Alhamdulillah, DMPKBK sekali lagi masih diberi kesempatan untuk menziarahi isteri kepada Allayarham Hj Md Noor Jaafar , setelah hanya berkesempatan bertemu Allahyarham dimasjid serta ditanah perkuburan pada hari kematiannya pada ahad lepas.
Allayarham yang merupakan bekas aktivis dan ajk Pas kawasan Bukit katil sesi 2007-2009 memang mudah mesra. Allahyarham yang berusia 75 tahun menghadapi sakit belakang serta komplikasi buah pinggang .
Ketika ditemui isterinya yang masih sugul, yang baru 3 hari kehilangan suami tersayang.
"Maklumlah , kami hanya tinggal berdua saja sebelum ini. Anak-anak semua dah besar. Bila tiba waktu senja dan maghrib, terasa hiba kerana kami selalu kesurau bersama-sama.Tapi sekarang dah tinggal seorang" isterinya meluahkan perasaan.
"Semuanya berlaku dengan pantas. Sempat berbual lagi sebelum meninggal.Makcik ingat dia akan sembuh sebab nak hantar anak sambung belajar tengahari itu..tapi tiba-tiba dia penat..makcik panik dan cepat-cepat panggil Doktor dan...." cerita isterinya yang berusia 64 tahun, tidak dapat menyambung lagi kata-katanya yang kini ditemani oleh cucu dan menantu.
Kami turut bersimpati dengannya namun begitulah kehendak ILLAHI. Bila sampai masanya tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Semuga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya..Al Fatihah
No comments:
Post a Comment