....ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD....APA YANG KITA CARI???...Segala puji bagi ALLAH dan Mahasuci Engkau. Ya ALLAH sampaikan salawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad yang merupakan manifestasi keindahan dan keagungan MU.... Sesungguhnya ALLAH dan para Malaikat-Nya bersalawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman , bersalawatlah dan ucapkanlah salam atasnya..Ya ALLAH limpahkan salawat atas Muhammad dan keluarganya..
MUTIARA KATA
KEMULIAAN SEORANG MUKMIN IALAH APABILA DIA TIDAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA.
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
KEMENANGAN KEADILAN KEATAS KEZALIMAN LEBIH BESAR MAKNANYA DARIPADA KEMENANGAN KEJAHATAN KE ATAS ORANG YANG ZALIM
HIMPNAN HIJAU
Monday, July 6, 2009
JALAN-JALAN CARI MASJID TAPI.....
Sekali-sekali berjalan menghirup udara petang, bersama keluarga apatah lagi apabila terdapat keluarga yang dapat berjumpa ayah hanya dihujung minggu memanglah sesuatu yang menyeronokkan terutama bagi anak-anak yang sedang membesar. Kasih sayang dari ibubapa amatlah dihargai apabila ibubapa sentiasa memahami kehendak anak-anak itu sendiri selagi kehendak mereka tidak melanggar batas-batas peraturan kehidupan.
Memang tidak dinafikan bahawa ibubapa akan sentiasa cuba memberikan kebahagiaan pada anak-anak mengikut kemampuan yang ada dengan cara yang tersendiri.Mungkin bagi ibubapa yang berada , kasih sayang diberikan dengan menyediakan keperluan yang agak mahal bagi anak-anak bagi memenuhi masa anak-anak memandangkan ibubapa tidak berpeluang meluangkan banyak masa disebabkan kesibukkan kerja.Mungkin itu cara terbaik yang dapat ibubapa lakukan dalam menangani beberapa permasalahan anak-anaknya.
Terdapat juga ibubapa yang memberikan kebahagiaan kepada anak-anak dengan memperuntukan masa dalam waktu yang tertentu dalam seminggu bagi meraikan anak-anak.Mungkin dengan berbual-bual atau berjalan-jalan mengelilngi tempat-tempat yang menarik.
Ramai juga ibubapa memberikan kebahagiaan dengan membawa anak-anak jalan-jalan cari masjid. Dalam rangka percubaan membiasakan anak-anak untuk membesar dalam mengenali penciptanya. Menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan apabila sampai waktu untuk menunaikan solat.Dalam cubaan menjadikan anak-anak rindu kepada masjid dan supaya anak-anak tidak berasa janggal apabila dimasjid.
Mengajar anak-anak bahawa masjid adalah rumah ALLAH. Mengajar anak-anak bahawa walaubagaimana penting pun tugas atau sibuknya tugas namun solat tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Meletakkan ALLAH dihadapan sekali walau dalam apa keadaan sekali pun kerana manusia adalah hambanya.Memperdengarkan anak-anak dengan ayat-ayat ALLAH agar bisa menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai panduan hidup masa-masa mendatang.
Namun agak malang apabila terdapat juga masjid-masjid/surau -surau tertutup atau terkunci diwaktu anak-anak diajar dalam rangkaan jalan-jalan cari masjid.
Sepatutnya rumah ALLAH ini dibuka bagi kemudahan untuk menunaikan solat terutama bagi waktu-waktu utama. Apabila rumah ALLAH terkunci memang agak sukarlah bagi orang yang ingin menunaikan solat. Mungkin alasan yang mudah diberikan mengapa masjid atau surau dikunci adalah kerana takut kehilangan barang-barang yang berharga didalamnya. Apakah rasionalnya meletakkan barang-barang yang berharga didalam rumah ALLAH sehinggakan terpaksa dikunci...Apakah barang berharga itu lebih penting dari orang-orang yang ingin menunaikan solat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment