HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM

HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Thursday, December 25, 2008

KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI


Saban hari kita dibebani
Dengan berita-berita sensasi
Tambah berita-berita terkini
Yang lebih banyak menyakitkan hati.

Penyelewengan -penyelewengan terus menjadi-jadi
Kemaksiatan-kemaksiatan terus menari-nari
Diatas pentas dunia yang sementara ini
Pada hal semuanya akan mati.

Ada adun belanja Rm500 ribu dalam 2 hari
Politik wang apatah lagi
Rasuah terus berleluasa disana-sini
Tak kira semuanya nak dikebas sekali.

Tapi.. yang amat geram sekali
Sampai kesihatan pun nak dimanupulasi
Bila IJN pun nak dijilat kroni
Bertopeng atas nama Sime darby
Nampaknya..dah melampau..nak tunjuk berani.
Terus bermegah-megah tanpa peduli
Walaupun bantahan rakyat disana-sini
Dah meluat dan dah benci
Dengan sikap dan perangai pemimpin yang berdinasti.

Sebelum Dinasti Razak menjadi,Dinasti Badawi terus menguasai
Dari kroni anak-beranak kekroni suami isteri
Belum apa-apa lagi,dah nak menguasai ekonomi.

Walau apa pun gelaran diberi
Mereka tetap satu parti
Parti keris telanjang yang tak bersarung lagi
Tak sedar, tumpul tak makan laki.

Begitulah manusia , bila ALLAH tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Bukan setakat ulama yang dibenci
Kasihan! Dr Asri bekas mufti
tak pasal-pasal.. puisinya pun kena gam sekali.


Kini
PARLIMAEN KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI
Setelah kematian Alahyarham YB Razali
Baru tersedar nak beri duit royalti
Setelah sekian lama hak negeri Trengganu dinafi
Nak tunggu Adun mati
baru nak kasi
begitulah zalimnya mereka ini.

Ayuh ! Pengundi-pengundi
Yang duduk jauh-jauh ..cepat kembali
Pemerintahan sekarang mesti diganti
Sudah tidak relevan lagi
Akhlaknya buruk tidak terperi
Seperti labu yang sudah tidak boleh dibaiki
Pecah tak boleh ditampal lagi
jatuh tak mengkin menjadi tanah kembali

Ayuh! para-para pengundi
Tekadkan dihati yang murni
bahawa PAS pilihan dihati
Kertas ditangan..pensil dijari
buktikan ia di 17 Januari nanti.

DMPBKATIL

4 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

Banyak nau sajak la. tak ada ke berita hal bukit katil ke, hal duyung ke, hal semabok ke, hal gapam ke.

Kalau yang tu dimasukkan jadilah blog ni informatif.

blog blog yang menghentam dah banyak.

Muslimat tak payah hentam la. Biarkan sofi wahab aje yang hentam.

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

maaf Prof..idea sajak ini datang secara spontan .Dia bertambah berlegar-legar dikepala apabila semakin prk K.Trengganu hampir. Apabila tak ditulis , ia menjadi satu bebanan.
Maaf prof...sajak ini bukan hentaman. hanya merupakan satu protes diatas keatas kezaliman mereka.Marah biar bersebab..sabar biar bertempat.
Maaf Prof.. Aktiviti ada..cuma ana sedang tunggu ltop yang dapat digunakan pada hari sabtu dan ahad saja..InsyaALLAH , memang kami cuba buat seberapa banyak aktiviti demi menegakkan syiar Islam.Doakan.

"Orang2 yang beriman laki2 dan orang2 yang beriman perempuan, setengahnya menjadi wali bagi yang lain.Mereka menyeru yang ma'ruf dan melarang yang mungkar, lagi mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat,serta patuh mengikut ALLAH dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH.sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha bujaksana"
(At Taubah 71)

Syukran atas nasihat.

Wak Sir said...

Kalau pejuang PAS ini benar-benar pejuang Islam dia tak buat keganasan atau berperangai jahat membakar bendera dan membuat kerosakkan. Sedangkan Allah s.w.t sendiri telah berfirman Dia benci kepada golongan yang melakukan kerosakan. Jadi jika kena tangkap salah siapa. Fakai akal lah. Nama je pejuang Islam tetapi perangai tak Islam pun. Maka teriamlah padahnya. Nak bersajak buat apa. Boring dengar.

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

maaf wakSir.."takkan sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu".
Maaf