Baginda bertanya kepada orang yang membawa Tamlikha
"Bagaimana cerita orang ini?"
"Dia telah menemui harta karun". jawab orang yang membawanya ke istana.
Raja bertitah: "anda tidak perlu rasa takut kerana Nabi Isa telah memerintahkan hanya memungut satu perlima saja dari harta karun tersebut. Serahkan satu perlima saja kepada beta dan anda akan selamat.".
Tamlikha menjwab :" Saya sama sekali tidak menemui harta karun.Saya adalah penduduk kota ini".
Jika benar siapakah yang anda kenal ?"Tanya Raja.
Akhirnya Tamlikha menyebut 1000 nana yang di kenali . Raja kehairanan kerana nama yang di sebut itu, tidak di kenali.
Apakah anda mempunyai rumah di sini?"Tanya baginda inginkan kepastian.
"Ya Tuanku" Jawab Tamlikha.
Raja kemudian meminta beberapa orang mengikuti Tamlikha, Dia membawa orang tersebut ke sebuah rumah yang paling tibggi di kota tersebut.
Setibanya di sana ,Tamlikha berkata "inilah rumahku"
.Kemudian pintu pun di ketuk, Maka keluarlah seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sepasang alis di bawah keningnya sudah menjadi putih dan mukanya sudah berkedut.
Orang itu terperanjat lau bertanya,"apa yang anda semua mahu?"
Utusan raja menjawab :" orang tua ini mengaku rumah ini adalah kepunyaannya.
Orang tua itu kehairanan dan berkata : "siapa namamu?"
Saya Tamlikha anak Filistin"
"Cuba ulang sekali lagi"? orang tua itu menyuruh Tamlikha mengulangi namanya.
Tiba-tiba dia berlutut di depan Tamlikha sambil berucap,
"Demi ALLAH dia adalah moyangku. Dia adalah salah seorang antara orang yang melarikan diri dari kezaliman Raja Diqyanius. Dia telah lari berlindng kepada ALLAH Yang Maha Esa..Nabi kita, Isa telah memberitahu kesah mereka kepada kita dan mengatakan mereka akan hidup kembali.".
Peristiiwa yang tejadi di rumah orang tua itu tersebut lalu di ceritakan kepada Sang Raja. Dengan menunggang kuda raja bersegera ke rumah orang tadi lalu menyambut Tamlikha manakala orang ramai berpusu-pusu menciumnya sambil bertanya, "
"Wahai Tamlikha! bagaimana keadaan teman-temanmu?"
Tamlikha memberitahu bahawa bahawa teman-temannya masih berada di gua.
Pada masa itu kota Aphesus di perintah oleh dua bangsawan istana. Seorang beragama Islam dan seorang beragama Nasrani. Dua orang tersebut membawa Tamlikha ke gua yang di maksudkan. Setibanya di gua Tamlikha berkata kepada kedua orang bangsawan tersebut,
"Saya bimbang jika teman-teman saya mendengar suara kuda-kuda kalian, mereka menduga Raja Diqnayius datang, mereka bakal meninggal dunia semula . Oleh itu , kamu semua berhentilah di sini saja. Biarkan saya yang menemui mereka. mereka semua berhenti menunggu manakala tamlikah masuk seorang diri ke dalam gua.
Melihat Tamlikha datang,teman-temanya gembira kegirangan lalu berkata,
"Puji dan syukur kepada ALLAH yang telah menyelamatkan diri mu dari cengkaman Diqnayius"
Tamlikha menjawab, "tahukah anda semua , berapa lama kita tinggal di gua ini"?
Kita baru tinggal sehari dua saja" jawab mereka.
"Tidak , sebenarnya kita telah tinggal di dalam gua ini selama 309 tahun .Diqnayius telah lam meninggal dunia. Generasi demi generasi telah silih berganti dan seluruh penduduk ini sudah beriman kepada ALLAH. Mereka sekarang datang untuk bertemu anda semua".
Teman-teman Tamlikha menyahut: "apakah anda ingin kita semua orang yang akan mengemparkan dunia?"
"Jadi apa yang anda inginkan?" Tanya Tamlikha
"Angkatlah tangan anda ke atas dan kami pun akan berbuat demikian juga" jawab mereka.
Mereka bertujuh mengangkat tangan keaatas seraya berdoa: "Ya ALLAH, dengan kebenaran yang telah engkau lihatkan kepada kami dengan keanehan yang kami alami. Cabutlah kembali nyawa kami tanpa pengetahuan orang lain.
Maka ALLAH mengabulkan permintaan mereka lalu memerintahkan Malaikat Maut mencabut kembali nyawa mereka.kemudian ALLAH melenyapkan pintu gua tanpa bekas.
Dua orang bangsawan yang agak lama menunggu lantas mendekati gua. Mereka berpusing-pusing selama tujuh hari untuk mencari pintu gua tersebut. Mereka tidak berhasil dan pada saat itu mereka yakin tentang betapa hebatnya kekuasaan ALLAH.
Memandangkan semua peristiewa yang di alami oleh para penghuni gua sebagai peringatan ynag di perlihatkan oleh ALLAH kepada mereka.
Bangsawan yang bergama Islam itu berkata: " Mereka meninggal dunia di dalam memeluk agamaku, akan aku dirikan sebuah tempat ibadah di pintu gua ini"
. Dua orang bangsawan bertengkar dan setelah pertikaian senjata akhirnya bangsawan Nasrani kalah.
Dengan terjadinya peristiwa tersebut maka ALLAH berfirman,
"Orang yang telah memenangkan urusan mereka berkata "Kami hendak mendirikan sebuah rumah peribadatan ke atas mereka"
Sampai di situ Sayyidina Ali berhenti menceritakan kesah penghuni gua..kemudian berkata kepada Pendeta Yahudi: "itulah apa yang tejadi di dalam kesah mereka. Demi ALLAH, sekarang aku ingin bertanya kepada muapakah yang daku ceritakan semua tadi sama seperti terkandung dalam kita taurat anda?"
Pendeta yahudi berkata?"
Wahai Ali, awak tidak menambah atau mengurangi walau satu huruf pun. Seakarang aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad itu pesuruhnya. Daku pun bersaksi bahawa anda adalah orang yang paling berilmu di kalangan umat ini.
No comments:
Post a Comment