Anak-anak
muda itu masih terus-terusan berdiri di atas padang meskipun hujan
semakin lebat. Anak-anak muda itu tidak berganjak meskipun tiada tanda
-tanda bahawa hujan akan berhenti dalam masa yang terdekat. Anak-anak
muda terus melakukan tugas-tugas yang telah di amanahkan kepada mereka
tanpa mempedulikan badan-badan yang semakin sejuk di timpa barisan
titisan hujan yang semakin menebal.
Mungkin itulah di antara anak-anak muda yang telah biasa dengan
semburan-semburan air ketika berhadapan dengan trak-trak liar sewaktu
demonstrasi.
Mungkin itu lah juga di antara anak-anak muda yang telah biasa terhidu
dengan semburan-semburan asap yang tidak mengenal mangsa ketika
demonstrasi.
Untuk berhadapan dengan air-air asid serta asap-asap semburan lantaran kerakusan dari kezaliman pemimpin pun, anak-anak muda itu tidak gentar, apatah lagi untuk berhadapan dengan titisan air hujan rahmat dari Raja sekelian alam ,amatlah mudah bagi anak-anak muda itu untuk sujud menyembah, memuji ,mengagungkan serta bersyukur kepada Penguasa yang maha Agung.
Begitulah di antara pemandangan yang dapat di lihat ketika himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman , Alor Setar, Kedah pada 11 Rejab 1433 bersamaan 1 Jun 2012.
Himpunan yang telah menghimpunkan melebihi 100 ribu ahli PAS hasil dari komitmen serta semangat yang begitu tinggi dari ahli-ahli PAS.
Dmpkbk juga tidak ketinggalan dalam bersama-sama bagi mengibarkan bendera di Stadium Aman, yang julung-julung kalinya kedengaran kesyahduan Azan yang mampu mengamit hati-hati pendengar terutama di dalam Stadium yang telah terbina sejak 60 tahun lalu.
Anak kehilangan ayah, ibu kehilangan anak, tandas ketandusan air, Stadium kekurangan tempat duduk, tuan kehilangan telepon namun isteri kehilangan suami yang benar-benar telah mengamatkan stadium .
Walau apa pun yang berlaku di hari yang menempah sejarah ini, namun yang pastinya anak-anak muda itulah juga yang akan mengetuai untuk meneruskan XPRESI HIJAU ke Putrajaya apabila sampai masa dan ketikanya kelak dengan pertolongan Penguasa Yang Maha Agung.
insyaALLAH
SU DMPBKatil
No comments:
Post a Comment