya ciri-ciri pemimpin yang sebegini namun apa yang penting adalah pergantungan kepada ALLAH SWT untuk diberikan autoriti ini semua. Itulah kelebihan yang ada ada pada kita.Meletakkan ALLAH sebagai tempat pergantungan
"ALLAHlah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu lihat, kemudian DIA bersemayam diatas 'Arsy dan menundukkan matahari da bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan..ALLAH mengatur segala urusan.." (Ar Rad:2)

Mungkin tidak keterlaluan untuk dinyatakan Ciri-ciri pemimpin dan penggerak yang mampu membawa perubahan diantaranya adalah

-Kekuatan iman dan amal agar dapat memastikn peningkatan akhlaq dan terus mengekalkan kesegaran hubungan dengan ALLAH.
-Kekuatan ilmu dan fikrah pula diperlukan agar ia mampu mengintegrasikan fikrah yan didukungnya kedalam masyarakat secara yang benar-benar berkesan.
-Mempunyai visi
-keupayaan mengurus
-Eksekutif yang berkesan yang berani membuat sebarang keputusan.
-komunikator yang berkesan, mampu menjadi PRO yang berkesan.

"Sesungguhnya ALLAH itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan cekap"(Bukhari , Muslim)

Dan akhirnya, peranan media juga amat penting dalam menjana kemenangan negeri Melaka.
Bak kata Dr Zulkifli ahmad "Jangan takut untuk engage" tapi jangan engage kerana takut"

Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan kerana amanah ini amat berat sehinggakan gunung ganang pun tak sanggup nak memikulnya.Dia memerlukan kerjasama pemimpin dan pengerak dari semua peringkat.

"Aku tidak bermaksud kecuali untuk melaksanakan islah dengan segala kesungguhanku.Dan tidak ada taufik dan bagiku melainkan dengan (pertolongan) ALLAH. Hanya kepada aLLAH aku bertawakkal dan hanya kepadaNYA aku kembali."

DMPBKATIL

2 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

Kalau nak menang p raya, beranikah PAS Melaka lakukan perubahan besar?

Beranikah dmpbk sokong?

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

"Orang yang mencuri lelaki dan perempuan dipotong tangan kedua-duanya"
(Al Maidah:38)

"Tidak harus bagi seorang mukmin lelaki dan perempuan apabila ALLAH Taala menentukan satu perkara lalu dia memilih sesuatu yag lain"
(Al Ahzab:36)

Tulisan yang keluar dari hati , pasti akan jatuh kehati.Guru saya berpesan "Tulislah dengan hati tapi dikawal oleh minda".

AS SYAHID HASSAN AL BANNA berkata:
" Ramai orang yang mampu berkata tetapi SEDIKIT saja yang mampu BERAMAL dan BEKERJA.
Ramai dari yang SEDIKIT itu mampu bertahan pada waktu BERAMAL tetapi SEDIKIT diantara mereka yang mampu memikul BEBAN JIHAD yang berat dan sukar.
PARA MUJAHIDIN inilah merupakan angkatan pilihan yang SEDIKIT jumlah tetapi menjadi PEMBELA dan menjadi "ANSARULLAH".

"Rebutlah peluang dan ruang ,usah dihalang , ditakuti hilang kerana hidup ini tidak berulang."

"Dan orang-orang lelaki yang beriman laki-laki dan orang-orang perempuan , mereka satu sama lain pimpim memimpin.Mereka menyuruh mengerjakan yang baik , melarang mengerjakan yang salah, mereka tetap mengejakan sembahyang dan membayar zakat dan mereka patuh kepada ALLAH dan RasulNya. Itulah orang-orang yang akan diberi rahmat oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Kuasa lagi Bijaksana". (AL-BARAAH Kebebasan): 71

Maaf prof...sekadar ingatan buat diri.