HIMPUNAN HUJAU MENUJU PUTRA PERINGKAT NEGERI MELAKA

MUTIARA KATA

KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.

KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM


HIMPNAN HIJAU

HIMPNAN HIJAU
HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA PERINGKAT NEGERI MELAKA 24 JUN 2012

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'

BOYCOTT ISRAEL!!! 5S....SEX,SONG,SCREEN,SMOKES ,SPORT....KLIK DI GAMBAR UNTUK 'PALESTIN KINI'
AKU BERTEKAD UNTUK MAJU KE HADAPAN WALAU MAUT MENGHALANG DI JALANAN .MATI BUKANLAH NODA YANG MENCERNAKAN BAGI SEORANG BERDARAH PAHLAWAN . BILA DI SERTAI NIAT IKHAS BERKORBAN.UNTUK BERJUANG MEMBELA KEBENARAN. KU SERAHKAN SEGENAP JIWA DAN RAGA. DALAM PERANG SUCI MEMBELA AGAMA. LEBIH BAIK MATI DARIPADA HIDUP HINA. JIKA MASIH HIDUP AKU TIDAK KECEWA. DAN JIKA MATI AKAU TIDAK AKAN TERCELA. ALANGKAH HINANYA HIDUP DI BAWAH iKAKI DERHAKA. ( Saidna Husain)

Friday, March 4, 2011

BILA ORANG BUKAN ISLAM MULAI FAHAM...

Alhamdulillah, sebaik sahaja penamaan calon berakhir pada hari sabtu 26 Feb, jam 12.30 tengahari, muslimat Bukit Katil meneruskan tugas-tugas yang telah di amanahkan. Cikgu Ropisah selaku Ketua Halwa sebuk untuk memastikan bahawa makanan jualan mesti di habiskan dengan bantuan dari muslimat-muslimat yang begitu gigih dari Kawasan Bukit Katil oleh Maizarah, Aisyah Maskan, Aisyah Abdullahh, hajjah Jamilah ,  Fatimah Hj Wahit ,Kak Yam dan Kak Rubiah.

Sebaik saja pulang ke UPU Pengkalan Samak tengahari itu , makanan telah pun di sediakan. Alhamdulillah, sedap lauknya. Nasi goreng berserta sambal ikan keli di sediakan oleh Tuan Hj Hassan. Cuma bila tergigit garam yang tak hancur, terkebil -kebil mata. cepat-cepat cari air.

"Makan ajalah..biasalah orang lelaki masak. Simple aja." tiba-tiba seorang bersuara seolah-olah tahu apa yang berlaku.

"Ha..pedaske? Tuan Hj Hassan pula bersuara apabila dia melihat ada orang yang terkebil-kebil mata, seolah-olah sedang menahan sesuatu.

"O..O..Tak ada apa-apa" cepat-cepat air di minum.

"Sorrylah, saya pakai hotpan ini hari..banyak malulah"  tiba-tiba bersuara pula seorang lelaki cina yang datang yang agak berusia yang  juga turut makan tengahari bersama kami.

Kami kehairanan. Rupa-rupanya dia malu kerana hanya mamakai seluar panjang paras lutut sedangkan para muslimat sedang makan di situ. Kami tersenyum, menjeling sesama sendiri.

Jelasnya, walaupun mereka bukan orang yang beragama Islam, rupanya mereka lebih faham tentang aurat di hadapan wanita muslim.

Aku teringat seorang bekas guru  lelaki Cina yang datang ke kedai aku sambil berkata ..'
"Awak tahu apasal itu Chua sangat marah pada Normala bila dia pakai sarung tangan masa kempen di Tenang? Itu sebab  Chua tak dapat raba/ramas tangan Normala. Dia sangat gatal. Itu sebab dia sangat marah" Berdekah-dekah cina tua itu ketawa.

Semuga dengan keikhlasan dari semua  sahabat-sahabat yang telah berusaha begitu gigih tanpa mengira masa dan tenaga dan tanpa sebarang upah,serta doa-doa dari semua maka ALLAH akan memberikan kemenangan buat kita semua. insyaALLAH.

No comments: