Seorang pembantu Kadi Ibnu Abi daud yang bermama Zarqan meriwayatkan:
Suatu hari Kadi Ibnu Abi Daud pulang ke rumah dalam keadaan marah dan bermasam muka. Lalu dia bertanya : Mengapa dia kelihatan begitu marah sekali?". Kadi ibnu Daud berkata; "Hari ini aku telah di malukan oleh Imam Muhammad Jawad di khalayak ramai."
"Apa yang telah berlaku?" tanyaku .
Dia menjawab;"Ketika kami berada dalam majlis Khalifah al-Mu'tashim , seorang pencuri telah di tangkap dan ingin di jatuhkan hukuman potong tangan. Khalifah Mu'tashim memanggil para ulama dan para kadi untuk meminta pendapat bagaimana cara untuk memotomg tangan pencuri tersebut. Aku menjawab, "potonglah di pergelangan tangannya".
Khalifah al-Mu'tashim berkata : Ini adalah pandangan yang tidak munasabah. Apakah dalilnya?".
Aku menjawab : Berdasarkan dalil ayat Tayamum di dalam Al-Quran yang bermaksud: maka basuhlah muka dan kedua-dua tangan kamu." Begitu juga sebahagian ulama lain yang bersetuju dengan pandangan ku. Setengah ulama yang berada di situ pula berpendapat wajib di potong hingga ke siku. Mereka berdasarkan dengan ayat wudhuk yang bermaksud : "Dan basuhlah kedua-dua tangan kamu hingga ke siku."
Khalifah al-Mu'tashim tahu bahwa Imam Muhammad Jawad berada di situ lalu beliau meminta pandangannya.
"Para ulama telah memberi berbagai pandangan dan anda juga mendengar pandangan mereka."Jawab Imam Muhammad Jawad.
Khalifah al -Mu'tashim berkata: "Saya tidak masuk campur dengan pandangan mereka. Jika anda lebih arif silalah berikan pandangan ."
Imam Jawad berkata: Sebenarnya pandangan para ulama tersebut tidak begitu tepat. Sepatutnya hanya di potong empat jari sahaja. Manakala tapak tanganya di biarkan.
Khalifah al Mutashim berkata : "Adakah anda mempunyai dalil?"
Imam Muhammad Jawad menjawab: 'Rasulullah pernah bersabda bahaw ketika seseorang itu sujud di dalam solat, wajib meletakkan tujuh anggota sujud (dahi, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua ibu jari kaki ) di atas tanah. Jika pergelangan tangan atau sikunya di potong , bagaimana dia hendak menyempurnakan solatnya?". Kerana sesungguhnya tempat-tempat sujud adalah milik ALLAH sebagaimana firma ALLAH yang bermaksud: "Dan seseungguhnya tempat-tempat sujud itu adalah milik ALLAH".
Khalifah al-Muta'shim menerima pandangan Iman Muhammam Jawad dan hukuman hudud pun di jalankan.
Sampai di sini Kadi Ibnu Daud mengatakan:
"Inilah yang menyebabkan aku menjadi sedih dan rasanya mati lebih baik daripada terus hidup dalam keadaan malu yang amat sangat."
Zarqan meriwayatkan lagi bahawa setelah tiga hari, Kadi Ibnu Daud menghadap Khalfah al-Mu'tashim dan menyuarakan kebenciannya tehadap Imam Muhammad Jawad. Dia memberttahu Khalfah al-Muta'shim bahawa berita tentang Khalifah menolak pandangan ulama ynag terkenal di zaman itu, dan hanya menerima pandangan Imam Muhammad Jawad telah tersebar luas. Sehingga masyarakat berpendapat bahawa hanya Imam Muhammad jawad yang layak menjadi pemimpin.Dan mereka menyangka Khalifah al-Muta'shim telah merampas haknya.
Mendengar penjelasan Kadi Ibnu Abi daud, Khalifah al-Mu'tashim menjadi marah lalu pada hari berikutnya dia telah mengutuskan untuk memanggil Imam Muhammad Jawad ke istana dan Khalifah Mu'tashim juga berhasrat untuk meracun beliau.
Pada mulanya Imam Muhammad Jawad menolak untuk undangan istana, namun setelah di beritahu bahawa akan di adakan jamuan makanan yang akan di hadiri para Ulama adan Pembesar Negeri, akhirnya beliau bersetuju. Ketika menghadiri majlis jamuan istana tersebut Imam Muhammad Jawad telah di racun.
Bertepatan 29 Zulkaedah 220 H. Imam Jawad telah kembali ke rahmatullah . Beliau telah di makamkan di permakaman datuknya, Imam Musa Kazim di sebuah Bandar bernama Kazimin di pinggir Kota Baghdad. Mereka telah mendirikan sebuah masjid di permakaman Kazimin untuk mengenang jasa besar pemimpin mereka. Sehingga kini makam beliau masih merupakan monumen yang megah di Kota Kazimin yang sentiasa di kunjungi oleh oramg ramai yang bersimpati dan mencintai Ahlul Bait keluarga Rasulullah.
"Barang siapa yang berpegang teguh kepada ALLAH akan selalu berbahagia. Yang bertawakkal kepada ALLAH akan mersa cukup.Percaya dan berpegang teguh kepada ALLAH adalah benteng yang tidak berlindung di dalamnya kecuali seorang mukmin yang jujur. Berserah diri kepada ALLAH merupakan keselamatan dari segala kejahatan dan benteng daripada musuh. Agama adalah kemuliaan dan ilmu itu adalah kekayaan. Diam adalah cahaya dan puncak dari zuhud adalah warak. Tidak ada penghancur agama yang melebihi perbuatan bidaah serta tidak ada perosak bagi seseorang yang melebihi sifat kerakusannya. Seorang pemimpin harus boleh mententeramkan rakyatnya manakala doa adalah penagkal dari segala musibah"
"Imam Muhammad Jawad"
No comments:
Post a Comment