"Kekuatan hati dan niat merupakan perkara yang paling-paling penting dalam cubaan kita untuk menyampaikan sesuatu terutama dalam hal untuk menyampaikan ucapan kita kepada orang ramai" , pemulaan bicara dari Ustaz Muhammad Nor Omar selaku instructor kepada bengkel HALWA negeri Melaka yang di adakan semalam.
Bukan mudah untuk memberi ucapan di depan penonton yang ramai. Meskipun kita bisa berbicara dengan ramai orang dalam satu masa,namun adakalanya kita gagal untk mengawal perasaan gugup serta gementar apabila berceramah secara rasmi. Perasaan gugup serta gementar adalah lumrah bagi lebih-lebih lagi apabila penceramah tidak bersedia dalam membuat persiapan.
Para penonton yang hadir ,inginkan maklumat yang yang jelas dari penceramah. Oleh itu para penceramah mestilah bersedia bagi menepati tujuan serta objektif program agar para penonton berpuas hati dengan penyampaian maklumat yang di sampaikan,baik dari pengisiannya, nada percakapannya mahupun dari bahasa badan si penceramah.
Suara penceramah mestilah jelas seperti sering di katakan bahawa" bercakaplah seolah-olah kita sedang bercakap dengan seorang tua yang pekak di barisan belakang sekali, pasti suara kamu akan di dengari oleh semua penonton".
Bercakap dengan nada yang ori , ikhlas serta yakin apa yang sedang di perkatakan supaya dapat memberi kesan di hati kepada para pendengar .Pengisian yang datang dari keikhlasan hati pasti akan jatuh juga ke hati.
"Selepas ini, setiap orang wajib bercakap di hadapan, tidak terkecuali, seorang 3 minit saja. tiba-tiba ustaz Md Nor memberi arahan
Sukar untuk bercakap di hadapan, sekiranya jarang bercakap di khalayak ramai apatah lagi yang tidak pernah bercakap di hadapan orang ramai..Adakalanya seorang guru pun gugup untuk bercakap di khalayak ramai.
Alhamdulillah, TAHNIAH!! pada para muslimat yang hadir termasuk dari DMPKBK. Memang mereka hebat-hebat belaka. Meskipun masa penyediaan yang di berikan amatlah pendek, namun hampir semua para mulimat mampu menyampaikan dengan baik dalam latihan yang di berikan. dan sudah semestinya terdapat banyak perkara yang perlu di baiki.lagi. Namun dengan kerjasama di ikuti dengan semangat yang tinggi, semua muslimat berjaya melepasi batasan-batasan kegugupan serta kegementaran mereka.
Manusia mampu bercakap dalam jangka 200 perkataan dalam satu minit tetapi manusia boleh berfikir dalam jangka 1300 dalam satu minit sebab fikiran manusia boleh bekerja jauh lebih laju dari percakapan.Dan ini boleh di terjemahkan melalui penyampaian. , zahir, mata, bahasa badan dan nada.
No comments:
Post a Comment